43 - Mengejutkan!

Romance Completed 45760

Tiada apa lagi yang menarik perhatian seorang Haiqal Jason, selain menatap wajah jelita milik Putri Hanis yang sedang khusyuk menulis laporan dihadapannya. Tenang air muka itu dipandang. Kening tebal tanpa lukisan, bulu mata yang melentik serta bibir semerah jambu. Ia akan menjadi semanis madu apabila senyuman diukir. Semua sempurna di mata seorang Haiqal Jason. Tiba-tiba, lelaki itu tersenyum lalu menggeleng seorang diri. Terbayang jika wanita ini sudah sah menjadi miliknya.

“Tuan dah kenapa senyum sorang-sorang? Ada yang tak kena dengan penampilan saya ke?” tanya Hanis sebaik sahaja menyedari lelaki itu tersenyum. Hanis menilik dirinya sendiri, mencari keganjilan. Manalah tahu ada yang terpahat tanpa disedari.

“No. Saja senyum. Terbayang kalau awak jadi isteri saya. Setiap hari aku boleh...” sengaja dia menggantungkan ayatnya dan melemparkan pandangan nakal ke arah Hanis. Seram sejuk wanita itu dibuatnya. Fikiran jauh terus melancong.

“Tuan jangan mengada-ngada. Saya belum lagi jadi isteri tuan. Tak baik fikir macam tu,” marahnya.

“Mana ada mengada, wahai sang puteri. Saya nak cakap, bolehlah setiap hari rasa masakan awak. Otak tu jauh sangat melancong,” usik Jason sebelum tertawa. Hanis menjodong sebelum menjeling tajam. Begitulah tingkah Jason sejak dirinya mulai bekerja disitu lagi. Ada saja usikan yang diberikan. Kadang sakit hati juga dibuatnya. Nasib baik sayang!

“Just kidding, Princess. So, macam mana dengan hubungan kita berdua? Awak tahu kan saya ni sayang sangat dekat awak,” ujar Jason tanpa segan-silu. Perkataan lelaki itu sedikit sebanyak mendebarkan hati seorang Putri Hanis.

“Saya tahu, tuan sayang dengan saya. Tapi, saya ni kurang percaya dengan kata-kata. Setakat cakap sayang, Rendi pun boleh kata macam...aduh!” Tanpa disedari sebatang pen diketuk di atas kepala Hanis. Jelas terpancar perasaan cemburu pada wajah lelaki itu. Diri Hanis dicerlung tajam saat itu. Tersengih-sengih Hanis dibuatnya.

“Jangan sebut nama lelaki tu, boleh tak? Saya tak suka,” tegasnya.

“Tak, saya cakap je. Nak bagi contoh dekat tuan. Semua orang boleh kata benda tu, tapi kalau ada tindakan atau bukti, lagi bagus. Lebih kurang macam, action speak louder than words. Ha...gitu!” Kata Hanis sambil menaikkan kening beberapa kali. Berharap lelaki itu memahami maksudnya. Bukan apa, cakap saja tidak membuahkan hasil apa-apa.

“Maknanya awak bersedia nak jadi peneman hidup saya lah ni, kan?” soal Jason ingin memastikan bahawa wanita itu betul-betul bersedia.

“Saya sentiasa bersedia,”

“Great! Nanti saya cakap dengan mama masuk meminang. Lepas tu, kita atur perkahwinan kita. Tapi, kita kena ambil kursus kahwin dulu,” ujar Jason sungguh-sungguh.

“Okay, saya tunggu...” Kata Hanis sengaja menayangkan muka seolah-olah tidak percaya pada lelaki itu. Naik geram Jason dibuatnya.

“Saya serius ni,”

“Saya pun serius...” balas Hanis.

“Dah tu, tayang muka macam tu tadi kenapa? Tunggu denda awak lepas kahwin nanti,” Senyuman dan pandangan lelaki itu mula terlihat nakal saat itu.

Hanis mencebik. “Laporan ni dah siap. Tuan tolong periksa, saya nak keluar dulu. Periksa jangan tak periksa pula!” Laporan yang siap ditulis disorongkan kepada Jason. Kemudian, cepat-cepat langkah dibuka keluar daripada ruangan tersebut. Tergelak suka lelaki itu melihat tingkah wanita idamannya. Dasar pendek!

Pada petang itu, ramai pelanggan yang datang ke restoran Datin Jumira untuk makan dan minum. Senang hati wanita itu melihat kemeriahan suasana Restoran miliknya. Bunyi riuh-rendah sudah biasa membedal kuping telinganya berhari-hari. Para pekerjanya juga bekerja dengan baik serta teliti. Dia tersenyum lebar, berpuas hati dapat meneruskan hasrat arwah suaminya.

Namun, senyumannya mati saat melihat seorang wanita muda sedang melambai ke arahnya. Wanita itu sedang berjalan menghampiri.

“Hi, aunty. Semua okay hari ni?” tanya wanita bernama Haifah setelah mencium kedua pipi Datin Jumira. Haifah merupakan anak kepada rakan Datin Jumira, yang telah dipinang untuk Haiqal Jason.

Ya, Datin Jumira telah melakukan kesalahan besar, dimana dia melakukan perkara tersebut tanpa pengetahuan anaknya sendiri. Semua ini disebabkan fitnah yang telah ditaburkan kepada Hanis tempoh hari. Oleh kerana fitnah tersebut, Datin Jumira sanggup meminang Haifah kerana tidak mahu Hanis mendekati anaknya lagi.

Perkara ini telah membuatkan diri Datin Jumira serba salah. Datin Jumira terhimpit ditengah-tengah. Fikirannya menggumpal. Masih tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah itu. Keputusan yang terburu-buru telah memberi kesan yang tidak diingini.

Bagaimana dirinya mahu menjelaskan kepada anaknya? Sudah tentu Jason tidak akan setuju dengan perkara ini. Tetapi, tidak mungkin pula dia mahu memutuskan pertunangan itu. Apa pula kata rakannya nanti? Haifah juga sudah terlalu berharap dengan Jason.

“Aunty, okay tak ni? Jom duduk dulu,” Suara Haifah memecahkan dinding lamunan Datin Jumira. Cepat-cepat Datin Jumira tersenyum dan mengangguk. Kedua wanita itu sedang mengambil tempat masing-masing.

“Ada apa kamu datang jumpa aunty dekat restoran ni?” tanya Datin Jumira lembut.

“Sebenarnya, saya nak tanya, betul ke Jason dah balik dari Vietnam?” Soal wanita itu kembali. Terbit rasa gembira dan tidak sabar mahu berjumpa lelaki itu. Sudah lama dia tidak melihat wajah tampan lelaki idamannya. Maklumlah, zaman Universiti saja dia dapat melihat wajah tampan lelaki itu. Dari situ, dia mula jatuh hati dalam diam. Tidak sangka, dirinya sudah bergelar tunangan kepada Haiqal Jason.

“Ha? Be-betul.”

“Boleh tak saya berjumpa dengan dia, aunty?”

“Tak boleh! Er, maksud aunty, sekarang ni Haifah tak boleh jumpa dengan dia. Dia tengah busy. Lagipun, aunty lupa nak bagitahu pasal Haifah dengan dia. Bagi aunty sedikit masa, ya?” pujuk Datin Jumira.

“Kesian, Jason. Tak pelah kalau macam tu, Haifah balik dululah. Jangan lupa inform saya ya, aunty. Bye...” Langkah Haifah hanya dihantar dengan pandangan kosong. Rasa bersalah yang dirasakan membuat dirinya tidak senang hati. Keluhan berat dilepaskan.

Malam telah melabuhkan tirainya. Suasana kian tenang, hanya ada suara bunyi beberapa ekor cengkerik yang saling bersahutan memeriahkan suasana malam itu. Dari suatu sudut pandangan, kelihatan Jason sedang menuruni tangga dan menghampiri Datin Jumira yang sedang khusyuk mengira keuntungan pada malam itu.

Jason menarik sebuah kerusi lalu melabuhkan punggungnya. Matanya tertumpu pada Datin Jumira yang tekun mengira tanpa mempedulikan kehadiran anaknya.

“Banyak keuntungan hari ni?” tanya Jason, sengaja memecahkan ruang kebungkaman itu.

“Kejap, mama tengah kiralah ni...” Keadaan menjadi bungkam seketika. “Alhamdulillah, banyak untung mama hari ni. Hari ni pelanggan restoran mama lebih ramai berbanding sebelumnya,” luah Datin Jumira. Berkali-kali dirinya mengucapkan rasa syukur. Jason hanya tersenyum mendengarnya. Tumpang gembira dengan berita tersebut.

“Ha, kamu ni nak apa? Ada sesuatu nak cakap dengan mama ke?” soal wanita itu pula. Duit yang telah dikira dimasukkan ke dalam sampul duit berwarna coklat, sementara menunggu jawapan anaknya.

