Anya terbangun. Entah berapa jam dia merehatkan dirinya. "Sayang dah bangun? " soal Bahr yang sedang dilihat membuat paperworknya. "Sekitar, dia dari tadi ke kat sana?" soal Anya. "Ya sayang.. Abang buat kerja dekat bilik ni. Baru tenang hati Abang. " jawab Bahr sedangkan Anya hanya bersoal dalam hatinya.
"I know you hungry.. Anya berus gigi terus kita makan tau. Nak dekat jam 1 tengah hari daa. " kata Bahr, terkejut.. lantas Anya berlari ke arah bilik mandi. Dia sudah tidur hampir lima jam rupanya.
***
Zayhar memeluk Idlan. Dia rindukan adiknya, Misha yang menyaksikan sedikit terharu. Akhirnya, mereka bersama kembali. "Apa khabar adik Abang? " soal Zay. "Baik.. Abang sihat? " soal Idlan. "Never been better. Duduklah. Mulai sekarang, inilah rumah kita bertiga. Kita tak perlu lagi merempat macam kita kecil-kecil dulu." kata Zayhar. Peristiwa hampir dua puluh tahun lalu masih segar dalam ingatan mereka bertiga. Dan, dendam mereka kepada keluarga Bahr dan Becky dimulakan dengan Idlan, Misha. Semuanya menemui jalan buntu.. satu lagi jalan mereka.. Anya.
"Abang.. Idlan nak minta sesuatu boleh? " soal Idlan. "Apa dia? Idlan nak kerja ke? Tempat kerja Abang kebetulan ada kosong." kata Zay. "Tak.. jangan teruskan lagi balas dendam ni. Saya nak hidup tenang." kata Idlan. Zay hanya tersenyum senget. "Kau dah lupa apa keluarga dia buat dengan kita. Keluarga Bahr dan Becky buat keluarga kita sampai merempat tepi jalan. Mak mati depan mata kita Idlan. Kau jangan buat lupa! " kata Zay. "Abang pun tahu kisah sebenar, kalau ayah kita tak khianat perusahaan ayah Becky dan Bahr.. kita tak akan merempat. " kata Idlan. "Dan, membiarkan arwah mak kita dan kita merempat! " kata Zay.
Idlan hanya diam. "Kita merempat sebab arwah ayah. Bukannya sebab keluarga Bahr dan Becky. " kata Idlan. Zay hanya berapi memandang Idlan. "Kalau kau tak nak ikut, suka hati kau. Tapi, kau jangan risau.. aku bukannya hadap sangat pun dengan Bahr dan Becky tu. " kata Zay. "Habistu, abang nak apa sebenarnya? " soal Idlan.
"Aku nak Anya aku! " terang suara Zay.
***
"Banyaknya budak.." gembira Anya melihat sambutan hari lahir anak kawan Bahr. Bahr hanya tersenyum melihat Anya, selepas dipujuk berkali-kali untuk mengikutinya ke majlis hari lahir kawan baiknya.
"Encik Bahr, eh.. Cik Anya pun ada. Terima kasih sudi datang.. " kata Eiyril. "Tak payah nak berencik sangat, aku luku kepala kau kang!. Kenalkan.. Anya, kau tahu siapa nikan? " soal Bahr. "Tahulah.. orang yang sentiasa selamatkan kau. Hehehe, jemput masuk Anya.. Hana, mari sini.. ada Anya ni." kata Eiyril. Hana pergi menuju ke arah Anya dan bersalaman. "Cantiknya awak. Padanlah dengan rekaan awak. Abang, kita hari tu bersanding abang guna rekaan Cik Anya kan? " soal Hana. "Yelah.. kan Hana suka koleksi Anya. Eh, masuklah.. nanti Airil nak tiup lilin. Jom Anya, Bahr. " pelawa Hana.
"So, kenapa ajak Anya ke sini? Pelik aku. " kata Eiyril. Bahr dan Eiyril merupakan sahabat lama dalam perniagaan. "Takde, cuma nak bagi Anya idea betapa gembiranya hidup kalau ada anak. " kata Bahr. "Uishh! kau ni gila ke apa? Takkan lah nak bunting kan anak orang. Kau jangan buat gila Bahr. Aku masih boleh terima kalau kau tu kasanova, tapi kalau sampai ke tahap nak rosakkan anak dara orang, sekarang juga aku kurung kau dekat bilik kegemaran aku tu." amaran Eiyril.
Bahr hanya ketawa, "Uishh kau ni! Emo sangat. Macamlah dia tu baik sangat, kau tu dulu lagi lah kurung bini kau tu suruh siapkan novel kau. Kau lagi teruk.. belum ada ikatan. Aku dengan Anya lain, kami dah kahwin. " terang Bahr. "Ahh?!! Woi! Bila? Tak ajak pun? " soal Eiyril. "Tu kau kena rahsiakan.." kata Bahr sambil matanya melihat Anya yang sedang mengusap kepala anak Eiyril
"Anya dengan Bahr ada apa-apa ke? Tengok tu.. Bahr tak lepas pandang sini. " kata Hana. "Takde lah Kak Hana. " senyum Anya. Ya, dia perasan pandangan mata Bahr ke arahnya seakan sesuatu.
"Bahr dengan Anya ada apa-apa ke? " soal Hana lagi. "Takde Kak Hana.. " jawab Anya. "Oh.. ni anak akak, Airil namanya. nak dekat 12 tahun umurnya. " ramah Hana. "Hansemnya dia. " kata Anya. "Tengoklah siapa suami dia.." gurauan Hana. Anya hanya ketawa. "Maaf nak tanya, suami akak dengan Bahr tu rakan perniagaan ke? Kenapa saya tak pernah nampak? " soal Anya.
"Sebab suami saya tu jarang nak jumpa orang. kecuali yang betul-betul dia selesa. " kata Hana. "Habistu, awal perkenalan akak dengan suami macam mana? Siapa buat first move? " soal Anya. Hana hanya ketawa. "Alah.. malas lah nak ingat kembali kisah lama. hahahaha.. apa pun, dah jodoh. " kata Hana.
"Tapikan, akak rasa Bahr tu suka dengan Anya lah. Yelah, selalunya hari jadi macam ni Bahr suka pergi seorang tau. Akak ingat lagi dia cakap, suatu hari nanti dia akan bawa bakal ibu kepada anak dia datang ke parti hari jadi Airil. Ahh.. mungkin Anya lah orangnya. " kata Hana
Tersedak air liur Anya mendengarkan kata-kata Hana. "Aku bakal ibu kepada anak-anak dia? " bisik hati Anya. Anya terus memandang Bahr dan Bahr juga turut sama memandang Anya, seakan ada magnet pada pandangan mata mereka berdua yang sukar mereka tafsirkan.
siapa rindu Hana dengan Eiyril? Boleh jenguk novel Killa "Novelis, I'm in Love With You" heheh Hee.. Saja Killa nak munculkan balik watak Hana Eiyril. Rindu dekat mereka.. Stay tuned yee (´・ω・`)
Share this novel