Sambungan..
Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan aku. Aku berundur beberapa langkah. Okay..
Kereta siapa ni? Dahi aku berkerut.
Tingkap belah kanan penumpang bahagian depan diturunkan.
"Mama!" Suara kecil itu menjerit riang.
Aku terpaku. Laila! Langkah kaki aku laju berlari ke kereta.
Ya Allah, terima kasih!
"Ya Allah laila, mama risau tau tak!" Beberapa kali pipi tembam itu aku gomol sehabisnya. Geram!
"Aisyah" lembut panggilan suara yang memanggil aku.
Suara tu..
Aku menoleh ke kereta. Terpana aku melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di tepi kereta.
"Ab-abang" nafas aku berdetak laju.
Cahaya di wajah lelaki itu masih sama. Terang..
Senyuman yang terbit di wajah abang juga masih sama, cuma lebih mesra dan lebih lembut.
Senyuman yang selama ini aku rindui..
Ya Allah Aisyah! Sedar!
Senyuman ku mati. Kini aku cuba kumpulkan segala rasa marah dan geram terhadap guru tadi kepada abang.
Berani betul dia ambil anak aku!
"Abang culik anak Aisyah" aku menjeling tajam.
"Eh tak, abang tak culik Laila, Aisyah" Lembut suara abang membantah sambil bibirnya tersenyum kecil.
Argh!! Aisyah jangan! Jangan nak lembut hati!
"Jap, macam mana abang boleh tahu Aisyah duduk sini dan Laila duduk dekat nursery mana? Abang stalker kami?!" Suara aku sedikit meninggi.
"Abang tak buat macam tu. Abang cuma ambil tahu tentang Aisyah dengan Laila, boleh kan?"
Aku perhatikan cahaya di wajahnya. Rasa nak menangis, marah semuanya bercampur baur.
Hm? Aku tersenyum sinis.
"Ambil tahu? Abang tahu pasal Aizim cuba nak rogol Aisyah?" Rasa sebak yang tiba-tiba datang, aku tahan sebaik mungkin.
Abang diam. Bibirnya tertutup rapat. Dia berjalan mendekati aku yang masih membatu.
"Abang tahu. Abang minta maaf" bisiknya lagi.
Dapat aku rasakan elusan lembut di tudung kepalaku. Aku menapak ke belakang, menjauhi abang yang terdiam.
"Aisyah doa malam tu, Aisyah minta abang datang. Aisyah jerit panggil abang. Tapi tahu tak siapa yang selamatkan Aisyah? Ajim. Budak lelaki tu yang selamat Aisyah. Abang kat mana? Hm?" Tangan aku pantas naik mengelap air mata yang laju turun ke pipi.
"Abang sekali pun, sekali pun tak pernah datang tanya khabar Aisyah. Sejak saat tu, Aisyah yakin yang abang cuma mimpi Aisyah, Aisyah dah tak percayakan abang" aku menelan air liur. Rasanya terlalu banyak yang aku ingin ungkapkan tapi, tak apalah.
"Aisyah.." Abang memanggil. Ada nada sayu di lontaran suaranya.
"Aisyah tak tahu. Aisyah tak pernah nampak muka abang. Balik lah abang. Aisyah penat" aku berpusing menghadap ke belakang dan terus berlalu ke depan pintu.
"Aisyah!" Suara abang memanggil lagi.
Sudah lah! Sekali lagi kau panggil aku, aku takut. Aku takut kau akan jadi realiti aku.
Kunci rumah aku buka sepantas mungkin dan terus aku masuk. Pintu aku tutup dan kunci semula dari dalam.
Laila di tangan sudah merengek meminta papanya. Papa? Laila mana ada papa. Aku mengeluh.
__________
Share this novel