"Boleh ke Mummy berterus terang dengan semua orang, yang Bahr dah ingat semuanya?" soal Mummy. "Tolong jangan bagitahu sesiapa Mummy. Bahr mohon sangat. Sekarang ni, orang tu mungkin ingat yang Bahr dah hilang ingatan, jadi.. buat masa sekarang Anya selamat." kata Bahr, ketika mereka sarapan pagi.
"Siapa yang Bahr syak?" soal Mummy. "Dalam persahabatan kami tiga, hanya dua orang yang asing bagi kami. Antara Sherry dan Zahin. Mungkin dulu Bahr terlalu naif, anggap bahawa Zahin dan Sherry orang yang baik. Tapi, Bahr tak boleh percayakan sesiapa sekarang." kata Bahr.
"Sekarang.. Bahr nak buat apa?" soal Mummy. "Let's start with butik Anya." kata Bahr. "Butik?" soal Mummy. "Bahr akan jadi partner dia. Anggap Bahr konon beli sebahagian daripada butik itu untuk Sherry. Dan, di situ.. Bahr akan perhatikan tindak-tanduk Sherry. "Zahin pula?" soal Mummy. "Zahin? Mummy kan rapat dengan Datin Zainab, why not.. Mummy help me.. with that." kata Bahr.
"Anak Mummy memang cintakan Anya kan?" soal Mummynya sambil tersenyum. "Definitely, and I'm ready do anything for Anya.." kata Bahr. "Okay, Mummy akan bantu kamu." kata Mummynya. "Ingat ya Mummy.. jangan bagitahu sesiapa." kata Bahr.
***
"Are you okay, Anya?" soal Becky. "Okay.. never been better. Yang berlalu biarkan berlalu. Anyway, Anya ada berita gembira ini, pagi tadi.. ada syarikat datang nak join partner dengan kita.. So, kita boleh kembangkan lagi butik kita. Dan, suntikan modal tu yang Anya terkejut. Dia bagi sehingga 1 juta suntikan modal." gembira Anya.
"Yeke.. Waww.. Syukur. Bila nak sain agreement nya?" soal Becky, gembira. "Tiga hari dari sekarang. Alhamdulillah.. Akhirnya, ada juga berminat dengan butik kecil aku ni." kata Anya. "Anya, aku tumpang happy untuk kau. Banyak perkara terjadi, tak sangka.. ni hikmahnya." kata Becky memeluk Anya, cukuplah derita dia selama ni. Becky sentiasa mendoakan dia gembira.
***
Zahin terkejut dengan kedatangan Bahr ke pejabatnya. Setelah diberitahu bahawa Bahr berminat untuk menjadi rakan kongsinya bagi perusahaan fabrik. "Terima kasih Bahr. Aku terkejut." kata Zahin. "No need. Aku nampak potensi syarikat ni. Ni mama kau dengan mama aku pun bukannya orang lain. Mereka kawan sejak dulu lagi, cuma .. kita sahaja lah yang berbeza. Kita bermusuh ke dulu?" Bahr pura-pura memancing Zahin.
"Ya. Sangat... Musuh ketat, sampaikan Anya pun kau tak bagi aku rapat dengan dia. Tapi, sekarang.. kau pun dah nak kahwin dengan Sherry, aku pula dengan Anya." kata Zahin. Bahr hanya tersenyum, di belakang Zahin.. dia ada buat sesuatu. Mungkin akan menyebabkan dia marah. Dan, semuanya akan terkejut. "Okay, so partner right?" salam Bahr. Zahin menghulurkan senyuman dan menyalam nya juga.
"Partner." kata Zahin.
***
"Apa Pa?" Awalnya Zahin hantar rombongan. "Ahh? Apa? Terus kahwin ke? Biar betul?" soal Anya. "Ye.. kita buat ala kadar sudah. Nikah je dulu. Nanti yang kenduri besar-besaran. Macam Zahin yang tak sabar nak kahwin dengan kamu." kata Ayahnya.
"Okaylah. Anya pun bukannya muda lagi. Bercinta selepas kahwin lagi indah kan. Okay, lusa Anya balik. Okay?" soal Anya terus mematikan telefonnya. "Uishh, tak sabar nampaknya Zahin nak khawin dengan kau?" soal Becky. Anya hanya tersenyum, "mungkin dia tak nak aku tengok aku bersedih lagi." kata Anya.
"Anyway Becky, nanti kau tandatangan je bagi pihak aku ye." kata Anya. "Okay, no problem. Lepas tandatangan, aku balik kampung kau. Nak jiga aku tengok kawan baik aku nikah. Make sure, jangan nikah sebelum aku sampai. Faham?" seloroh Becky. "Okay.. mesti lah, kau jadi pengapit aku. Kijap, aku nak call Zahin dulu." kata Anya mengambil telefonnya.
"Eh.. tak payah lah call. Nanti takde rasa rindu tu. Biarkan je.. tiga hari lagi nak khawin kan, kalau boleh.. biarkan rindu tu mengebu-gebu. Ahh, macam tu." cadang. "Ye tak ye juga. Alah, nervousnya aku... Tak sangka nak nikah dah." kata Anya. Becky hanya tersenyum.
***
Anya sudah bersedia di kampungnya, dia gembira. Mungkin, inilah hikmahnya. Segala kesedihan akan dibalas dengan gembira, Anya memerhatikan inai merah di jarinya. "Nak kahwin daa anak Ayah ni." senyum Ayahnya.
"Ya Ayah. Saya pun pelik kenapa Zahin nak cepatkan perkahwinan ni. Padahal, dia kata tunang dulu." senyum Anya. Ayahnya hanya menayangkan senyuman manis kepada anak tunggalnya. "Macam mana Zahin boleh datang ke kampung ni, sedangkan Anya tak pernah bawa pun Zahin ke sini?" soal Anya.
"Mungkin, dia terlalu sayangkan anak Ayah ni. Demi cinta, itu maksudnya dia betul-betul cintakan Anya." kata Ayahnya. Anya pula hanya ketawa. "Bercinta selepas kahwin, mesti indah kan Ayah?" soal Anya.
"Ya nak.. cuba buka hati untuk sayangkan dia. Okay? Ni Becky bila sampai ke sini?" soal Ayahnya. "Selepas dia tandatangan je, terus dia ke sini." kata Anya. Dia berdoa kebahagian akan menjadi miliknya.
"Apa?! Kijap, kenapa saya tak tahu pun pasal hal ni. Maksudnya?" soal Becky, meninggi suaranya. Kalau Anya tahu, memang dia akan marah besar. "Ingat, dalam kontrak ni cakap . kalau awak cuba tarik balik, seluruh butik ni akan dijual. Jadi, fikir-fikirkan lah." kata perempuan itu.
"Dia tak akan kejam lah buat saya dan Anya macam ni, apa sebenarnya dia nak?" marah Becky. Kenapa dia merasakan dia dan Anya sudah masuk perangkap. "Atas arahan dia. Saya hanya menjalankan tanggungjawab. Apa pun, terima kasih." kata perempuan itu dan meninggalkan butik tersebut. Terduduk Becky sambil mengurut pelipis dahinya.
"Apa yang terjadi sebenarnya ni? Apa yang berlaku ni? Aku tak faham." kata Becky. Kedengaran pintu butik di buka dari luar. "Zahin?Kenapa awak dekat sini?" jerit Becky. "Jom balik kampung Anya. Cepat!" laju Zahin. Becky seakan terlupa. "Ya tak ye kan. Jom, nanti aku ceritakan dekat Anya apa yang terjadi." kata Becky, mengambil beg tangannya. "Kau dah ready ke?" soal Becky. Zahin hanya tersenyum pahit.
***
"Anya, sedia tau. Pengantin lelaki dah sampai dekat bawah. " kata Ibunya. Wajah Anya yang disolek menyerlahkan wajahnya yang sebenarnya, sangat manis, sangat cantik.
"Becky dah sampai ke Ibu?" soal Anya. "Mungkin Becky lambat lah kut, maaf tak dapat nak tunggu Becky. Tok kadi selepas ni ada urusan lagi." kata Ibunya. Anya hanya tersenyum. "Yelah.. takpe." kata Anya. "Anya, bersedia. Suami kamu nak sarungkan cincin dah tu." kata Ayahnya.
"Baik Ayah." kata Anya terus duduk di birai katil yang dihias cantik. "Assalamualaikum.." kata suara tersebut. Tapi, kenapa bukan suara....
"Apa Zahin? Ahh?? Apa yang berlaku sebenarnya ni?" teriak tinggi Becky. "Awak pun terkejut kan? Macam ni jugalah saya Becky, saya memang bodoh kan.." kata Zahin. "Apa semua ni, Zahin? Aku yakin sekarang ni dekat sana memang kucar-kacir. Anya macam mana ni sekarang ni?!!" Becky risau.
"Hulurkan tangan my Candy. Saya nak sarung cincin ni." kata seseorang. "Bahr!" terjerit Anya. "Apa semua ini, kenapa semuanya seakan mimpi. Mana Zahin?" teriak histeris Anya. "Mana dia? Kenapa saya kahwin dengan awak!" Anya menunjukkan jari tepat ke muka Bahr sekarang.
"Maaf. Boleh tak semua keluar, saya nak bincang dengan isteri saya." senyum manis Bahr. Semuanya meninggalkan Bahr dan Anya. "Apa semua ini!" teriak Anya. Bahr hanya senyum. Dia tahu ini yang akan berlaku. "Now, your my wife.. my partner in crime." kata Bahr, senyuman penuh makna.
maaf atas kelewatan.. Mungkin Killa akan bercuti dua minggu daripada menulis. Nak rehatkan fikiran dahulu.. Killa tinggalkan dengan tanda soal untuk readers, kenapa Bahr yang kahwin dengan Anya? Anya akan setuju ke ? Sherry macam mana? dan Zahin pula macam mana ? Dan, Killa juga akan habiskan What Dresscode For Today juga selepas ni. Bagi Killa rehat dulu dua atau tiga minggu ni. Semoga readers semua sihat-sihat hendaknya.. Aamin...
Share this novel