Bab 12

Romance Completed 15358

"Do you buy a new one?" Aku baru nak marah. Dia beli yang lain ke? Demi aku? Macam nak terharu tapi nak marah sebab dia membebankan diri sendiri.
"Tenang. Nak ceritalah ni. Jangan marah." Ujarnya.
"Hannah had found her ticket in her purse." Terangnya. Aku fikir kejap. Eh, haahlah! Mula-mula tadi dia cakap pada aku, tiket dia dalam dompet, malas nak keluarkan. Tapi, bila aku ingat balik, dia cari tadi dalam beg je. Dompet tak buka pun.
Aku menepuk dahi. Ya Allah, kawan siapalah ni? Mohon kutip balik kawan siapa ni. Haha!
"Now, you're okay?" Soalnya menghulurkan aku tiket tersebut.
Aku mengambil tiket tersebut. Teruja weh!
"Why did you off your phone?" Dia menyoalku lagi.
"Saje. Tak nak angkat call awak." Ujarku senyum. Aku membuka telefon aku itu. Cukuplah dekat sejam lebih aku tutup telefon itu. Sebaik sahaja aku buka telefon pintarku itu, terus banyak mesej serta panggilan yang tidak berjawab. Aku meneliti satu persatu. Hm, semuanya daripada Ryoga.
"Hm, okay, we just have 3 minutes more before the concert really start. We have to run." Ujarnya sambil mengerling ke arah jam tangannya.
"Okay!" Aku bersemangat.
"Are you ready?" Soalnya.
"Yes!" Jawabku.
"Ready? Set! Go!" Kami berdua berlari menuju ke stadium sambil bergelak ketawa.
Setibanya kami di stadium, konsert sudahpun bermula. Nasib baiklah dia memang dah siap. Memang baju dia semua dah siaplah. Rambut sahaja dah jadi serabut sikit. Kami di luar stadium.
"How could we get in?" Soalku. Aku jadi panik sebab ramai sangat orang di luar stadium tersebut. Tak kan nak beratur panjang? Kalau aku beratur panjang tak apa. Aku tak kisah. Dia itu macam mana? Dia itu dahlah ketua, sepatutnya dia yang kena mulakan segalanya.
'Aduh, semuanya sebab kau lah ni, Sakinah.' aku rasa bersalah pula.
"Hey, chill. Relax okay?" Dia berfikir.
"Hm, ikuza." Ajaknya.
"Eh? Pergi mana?" Soalku. Aku masih berdiri kaku di situ.
"Ikut je lah." Dia menarik lengan jaketku.
Dia menarik aku untuk melalui tempat yang sesak itu. Tapi, masalahnya, dia langsung tak lepaskan lengan jaket aku sehinggalah aku melanggar semua yang ada di situ. Aku kerap meminta maaf sahaja. Aku pula yang dikecam. Bukannya dia.
Tibanya kami dihadapan pintu pagar masuk, dia berhenti. Aku dibelakangnya turut berhenti. Dahlah tak beratur pun.
"Ticket?" Pinta pengawal di situ.
Aku tanpa berlengah mengeluarkan tiket aku.
"VIP? Welcome." Ujar pengawal itu membuka pintu pagar dengan senyuman. Ryoga menarik aku masuk.
"Matte! (Tunggu!) Your ticket, sir?" Pengawal itu menahan Ryoga. Sejujurnya aku nak tergelak. Dia minta tiket pada orang yang buat konsert itu sendiri. Haha! Biarlah dia nak masuk, konsert dia, bukan konsert engkau.
Ryoga tanpa ragu-ragu membuka masknya di situ. Mungkin dah terdesak sangat. Dah mula dah pun konsertnya. Peminat-peminat di belakangnya semua perasan dan menyerbu. Pengawal itu terus benarkan Ryoga masuk bersama aku lalu dia menutup semula pagar itu dengan cepat.
"Fiuh, that's close." Ujar Ryoga lalu membetulkan masknya semula. Dia melepaskan lengan jaketku.
'Ha, tahu pun nak lepaskan. Lama-lama pulak pegang. Pijak kang. Nasib baik lengan jaket bukan lengan tangan.' Omelku sendiri di dalam hati.
Aku mencari dimana kawan-kawanku berada.
"Ha! There they are." Ujar Ryoga. Aku hanya mengekori dia.
"Weh! Korang!" Aku teruja dapat dipertemukan semula dengan kawan-kawanku.
"Sakinah!" Hannah paling kuat jerit. Dia terus memeluk aku.
"Hei, weh. Asal kau ni? Aku baru pergi tak sampai berapa jam weh." Keluar dah muka kerek aku.
"Aku mintak maaf." Ujar Hannah perlahan.
"Weh, rilek lah. Kau bukan buat salah apa pun." Balasku. Hannah melepaskan pelukannya.
"Hei, memang nak tunggu sini je ke? Nak jadi penonton jugak?" Soalku memerli Ryoga yang hanya memerhatikan kami.
"Ouh, eh? Ya, ya. Gomen." Dia memandang kawan-kawannya yang sudah berada di atas pentas memandang dia. Dia menunduk-nunduk meminta maaf. Aku ketawa.
"Eh, stop! Ryoga-san, your hair." Ujarku suruh dia membetulkan rambutnya. Dah serabut rambut dia. Haha!
"Weh, mana tuala kau beli tadi?" Soal Alyn setelah mendapati tuala ungu yang aku beli tadi tak ada di leherku.
"Weh! Tercicir ke?" Aku jadi panik. Mahal benda alah tu, takkan hilang? Ryoga berhenti lalu memandang aku.
Dia memandang kedepan semula lalu berjalan menuju ke tangga pentas sambil mengibarkan sesuatu di lehernya.
"Cis! Dia yang ambil rupanya." Kataku dengan nada kemarahan.
"Eh, tadi jatuh lah." Dia menafikan.
"Pulangkanlah balik." Ujarku sambil mataku mengekori dia yang sedang naik ke atas pentas dan memakai mikrofon.
"Nantilah." Jawabnya selamba menggunakan mikrofon. Aku terus terdiam. Dia ni saje cari pasal dengan aku. Memang nak beritahu satu stadium ke?
"Main nanti nanti pulak. Ugh! Dia ingat murah ke benda tu!" Aku melepaskan kemarahan pada Alyn, Hannah dan Eca.
"Mestilah dia tahu benda alah tu mahal. Itu memang dia punya produk kan?" Alyn memandangku.
"Yalah, kot ye pun bagilah balik." Aku masih marah.
"Eh, sudahlah makcik. Nanti dia bagilah balik tu. Alah, kau ni risau sangat." Ujar Hannah.
"Weh, korang datang sini nak bebel ke nak tengok konsert eh?" Soal Eca.
"Konsert, konsert." Kami bertiga menyengih lalu mengalih pandangan ke arah mereka yang sedang membuat persembahan.
Di saat lagu mereka berkumandang, kesemua peminat termasuk aku turut menyanyi bersama.
"We want to invite some people to the stage, so introducing our friends!" Ryoga berkata sebelum turun dari pentas menuju ke kawasan VIP bersama Kai, Takuya dan Yuki.
Kami terkejut tapi kawal. Tak adalah nak terkejut lebih-lebih. Sebaliknya, kami buat-buat tak tahu, macam tak kenal mereka pun.
"Come on!" Ajak Ryoga. Kami memang langsung tak pandang dan buat-buat tak tahu je pada mereka. Semua mata di stadium itu sudah tertumpu pada kami. Lampu-lampu 'spotlight' juga sudah menghala ke arah kami. Lama Ryoga, Kai, Takuya dan Yuki tunggu di situ.
"No, no, it's okay. It is better if we stay here." Balasku tersenyum kelat.
"Ah, come on. You guys are our guest of honour tonight." Pujuk Takuya pula. Kai dan Yuki mengangguk. Aduh, aku ni waktu sekolah nak naik pentas pun macam orang nak naik roller coaster. Takut semacam. Itu di sekolah, yang ini satu Jepun tengok. Kau rasa?
"Aby, baik naik sebelum abang mention nama awak kuat-kuat biar semua orang tahu. Nama penuh." Kata Koichi sambil membetulkan mikrofonnya. Aduh, susah juga kalau ada abang yang kuat mengugut ni kan?
Aku tak tahu nak buat apa.
"Abang ni! Kerja mengugut orang ja! Cubalah ugut Alyn ke, Eca ke, Hannah ke?" Aku memarahi dia. Balik-balik aku jadi mangsa. Kami kena berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sebab apa? Sebab, dia pakai mikrofon dan apa yang dia cakap didengari oleh semua orang di situ. Malah, diluar sekalipun boleh dengar. Jadi, kalau Bahasa Melayu, tak adalah orang faham.
"Hish, biarlah. Sekarang ni nak naik ke tak? Baik naik sebelum abang yang turun." Ugut Koichi lagi. Alyn, Hannah dan Eca sudah menolak aku menyuruh aku naik ke pentas. Sampai kesudah, bergaduh benda ini aje dah 30 minit.
"Ha, Alyn, Eca dan Hannah sekali ye." Tambah Koichi. Mereka bertiga terbuntang mata apabila nama mereka disebut jelas oleh Koichi. Ha lantak kau! Haha! Aku gelak terbahak-bahak pada waktu itu. Nama aku tak disebut, nama mereka jadi korban dulu. Mereka terus tersentak dan akur.
"Ha, diorang dah mengalah. Adik?" Koichi memanggil aku untuk naik ke pentas. Kadang-kadang dia panggilnya aku aby, kadang-kadang adik. Tengoklah ikut sukahati dia sahaja nak panggil aku apa.
"Haish, yelah, yelah. Orang surrender. Dengan dia ni memang tak boleh diajak berdebat. Tak perlu cakap kuat-kuat lah!" Jeritku sambil keluar dari palang itu. Nak sembang berdua, jangan buat cara nak sembang satu stadium.
Dengan ketakutan kami mengorak langkah ke atas pentas. Serius takut dia macam nak turun balik je. Tak boleh nak angkat muka pun.
"Ha, macam ni lah adik abang." Ujar Koichi tersenyum. Aku tak boleh nak memandang dia bahkan nak mengangkat wajah pun tidak berdaya. Aku hanya mengetap gigi dengan geram. Kalau aku pakai mask, kurang-kurang, hilang lah sikit rasa takut tu. Aku dah tak rasa kaki dibuatnya.
Mereka memperkenalkan kami dalam Bahasa Jepun. Aku agak tidak faham sebab laju sangat mereka cakap. Aku hanya dengar perkataan 'Sakinah', 'Alyn', 'Hannah' dan 'Eca'.
"Speak in English, please. I don't know what do you say." Bisikku pada Ryoga.
"Nope, it's better if you didn't know." Ryoga senyum.
"Alah, nak mengumpat lah tu." Kataku.
"Hei, saya tak sejahat itu eh. Awak mana tahu kalau saya puji awak ke? Ha, awak tak tahu kan?" Balasnya. Aku memandang dia dengan mata yang tajam.
"Eh, sudahlah. Kau berdua ni, kadang-kadang tak boleh nak duduk dekat juga eh? Kadang-kadang bergaduh, kadang-kadang nak sweet aje." Ujar Koichi lalu berdiri diantara kami berdua.
"Mana ada." Aku menafikan lalu meletakkan kedua tanganku ke belakang.
"Ahh, macam abang tak tahu."
Mereka menyambung apa benda entah yang mereka kata tadi.
Tiba-tiba sahaja, semua orang di situ berkata, "Konbanwa Sakina-san, Alyn-san, Hanna-san to Eca-san! (Selamat petang Sakinah, Alyn, Hannah dan Eca!)" Semua peminat di situ berkata dengan nada yang gembira sekali. Itu nasib baik kami faham. Kami terkejut kerana disambut baik sebegitu rupa. Kami dah bayangkan yang kami akan dibaling oleh tomato atau botol air tadi. Itu yang takut nak naik.
Koichi menghulurkan aku sebuah mikrofon.
"Konbanwa!" Ujar kami berempat lalu menunduk. Kami berempat bangun. Rasa takut tu hilang sikit apabila disambut baik.
"So, do you feel good?" Soal Takashi kepada kami berempat.
Kami hanya mengangguk.
"Okey pun. Tadi entah siapa entah yang tak nak naik." Sindir Koichi.
Dia pula yang aku pandang dengan mata tajam dan muka garang. Semua orang di situ hanya menyaksikan gelagat kami. Ada yang ketawa, ada yang asyik berkata 'kawaii' (comel). Entah apa yang kawaii sangat entah.
"Apa pandang-pandang?" Soalnya. Aku menggeleng sambil membuat muka.
Setelah beberapa ketika kami di atas pentas aku bertanya, "Dah boleh turun belum ni? Sampai bila kitorang nak duduk sini eh?" Soalku kepada mereka. Aku soal macam tu pun tak silap aku 2 orang je yang faham.
"Sekejap, here you go." Kata Ryoga mengambil tuala di lehernya lalu menyangkut di leher aku. Tahu pun nak pulang balik.
"Thank you." Aku berterima kasih dengan gembira.
"Wuuuuu!!" Semua orang di stadium itu termasuk Koichi, Kai, Takuya, Yuki, Yusuke, Takashi dan 3 orang kawanku mengusik kami berdua. Aku terkejut. Ada peminat yang menjerit tengok Ryoga buat begitu.
"See? Abang baru cakap tadi." Ujar Koichi memandang aku dan Ryoga.
"Nani?" Ryoga bertanya pada semua orang termasuk peminat yang berada di situ dengan penuh tanda tanya. Itu je yang aku faham. Aku gelak. Dia menambah lagi soalannya lalu semua orang gelak kecuali aku, Alyn, Eca dan Hannah yang tak faham. Dia suka sangat buat lawak. Walaupun aku tak faham selalunya aku gelak je bila tengok video dia buat lawak. Ah, lantak lah. Asalkan tuala aku dah kembali. Sayang woo walaupun baru beli tadi.
Sebelum turun dari pentas, aku meminta mikrofon daripada Ryoga.
"Minna arigatou gozaimasu! (Terima kasih semua!) Sayou nara!" Kami menunduk lalu bangun dan melambai ke arah mereka semua di stadium itu. Itu sahajalah pun yang aku reti cakap. Mereka membalas lambaian kami dengan gembira. Sporting betul mereka ni.
Kami turun dari pentas dan kembali ke tempat kami tadi.
"Apalah dorang ni, pelik-pelik je lah. Eca tu tadi dah macam nak terbang dah aku tengok sebab takut sangat. Haha!" Kami berempat ketawa. Wah, bahagianya kami.
*******
Habis sahaja konsert kami terus keluar dari stadium. Masya-Allah sesaknya Ya ampunn!
"Fuh! Sesak dia, kalah KL." Ujar Alyn setelah kami berjaya menyelit untuk keluar dari stadium.
"Wargh! Now, where are we going?" Soal Hannah sambil mengeliat.
"Balik lah. Hang nak pi mana lagi?" Soalku. Nak tidur sini ke apa budak ni?
"Hmm, besok dah nak balik Malaysia. Huhu~" Eca mengingatkan kami. Kami kesedihan di situ.
"Haah lah. Dah sampai Tokyo Dome ni, terus tak teringat besok nak balik Malaysia. Sedihnya." Balasku. Mereka hanya mengangguk.
"Hey!" Sapa suara seseorang yang aku kenali.
"Macam kenal je. Mananya?" Kami mencari suara itu. Kami menoleh. Dari belakang rupanya.
"Ah, Yusuke-san." Yusuke lah. Siapa lagi kalau dah sapa sebegitu.
"Yusuke je? Nama saya tak nak sebut?" Soal Ryoga. Hish, apalah dia ni, menyibuk sahaja kerja.
Aku menggeleng.
"So, where are you guys heading now?" Soal Koichi.
"Go back home. Tomorrow, we have to go back to Malaysia." Jawabku sedih.
"Ouh, sorry, I didn't remember about that. I'm sorry we can't accompany you guys at the Narita Airport tomorrow. We will stay here until tomorrow night." Balas Koichi. Aku tersentak.
"Seriuslah abang tak teman besok?" Soalku. Abang aku tu. Takkan tak nak hantar?
"Sorry, we have no choice." Mereka mengangguk dengan muka bersalah.
"It's okay, we can go by ourselves." Ujar Alyn.
Aku mengangguk lemah.
"Urm, okay. Aby, don't forget to tell mama and everyone in the house that I miss them so much." Pesan Koichi.
"Bila abang nak balik?" Soalku. Dah 2 bulan dia tak jejak kaki ke Malaysia.
"If I'm not busy. But, next week is New Year. Hm, I don't know. It's okay, if I could go back, I'll tell you." Balas Koichi. Aku hanya mengangguk.
Aku membuka telefon pintarku, "It's late now. I think we have to go now. Bye. See you guys soon." Aku senyum kelat lagi lalu melambai ke arah mereka.
Mereka membalas lambaian kami. Aku memasukkan tanganku ke dalam poket jaket lalu kami pun berjalan menuju ke stesen keretapi untuk pulang semula ke rumah. Huhu~ kesian Rygo tinggal seorang di rumah.

Share this novel

Fukumen Hime
2021-03-23 19:37:13 

Miss Sakura, I think you should look into dramas or animes that featuring idol's life. It's almost impossible for idols to have an ordinary lives like us, above all these guys are real celebrities. They cant simply walk to your hotels, cant simply meet you on the floor before performing on stage. They must always keep their privacy and distance themselves from fans. If I were at their live, I might throw something at the celebrities because you break our trust and love. Second, I will attack Sakinah and her friends. There's no way for outsiders to be treated like the way you put in this story. Japanese fandom is serious, people kill themselves because of their favourite idol. So, be careful when you write a story related to idols.


NovelPlus Premium

The best ads free experience