Bab 9

Romance Series 3741

Zulaikha memerhati keadaan sekeliling hospital, selepas dia tersedar dari koma. Air matanya menitis lagi. Laju air matanya diseka.Dia memandang dirinya disebalik cermin bersaiz petak itu. Dia cuba mengingati bagaimana dia boleh terlibat dalam kemalangan tempoh hari.
    "Perempuan kotor."
    Kepalanya ditekan tekan dengan jari.Tak sanggup melihat dirinya lagi.
    "Hina sangatkah aku?Sampai aku tak boleh langsung berubah."Zulaikha mengeluh.
Dia berazam untuk tidak menjual maruah dirinya lagi. Tetapi kerana dia telah berhutang dengan ah long dia ditangkap dan dipaksa melayan pelanggan dia sebuah kelab malam tetapi dia nekad untuk melarikan diri. Dan tidak dapat lagi mengingati apa yang terjadi seterusnya.

    "Bila kita cuba berubah jadi baik,kita akan hadapi pelbagai dugaan.Kalau kita kuat, insya Allah kita berjaya." Teringat kembali kata2 Ustaz Hariz. Iaitu jirannya yang pernah menjadi kegilaannya 8 tahun lepas. Lembut sahaja tutur bicaranya.
     Zulaikha menggeleng. Dia kena kuat menelan cemuhan orang lain disekelilingnya. Zulaikha melangkah keluar dari wad itu untuk untuk pulang. Dia berazam untuk berubah demi masa depannya.
....
Laju kaki hariz masuk ke wad ortopedik perempuan, niat dihatinya ingin mencari Zulaikha. Tetapi hampa.
Ustaz Tarmizi dari tadi memerhatikan gelagatnya seorang doktor yang dia seperti mengenali susuk tubuh itu. Dia mengekori doktor itu sehingga ke lift.

"Assalamualaikum Doktor?" Hariz berpaling dan kaget kerana tidak percaya rakan sekelasnya seketika dulu.
"Wassalam, ya Allah Tarmizi.. lamanya kita tidak beejumpa" balas hariz. Mereka bersalaman dan berpelukan.

"Jom kita minum2" hariz memulakan bicara.
"Maaf, lain kali ya, ana tengah tunggu kawan" Tarmizi menolak pelawaan hariz. Mereka menukar number telefon dan masing-masing beredar.

"Alhamdulilah ada hikmahnya" bisik hariz didalam hati. Dia tidak percaya kerana mereka berjumpa kembali setelah hampir 5tahun mereka berpisah kerana masing2 telah menamatkan pengajian di universiti.
..........

Tarmizi membantu Zulaikha memasuki kereta. Akibat kemalangan itu. Tulang Kaki Zulaikha retak.
"Terima kasih, maaf susahkan ustaz" ujar Zulaikha, dia serba salah atas kebaikan yang ustaz Tarmizi sudi membantunya.
"saya ikhlas" balas Tarmizi.

Mereka diam membisu hanya alunan zikrullah dr radio memecahkan sunyi.
....
Iskandar perasan dengan perubahan sahabatnya baiknya itu. Sejak pulang dr kerja dia akan termenung. Dia semakin risau. Hariz banyak habiskan masa dengan berkurung di dalam bilik atau pon pulang lewat malam dr kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience