BAB 3

Horror & Thriller Completed 2300

Tetapi hari ini bukan sahaja tidak mahu ikut dia ke lapangan terbang, malah mahu menghantar ke muka pintu pun tidak mahu. Dia sedar anaknya juga ikut berubah. Pelajaran pula semakin jarang ditelaah.

Banyak masa digunakan untuk bermain permainan. Walaupun anaknya mendapat gelaran ‘Doktor Genius’ kerana sudah mampu menguasai selok-belok teknologi walaupun masih berada di sekolah rendah, dia tetap anaknya belajar seperti biasa.

Tit tit!

Hamiza yang baru melangkah ke lif untuk menuruni ke tingkat G tersentak apabila telefonnya berbunyi. Dia mengeluarkan dari poket dan membaca mesej yang diterima daripada satu private number.

Abraheem Adib.

Hamiza mengerutkan dahi apabila membaca sepotong nama itu. Tiada mesej lain. Nama pengirim juga tiada. Hamiza memikirkan seketika tetapi akhirnya dibiarkan berlalu pergi. Malas mahu menyesakkan kepala otak dengan hal yang remeh. Entah orang gila mana yang mahu mengganggunya dengan menghantar nama itu.

Dia memasuki perut lif dan turun ke tingkat bawah. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, matanya terbuntang sedikit apabila melihat seorang lelaki yang sedang mabuk berlari anak ke arahnya. Darah gemuruhnya bergelegak kerana ketakutan melihat riak jahat di wajah itu.

Pantas dia berlari ke keretanya dan mengunci dari dalam. Ketika dia mahu menghidupkan enjin, lelaki itu datang mengetuk tingkap.

Hamiza tanpa tertunggu terus mengundurkan kereta dan memecut pergi. Dia menghela nafas lega apabila lelaki itu tidak mengejarnya. Hampir-hampir sahaja dia diganggu. Dia mengerling jam tangan.

Dia terus memecut ke lapangan terbang memandangkan dia cuma mempunyai masa tidak sampai 10 minit. Sebaik sahaja sampai, keretanya diparkir di ruang yang disediakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience