CHAPTER 34

Action Series 136588

Langkah di atur satu persatu hanya mengikut gerak hatinya. Cahaya lampu di tengah-tengah lorong itu sedikit membantu penglihatan Thea walaupun hatinya berat untuk meneruskan langkah. Namun di sebabkan keinginan untuk tahu apa di sebalik bilik bawah tanah ini, dia ketepikan sahaja rasa itu.

Makin dia jauh dia melangkah lampu di lorong itu makin malap. Suasana sekeliling juga makin sunyi. Dan beberapa buah pintu agak besar yang di perbuat daripada besi mula kelihatan di hadapannya. Nama yang tertulis di setiap pintu itu adalah berbeza.

"Pintu apa pula ni? Kau jangan macam-macam, Thea Hazel." Hatinya menegah apa yang berada di fikirannya namun dirinya pula berkata sebaliknya.

'L' Adalah nama pintu yang di pilih oleh Thea. Kakinya terus melangkah mendekati pintu besi itu. Tidak tahu kenapa dia memilih 'L' daripada 3 pintu yang lain.

Tangan yang sedikit terketar mula memegang tombol pintu itu. Nafas ditariknya perlahan sebelum di lepaskan dan serentak itu pintu itu dipulasnya kuat.

Krakk..

Bunyi kuat terhasil dari pintu itu mula memecahkan kesunyian ruang bawah tanah. Pintu besi yang berat itu di tolaknya sekuat hati. Dengan kudrat dia sebagai seorang perempuan, apalah sangat nak di bandingkan dengan pintu besi yang besar di hadapannya itu.

"Ish.. Macam tak ada pintu lain ke dekat dunia ni sampai kena guna besi juga." Omel Thea sambil cuba mengatur nafasnya. Lelah.

Cahaya lampu yang malap sedikit membataskan pandangannya di bilik itu. Dengan hati-hati, kakinya melangkah perlahan ke hadapan. Makin ke depan makin kuat bau menusuk lubang hidungnya.

"Uuwekk.. Bau apa yang busuk sangat ni?" Hidungnya segera ditekup dengan shawl yang dipakainya.

Grrrr..

Bunyi deraman yang kuat di belakangnya buat tubuhnya kejung. Langsung tidak berani untuk bergerak kerana bunyi itu buat bulu romanya berdiri tegak. Air liur ditelan kesat. 

Grrrrrrr.....

Makin kuat bunyi itu kedengaran dari arah belakangnya. Dekat. Dia cuba nafikan apa yang sedang ada di fikirannya namun makin di nafikan telahannya makin kuat bermain.

"Please.. Don't hurt me." Bisiknya perlahan. Bibirnya dikemam kuat apabila dia mula terasa geseran lembut di betisnya yang dibaluti seluar tidur itu. 

Hujung shawl di genggam kuat. Mata langsung tidak dibukanya. Tidak berani untuk melihat apa yang sedang berlingkar di kakinya.

"Awakkk.. Help me." Thea cuba menahan esakan di terkeluar. Tidak mahu 'si dia' terkejut dengan bunyi yang dia hasilkan.

"Didn't you enjoy with my Lionel?"

Serentak dengan suara itu, ruang bilik yang malap itu mula bertukar cerah dengan cahaya lampu neon di hidupkan di sekeliling bilik.

Dan tanpa di pinta, mata yang tadi tertutup rapat, automatik terbuka luas dan mata hazel itu tepat memandang ke arah figura seorang lelaki yang amat dikenalinya.

Emeer yang hanya memakai baju hitam tanpa lengan dan seluar jeans lusuh kelihatan sangat berlainan dengan dia sebelum ini. Ditambah pula dengan rambut yang sedikit panjang itu di ikatnya ke belakang.

"Enjoy what you see, Tesoro?" Soal Emeer dengan nada sarkastik.

Thea yang mula tersedar dengan kelakuannya itu mula menundukkan kepalanya. Namun apa yang dilihat di kakinya buat matanya terbutang luas.

"Argggghhhhhh..." Spontan Thea menjerit kuat sambil kakinya laju melangkah ke sudut bilik tersebut.

Grrrrr.. 

Lionel berderam kuat sambil melangkah perlahan ke arah Thea. Emeer pula hanya memerhati singa kesayangannya itu menghampiri isterinya tanpa berbuat apa-apa.

"Stay away from me! Awak.. Please do something." Rayu Thea.

Emeer kelihatan santai. Duduk bersandar tubuh di bucu meja sambil berpeluk tubuh. Melihat reaksi isterinya itu, bibirnya naik mengukir senyuman nakal.

"That's my lovely Lionel. Don't scared, she like you, sweetheart." 

Thea ketap bibirnya kuat. Cuba menahan geram dengan sikap gila suaminya. Boleh mati kejung aku dekat sini.

"A--awak.. Tolong halau binatang awak ni. Awak nak saya mati terkejut ke? Kalau awak nak balas dendam pasal semalam, saya minta maaf. Saya mengaku salah tapi tolong jangan bagi baby awak dekat dengan saya. Please Emeer..." Rayu Thea serentak air matanya gugur jatuh ke pipi. Tidak mampu untuk dia menahan lagi dari esakan.

Emeer tersenyum sinis. 

Dia berdiri di sebelah Lionel, berhadapan dengan Thea sambil kedua belah tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya. Mata dark hazelnya memandang tajam ke arah isterinya.

"Don't cry, sweetheart. She just want to know you. And she won't eat you until I ask for it." Sinis. Kata-kata itu sangat sinis di perdengarannya.

Eiden dan Kevin hanya memerhati kelakuan Emeer dari dalam cermin di sebalik bilik itu. Di mana bilik itu hanya di khaskan untuk mereka menyaksikan aksi Lionel dengan mangsa-mangsanya bermain.

Bilik Lionel itu sentiasa di jaga rapi dan di bersihkan setiap kali selepas Lionel bersama mangsanya. Namun disebabkan kehadiran Thea di situ, Emeer sengaja menyuruh anak buahnya menukar bilik itu menjadi busuk sekaligus menaikkan ghairah sifat pemangsa di dalam diri Lionel.

Selangkah Emeer ke hadapan, selangkah juga Lionel melangkah. 

Sebaik sahaja melihat Emeer dan binatangnya semakin mendekati, automatik lutut Thea lembik dan dia jatuh terduduk di sudut itu. Tidak terdaya lagi dia untuk menegah. Dia tahu Emeer tidak akan biarkan binatang kesayangannya itu apa-apa dia. 

Namun seorang lelaki yang bernama Emeer Hayyes tidak dapat dijangkanya dengan sikapnya yang tidak berperasaannya itu.

"Don't scared, my sweetheart."Bisik Emeer sambil tangannya naik menyapu lembut air mata Thea yang mengalir tanpa henti itu.

Manakala Lionel makin galak mengesel dan mencium bau tubuh isteri tuannya.

"Ple--please.. Help me. Sa--saya tak nak."

Thea mengesot mendekati Emeer lalu tubuh Emeer di pelukkan kemas. Tubuhnya mula menggigil kuat. Kepalanya mula terasa berpinar. Mungkin disebabkan terlalu banyak menangis.

Emeer cuba untuk meleraikan pelukkan itu namun pegangan kuat Thea langsung tidak beri ruang. 

Emeer mula ketap rahangnya kuat. Bukan ini yang di rancang. Sepatutnya lagi teruk isterinya kena namun lain pula yang berlaku. Suara Thea sayup-sayup kedengaran di cuping telingnya.

Tanpa menunggu lama, dia terus mengangkat tubuh Thea dan serentak itu juga Thea memeluk erat lehernya. Mukanya di sembamkan di ceruk leher suaminya. Mata langsung tidak dibuka. Melihat binatang yang berbulu lebat dan agak besar itu adalah mimpi paling ngeri dalam hidupnya.

"Stay, Lionel." Arah Emeer keras apabila melihat binatang kesayangannya turut melangkah bersamanya.

Grrrrr...

Arahan tuannya dituruti dengan baik. Dia duduk sambil melihat kelibat tuannya hilang dari bilik itu.

"Sayang tapi ego. Bodoh kau ni, Long." Omel Eiden sambil sebelah bibirnya dinaikkan. 

_______________________________________________________

Tubuh Thea diletakkan di atas sofa di hujung katil. Dia memandang isterinya itu sambil bercekak pinggang. 

Thea hanya menundukkan kepalanya. Perasaan takut tadi makin reda namun pandangan tajam Tuan Lionel di hadapannya itu kembali meresahkannya. Kedua belah tangannya di ramas kuat.

"Take off your clothes now." Arah Emeer.

"Huh..?" Thea mendongak ke atas. Cuba mentafsir semula arahan itu.

Emeer mendengus. Dia meninggalkan Thea dalam keadaan terpinga-pinga di situ. Dengan selamba dia membuka baju dan seluarnya lalu mencampakkan pakaian itu ke dalam bakul di hujung sudut pintu bilik air.

Hanya berboxer, dia melangkah masukkan ke dalam wardrobe lalu tuala putih di capai dan dililit longgar di pinggangnya.

Keluar sahaja dari situ, melihat Thea masih lagi dalam keadaan yang sama buat dia hilang sabar. 

"I said, take off your clothes now Thea Hazel."

"Na--nak buat apa?" Tanya Thea spontan.

Emeer mula tersenyum nakal serentak itu tangannya menarik kuat lengan Thea dan memaut erat pinggang isterinya. Tudung di kepala segera di buka dengan mudah lalu di campak ke lantai.

"Tonight is a long night for both of us. I can't let you go just like that, my wife."

Leher Thea yang terdedah itu di cium dengan penuh sensual. Thea yang tidak selesa itu cuba untuk meronta namun tenaganya langsung tidak setanding dengan suaminya.

"Kalau tak nak aku buat lebih teruk dari tadi, please give your cooperation my dear wife. Now take off." Serentak dia melepaskan pegangannya di pinggang Thea dan melabuhkan duduk di sofa.

Thea ketap bibirnya kuat. Sebelah tanggannya dikepalkan. Ingin membantah namun memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, dia akur.

Baru sahaja beberapa tapak kakinya melangkah, suara Emeer kedengaran.

"Where you think you're going?"

"Toilet?"

"Ada aku suruh kau pergi toilet, hurm?" Soalan di balas soalan. Dan soalan yang dibalas oleh Emeer itu betul-betul menaikkan bulu romanya.

"Wh--what do you mean?"

"Just do it here, Thea Hazel." Balas Emeer dengan geram.

"What?? No!" Mata Thea membulat. Terkejut dengan arahan suaminya itu.

Gila. Memang gila. Dia tidak pernah lagi berbuat seperti itu di depan mana-mana lelaki. Tambahan pula lelaki itu adalah suaminya. Langsung tidak terlintas di benak fikirannya.

"You don't have any choice. Do it now or you want me to take it off for you, Tesoro?" Dia mula bangun dari duduknya lalu mendekati Thea.

Thea mula berundur beberapa tapak ke belakang. Pandangan mata dan kelakuan suaminya itu sukar untuk di tafsirkan. Aura yang diberikan oleh Emeer buat bulu romanya tegak berdiri. 

Senyuman sinis Emeer makin melebar sebaik sahaja melihat Thea terperangkat. 

"You can't run from me, sweetheart."

Serentak itu tubuh Thea di angkat ke atas bahunya lalu di bawa masuk ke dalam tandas. Bibirnya mengukir senyuman nakal.

Thea yang berada di atas bahu itu meronta kuat namun tidak di hiraukan oleh Emeer. Hatinya mula berdengup kencang. Macam-macam perkara mula terbayang difikirannya.

Mampus!

Ibu.. Tolong Thea..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience