Teguh holding
Berita kejayaan Farid Husin yang telah berjaya memperolehi tiga projek besar ratusan juta ringgit sekaligus dalam tempoh sebulan sebagai pengurus baru membuatkan seluruh Department di dalam Teguh holding menjadi riuh, lebih-lebih lagi department marketing yang telah di janjikan Bonus oleh Farid Husin, kejayaannya itu juga telah membungkam mulut-mulut para pengkritiknya di dalam Teguh holding
Majlis tandatangan meterai kerjasama antara Teguh holding dengan Tesla akan di adakan di bangunan Teguh holding, begitu juga dengan Genting Group, tetapi apa yang lebih membanggakan, Majlis tandatangan kerjasama bersama Kementerian perlancongan dan budaya Indonesia telah di adakan di jakarta Indonesia sehingga mendapat liputan yang meluas berita-berita di Indonesia
"Kacak betul adik korang nie, macam ayah waktu muda,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin dengan senyuman lebar begitu bangga menonton rakaman berita dari Indonesia
"Yelah tu,"
Kata Fazilah sengaja menyeget bibirnya
"Ayah..,"
Ucap Fuad sobri sejak tadi hanya tersengih memandang ayahnya
"Hmm.. apa dia?,"
"Along pun layakkan dapat bonus dari projek Farid,"
Kata Fuad sobri dengan wajah mengharap
Dato sri Hassan kamarudin diam seketika kemudian mengangguk
"Hari tu Farid ada beritahu ayah kalau Along pun layak, sebab along pengurus besar,"
Fuad sobri serta-merta berdiri dari duduknya
"Adik ku tercinta, along sayang pada mu,"
"Angah Yah?,"
Tanya Fazilah
"Angah tentulah tak,"
Fazilah mengerut wajah seakan merajuk
"Tak akan sikit puk takde,"
Dato sri Hassan kamarudin mengeleng
"Sikit pun takde, Okay Angah, macam ayah cakap tadi, tolong uruskan tempat pertemuan syarikat kita dengan Tesla lepas tu dengan Genting Group, buat meriah-meriah, jangan sesekali ada masalah tau"
Arah Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah serius
"Ya.. Ayah,"
Dato sri Hassan kamarudin mengusap-ngusap dagunya
"Ayah ingat nak buat jamuan makan kat rumah kita lepas habis semua tu,"
"Jamuan makan?,"
Kata Fuad sobri
Dato sri Hassan kamarudin mengangguk
"Ayah tak takut ke, kalau farid tu buat hal,"
Kata Fuad sobri
"Don't worry,"
Dato sri Hassan kamarudin terangguk-angguk
"Kali nie, ayah akan pastikan, ayah letak syarat berpakaian untuk jamuan tu nanti"
Beberapa detik kemudian Kedengaran pintu pejabat di ketuk dari luar
"Masuk,"
Shida setiausaha Dato sri Hassan lantas membuka pintu pejabat dari luar kemudian berdiri di muka pintu
"Dato, Encik farid dalam perjalanan ke sini,"
Dato sri Hassan kamarudin segera bangun dari duduknya
"Satu lagi Dato, ada banyak wartawan tengah menunggu kat luar lobi sekarang nie,"
Kata Shida lagi
"Itu lagi bagus,"
Balas Dato sri Hassan kamarudin dengan senyuman lebar
"Ayah nak gie mana tu?,"
Tanya Fazilah hairan bila melihat ayahnya mengayun langkah laju ke arah pintu
"Apa lagi, sambut Faridlah,"
"Tunggu jelah kat sini,"
*******************
Farid Husin mengusap-ngusap dahinya, memikirkan Fazura, hatinya merasa bersalah sejak dia memarahi isterinya itu, beberapa kali dia cuba menghubungi Fazura untuk memohon maaf namun panggilannya lansung tidak di jawab, tapi yang menghairankannya bagaimana ibunya tahu rumahnya di Ampang
"Harap-haraplah Fazura tak mengadu kat mak aku, hiss Nak balik ke tak nie ha?,"
Keluh Farid Husin
"Kalau balik, aku nak kena pujuk pulak, ah malaslah, selagi dia tak jawab panggilan aku, selagi tu aku tak nak balik, biar dia Kebulur,'
Kata Farid Husin kemudian tersengih
Kereta yang di pandu Farid Husin menyusur laju ke arah pusat bandar, setelah hampir setengah jam, kereta yang di pandunya memasuki laluan di depan bangunan Teguh holding
"Kenapa ramai sangat tu?,"
Bisik Farid Husin bila melihat di luar pintu lobi terdapat ramai wartawan sedang menunggu dan di saat itu kelihatan seorang pengawal bangunan menapak laju ke arah keretanya
Farid Husin lantas menurunkan tingkap keretanya
"Ada masalah ke?,"
Tanya Farid Husin bila pengawal bangunan berdiri di balik pintu keretanya
"Mereka semua tu wartawan encik farid,"
Jawab pengawal bangunan itu
"Wartawan?,"
Pengawal bangunan itu mengangguk
"Encik farid boleh turun kat sini, biar saya tolong parkingkan kereta encik farid"
"Kau nak upah ke?,"
"Boleh juga, kalau encik farid nak bagi,"
"Kurang asam betul,"
Farid Husin lantas mengambil beg kerjanya kemudian tangan kanannya menyeluk di dalam blazer mengeluarkan dompet duit, sebelum keluar dari kereta
"Nah, belanja rakan-rakan sekerja kau nanti,"
Arah Farid Husin sambil menghulur duit RM 100 ringgit pada pengawal bangunan yang kelihatan sedang terkebil-kebil mata melihat duit yang di hulurkan Farid Husin
"Terima kasih encik Farid,"
Ucap pengawal bangunan sebelum masuk ke dalam kereta
"Itu dia Farid Husin,"
"Cepat-cepat itu Farid Husin,"
Kata Para wartawan setelah melihat Farid Husin keluar dari kereta kemudian bergegas menghampiri farid Husin
"Ke tepi, ke tepi, gergasi sudah kembali,"
Arah Dato sri Hassan kamarudin pada wartawan yang mengerumuni farid Husin sambil menapak ke arah anak bongsunya
"My lovely son, come here,"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin dengan senyuman lebar sambil mendepa kedua tangannya
Farid Husin menyeget bibirnya sambil memeluk ayahnya
"Jom masuk Farid, ayah rindu betul kat Farid tau,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin tersengih
"Betul ke..?,"
"Of courselah,"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin kemudian memandang para wartawan sedang sibuk mengajukan soalan pada Farid Husin
"Sabar, sabar, kalau ada apa-apa soalan, nanti tanya je waktu majlis tandatangan ya,"
Dato sri Hassan kamarudin segera membawa anak bongsunya masuk ke dalam ruang lobi sambil di kawal beberapa pengawal bangunan
Dan di saat itu telefon pintar Farid Husin berdering, dia lantas menarik keluar telefon pintarnya dari poket seluar
"Mak,"
********************
"Farid ada call ke?,"
Tanya Farah sambil berbaring di Sofa memandang dengan pandangan hairan ke arah Fazura sedang duduk di lantai bukan di atas sofa
"Ada kak farah, banyak kali,"
Jawab fazura dengan wajah gelisah
"Biarkan je, tunggu masa yang sesuai farid tu tengok perubahan Fazura tahu,"
Kata Farah tersengih
Fazura mengangguk
"encik Farid tak marah ke?,"
Farah lantas bangun dari baringnya
"Kenapa fazura panggil si Farid tu nama, panggil jelah abang ke, anja ke, baby ke baru betul,"
Fazura mengeluh perlahan memandang wajah farah tidak bertudung
"Saya dah terbiasa kak farah, panggil encik farid macam tu,"
Farah mengeleng kepala
"Kalau gitu biasakan lah mulai sekarang panggil suami tu dengan panggilan romantik sikit,"
"Insyaallah kak Farah,"
Jawab Fazura sambil memeluk lututnya
"Kejap, ada panggilan,"
Kata Farah lalu melihat Skrin telefon pintarnya
"Mak call,"
"Hello mak,"
Datin sri Sahara
"Hello, farah kat mana sekarang nie?,"
"Kat umah Farid, teman Fazura, kenapa mak?,"
Datin sri Sahara
"Bagus, Farah teman je Fazura dulu, sebab tadi mak call farid, mak tanya dia balik mana, dia cakap nak balik rumah mak,"
Dahi Farah lantas bertaut
"Hiss, kenapa pulak si farid tu tak nak balik sini?,"
Datin Sri Sahara
"Biar jelah,"
"Ha lagi satu, ayah kau nak buat jamuan nanti, mak rasa mak nak pujuk Farid tu balik ke sana lepas jamuan makan,"
Farah tersengih
"So.. maksud mak, time tulah sesuai tunjukkan kat farid tu perubahan isteri dia,"
Datin Sri Sahara
"Cerdik pun kau,"
"Mak nie..,"
Datin Sri Sahara
"Mak nak Farah pastikan, Fazura tu pakai cantik-cantik tau,"
"No problem Mak, serahkan je pada Farah, taulah farah nanti,"
Datin Sri Sahara
"Okay, nanti apa-apa mak call farah, jaga fazura tu baik-baik,"
"Okay mak,"
Fazura menatap wajah Farah sedang tersengih-sengih
"Kenapa kak Farah?,"
Farah mengeluh perlahan
"Farid dah balik tau, tapi..,"
"Tapi apa kak farah,"
Tanya Fazura dengan wajah gelisah
"Farid tak nak balik sini, dia balik rumah mak,"
Jawan Farah
Wajah Fazura berubah takut dan sedih bercampur baur bimbang jika Farid Husin memarahinya kerana tidak menjawab panggilan
"Don't worry Fazura, nanti ada jamuan kat rumah keluarga kita, so kak farah akan pastikan fazura adalah wanita paling cantik kat jamuan tu, sampai farid pun tak kenal fazura nanti,"
"Betul ke kak farah,"
"Of courselah, Fazura pun dah nampak cantik sekarang nie tahu tak,"
Fazura tersenyum lebar, hatinya benar-benar tak sabar untuk menunjuk perubahan dirinya pada Farid Husin
Share this novel