Bab 71

Romance Completed 78329

Jericho melangkah menghampiri Kristine yang menunggunya di salah sebuah meja di coffee bean. Kerusi ditarik lalu melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut. Dia berhadapan dengan Kristine.

“Ada apa kau nak jumpa dengan aku Jer?” Tertanya-tanya jugaklah dia dibuatnya bila Jericho call dia dan ajak berjumpa. Dah tu nak Gia datang sekali. Jericho ada masalah besar ke apa?

“Actually, aku ada benda nak bagitahu dekat kau. Tapi, aku tak tahulah kalau Gia dapat tahu pasal ni, dia dapat terima ke tak ataupun dia akan marah aku gila-gila punya.”

“Hmmm cara kau cakap ni macam ada benda je kau sorok dari aku dengan Gia? Apa benda? Kau bagitahulah
aku.”

“Kau janji dengan aku yang kau takkan marahkan aku dan please jangan bagitahu benda ni dekat Gia. Aku tak nak Gia tertekan lepas satu-satu masalah dia kena hadap.”

“Jer? Apa yang kau cuba cakap sebenarnya? Aku makin curious nak tahu rahsia apa yang kau cuba sembunyikan dari Gia sebenarnya.”

Jericho mengeluh besar. Jarinya bermain antara satu
sama lain. Resah nak bagitahu Kristine.

“Jer! Jangan buat aku tertanya-tanya macam ni. Bagitahu aku dan aku promise dengan kau yang aku takkan bagitahu Gia rahsia apa yang kau sembunyikan malam tu. Serius!”

“Aku…aku…actually malam tu sebenarnya…”

“Apa Jer?”

“Malam kejadian lepas aku bawak Gia ke hospital, aku datang balik naik teksi ke tempat kejadian dan malam tu jugak…” Jericho menarik nafas panjang dan dihelakan.
“Malam tu Danial ada dekat tempat kejadian. Dia yang sebenarnya kejar Gia dari belakang. Sebabkan Gia panik, Gia drive over limit keluar dari parking basement. Dan…masa aku datang balik nak ambik kereta Gia…Madam Valona, Danial dengan geng-geng dia ada dekat situ. Sebenarnya Danial tukar kereta Gia malam tu dengan kereta baru tapi jenis yang sama. Aku diugut dengan Danial dan Madam Valona supaya tak bagitahu rahsia ni dekat siapa-siapa terutama sekali Gia.”

“Malam tu jugak Danial suruh orang-orang dia settlekan semua bukti yang ada pada CCTV di kawasan tu. Orang yang kerja pada bilik kawalan CCTV malam tu pun disogok dan terus mintak berhenti kerja pada esok hari. Aku tahu semua plan yang diatur Danial dengan Madam Valona malam tu.”

“What?! Jer?! Kenapa kau rahsiakan benda ni hah? Kau tahu tak betapa pentingnya benda ni untuk Gia? Kau tahu tak bila kau rahsiakan benda-benda macam ni, banyak masalah yang turun dekat Gia?! Are you serious Jer?!”

“Aku tahu aku salah sebab tak bagitahu dekat Gia. Aku rasa serba salah sangat Kris. Sebab tu aku luah dekat kau.”

“No, I don’t care! Kau kena bagitahu jugak dekat Gia benda ni!”

Kristine dengan Jericho tak tahu yang sebenarnya Gia dah tahu keretanya ditukar pada waktu malam tu. Danial sendiri yang tunjuk dekat dia di mana keretanya disimpan.

“Kris! Dalam hal ni kita berdua pun sama-sama salah jugak! Kita rahsiakan result lab Gia. Benda tu pun penting jugak unuk Gia tahu so that dia boleh bela diri dia.”

“Tapi Jer…”

“Ya…diugut.”

“Aku tak berani nak main-main dengan Danial, Jer. Vi pun suruh sembunyikan hal ni dulu dari pengetahuan Gia. Tak tahulah Jer…aku serabut dengan semua benda ni.”

“Kau rasa kalau kita berterus-terang dengan Gia, dia
marah?”

“Of courselah dia marah Jer! Kalau aku jadi dia, konfem aku marah teruk! Entahlah Jer…aku rasa bersalah sangat dengan Gia sekarang ni. Nak bagitahu pun takut kena ancam, tak bagitahu kesian pulak dekat Gia.”

“I feel the same way too…”

Dua-duanya mengeluh panjang. Buntu.

TAUFIQ memandang cermin pandang belakang kereta sewanya. Dari tadi lagi kereta Ford tu asyik follow aku. Kebetulan lalu sama jalan dengan aku ke atau memang dia sebenarnya follow aku? Ataupun tu orang-orang suruhan Danial?

Dia ambik lane kanan, kereta Ford tu pun ambik lane kanan jugak. Dia ambik lane tengah pun kereta tu ikut lane tengah jugak. Memang sah kereta tu follow dia dari tadi. Tak boleh jadi ni.

Taufiq menekan pedal minyak. Keretanya meluncur laju di atas jalan raya. Kereta Ford yang ikutnya di belakang pun turut sama laju di belakangnya. Taufiq memandang lagi cermin sisi. Matanya membulat bila kereta Ford tu makin menghampiri kereta sewanya lalu…

Bummm!!! Keretanya dihentam dari belakang
membuatkan Taufiq hilang kawalan dan keretanya jatuh ke dalam sungai.

Orang-orang suruhan Danial keluar dari kereta dan memandang ke arah sungai. Tiada tanda-tanda pergerakan dari Taufiq berenang keluar. Lagipun, sungai tu terlalu dalam dan mustahil Taufiq boleh survive on the time.

Mereka mula beredar dari situ bila ramai kereta yang mula berhenti melihat aksi kejadian tadi. Ada juga yang mula menelefon pasukan penyelamat.

TERSENYUM puas Danial dibuatnya mendengar khabar dari orang suruhannya. Huh! Lain kali jangan main-main dengan aku. Mula tu aku ingatkan nak suruh orang-orang aku hentam dia bagi pengajaran tapi bila difikirkan balik tak berbaloi. Jadi, apa susahnya kan? Kita matikan terus.

Sekarang ni, tinggal kau sorang je Luqman! Tapi rileks…aku tak bolehlah settlekan kau macam mana aku settlekan si Taufiq. Dengan kau ni kena main game sikit baru seronok. Bukan senang nak hadap dengan pegawai bodyguard private yang terbaik di dalam unit. Aku nak tengok sehebat mana dia boleh kalahkan aku.

Hak alah Danial! Kau main dengan orang suruhan kau memang sahlah kau boleh menang! Cuba kau satu lawan satu? Konfem tumbang terus dekat tangan Luqman.

“Yang kau ni dah tersenyum-senyum kenapa?”

Danial menoleh memandang Madam Valona yang sudah siap untuk keluar. “Tak ada apa. Seronok dapat tumbangkan satu musuh.”

“Maksud kau?”

“Kau nak tahu ke? Oklah aku bagitahu kau. Aku dah tumbangkan kawan Luqman, Taufiq.”

“Huh?”

“Ya…aku dah singkirkan satu musuh aku. Sekarang ni tinggal Luqman je yang aku nak settlekan.”

Madam Valona hanya beriak biasa dengan berita yang diberitahu Danial. Dia menyarungkan kasut tumit tingginya dan berlalu ke kereta. Malas nak masuk campur hal Danial yang gila ni.

“HAH?! Kau seriuslah Maya?!” Bergema satu bilik dia menjerit. Terkejut dengan berita yang baru diberitahu Maya.

“Aku seriuslah Gia. Kau bagitahulah dekat Luqman pasal ni. Ni pun aku tengok masuk berita. Tak tahulah Taufiq selamat ke tak.”

“Ok! Ok! Thanks for the news Maya. Aku call Luqman sekarang,” Gia segera memutuskan panggilan lalu membuat panggilan pada Luqman. Tolonglah angkat Luqman!

Tak berjawablah pulak! Dia mencuba lagi dan jawapannya masih lagi sama. Tak berangkat. Hampir lima kali dia call Luqman dan masih tak berjawab. Ke mana pulak Luqman pergi time-time tengah gawat sekarang ni?
Entah-entah dia ada kerja dekat studio tak? Hmmm!
Better aku pergi sana terus! Gia mencapai beg tangan dan kunci keretanya lalu segera turun ke bawah. Kasut disarung dan pintu rumah ditutup dan dikunci. Enjin kereta dihidupkan dan dia segera memandu ke studio tempat Luqman bekerja.

Sampai di hadapan studio, Gia cuba call Luqman lagi sekali. Macam biasa. Tak berangkat jugak. Lebih baik aku naik atas. Gia melangkah laju masuk ke dalam studio selepas pintu keretanya dilock.

“Sorry miss…nak tanya Luqman masuk kerja tak hari ni?”
Tanya Gia pada seorang perempuan yang sedang mengatur majalah di rak yang disediakan.

“Dia ada. Cik Gia nak jumpa dengan dia ke?”

“Ya saya nak jumpa dia. Boleh bawak saya jumpa dia?”

“Boleh. Ikut saya,” Gia pergi dengan perempuan tersebut. Sampai di tingkat dua, kedatangannya dipandang oleh pekerja di situ.

“Fahim, Luqman ke mana?”

Gia turut memandang ke arah Fahim dan meja kosong berdepan dengan Fahim. Tak ada pun Luqman?

“Dia ke pantri kejap. Eh? Cik Gia? Buat apa dekat sini?” Fahim bangun dari tempat duduknya. Perempuan tadi meminta diri untuk beredar.

“Saya nak jumpa dengan Luqman. Ada hal penting saya nak cakap dengan dia.”

“Tunggu kejap ya? Dia ke pantri. Katanya nak buat air tadi. Duduklah dulu…” Fahim memepersilakan Gia untuk duduk di kerusi di depan mejanya. Dia memandang wajah resah Gia. Ada apa-apa yang tak kena ke?

Gia terpandang ke arah Luqman yang melangkah ke arah mereka berdua. “Luq!”

Luqman yang baru saja meneguk air nescafe dalam mugnya terus tersedak. Terkejut satu satu hal, pelik satu hal bila Gia ada dekat sini. Fahim menyerahkan tisu kepada Luqman. Teruk sangat tu tersedak.

“Gia? Kau buat apa dekat sini?”

“Saya ada benda nak bagitahu awak. Penting!”

“Apa benda? Cakap jelah.”

“Pasal Taufiq.”

Dengar je Gia sebut nama Taufiq, terus dia jadi resah. “Kenapa dengan Taufiq?”

“Dia eksiden.”

“Hah?!”

“Ya…dia eksiden dekat Filipina. Tak tahulah macam mana keadaan Taufiq sekarang ni.”

“Kau tak buat lawak dengan aku kan Gia?!”

“Oh my God! Kenapa saya nak kena berlawak awak
dengan kes macam ni? Come on Luq! Saya tak buat lawak! I tell you the truth! Maya bagitahu saya about fifteen minutes ago.”

“Ya Allah…” Luqman meraupkan wajahnya. “Bala apa yang turun lagi ni…”

“So? Awak nak fly ke Filipina?”

“Kenapa kau tanya?”

“Saya tanya sebab saya nak tempat tiket sekali untuk
awak. Saya plan nak balik Filipina jugak nak jenguk butik saya dekat sana. Dah lama tak jenguk. So? Macam mana? Nak join?”

“Bila?”

“Esok pagi.”

“Boleh jugak.”

“Ok…saya book sekarang…” Gia mengeluarkan telefonnya lalu apps booking flight dibuka. Dua tiket untuk orang dewasa ditekan dengan tarikh yang sudah diset esok pagi.

“Set! Flight esok pagi pukul 9.30 pagi. KLIA 2. Tapi awak
turun dekat Manila dulu ok sebab saya check tiket ke Cebu tak ada. Awak landing je dekat Manila nanti beli je tiket ke Cebu terus.”

“Thanks.”

“Kalau ada apa-apa berita pasal Taufiq lagi, saya akan
bagitahu awak. Saya yakin Taufiq akan survived.” Bahu Luqman dipegang seketika sebelum dijatuhkan kembali tangannya. Rasa pelik pulak bila aku pegang bahu dia.
Awkward.

“Thank you for your concern.”

“No problem. See you tomorrow…” Gia meminta diri untuk beredar.

Tak payah nak agak lagi, benda yang jadi ni dia sure sangat semuanya berpunca dari Danial. Apa lagi yang kau tak serik ni hah Danial?! Kau sendiri cakap kau tak nak rahsia kau expose macam tu je tapi sekarang ni tindakan kau buat rahsia kau bakal expose. Tapi, kalau expose pun tak apa. Aku seronok lagi ada lah. Biar dia meringkuk dalam penjara tu. Kalau ke tali gantung lagi bagus!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience