BAB 16

Humor Completed 6445

“Fiza!” Suara si jurumekap memanggil nama Elia buat mereka bertiga

serentak berpaling.

“Sorry, Nurul! I nak pergi make-up dulu. Nanti nyah tu bising. You guys

borak-boraklah dulu!”

Tak sempat Nurul Ain nak tahan, Fiza terus berlalu. Nurul Ain rasa

canggung habis! Jiwanya jadi resah tiba-tiba. Ish!

“So...” Zeek ukir senyum nipis segaris, “Awak dah jadi novelis.”

Nurul Ain pandang Zeek, kening dia angkat, “Do I know you?!” Tak

menunggu lama, Nurul Ain terus berlalu ke tempat lain.

Senyuman Zeek padam terus! Dia tercengang lalu dia ukir senyum tawar.

Nurul Ain...

“Cik Nurul, kenapa you buat ending dia tergantung?” Si penjaga wardrobe

bertanya apabila Nurul Ain duduk di kerusi yang telah disediakan oleh

krew majalah.

Nurul Ain angkat bahu, “Sebab Nurul tu tak jumpa dah si Afif. Jadi,

ending tergantung macam tu ajelah.”

“Kalau Afif dan Nurul tu berjumpa semula, awak akan sambung semula

cerita tu?”

Nurul Ain tersentak. Dia pandang pada si dia yang bertanya, “Tak!

Lagipun Afif pernah kata, kalau mereka terserempak di mana-mana,

buat-buat tak kenal saja.”

Wajah Zeek berubah sikit sebelum dia ukir senyum, “Nurul kan sayangkan

Afif, dia mesti akan bagi Afif peluang untuk membalas kembali rasa yang

dia rasa tu.”

Nurul Ain menggeleng, “Mana awak tahu Nurul sayang Afif? Lagipun, dulu

Afif yang lepaskan Nurul, kenapa perlu Nurul bagi peluang yang pernah

Afif lepaskan satu ketika dulu?”

“You know, Afif ada reason dia sendiri untuk tak sambut rasa cinta Nurul

dulu.”

“Mana awak tahu?”

“Sebab saya tahulah!”

Nurul Ain buat muka, “Oh really? Mana awak tahu? Awak baca novel? Bukan

awak cuma suka melukis ke?”

“Saya tak perlu baca novel. Saya tahu sendiri! And yes, saya still suka

melukis.”

“Tahu sendiri? Awak ingat awak Nujum Pak Belalang?”

“Saya tahu perasaan Afif pada Nurul bukan sebab saya Nujum Pak Belalang

tapi sebab saya Afif. Takkan saya tak tahu perasaan saya sendiri.”

Nurul Ain buat muka, “Oh, awak sekarang dah makin cakap banyak kan? Dulu

senyap, diam!”

“People change!” Bidas Zeek sebelum matanya memandang tepat ke arah mata

Nurul Ain, “But my feelings towards you never change.”

Wajah Nurul Ain berubah. Mereka yang lain yang turut ada di situ,

terdiam terus. Pelik melihat perbalahan antara Nurul Ain, si novelis dan

Zeek, si jurugambar sementara untuk majalah mereka.

“Er... do you guys know each other?” Fiza bertanya.

“No!”

“Yes!”

Serentak mereka menjawab. Nurul Ain buat muka sebelum berpaling

memandang Fiza, “Saya balik dulu, Fiza. Thanks for inviting me for this

interview.”

Baru dia nak melangkah pergi, Zeek menahan langkah Nurul Ain, “Saya

takkan benarkan awak pergi lagi!”

Nurul Ain buat tak layan. Dia bergerak ke kanan, Zeek turut bergerak ke

arah itu. Dia bergerak ke kiri, Zeek turut mengikut langkahnya, “Awak

nak apa, Zeek?”

“Isn’t it obvious?”

Nurul Ain buat muka kelam, “What?”

“I want you!”

Semua orang di situ bersorak! Nurul Ain pula mencerlung marah!

“Awak ingat saya ni mainan? Bila tak nak, buang macam setahun lepas.

Bila nak, datang kutip balik! Lepas tu, cakap nak saya macam saya tak

ada ibu aje! Kalau betul-betul nak, masuklah meminang!” Usai

berkata-kata, Nurul Ain terus berlalu. Zeek pula terkaku. Ain suruh

masuk meminang?

Nurul Ain pandang lelaki yang duduk di sebelahnya, “Mana nasi minyak?

Kenapa bukan nasi minyak? Kenapa roti yang ada kat dalam pinggan depan

kita ni?”

Zeek ukir senyum lalu dia angkat bahu, “Tak ada nasi minyak untuk

pengantin. Saya request roti Gardenia dengan sambal bilis dekat katerer

hari tu. Kita makan ni je untuk makan beradab.”

“Ni bukan makan beradab, awak. Ni makan biadap namanya!” Nurul Ain buat

muka.

Zeek ketawa! Akhirnya, dia sah menjadi suami kepada Nurul Ain. Setahun

selepas dia buat keputusan meninggalkan rasa cintanya buat Ain untuk

keluarga. Hari ini dia menggenggam kembali rasa cinta itu. Sebenarnya,

potret milik Nurul Ain yang diberi oleh Alif kepada Dini itu, dia yang

berikan kepada Nurul Ain. Dia yang minta Alif sampaikan bagi pihak dia.

Dia akui, sukar untuk dia nafikan rasa yang bertamu di dalam hatinya

walaupun berkali-kali dia cuba buang. Apatah lagi sejak dia menolak

Nurul Ain, semakin kerap pertemuan antara dia dengan Nurul Ain terjadi.

Jadi, dia buat keputusan untuk hadiahkan gambar itu kepada Nurul Ain,

supaya Nurul Ain tahu rasa hatinya dan jangan pernah berputus asa dengan

rasa yang bertamu di dalam hati.

Sebenarnya dia setuju untuk bekerja sementara di majalah tersebut bukan

kerana dia nak membantu majalah tersebut sebaliknya dia menerima tawaran

yang diberi oleh majalah tersebut selepas editor majalah yang

menghubungi dirinya menyebut nama Nurul Ain sebagai orang yang bakal

diwawancara oleh Fiza untuk Inspirasi Si Cantik.

“Awak! Termenung kenapa?” Zeek berpaling pada Nurul Ain bila lengannya

disiku.

“Tak ada apa. Kenapa?”

“Saya nak makan nasi minyak, tak nak makan roti dengan sambal bilis.”

“Lah, kenapa? Kalau bukan sebab roti Gardenia dengan sambal bilis ni,

tak mungkin saya jatuh hati pada awak, tahu?”

Nurul Ain buat muka, “Mana ada kenduri kahwin, pengantin makan roti

dengan sambal bilis.”

“Sebab tak ada, kita adakan. Barulah rare!”

“Saya lagi suka Zeek yang pendiam, senyap, tak cakap banyak, suka

tersenyum dari Zeek yang...” tak sempat Nurul Ain habiskan ayat, Zeek

dah berbisik di telinganya.

“Saya diamkan awak dekat sini nanti, baru tahu!”

Nurul Ain buat muka lalu peha Zeek dia tepuk! Gatal! Zeek mengaduh

kesakitan. Mak aih, tangan kecik je tapi sekali pukul, kebas!

“Ain...” Panggil Zeek, perlahan.

“Apa?”

“I love you,” tiga perkataan itu buat Ain terus berpaling pada Zeek

manakala Zeek memandang terus ke kamera yang ada di depan meja makan

pengantin dengan senyuman manis.

“Nice shot!” Alif angkat ibu jari tangan kanannya! Tahniah Zeek!

Pengorbanan kau dulu kini dibalas dengan 1001 kebahagiaan yang kau tak pernah duga. Kau memang layak untuk menikmatinya.

Share this novel

Esjasz Malek
2021-11-07 15:32:02 

dah tamat ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience