IRIS menyeringai kesakitan Iris bila nak bangun terasa sakit di kawasan ari-ari nya.Digagahkan diri untuk duduk bersandar.Kepalanya masih terasa pusing.Tangan kiri Iris dicucuk jarum dan dimasukkan air.Iris dongak sedikit kepala ke atas dan nampak botol air tergatung.Tu pun dah hampir kosong.Entah berapa botol air yang telah dimasukkan ke dalam tubuhnya.
Entah berapa lama juga dia tak sedarkan.Pakaiannya juga telah diganti dengan baju hospital.Pink pulak tu.Iris cuba mengingati kembali apa yang telah terjadi.Dia meraba kepalanya yang berdenyut, terdapat sedikit benjolan.Masih sakit.Berkerut mukanya menahan.Teruk sangat ker dia jatuh tangga sampai masuk hospital.
Pintu yang terkuak dari luar diintai.Tak pasti gerangan siapa.Kak Nida masuk sambil tersenyum pada Iris.Iris yang masih lemah hanya mengeluh hampa.Masih mengharap pada yang tak sudi.
"Iris dah sedar?"sapa Nida.Tadi dia turun ke bawah untuk beli air.
Iris angguk lemah.Seluruh tubuhnya berasa sengal dan sakit.
"Macam mana kak Nida tahu Iris dekat sini?"
Nida tarik kerusi dan duduk sebelah katil Iris.Kelihatan Iris masih kebingungan.
"Iris ingat tak apa yang jadi?"tanya Nida dengan berhati-hati.Takut Iris tertekan.
"Iris jatuh tangga."jawab Iris yakin.
"Sebelum tu?"
Iris terdiam.Cuba mengingati satu persatu hal yang terjadi.Iris kemam mulut bila terasa sebak.Masih terngiang lafaz cerai dari mulut Harith.Serentak dengan itu adengan di atas katil antara Harith dan Intan terlayar di ruang mata.Iris mula menangis hiba.
Nida menggosok belakang Iris.Membiarkan Iris menangis sepuasnya di bahu nya.Dia dapat tau pun dari bibik.Tu pun kebetulan dia menelefon ke rumah untuk mencari Harith.Ada dokumen yang perlu Harith tandatangani.Kejam!Itu yang Nida boleh kata kan.Nasib baik bibik cepat telefon ambulans.Kalau tidak nyawa Iris pasti melayang.
"Kenapa benda ni jadi pada Iris,kak?Iris tak kuat."bersama tangisan yang tak henti.Selama ini semua dia pendam sendiri.Tiada tempat untuk mengadu.
"Sabar Iris. Semua ini dugaan untuk Iris.Allah masih sayangkan Iris."pujuk Nida sambil cuba memberi kata semangat buat Iris.
Kasihan Nida melihat keadaan Iris yang nampak masih lemah.Risau juga dia nak sampaikan berita yang satu ini.Bimbang kesihatan dan emosi Iris makin terjejas.Tapi dia tida pilihan.Iris perlu tahu keadaan sebenar dirinya.
"Iris..akak nak bagitahu sesuatu.Tapi Iris harus bersabar ya..."Nida genggam erat jari jemari Iris.Menyalurkan sedikit kekuatan.
Iris pandang muka Nida meminta penjelasan.
"Sebenarnya..Iris keguguran..."
Iris pejamkan mata.Airmata yang berhenti tadi mengalir semula.Bertimpa-timpa ujian yang Iris terima.Sekali lagi Iris menangis teresak-esak.Zuriat yang dinanti dua tahun sudah tiada.Apa salah dia?
Kenapa dia yang dipilih untuk menerima ujian ini.Dia tidak sekuat orang lain.Sedih diceraikan tidak habis lagi kini berita keguguran pula meragut tangkai hati.Nyawa Iris seperti melayang ke udara.Anak yang dinanti selama dua tahun lenyap dalam sekelip mata.Tangan Iris meramas kuat cadar katil.Perit sekali apa yang dia lalui.
Sebelah tangan naik meraba perutnya yang kempis.Patutlah berasa sakit di kawasan ari-ari.Menurut doktor akibat hentakan yang kuat.Kandungan Iris yang sudah berusia dua bulan tidak dapat diselamatkan.
Iris tak sedar pun sebelum ini yang dia mengandung.Kenapa dia tak rasa apa-apa termasuk alahan mengandung macam orang lain.Kalau lah dia tahu yang diri tengah mengandung sudah tentu dia akan lebih berhati-hati.
Tapi kalau dia mengandung sekali pun.Adakah Harith akan kembali bersamanya atau tetap dengan Intan.Sudah tentu Puan Yasmin tidak mahu zuriat yang Iris kandung.
Kalau lah Iris tidak balik ke rumah hari tu mesti kandungannya masih selamat.Kalau lah Harith tahu dia mengandung sudah tentu dia akan gembira.Kalau lah Intan tidak muncul kembali dalam hidup Harith,sudah pasti dia dan Iris tengah bahagia.Bahagia menanti kehadiran cahaya mata sulung yang selama ini mereka tunggu.
Kalau lah itu..kalau lah ini..
Arghhhh!kepala Iris rasa macam nak pecah!Perasaan marah bercampur sedih kembali menaluki diri.Iris meraung sekuat hati.Menyesali apa yang terjadi.Dia marah pada Harith,Puan Yasmin dan Intan!Semua ini terjadi sebab mereka bertiga!
Berdetup-detup bunyi gigi Iris berlaga.Iris menjerit dan meraung sekuat hati.Hingga kan Nida terpaksa memanggil doktor dan jururawat.Iris di beri ubat penenang.Keadaan Iris masih belum stabil sepenuhnya.
Luluh hati Nida melihat keadaan Iris.Kesian nasib malang yang menimpa Iris.Andai dia di tempat Iris tak tahu mampu atau tidak dia bertahan.Mungkin lagi teruk dari keadaan Iris.
Dua minggu juga Iris di rawat hingga pulih sepenuhnya.Iris juga diberi kaunseling oleh pihak hospital.Bukan senang untuk mana-mana perempuan menerima hakikat yang amat memeritkan.Penceraian dan keguguran dalam satu masa.Tak kuat iman di dada boleh termakan pujukan syaitan.Dan menjerumus kepada perkara yang tidak baik.Bukan tak pernah keluar dalam berita,perempuan bunuh diri akibat tekanan hidup.Puancanya sebab lelaki!
Nida sentiasa menemai Iris di hospital.Kesian pada Iris yang keseorangan.Doktor juga berpesan jangan biarkan Iris sendirian tanpa ditemani.Iris perlukan seseorang untuk berbual dengannya.Jangan biar dia berada dalam dunia nya sendiri.Bagi kata semangat untuk dia kembali pulih seperti sedia kala.
Keluar dari hospital,Nida terus bawa Iris tinggal bersamanya.Dia tahu Iris tiada sesiapa di KL ini melainkan dia yang Iris kenal dan agak rapat.Iris juga belum bersedia untuk pulang ke kampung lagi.Dia mahu benar-benar sihat baru dia nak balik ke kampung.Iris juga telah diberi cuti selama sebulan oleh majikannya.Mujur ada lagi yang masih memahami keaadan dirinya.
"Terima kasih kak Nida,bagi Iris tumpang duuk dekat sini."Iris berkata dengan muka yang masih pucat dan sedikit cengkung.
"Tak apa.Iris tinggal sini dulu.Bagi sihat elok baru fikirkan apa yang patut lepas ni."Kasihan Nida melihat Iris.Bekas suami pun tak pernah bertanya khabar.Yang Nida nampak di pejabat,Harith asyik berkepit dengan Intan.Desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin tak lama lagi.
Hampir setiap malam Iris masih lagi teringat peristiwa yang terjadinya padanya.Sungguh menyayat hati.Bukan senang untuk bangkit semula.Lebih-lebih lagi dia perlukan sokongan orang sekeliling dan terdekat dengannya.Nida lah yang banyak memberi kata semangat dan nasihat.
Radio yang di buka perlahan menemani Iris yang duduk dalam bilik.Dia dah puas menangis.Hingga tiada lagi airmata yang mahu keluar.Untuk apa dia meratap lagi sedangkan Harith tengah bahagia bersama Intan.Apa yang tinggal pada Iris hanyalah kekuataan diri untuk terus hidup dan melupakan peristiwa yang terjadi.Dia tak boleh biarkan hidupnya sengsara hanya kerana ketidak ikhlasan sebuah hati.
Betul orang cakap bila sayang berpada-pada.Beringatlah cinta sesama manusia macam mana pun kalau tidak mendapat restu tak akan bahagia.Pasti dilambung ombak di tengah lautan dan akhirnya tenggelam.
Lagu Bunga nyayian Ara Johari sedikit sebanyak menyentuh ke sanubarinya.
Setiap yang indah
Dan manis di lidah
Pasti hilang segalanya
Rimbunan dedaun
Berguguran jatuh
Sembah bumi
Musim bertukar
Digurun tak berbatas
Kehilangan jiwaku
Kutemukan bunga ini
Setelah ku dimiliki
Kau lebur segala kata dan janjimu
Kulakukan semua
Berikan yang ku ada
Percaya kepadamu
Kebodohanku
Setelah ku dimiliki
Kau lebur segala kata dan janjimu
Kulakukan semua
Berikan yang ku ada
Percaya kepadamu
Kebodohanku uh ho ho
Digurun tak berbatas
Kehilangan jiwaku
Kutemukan bunga ini
Setelah ku dimiliki
Kau lebur segala kata dan janjimu
Kulakukan semua
Berikan yang ku ada
Percaya kepadamu
Kebodohanku
Setelah ku dimiliki
Kau lebur segala kata dan janjimu
Kulakukan semua
Berikan yang ku ada
Percaya kepadamu
Kebodohanku
Setelah ku dimiliki
Kau lebur segala kata dan janjimu
Kulakukan semua
Berikan yang ku ada
Percaya kepadamu
Kebodohanku....
Iris redha atas segalanya.Biarlah semuanya berlalu dan cepat dia lupakan.Walaupun hakikatnya lebih pahit dari ubat yang terpaksa dia telan hari-hari.Kan senang kalau memori boleh di delete macam komputer.Tekan butang terus delete.Selesai!
harap bersabar ya.. sis updated satu persatu.. kekurangan masa : ' (
Share this novel