Jason menarik nafas lalu dihembus perlahan sebelum menjawab. “Tadi, Jason dah berbincang dengan Hanis pasal hubungan kitaorang. Kalau boleh, Jason nak mama masuk meminang Hanis secepatnya. Tak naklah lama-lama,” jelas Jason dengan sungguh-sungguh.

“Meminang? Bi-bila?” tanya Datin Jumira dengan transisi kata yang terbata-bata. Semakin dihimpit keadaan dirinya saat ini.

“Secepat yang mungkin. Bila mama free?” soal Jason, sedikit tidak sabar menanti hari itu.

“Jason... sebenarnya, mama...macam mana nak mulakan. Mama takut, kamu marahkan mama...” tangan anaknya itu di tarik lalu digenggam lembut. Tak pasal-pasal anaknya turut menjadi mangsa.

“Why?” hati Jason sedikit berdebar. Seperti ada sesuatu yang telah terjadi. Tapi, apa?

“Masa mama dapat tahu Hanis hantar sihir dekat rumah Jayden hari tu, mama... buat keputusan yang terburu-buru. Fikiran mama masa tu, hanya ingin Hanis menjauh daripada kamu. Mama minta maaf,”

“Mama buat apa?” soal Jason lagi. Tidak faham dengan situasi itu.

“Mama telah meminang anak kawan mama. Nama dia Haifah. Mama rasa kamu kenal. Dia satu Universiti dengan kamu dulu. Maafkan mama, Jason,” Jelas terpancar rasa bersalah pada wajah Datin Jumira.

“What?! Hanis tahu pasal benda ni?” terkejut Jason saat ini. Tak pasal-pasal dirinya mempunyai tunang secara diam-diam.

“Tak, Hanis tak tahu pasal benda ni,”

“Kalau macam tu, putuskan ajelah pertunangan ni. Jason tak nak orang lain, ma...” Selamba sahaja dirinya memberi jalan penyelesaian tanpa memikirkan kesannya. Tiada seorang wanita yang dapat memasuki hati seorang Haiqal Jason, melainkan Putri Hanis seorang.

“Ya, mama pun fikir macam tu. Tapi, apa pula kata kawan mama nanti? Ingat anak dia tu barang mainan ke? Suka di ambil, tak suka di buang. Macam tu?”

“Habis tu, Jason nak buat apa? Memang taklah kalau Jason kena kahwin dengan dia!” tegasnya. Kepala mulai serabut saat ini. Lain yang diharapkan, lain pula yang datang.

“Ya, mama faham. Jason cinta Hanis seorang kan? Macam ni, buat masa sekarang, kamu layan Haifah tu dulu. Kenal hati budi masing-masing. Just for one week. Tak lebih dari tu. Lepas tu, kamu cakap dengan dia baik-baik, kamu tak boleh teruskan pertunangan tu. Boleh?” Datin Jumira cuba memberi cadangan. Hanya cadangan itu yang bermain dikepalanya saat ini.

“How about Hanis, ma? Jason tak bolehlah macam ni. Kesian dekat Hanis,” bantah lelaki itu.

“Just for one week, sayang. Kamu bagitahu Hanis, mama tengah busy sekarang. Lepas kami sattlekan perkara ni dengan Haifah, mama janji, mama terus masuk meminang Hanis secepatnya...” pujuk Datin Jumira. Bersungguh-sungguh menyakinkan anaknya sendiri.

“But...“

“Please... Cara ni je yang terbaik buat masa ni. Kamu terangkan dengan Haifah yang kamu tak sehaluan dengan dia. Mama betul-betul minta maaf dengan kamu dan juga Hanis. Semua ni salah mama, sebab terlalu terburu-buru.” ucapnya sekali lagi.

Jason mengeluh berat. Ingatkan tak ada masalah, rupanya tidak! Ini masalah paling besar dalam hidupnya. Suka atau tidak, Jason hanya akur dan mengikuti cadangan tersebut. Tapi, hanya seminggu! Kalau boleh, sehari selepas berjumpa dengan wanita bernama Haifah, dia mahu berterus terang perkara sebenarnya.

Apa yang penting, Hanis tidak boleh tahu tentang berita ini. Risau kalau wanita idamannya kecewa dengannya. Silap-silap, dia boleh kehilangan wanita itu. Tak, aku tak akan biarkan ia berlaku. Gumamnya.

****

Happy reading semua <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience