Empat Puluh Enam

Other Completed 44787

Luthfi memandu keretanya keluar dari supermarket. Dia membawa dalam kelajuan sederhana. Tidak perasan akan kelainan pada keretanya.

Dia melihat jam ditangannya, Hampir sejam dia diluar, Dia risaukan isterinya yang sendirian dirumah. Dia mula memecut laju keretanya namun apabila dia menekan break dikakinya yang mulai tidak berfungsi dia mulai panik.

"Allahuakhbar!!" Teriaknya lalu keretanya menghentam lori 10 tan yang parking dibahu jalan.

"Abang!!!!!" Cinta terkejut apabila bermimpi suaminya kemalangan.

"Astaghfirullah." Dia mulai beristighfar panjang dan melihat jam 7 setengah namun kelibat suaminya masih belum nampak.

"Mana Abang ni?" Tanya Cinta mulai keluar dari bilik melihat mungkin suaminya ada dibawah.

Ketukan di Pintu utama membuatkan dia berjalan untuk membuka pintu Villa.

"Cinta?" Peluk Layla dalam tangisan. Sarah dan Rissa juga menangis manakala Fakhrul melihat sedih padanya.

"Kenapa ni?" Tanya Cinta hairan.

Dalam waktu yang sama Thariq bersama isteri dan Hilal datang menemuinya.

Dinda memeluknya erat selepas Layla meleraikan pelukannya.

"Akak tahu Cinta kuat. Cinta yang sabar ye. Allah nak uji Cinta." Kata Dinda.

Thariq menapak dan mula mengusap ubun-ubun adiknya.

"Abang nak Love kuat. Lawan perasaan ni." Kata Thariq.

"Hah?? Kenapa ni? Cinta tak faham. Ada apa ni? Hilal?" Tanya Cinta bertubi tubi.

"Abang Luth mengalami kemalangan dan kini Abang Luth didalam Zon bahaya akibat kecederaan serius pada anggota badannya." Kata Hilal.

Seperti kilat menyambar tubuhnya, Kakinya mulai terasa diawang awangan dan dia hampir jatuh diatas lantai Villa.

Hilal sempat menyambut tubuh longlai kakaknya dari terduduk dilantai.

"Akak!!! Akak jangan macam ni. Abang Luth perlukan kekuatan Akak sekarang." Kata Hilal.

"Kenapa Abang taknak dengar cakap Cinta." Kata Cinta mulai meraung hebat.

"Love sabar. Sekarang ni Love kena kuat. Kuat demi kesembuhan Luth. Luth perlukan Cinta untuk menguatkan dia agar sedar semula. Kata Thariq.

"Kenapa boleh jadi macam ni Abang." Tanya Cinta yang masih basah dengan airmata.

"Masih dalam siasatan." Kata Layla.

"Sebaiknya, Cinta ikut kami kehospital sekarang." Kata Fakhrul.

Cinya dipapah oleh Layla. Dinda mengambil wallet dan tudung Sarung exspress di tangan tangga.

Mereka sampai kehospital dan menanti doktor yang memegang Kes Luthfi.

Hampir 3 jam baru doktor pakar keluar.

"Keluarga Adam Luthfi?" Tanya Doktor itu.

"Ye. Kami keluarga Adam Luthfi." Kata Layla.

"Maaf. Pesakit terpaksa kami letakkan didalam ICU kerana beliau mungkin akan koma akibat hentakan kuat pada kepalanya." Kata Pakar itu.

"Ya Allah. Abang!!!" Teriak Cinta histeria.

"Paha Kiri dan tulang belakangnya mengalami kecederaan teruk dan kami nak minta oersetujuan untukemasang besi pada paha dan tulang belakangnya." Kata Pakar itu.

"Doktor lakukan apa yang terbaik untuk suami saya, Saya akan tanggung kosnya." Kata Cinta.

"Baiklah. Saya harap Puan sabar. Berikan kekuatan oada pesakit agar dia cepat sedar dari koma." Kata Doktor itu lalu kembali semula kedalam bilik yang menempatkan Luthfi.

"Ya Allah. Kau selamatkan suami hamba. Andai kau ingin mengambilnya dariku kini, Aku mihon tariklah separuh dari Umurku dan berikan padanya. Sebab aku tak mampu kehilangan dirinya." Kata Cinta meraung membuatkan mereka yang ada disana turut terkesan dengan permintaan Cinta Pada Yang Maha Esa.

"Love sabar ye. Kuat dan Tabah. Tanam dalam ni. Demi Luyh dan Baby." Kata Thariq.

"Cinta masih ada kami. Kami akan pada dibelakang Cinta dan Luth." Kata Dinda.

"Kenapa Cinta yang harus terima semua dugaan ni. Kenapa?" Tangisnya mula jadi semula.

"Sabar. Kita akan jaga Luth bersama ye. Akak tahu Luth kuat demi Cinta dan baby yang bakal lahir ni." Kata Layla.

"Cinta jangan macam ni. Kesian Baby." Kata Dinda yang melihat Cinta mulai lelah dan lemah.

"Abang bantu Cinta." Paggil Dinda apabila melihat Cinta tak sedarkan diri.

"Ya Allah. Love. Love hey love bangun sayang." Thariq menepuk perlahan pipi Cinta.

Namun Cinta seperti Mamai menyebut memanggil nama Suaminya.

"Papah dia bawak kesana." kata Dinda.

Thariq memapah tubuh longlai adiknya menuju kekerusi yang ada dekat pada mereka.

"Love. Love. Bangun sayang. Jangan macam ni. Kesian baby." Kata Dinda lagi menampar lembut pipi Cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience