Rate

Bab 8 Akad Nikah

Romance Completed 278220

Pada pagi jumaat itu, buat pertama kalinya Anis memohon cuti sekolah atas permintaan abah dan umienya. Anis tak kuasa nak membantah kerana di rumahnya sanak saudara terdekat Anis telah ada seperti adik beradik abah Anis iaitu pak ngah Encik Aizat dan isterinya Puan Anita  dan mak su Puan Amira dan suaminya Encik Ahmad Anas. Sebelah umie Anis pula Paksu Encik Zakaria dan isterinya Puan Asmah serta anak-anak sepupu Anis dari kedua belah pihak.

Sebuah pelaminan indah nan simple yang dihias diruang tamu telah dihias oleh seorang  wedding designers yang disewa Puan Zulaikha. Anis duduk bersimpuh di tempat yang Puan Zulaikha arah. Hari itu Anis Umairah kelihatan cantik dan kelihatan berseri-seri, apa lagi kaca mata yang selalu bertenggek di hidungnya seketika di lepaskan, hanya memakai contact lens.

Cameraman pun telah disewa oleh Puan Zulaikha yang sibuk memotret Anis dan yang diminta oleh family Anis, majlis itu betul-betul bukan seperti majlis kesyukuran biasa.

"Anis, diam-diam saja kat situ jangan ke mana-mana." Ucap Puan Zulaikha dengan senyuman bahagianya.

"Kenapa Anis kena duduk di sini?" Ucap Anis seakan naif.

"Umie nak Anis jadi Puteri hari ni, tak payah buat apa-apa." Sahut Puan Zulaikha sambil mengusap lembut kepala anaknya.

"Anis jadi anak yang baik dan solehah ya." Puan Zulaikha memberi sedikit nasihat pada Anis.

Anis mengangguk pelan dan mengerutkan dahinya, dia merasa pelik dengan layanan yang dia dapat dari abahnya Encik Muhaimin dan umienya Puan Zulaikha beberapa minggu ni, Anis ingin selalu bertanya tapi tak urung bicara.

Puan Zulaikha sibuk bercengkerama dengan sanak saudaranya yang sudah berkunjung ke rumah mereka.

"Katanya ini kenduri kesyukuran kecil-kecilan, tapi kenapa Anis merasa janggal?" Anis cuma berbicara pada dirinya sendiri.

Kalau Anis bertanya pada umienya, umienya cuma tersenyum lembut dan cuba mengubah topik perbicaraan. Ada something ke yang Anis tak tahu? Yang "mereka" cuba sorokkan dari Anis? Tapi apa itu? Semua itu jadi teka teki dalam diri Anis, tiap kali bertanya ada saja tajuk baru yang akan muncul. Anis cuba berfikiran positif walaupun perasaannya ada rasa resah.

Ustaz Ahmad adalah seorang ustaz yang telah ditugaskan untuk mendaftar perkahwinan antara Adib dan Anis,  dia akan menerangkan hukum-hukum perkahwinan pada Adib dan beberapa orang yang hadir. Kerana, suatu saat pasti ada orang yang akan bertanya dan persoalkan perkahwinan tersebut.

"Adib, sebelum akad nikah berlangsung, ustaz akan menjelaskan dasar hukum tanpa kehadiran mempelai perempuan ya, ustaz harap tiada lagi pertanyaan yang timbul lepas ni." Jelas ustaz Ahmad.

DASAR HUKUM

Pertanyaan :

1. Apakah pernikahan seperti ini sah atau tidak?

Jawapannya: Sah secara agama.

Perlu digaris bawahi jika kehadiran mempelai wanita di majlis akad tidak diwajibkan.

Kedua Rukun nikah sendiri ada 5, iaitu ijab Qabul, mempelai lelaki, mempelai wanita, wali dan dua orang saksi.

2. Apakah boleh seorang wanita dinikahkan tanpa izin darinya?

Jawapannya: Boleh!

Kenapa? Kerana seorang ayah/wali memiliki hak penuh atas anak perempuannya/yang diwalikannya . Dan sebagai yang diwalikan, kita wajib mematuhi setiap keputusan yang diambil oleh wali kita selama tidak melanggar aturan agama baik kita suka atau pun tidak.

Hanya saja, ada beberapa syarat perwalian ini dilakukan untuk merealisasikan kemaslahatan dan mencegah kemudharatan. Lain halnya jika seorang wali menikahkan tanpa izin dengan orang yang berpenyakitan, gila, atau orang yang cacat secara agama dengan "maksud" tertentu maka pernikahan itu tidak diperbolehkan.

Perwalian ini biasanya disebut perwalian ijbar (Paksaan).

3. Pernikahan seperti ini ada di dunia nyata?

Jawapannya: Ada!

Memang untuk di zaman sekarang hal seperti ini akan menimbulkan pro dan kontra, dan tentunya sudah jarang terjadi, terlebih akan bertentangan dengan HAM.

Dalam kitab Kifayatul Akhyar, dijelaskan yang bermaksud:

"Disyaratkan dalam keabsahan akad
nikah kehadiran empat pihak, yaitu wali, mempelai pria, dan dua orang saksi yang adil. Dan diperbolehkan wali dan mempelai pria diwakilkan.” (Taqiyyuddin al-Husaini al-Hushni, Kifayah al-Akhyar fi Halli Ghayah al-Ikhtishar, Dar al-fikri, juz, 2, hal 390)..

Ketidakhadiran mempelai wanita tidak mempengaruhi sah atau tidaknya suatu perkawinan, namun harus ada wali yang mewakilkan. Berangkat dari penjelasan ini, tidak hadirnya mempelai wanita diperbolehkan asalkan mempelai wanita ridho dengan akad nikah tersebut dan memiliki bukti tertulis. Oleh karena itu, bukan menjadi permasalahan lagi apabila calon mempelai wanita tidak bisa hadir dalam proses akad nikah."

Adib mendengar Keterangan tersebut dengan tenang dan fokus. Dia diam membisu dan faham tentang penjelasan yang ustaz Ahmad sampaikan.

"Betul juga, pasti orang akan persoalkan status perkahwinannya dengan Anis Umairah nanti." Hatinya berkata-kata.

Adib Umair teringat akan perbicaraan dengan sahabatnya Amar.

Flashback on

Adib telah memilih sebentuk cincin berlian yang simple, sesuai untuk Anis Umairah guna fikirnya. Adib berpuas hati dengan design cincin tersebut. Harga pun cukup menguras poket Adib. Bagi Adib, perkahwinan cuma sekali dalam seumur hidup, jadi dia pasti pilih yang terbaik untuk calon isterinya. Memupuk cinta tu belakang cerita, masih banyak waktu untuk "berkenalan" dengan Anis Umairah.

Adib tersenyum puas.

"Hi Adib Assalamualaikum!!" Tiba-tiba seseorang muncul lalu menepuk bahu Adib lembut ketika tengah memilih cincin.

"Ehh, waalaikumussalam kamu Amar." Sahut Adib mesra.

"Kau buat apa pilih-pilih cincin?"

Adib tersenyum ketika Amar menyoalnya, lebih baik terus terang saja. Lagipun Amar jenis yang boleh simpan rahsia orang.

"Aku akan menikah Amar." Sahut Adib dengan datar.

"Astaghfirullah Adib, kau nak nikah kami tiada yang tau..kenapa tak update dalam group?" Amar terkejut dengan kenyataan Adib tadi.

"Aku nikah ni permintaan orang tua Amar, dijodohkan dari kecil." Sahut Adib dengan senyuman.

"Macam tak laku saja kau kena jodoh-jodoh segala." Tepuk dahi Amar tahu kenyataan yang Adib hadapi.

"Please rahsiakan ye Amar."

"Calon isterimu mana?" Amar terjenguk-jenguk mencari kelibat seseorang di kedai emas tersebut.

Adib tersenyum kecut.

"Dia pun tak tahu perjodohan ini" ucap Adib salah tingkah.

"Boleh ke begitu?" Tanya Amar rasa pelik.

"Kau datang la nanti time aku diijab kabulkan, disitu boleh diterangkan kata ustaz yang bertugas nanti."

Amar cuma mengangguk pelan tanda faham.

"Okay bro nanti aku datang!" Sahutnya menepuk pelan bahu Adib.

"Tapi rahsia antara kita berdua ya." Kata Adib sambil menatap sahabatnya.

"Okay, rahsia kau aman. Insya Allah aku datang, tapi bila?" Tanya Amar ingin kepastian.

"Jumaat depan, tarikh sekian-sekian....?"

"Apa pun tahniah, nanti aku datang. Aku balik dulu ya.

Mereka pun bersalaman, berpeluk singkat lalu berpisah.

Flashback off.

"Disyaratkan dalam keabsahan akad nikah kehadiran empat pihak, yaitu wali, mempelai pria, dan dua orang saksi yang adil. Dan diperbolehkan wali dan mempelai pria diwakilkan.” (Taqiyyuddin al-Husaini al-Hushni, Kifayah al-Akhyar fi Halli Ghayah al-Ikhtishar, Dar al-fikri, juz, 2, hal 390)..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience