Basikal yang tadinya elok berdiri tegak sekarang terbaring di tanah. Begitu juga dengan Tiara yang terduduk sambil mengerang kesakitan dengan perlahan.
Siku kanannya terluka akibat terseret di batu jalan begitu juga dengan lutut kanannya. Dia agak bernasib baik sedikit kerana dia tidak tersungkur ke dalam longkang yang ada berdekatan. Kalau tidak pasti luka yang dihadapinya akan lebih teruk.
Hawa dan juga Hadi berlari daripada jauh ke arah Tiara.
"Tiara kau okey tak? Itulah, lain kali bawak basikal tu jangan main pakai bawak je. Tengok jugak jalan" kata Hadi. Dia dan Hawa duduk di hadapan Tiara untuk memastikan keadaan Tiara.
"Akak, siku akak luka. Sakit tak? Kesian akak. Hah? Lutut akak pun luka. Banyak nya luka. Mesti sakit" Hawa memeriksa luka di siku Tiara.
Terpancar di wajahnya riak kerisauan. Tiba-tiba rasa takut untuk bawa basikal menerpa dalam dirinya. Nanti kalau dia bawa basikal lepas tu terjatuh macam Kak Tiara macam mana? Seriau pula dia jadinya.
Sebelum Tiara berkata apa-apa, dia cuba bangun daripada duduk dan ditolong oleh Hawa. Hadi menegakkan kembali basikal yang terbaring di tanah kemudian dia menurunkan tongkat basikal supaya basikal itu kekal berdiri.
"Kak Tiara okey je lah Hawa. Sikit je lagipun luka ni tak sakit pun. Akak tak perasan pulak ada batu dekat depan tu. Itu yang akak main jalan je. Sorry lah Hawa. Habis basikal Hawa terjatuh sebab Kak Tiara" kata Tiara sambil memandang Hawa dengan pandangan sayu.
"Tak apa. Basikal tu okey lagi, boleh bawak lagi. Tak rosak pun. Ini semua salah abang. Abang lah yang suruh Kak Tiara naik basikal kan? Tengok apa dah jadi dengan akak"
"Eh, salah abang pulak. Abang cakap je..." Katanya terhenti saat dia terpandang pandangan tajam Tiara memandang nya.
Mulutnya terus tertutup dan tidak berkata apa-apa. Takut kalau-kalau dia terus bercakap, dia pula yang ditendang oleh Tiara.
"Okey okey. Jom kita balik. Hawa tolong Kak Tiara tu, abang nak lipat balik basikal ni. Pergi tunggu dekat kereta dulu. Nah kunci kereta, Hawa suruh Kak Tiara start enjin kereta. Nanti panas nanti, abang jugak yang kena" Hadi menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kunci kereta lalu diserahkan kepada Hawa. Dia langsung tidak melihat mata Tiara.
Sebelum Tiara berlalu pergi, dia sempat berkata sesuatu dengan perlahan tetapi dapat didengar oleh Hadi.
"Kau lambat, aku tinggal. Jangan lupa aku ni 'pandai' bawak kereta" Sengaja dia menekankan perkataan 'pandai'. Hadi jadi terkedu dan teringat soalan yang ditanya pada Tiara sama ada Tiara pandai bawak basikal atau tidak.
Kemudian, Hawa dan Tiara berlalu pergi menuju ke kereta meninggalkan Hadi seorang diri di situ. Setelah Hawa dan Tiara hilang di pandangan nya, pandangannya dialihkan pula ke arah basikal yang elok berdiri tegak.
"Haish, macam mana lah pulak dia boleh terjatuh. Mulut aku lah ni. Pergi gatal cakap dia tak reti naik basikal. Haih, Hadi... Hadi"
//
Tiara baru sahaja keluar daripada bilik air apabila dia mendengar ada orang mengetuk pintu bilik nya. Dahinya berkerut kerana fikirkan siapakah yang mengetuk itu tetapi tanpa menunggu lama dia mencapai tudungnya dan berjalan ke arah pintu.
Sebaik sahaja pintu terbuka, wajah Hadi menyapa pandangan nya. Di tangannya dia sedang memegang satu plastik putih yang isi nya Tiara tidak pasti apa.
"Nak apa?" tanya Tiara dengan malas.
Tubuhnya disandarkan di tepi pintu sementara tangannya bersilangan. Hadi masih lagi tidak meminta maaf padanya kerana disebabkan dialah Tiara dapat luka di siku dan lutut secara percuma.
Hadi menundukkan sedikit kepalanya memandang ke lantai manakala kedua tangannya di bawa ke depan.
"Aku nak mintak maaf pasal basikal tadi. Sebab aku, kau dapat luka. Tapi, kau dah buktikan yang kau pandai bawak basikal. Tahniah and... Sorry" Perlahan saja suara Hadi mengungkapkan kata-kata nya. Dia tahu itu salah dia.
Tiara tidak bersuara. Yang kedengaran hanya bunyi Tiara melepaskan keluhan.
Plastik putih yang Hadi pegang dihulur kepada Tiara.
"Nah. Guna ni. Aku ada beli plaster dengan minyak gamat tadi. Kau letak lah dekat luka tu. Insyaallah sembuh lah tak lama lagi"
Wajah Tiara terus berubah. Tangan yang disilangkan diturunkan ke bawah manakala tubuh yang disandarkan di tepi pintu ditegakkan.
Perlahan-lahan tangan Tiara mengambil plastik putih yang dihulur oleh Hadi. Rupanya minyak gamat dan plaster adalah isi plastik itu.
"Bila kau beli ni?" Tiara bersuara akhirnya.
Dia melihat isi dalam plastik dan terdapat satu botol kecil minyak gamat dan satu kotak kecil plaster. Rasa bersalah pula pada Hadi kerana perlu susah-susah belikan dia plaster dan minyak gamat.
"Tadi. Ini aku baru je balik dari farmasi" Lega sedikit Hadi apabila dia melihat Tiara sudah bercakap dengan nya. Itu kiranya Tiara sudah okey lah dengan dia.
"Ouh, patutlah kau tak turun daripada kereta sama-sama dengan kitaorang tadi. Kau pergi beli ni untuk aku rupanya" Tiara perlahankan suara nya di akhir kata tetapi Hadi dapat dengari nya.
"Jadi... Permintaan maaf aku diterima lah kan?" soal Hadi
Tiara memandang Hadi yang berada di hadapannya. Lelaki ini selalu sahaja pandai mengambil hatinya. Lemah pula rasanya.
"Aku fikir dulu lah nak terima ke tak. By the way, thank you untuk barang-barang ni. Bye"
Belum sempat Hadi menjawab, Tiara masuk ke dalam bilik dan menutup pintu biliknya.
"Eh..." Terkejut Hadi apabila Tiara masuk ke dalam bilik dan menutup pintu secara tiba-tiba. Tetapi selepas itu, perlahan lahan satu senyuman terukir di wajah Hadi.
Kemudian dia pun berlalu pergi dan menuju ke biliknya.
Dalam diam-diam, selain Hadi ada juga seorang lagi yang tersenyum di sebalik pintu bilik yang baru ditutup.
Isi kandungan plastik putih itu dikeluarkan. Dia memegang botol minyak gamat itu dengan senyuman kecil. Jikalau ada orang lain yang melihat dia tersenyum sambil melihat minyak gamat yang biasa, tidak pasal-pasal dia digelar gila.
Tetapi tidak bagi Tiara. Bagi dia, minyak gamat yang dipegangnya itu sangat bermakna. Minyak gamat yang mempunyai makna yang mendalam.
//
Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Tiara terjaga disebabkan tekak nya terasa kering. Haus pula rasanya.
Dia bangun daripada pembaringan dan mencapai botol airnya di atas meja sebelah katil tetapi air di dalam botol itu sudah habis.
"Alahai, tengah time macam ni la air nak habis. Dah la pukul 3 pagi. Semua dah tidur ke agaknya? Rasanya dah kot sebab dah pukul 3 pagi dah ni" kata Tiara seorang diri.
Lantas dia turun daripada katil, capai tudungnya yang tersangkut di penyangkut dan menjenguk ke luar sebelum dia keluar dari bilik.
"Senyap je ni, semua dah tidur la tu" . Dia pun bergegas menuruni tangga dan menuju ke arah dapur.
Luka yang ada di lutut nya sudah sembuh jadi dapatlah dia berjalan dengan lebih laju berbanding sebelum ini.
Sedang dia tenang mengisi air di dalam botol airnya, tiba-tiba ada suara menegurnya daripada belakang.
"Kau buat apa ni?" tanya suara itu.
Terkejut bukan kepalang Tiara apabila dia ditegur tengah malam malam buta tu. Dia pun pusing ke belakang dan menyimbah air ke muka orang yang menegurnya itu.
"Woi! Basah aku!" Rupanya orang itu ialah Hadi.
"Yang kau tegur aku apahal? Padan la dengan muka kau"
Bukan Hadi sahaja yang terkejut dengan air yang 'memandikan' dia malam itu tetapi Tiara juga terkejut dengan kehadiran Hadi itu.
"Aku turun dapur ni sebab aku dengar ada bunyi dekat dapur. Aku ingat Hawa lapar ke malam-malam ni rupa-rupanya kau. Yang kau tak tidur lagi ni kenapa?" tanya Hadi sambil mengelap muka menggunakan lengan bajunya.
"Aku dah tidur dah. Lepastu terjaga sebab haus. Yang kau pulak kenapa tak tidur lagi?"
"Aku tengah main game tadi. Tak mengantuk pulak rasa. Itu yang main game" jawab Hadi, tersengih.
"Banyak lah kau tak tidur lagi. Pukul 3 pagi dah ni. Esok nak pergi class kau tak mengantuk ke?" soal Tiara sambil menggosok matanya.
Terang pula cahaya lampu dapur itu. Sudah lah dia sedang mengantuk ketika itu.
"Dah biasa dah" balas Hadi selamba.
"Aduhai, ini sebab kau lah ni. Tengok lantai ni dah basah. Tepi sikit! Aku nak lap lantai ni. Tengah malam-malam buta ni tak payah lah nak tegur orang. Ini sibuk nak tanya orang buat apa. Kalau 3 petang tak apa lah jugak. Ini 3 pagi situ lah dia rajin nak menegur" bebel Tiara sambil mengambil tisu untuk mengelap lantai.
Tersenyum Hadi mendengar bebelan Tiara. Sedang Tiara mengelap lantai, Hadi duduk di meja yang ada di dapur itu.
Selesai Tiara mengelap dan memastikan lantai sudah kering dan tiada air di lantai, Tiara membuang tisu di tong sampah.
Dia berasa pelik melihat Hadi duduk di meja sedangkan bajunya itu sudah basah lencun.
"Kau ni tak nak tukar baju je. Baju kau basah tu. Tak sejuk ke? Dengan aircond nya lagi" Tiara mengambil botol air yang dia letak di meja dan berura ura untuk naik ke biliknya.
"Tak apa aku suka sejuk. Weh, duduk sini jap. Aku... Aku ada benda nak cakap sikit dengan kau"
Berkerut dahi Tiara apabila mendengar permintaan Hadi.
"Kenapa?" soal Tiara
"Sekejap je. Duduk la" Hadi menunjukkan kerusi yang berada bertentangan dengan dia.
Tiara pun duduk di kerusi itu dengan teragak-agak.
"Cakap lah cepat apa benda. Ingat tau, sekarang ni 3 pagi bukan 3 petang kau nak sembang-sembang sekarang" kata Tiara. Ajak orang bersembang pulak. Dia ye lah tak mengantuk, kita ni mengantuk dah mata.
"Iye, sekejap je"
"Tak boleh cakap esok pagi ke? Kena jugak malam buta ni" soal Tiara.
"Aku rasa aku tak boleh cakap benda ni waktu pagi la" kata Hadi dengan serius.
Melihatkan Hadi serius, Tiara jadi kecut perut.
"Apa benda dia nak cakap ni? Suspicious aku" kata Tiara dalam hati.
"Kau ada masalah ke wei? Kalau kau ada masalah, cerita la kat aku" kata Tiara. Selalunya orang yang teragak-agak untuk bercakap ini ada masalah.
"Bukan. Aku tak ada masalah" nafi Hadi
"Lepastu apa benda? Kau sekarang ni bukan tengah mengigau kan? Mungkin kau tengah tidur pastu mengigau yang kau tengah main game"
"Bukan lah, aku memang tengah main game tadi. Aku dalam keadaan sedar" jawab Hadi. Dia dapat merasakan debaran jantung nya.
"Habis tu apa benda? Aduh kau ni! Aku naik tidur lah dulu. Macam nak tak nak cakap je" Tiara berura-ura untuk bangun daripada kerusi.
"Eh, kejap kejap. Okey aku cakap" kata Hadi, menahan Tiara daripada bangun.
"Hah cakap cepat. Aku dah mengantuk dah ni" Botol yang dipegangnya tadi diletakkan semula.
"Kau ingat tak masa first time kita jumpa? Masa dekat tempat joging tu" tanya Hadi memulakan perbualan
"Kau gila aku tak ingat. Masa tu first time aku rasa aku benci gila-gila dekat orang lain selain abang aku. Abang aku yang version lama lah"
Hadi ketawa mendengar jawapan Tiara sebelum menjawab.
"Aku pun rasa macam tu jugak. Rasa macam nak pijak pijak je kau. Nasib anak orang. Aku dah bunyikan loceng banyak kali, kau tak ke tepi. Geram aku. Ikut hati aku nak langgar je"
"Aku kan pakai earphone! Mana la dengar" Tiara pertahankan diri nya
"Ye lah. Lepas tu kau ingat tak second time kita jumpa" tanya Hadi lagi
"Itu lagi la aku ingat. Yang kau nak langgar aku tu. Tak cukup langgar aku guna basikal nak langgar guna kereta" jawab Tiara
"Eh! Siapa yang duduk tercongok dekat tengah jalan tu?"
"Memang lah, first time aku masuk universiti tau. Mesti la ada rasa kagum. Dengan bangga sekali"
"Masa aku dulu tak ada pun rasa bangga ke apa. Biasa je" kata Hadi selamba.
"Itu sebab kau tak ada perasaan. Memang la tak rasa apa-apa"
"Ye ke aku tak ada perasaan? Mana kau tahu?" tanya Hadi sambil menaikkan keningnya.
"Ye lah, kalau kau ada perasaan kau dah mintak maaf dah dengan aku sebab kau dah langgar aku DUA kali" . Tiara sengaja tekankan perkataan 'dua' itu sambil menunjukkan dua jari di depan muka Hadi
"Ye lah, sorry" Setelah beberapa bulan berlalu, baru Hadi meminta maaf pada Tiara. Hadi... Hadi.
"Kau nak cakap tu je ke? Alahai, aku ingat apa benda la yang penting sangat" Punyalah dia berfikir fikir apa yang ingin dikatakan oleh Hadi. Rupanya tentang pertemuan pertama dan kedua mereka berdua.
"Lepas benda tu macam-macam yang jadi kan? Sorry kalau aku cakap ni, tapi mak kau accident, abang kau masuk lokap"
Air muka Tiara berubah mendengar kata-kata Hadi itu. Tangan yang pada mulanya di atas meja di bawa ke atas pahanya.
"Sekarang aku dah tak ada siapa-siapa dah" kata Tiara perlahan
"Siapa cakap kau tak ada siapa-siapa? Aku ada. Aku janji selama mana abang kau dalam lokap ataupun sampai bila-bila lah aku akan jaga kau. Aku akan lindungi kau sebab aku rasa itu tugas aku" kata Hadi serius.
Di wajahnya langsung tidak menunjukkan ciri-ciri yang dia bermain-main dengan katanya.
Terkedu Tiara mendengar apa yang Hadi kata. Dia memandang wajah Hadi. Rasa mengantuk yang dirasainya sebentar tadi seolah-olah hilang terus apabila mendengar kata-kata Hadi. Tiba-tiba jantung Tiara berdegup dengan laju.
"Mamat ni mamai ke? Cakap macam ni dekat aku" desis hati Tiara.
"Ok lah, itu je aku nak cakap. Kau pergi la tidur dah lambat ni. Esok ada class. Aku naik dulu, assalamualaikum. Good night" kata Hadi tanpa menunggu lama.
Dia tidak mahu mencipta suasana janggal di situ. Tanpa berlengah, dia bangun daripada kerusi dan pergi meninggalkan Tiara yang terpinga-pinga seorang diri di dapur itu.
Hadi menaiki tangga, masuk ke dalam biliknya dan tutup pintu bilik. Masuk saja dia dalam bilik, dia merebahkan badan nya di atas katil. Dia memandang siling biliknya.
Jantung nya yang berdebar bagai nak gila tadi dapat bertenang.
"Fuh, lega aku. Berdebar gila nak cakap tadi. Nasib baik tak tersalah cakap ke tersasul ke. Tapi ye lah, kena lah control macho. Tak kan nak cakap tergagap-gagap pulak" kata Hadi perlahan.
Tiara pula yang masih lagi terkedu, terkejut dan terkesima dengan kata-kata Hadi menutup lampu dapur, mengambil botol airnya dan naik ke bilik nya.
Dia merebahkan badan di atas katil selepas menutup pintu. Dia baring sambil termenung memandang siling. Kata-kata Hadi terngiang-ngiang di telinga nya.
Wajah Hadi yang serius muncul di kotak fikirannya. Tiba-tiba satu senyuman muncul di wajahnya.
Apakah jenis rasa yang dia rasakan dalam hatinya sekarang? Rasa yang mampu membuat hatinya berbunga bahagia.
Lama Hadi dan Tiara termenung memandang siling. Selang 5 minit, mereka berdua terlena sambil dibuai mimpi indah.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyy for late update :(:(
Share this novel