Call Girl 57

Romance Series 1321954

Hampir 5 jam Zahra di dalam Labour Room akhirnya kedengaran bunyi tangisan bayi membuat mereka yang berada di dalam bilik bersalin itu mengukir senyum.

Alhamdulillah syukur ibu anak selamat.

Carlos yang berada didalam bilik itu akhirnya meraup wajah sebaik selesai. Sepanjang proses bersalin Carlos setia menemani Zahra. Dia sentiasa berada disisi Zahra saat isterinya ingin lahirkan anak mereka. Memberi semangat untuk turut bersama menyambut kelahiran anak sulung mereka.

"Kami akan hantar ibu dan anak selepas bayi di bersihkan. Sementara itu Tuan Rayyan boleh menunggu di bilik pesakit."Kata seorang jururawat.

Carlos mengangguk, Dahi Zahra di kucup lembut.

"Aku tunggu kau dekat sana..sayang."

.......

" Félicitations les amis (Tahniah sahabat)" Carlos menoleh dengan senyuman memandang Gib yang menghampirinya lantas menepuk bahu Carlos. Pasti Jason sudah memaklumkan pada mereka.

Sebak Carlos saat ini. Suasana yang dia inginkan. Mempunyai sebuah keluarga yang besar. Akhirnya segala impiannya tercapai. Dugaan dan Ujian yang mereka lalui telah membawa mereka ke sebuah kebahagian.

"Aku tak sangka akan lalui suasana macam ni.." Carlos tersenyum. Saat pintu di buka dari luar matanya terus memandang Luq dan Jasmine bersama Carol dalam gendongan lelaki itu kelihatan tenang melangkah kearahnya.

"Teruk sangat kau ni dengan Tshirt dan kain pelikat. Carol dengan baju tidur. Kau bangun terus datang sini ke? Nasib Min tak pakai baju binatang."Ujar Gib setelah Luq dan Jasmine tiba di hadapan mereka yang duduk di ruang khas di dalam ward persendirian itu. Gib menyandar tubuhnya di sofa itu.

Carlos tergelak kecil memandang Carol yang comel masih dengan pakaian tidurnya. Dia mengelengkan kepala. Carol sangat manja dengan lelaki itu. Walaupun Carol hanyalah anak buah Jasmine namun Luq menjaga Carol lebih dari itu.

"Binatang tu kau! Call kemain cemas lagi. Aku bangun terus datang sini." Luq mendengus geram sambil memandang Carol dalam kandungannya. Si kecil itu kelihatan masih mengantuk.

"Ara macam mana?" Jasmine melabuhkan duduk disebelah Carlos bersama satu beg pakaian Zahra dan bayinya.

"Nanti nurse akan tolak dia ke sini lepas bayi di bersihkan.."Carlos berdiri dan melangkah ke arah tingkap bilik itu. Tirai langsir diselak dan pandang jauh ke hadapan. Hari itu tidak terlalu panas, tidak terlalu mendung. Cuaca yang sangat cantik untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga mereka.

Tak lama kedengaran pintu bilik itu di buka.
membuat mereka keempat itu berpaling. Lihat saja gerangan yang baru masuk ke dalam
bilik itu, Gib mengelengkan kepalanya. Matanya tepat memandang barang-barang dibawa gadis itu. Penuh kiri dan kanan gadis itu menjijit barangan bayi.

"Hi semua.. Baby mana baby? Tak sabarnya nak peluk cuim.." Soal Farah teruja sebaik melangkah ke arah Jasmine.

"I pun tunggu baby tapi tak sampai lagi Frere kata nanti Ara dan baby akan di hantar ke sini.." Balas Jasmine. Dia sendiri sudah tidak sabar menunggu kehadiran bayi itu.

"Oh.." Suara Farah mengendur.

"Hai Princess!!" Mata Farah kembali bersinar-sinar sebaik melihat Carol dalam dukungan Luq. Anak itu tersenyum dan teruja melihat Farah dihadapan.

"Mai sini tak dapat nak gomoi hat kecik dapat gomoi hat baby besaq ni tak pa dah."Mata Farah membulat teruja apabila Carol mendepakan kedua tangannya.

Eh budak kecik ni faham!

"Aaaa geramnya!!"Farah senyum lebar. Farah lantas menghulurkan tangannya kepada Carol.

"Farah datang dengan siapa?" Soal Luq. Setelah anak kecil itu bertukar tangan.

"Sendiri la nak mai dengan boyfriend tapi itulah tak daq yang nak kat orang."

"Huh?! Bukan you pergi Muar ke?" Soal Jasmine. Setahunya Zahra kata semalam Farah pergi Muar ada urusan kerja di sana.

Farah mengangguk dengan senyuman kekok. Dia terlalu teruja apabila mendengar berita Zahra sudah di tolak ke Labour Room dan akan melahirkan.

"Kau bertolak pukul berapa?" Soal Gib yang agak terkejut.

"Emm.." Farah diam seketika.

"Pukul 10. Lepas Aku call Ara tapi Carlos yang angkat."Farah tersengih menunjuk barisan gigi.

Semalam ketika majlis doa selamat yang diadakan, Farah tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan di Muar. Farah dan Gib juga sudah jarang berhubung sejak semuanya sudah selesai. Dan ya dia masih mengharapkan janji lelaki itu.

"Kau memang pandai layan budak-budak kan?" Carlos memandang Farah. Pipi Farah merah menahan malu.

"Ya, Memang suka gila. Aku pernah terfikir nak cari bapak tumpang then buat IVF. Senang tak payah fikir nak kahwin. Nak cari baka yang helok. Lagi-lagi kalau dapat mata yang ada colour ni ishhh.. Geram." Ujar Farah tanpa sedar sambil mencuit-cuit pipi temban Carol. Dia teruja.

"Then..?"Jasmine pula menyoal. Dia menjeling Gib sekilas.

"You gila Min, Nak I kena parang dengan Along I." Farah ketawa dalam bicaranya. Dia masih ralit melayani Carol.

"Jadi...Farah kenalah kahwin and buatlah anak sendiri. Omar kata Farah dah ada calon suami?"Sampuk Luq tak berlapis buat Farah terkebil-kebil mendengarnya.

"Abang.." Tegur Jasmine.

"What? Betul la abang dia yang cakap." Luq membela diri.

Farah ketawa perlahan. Tubuh Carol di peluk erat. Sesekali bibirnya mencium lembut pipi gebu si kecil itu. Membuatkan Carol turut ketawa.

"Orang mana ada calon suami. Along memang selalu cakap macam tu, Konon orang ada calon suami, Dia sengaja tak nak ada mana-mana lelaki dekat ofice tu mengurat adik dia ni. ish abang Luq ni jangan percaya sangat dengan Along." Farah mendengus dan kemidian dia tersenyum apabila teringat Megat Omar yang selalu menyebut dirinya sudah punya calon suami. Padahal dia memang tidak mempunyai calon dan masih mengharapkan janji seseorang.

"Dia memang gila." Carlos ketawa kecil.

"Itulah.." Farah memandang Gib sekilas hanya wajah beku lelaki itu di tayangkan.

"Nanti abang Luq nak kenalkan Ray dengan Omar. Baka baik tu Farah. Kena dengan citarasa Farah. Mata menawan gitu sesuai jadi Calon suami.." Luq senyum sinis memandang Gib yang berpaling memandangnya.

"Huh?" Farah terpinga-pinga.

"Wow!! I setuju. Dah la handsome mata biru" Serentak itu pintu bilik itu sekali terbuka. Dan semua memalingkan wajah mereka ke arah pintu.

"Panjang umur dia." Jasmine menunjuk ke arah Raymond yang melangkah masuk ke dalam ward persendirian itu.

Gib mendiamkan diri tidak mahu mengambil bahagian dalam perbualan 4 orang manusia itu. Kalau di layan nanti ada yang makan hati.

"Huh?!!!" Raymond tayang pelik. Masuk saja di dalam ward itu semua mata memandangnya kecuali Gib yang sudah bersandar malas sambil memejamkan matanya.

"Yup. Dia masih single." Ujar Carlos pula.

"Tengok body Ray pun letop baka baik ni made in France lagi.."Tambah Carlos lagi.

"Tu es fou (Gila kau ni)" Tangan Raymond naik menyilang dadanya. Sexual harassment. Takut kita.

"Mata pun ada Colour.. Sesuai sangat dengan cita rasa you farah kelas gitu. Nanti Farah boleh jadi adik ipar I. Frere nanti kita pergi meminang Farah." Jasmine menambah perisa.

"Ha kena bawak pergi sunat dulu sayang."Sampuk Luq.Terkekek-kekek dia ketawa.

"Oii kau orang merapu apa ni." Raymond menjenggil mata. Gib yang mendengar sudah merah telinganya. Nafasnya turut di atur. Panas telinga.

"Err.. Carol mammy awak dah sampai lah!!"Farah mengalih topik memandang pintu bilik itu dibuka sebelum Zahra muncul dengan senyuman di bibir. Serentak itu Carlos bangun berdiri terpengun memandang bayi dalam pangkuan Zahra di atas katil yang di tolak.

Katil Pesakit itu di tolak ke dalam Ward persendirian yang bakal di diami Zahra. Setelah semuanya selesai Jururawat yang menolak katil itu membantu Zahra untuk baring dengan keadaan selesa. Bayi Zahra di ambil dan melangkah ke arah Carlos.

"Maaf lambat, kami ada buat pemeriksaan terakhir ke atas Puan Amelia dan bayi kami sudah mandikan.."Terang Jururawat tersebut.

Carlos kaku tidak berkelip. Mata masih memandang Zahra yang terbaring di atas katil. Senyuman wanita itu melebar dan wajah Zahra kelihatan segar walau baru lepas melahirkan zuriat mereka. Namun masih ada sisa pucatq jelas kelihatan.

"Love.."Carlos hilang kata-kata apabila wajah manis itu masih tersenyum memandangnya.

"Tuan Rayyan dah boleh Azankan bayi."

Carlos mengulurkan tangan ingin mendukung anaknya. Jururawat itu tersenyum lalu menghulur bayi lelaki itu.

"Terima kasih sayang..."Carlos pandang Zahra.
Air mata isterinya sudah mengalir membasahi pipi polos itu.

"Assalamualaikum Rayden Faeeq.."

Jasmine tersentak mendengar nama baru disebut Carlos. Tak semena-mena air mata bergenang. Perlahan-lahan jatuh membasahi wajahnya.

"Papa.." Gumam Carol perlahan Namun dapat di dengari Farah yang masih meriba anak kecil itu.

"Azankan anak kau bro."Luq menepuk bahu Carlos. Carlos menghelakan nafasnya. Dia tersenyum memandang sekeliling. Perlahan-lahan kalimah itu di laungkan.

Zahra setia memandang Carlos. Dia faham kenapa Carlos meletak nama itu. Carlos terlalu rindukan Kembarnya. Dan mungkin boleh memberi satu nafas baru untuk suaminya.
Menitis air mata Zahra apabila memandang Carlos bergerak ke menghampirinya.

"Sayang.."Zahra mendongak memandang Carlos. Dia kaku saat melihat air mata lelaki itu Carlos turut mengalir air mata sama sepertinya.

"Terima kasih untuk segalannya...Aku akan jaga kau dan anak-anak kita sehingga akhir nafas aku.. Terima kasih sayang.. terima kasih sayang sentiasa bersama aku.." Ujar Carlos dengan getaran setelah semua kesakitan dan kehilangan yang mereka lalui kerana di sebabkan sebuah dendam. Jasmine dan Farah turut mengalir air mata.

KRING!

KRING!

Iphone milik Luq lantang berbunyi. Jasmine mengeka air matanya. Handbeg di tepi di angkat dan di letakkan atas peha. Tangannya di masukkan ke dalam handbeg itu. Iphone milik Luq di capai. Melihat nama yang tertera itu Jasmine terpaku.

Ummi.

Tangannya naik menepuk dahi.

"Sayang siapa call?" Soal Luq apabila melihat wajah berkerut Jasmine.

"Ummi."

Mendengar nama itu, Luq pantas berdiri.

"Allahuakbar!! Abang lupa nak bagitahu ummi."

Dan akhirnya suasana yang tadinya sunyi kembali riuh dengan gelak tawa mereka di dalam bilik untuk. Puan Fatihah juga sudah di maklumkan dengan kehadiran keluarga baru.
Rayden Faeeq.

Hi Korang (",) Tingal 1 lagi chapter.. Epiloq..

Share this novel

Roslan Nawang
2022-03-31 15:54:35 

bhgia nya zahra dgn carlos..farah dgn gib mcmn ksdhanya yerr

norsila
2022-03-31 11:53:29 

ingat kembar ruponya sorng..hehehe..sbb cm ada tpandang ayat anak2 ..hahahaha..lopas ni dpt kembar yo..cm ddyy nya .


NovelPlus Premium

The best ads free experience