BAB 9

Humor Completed 6566

Aku memandang kolam ikan. Andai saja aku jadi ikan ikan ni yang bebas berenang ke mana sahaja. Eh tak nak lah aku jadi ikan. Jadi manusia pun dah okay hehe.

Haihh rindu pulak dengan Taylor tapi aku lagi rindu Aisyah, kawan baikku di Malaysia. Sama pengajian sama sem.

"Adik~ mengapa termenung?" Aku ketawa kecil. Comotnya kakak!

"Haih kakak ni..kenapa ada tepung kat muka ni?" Ketawa aku. Kakak buat muka cuak.

"Serious ke?" Aku mengangguk. "Huaaaa umi" kakak berlari masuk ke dalam rumah. Lagi terburailah ketawa aku.

"Assalamualaikum" aku memandang luar. Anak jiran rupanya. Aku tersenyum.

"Waalaikumussalam. Kenapa dik?" Aku menghampiri.

" ni abang Aliff suruh bagi" dihulurkan satu beg kertas. Aku memandang sekeliling. Tak ada pun Aliff Syakrul. Aku memandang budak itu semula.

"Mana abang tu?" Bisik aku. Budak itu hanya senyum sambil menggeleng.

"Assalamualaikum" aik lari pula? Aku ketawa kecil.

"Waalaikumussalam.."jawab aku perlahan.

Aku memandang sekeliling buat kali terakhir. Tak ada pun. Hmm tak apa lah. Aku masuk ke dalam rumah dengan hati yang girang. Aku pergi ke dapur dulu untuk mengetahui apa punca bunyi bising tu.

"Kakak dengan umi buat apa tu?" Tanya aku.

"Buat biskut chip chocolate. Kakak nak try buat sendiri" aku mengangguk.

"Beg apa tu?" Tanya umi. Aku menggeleng. Dengan pantas menyembunyikan di belakang badanku.

"Siapa bagi?" Tanya umi lagi.

"Aliff.." jawab aku perlahan sambil tersenyum malu.

Umi dengan kakak tersenyum-senyum. Aku berlari ke atas. Aihh malunya kita!

Aku baring atas katil. Dibuka beg itu. Ada tudung dan kasut besertakan surat.

Aku buka surat dulu. Wanginya!! Dalam tulisan jawilah! (Saya translate ye)

Ke hadapan bakal isteri Muhammad Aliff Syakrul, moga bakal zaujah sihat disana. Saya mohon maaf kerana jarang berbual dengan awak. Saya ingin menghalalkan hubungan ini terlebih dahulu sebelum kira berbual dengan lebih rapat. Saya harap awak faham dan tidak berkecil hati. Pemberian kecil saya harap diterima oleh bidadari Rawdah. Assalamualaikum.

Mak aiii sweetnya!!!!! Umi, anak umi terlebih gula sekarang ni! Aku tersenyum bahagia. Hehe malu pulak.

"Amboi amboi..sengih sampai telinga nampak" tegur kakak. Aku tersengih malu lalu menutup muka dengan batal. "Ceh blushing"

"Eii sibuk lah kakak ni"gurau aku lalu ketawa kecil.

"Nanti jadi zaujah orang, jangan lupa kakak" aku pandang wajah kakak.

"Apa kakak cakap ni? Kan air cincang takkan putus. Mana boleh adik lupa Kakak" kata aku sambil memegang tangan kakak.

"Ye ke? Kalau macam tu, ambil ni" kakak mencelet tepung di wajah aku.

"Umi!! Tengok kakak" jerit aku. Kakak ketawa kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience