Bab 3

Romance Completed 799970

Bab 3

Hari ini...

Puan Maria bergegas ke meja anak-anak buahnya yang sedang membuat kerja masing-masing. Dia berdiri di tengah-tengah mereka dengan wajah yang bersinar-sinar.

“Malam ni Madam Kay akan hadir blind date pertama yang kita sudah aturkan. Pastikan semuanya berjalan lancar nanti. Kamu sudah prepared apa yang saya nak tu?” tanya Puan Maria.

Sarah terus menghulurkan sebuah file kepada Puan Maria.

“Ini maklumat tentang lelaki itu...”

“Thanks Sarah. Saya akan bagi semua maklumat ini kepada Madam Kay sebelum dia jumpa dengan lelaki itu!”

“Tapi... Gold Customer kita kali ni... Agak seram...” komen Nina sambil memusing-musing kerusinya kiri ke kanan.

“Nina... Kau tahu pasal golongan E10? Mereka tu cuma ada 10 percent aje dalam negara ni. Mereka adalah keluarga elit selepas keluarga diraja. Mereka yang control sektor ekonomi dalam negara ni. Kalau di Korea mereka digelar Chaebol, a large family owned business conglomerate. Cuba bayangkan peratus kita nak dapat gold customer macam ni adalah sangat tipis!” kata Naim sambil menunjukkan jari telunjuk dan ibu jari yang dirapatkan.

Puan Maris berdeham. “Ehem! Betul cakap Naim tu, walaupun sukar, kita kena berjaya kali ni.”

“Masih ada ke lelaki dari keluarga konglomerat nak blind date dengan dia? rekod dia sangat buruk.” soal Sarah.

“Jangan risau ada ramai ibu bapa yang mahu bermenantukan Madam Kay walaupun perangai dia macam tu. Anak-anak mereka pasti kena ikut telunjuk keluarga kalau tak nak makan pasir seumur hidup.” balas Puan Maria.

“Macam mana Puan Maria boleh dapat calon untuk Madam Kay kali ini? Kan heboh kes dua bulan lepas yang dia baling kasut tu...” ujar Nina pula.

Puan Maria terus ketawa sambil mengangkat cermin matanya.

“Kan saya dah cakap ada ramai VVIP yang ingin bermenantukan Madam Kamilia... Salah seorangnya adalah ibu kepada calon ini...” kata Puan Maria sambil menunjukkan gambar di tangannya. Dia tersenyum sambil mengangkat kening. Bukan mudah untuk mendapatkan pasangan yang ideal bagi pelanggan VVIP. Dia harus cepat dan pantas.

Semua mereka melopong apabila melihat gambar itu sehingga rahang masing-masing hampir terjatuh ke tanah!

****

Puan Jasmin berdiri di hadapan pintu anak terunanya sambil menyilang tangan ke dada.

“Ifah, betul ke Tuan Adrian dah balik semalam?” soal Puan Jasmin kepada pembantu rumah yang berdiri di sebelahnya.

“Betul puan, Tuan Adrian pulang. Tapi, dia kunci biliknya.”

“Dah ambil kunci pendua?”

“Ya, puan. Saya buka sekarang.” kata Ifah lalu mara selangkah ke hadapan. Dia mengeluarkan kunci pendua dari poket seluar.

Pintu dibuka dengan separuh, lalu Puan Jasmin melangkah ke dalam bilik anak bongsunya itu. Pandangannya sakit benar melihat tubuh Adrian sedang nyenyak tidur seperti seorang bayi yang tidak perlu memikirkan apa-apa masalah. Enak sungguh hidup anak lelakinya itu. Sedangkan kakak-kakaknya bertungkus-lumus bekerja siang dan malam bagi memastikan kestabilan perniagaan keluarga. Apa yang Adrian buat selama ini? Sudah tentulah hanya menghabiskan duitnya.

“Adrian!” panggil Panggil Puan Jasmin.

Adrian masih tidak membuka mata. Dia tertidur tanpa selimut secara melengkup badan di atas katil. Pakaiannya juga tidak bertukar dari semalam.

“Tuan Adrian, bangun tuan...” Ifah terus mengejutkan Adrian sebelum Puan Jasmin mengamuk.

Mata Adrian terbuka sedikit. Dia memandang kiri dan kanan sebelum wajah tagas Puan Jasmin berada tepat di bola matanya.

“Mama!” Adrian bingkas bangun. Terpisat-pisat menggosok matanya yang pedih. Dia masih tidak cukup tidur. Aduh... Apa pula kali ini? Melihat air muka mamanya dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak enak untuk didengar.

“Saat kakak-kakak Adrian bertungkus lumus bekerja bersama mama... Adrian hanya tahu enjoy ke sana ke mari dengan duit mama. Dunia ini tidak semudah itu Adrian... Bangun mandi dan jumpa mama di bawah. Mama ada hal nak bincang.”

“Adrian mengantuk lagi mama...”

Kaki Puan Jasmin terhenti di muka pintu. Dia menoleh sekilas dengan wajah serius.

“Itu bukan masalah mama...mama bagi 15 minit.” Puan Jasmin terus memandang ke hadapan semula lalu mengatur langkah keluar dari bilik itu.

Adrian menggosok rambutnya sehingga menjadi lebih kusut dibuatnya. Dia stress!

“Kenapa aku dikelilingi dengan iron lady? Dari mama, kakak-kakak dan manager hotel pun semuanya perempuan diktator! Urghh!!” Adrian membaling bantal tepat ke pintu yang sudah ditutup.

Selang 15 minit Adrian turun ke bawah menuju ke ruang makan. Dia melihat Puan Jasmin dan kakak keduanya Alissa sedang bersarapan pagi sebelum ke pejabat.

Adrian tidak bercakap banyak terus duduk menyertai mereka. Dia mengambil roti bakar di dalam pinggan lalu terus dijamah.

Alissa melirik melihat adik lelakinya itu dengan satu senyuman yang sukar untuk dimengertikan.

“Lissa... Hari ni ada meeting dengan Yayasan Holdings kan? Tolong ganti mama... Mama ada urusan di JB.”

“Okay, ma. Lissa pergi office dulu. Nanti Lissa update dengan mama pasal meeting dengan Yayasan.” Lissa bangun dari kerusi. Sempat dia melihat wajah ketat Adrian. Dalam hatinya tahu mengenai skandal Adrian dengan pekerja hotel mereka. Dalam masa yang sama dia kasihan dengan adiknya itu yang seolah mahu bermimpi di siang hari. Bangun Adrian, bangun.

Apabila langkah Alissa sudah menjauh, Puan Jasmin kembali fokus kepada Adrian di sebelahnya.

“Adrian...Malam ni Adrian kena jumpa seseorang. Mama bagi kerja yang mudah je. Kalau tak boleh buat jugak, jangan jadi anak mama.” kata Puan Jasmin selamba sambil menyuap sandwich ke dalam mulut.

“Ma... Apa maksud mama ni?”

“Pergi blind date.”

“What?! No, mama!” Adrian hampir menjerit.

“Malangnya... Adrian tak ada pilihan lain. Pergi atau... Pergi.”

“Ma... Adrian masih muda nak...Kahwin! Buat apa nak blind date semua?”

“Muda? Kalau kahwin dah boleh beranak-pinak pun. Jangan nak banyak bunyi. Mama cakap pergi aje. Nanti secretary mama akan beritahu details.” kata Puan Jasmin sambil mengelap hujung bibir dengan tisu. Dia bangun berdiri sambil menoleh melihat Adrian.

“Pilihan mama muktamad. Pastikan berjaya... Kalau tidak... Mama akan buat Adrian menyesal. Jangan cakap mama tak warning.” Puan Jasmin sempat meleretkan senyuman penuh amaran sebelum melangkah pergi bersama briefcase di tangan kanan dan kot di sebelah lengan kiri. Cukup bergaya bagi wanita lewat 50-an sepertinya. Dia masih berpenampilan menawan dan cukup berkarisma.

Adrian menyandar lemah kerana setiap kata-kata mamanya itu menusuk ke deria dengarnya sehingga mahu bernanah telinga. Dia tahu sampai satu saat perkara seperti ini akan berlaku. Cuma dia tidak menjangkakan ia secepat ini! Ketegasan Puan Jasmin itu tidak dapat dinafikan lagi. Adrian sendiri sangat kenal dengan wanita egois itu.

“Kenapa? Adakah mama akan halau Adrian seperti papa?” Adrian sempat tersengih sinis sambil melemparkan roti yang masih berbaki ke atas pinggan. Dia melepaskan keluhan bersama rasa pahit yang terbuku di jiwa.

*****

Ayu Imani terkial-kial membuat kerja di bahagian stor. Dia memeriksa stok sambil menanda di kertas yang berada di tangan kiri. Dia perlu bekerja keras kerana dia bukanlah dari keluarga yang senang. Ayahnya cuma bekerja di syarikat swasta sebagai pemandu. Ibunya pula suri rumah sepenuh masa. Oleh itu dia perlu bekerja keras untuk membantu ayahnya menyara keluarga.

Adiknya Ayu Amara sedang menjalani latihan industri dan bakal bergraduasi tidak lama lagi. Manakala dua lagi adiknya masih bersekolah. Dia sebagai anak sulung perlu berkorban demi adik-adiknya, sebab itulah dia tidak sambung belajar kerana mahu membantu ayahnya. Tetapi, Ayu Imani tidak pernah menyesal dengan keputusan itu.

“Dear...”

Tiba-tiba Ayu Imani terdengar suara garau memanggilnya dari arah belakang. Dia hampir terjerit kerana terkejut.

"Adrian!” Ayu Imani membesarkan matanya sambil mengetap bibir geram.

“Busy ke?” Adrian tersengih. Senang hatinya dapat melihat wajah buah hati pagi-pagi begini. Inilah alasannya untuk datang bekerja. Mahu melihat wajah Ayu Imani yang ayu itu.

Ayu Imani kembali membuat kerjanya. Dia harus cepat jika tidak mahu dileteri managernya.

“Ayu memang busy ni.” balasnya.

Ayu Imani terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia memejam mata kerana geram dengan sikap nakal Adrian. Dagu lelaki itu mendarat di bahunya.

“Nak I tolong ke?” soal Adrian separuh berbisik.

“Kerja awak pun banyak kan?” Ayu Imani tetap menyimpul senyum.

“I miss you!” Adrian menarik badan Ayu Imani supaya menghadapnya.

Ketika ini jantung Ayu Imani berdegup kencang. Dia cukup kalah dengan padangan mata redup itu. Mata Adrian mendarat di bibir merah merekah milik Ayu Imani. Lama dia tenung di situ.

Ayu Imani tidak dapat mengawal senyumannya. Dia menolak tubuh Adrian kerana mahu meneruskan kerjanya, tetapi Adrian tidak menunggu lama untuk menarik pinggang lansing Ayu Imani. Dia memberi ciuman di bibir gadis itu sehingga terlepas dokumen list stok masuk di tangan Ayu Imani.

Ayu Imani membalas pelukan Adrian dan dia turut menghayati ciuman itu yang menjadi semakin panas. Adrian merapatkan badan Ayu Imani ke dinding dan mereka tenggelam dalam ciuman yang penuh rasa cinta yang membara.

*****

Kamilia berjalan penuh gaya di lobi Menara AZANI group. Semua pekerja menyapa dengan penuh hormat namun dia hanya fokus pada jalan di hadapan. Lidya terpaksa cuba menyaingi langkah wanita besi itu yang luas dan pantas. Ketika tiba di pintu utama kereta milik Kamilia sudah tersedia tanpa pemandu. Dia lebih selesa memandu sendiri ke mana-mana kerana tidak suka urusan peribadinya diketahui orang lain.

“Madam, ini adalah maklumat peribadi yang di faks oleh SoulMatch. Madam busy sejak pagi tadi jadi saya tidak serahkan lebih awal.” beritahu Lidya sambil menghulurkan satu sampul surat berwarna putih bersaiz A4.

Kamilia mengecilkan mata memandang Lidya.

“Kenapa tak bagi esok aje?”

Lidya mengetap bibir apabila mendengar 'pantun' Kamilia itu.

“Maafkan saya, madam.”

Kamilia malas mahu berleter di saat ini terus membuka pintu keretanya. Dia mencampak sampul surat itu ke seat sebelah. Pedal minyak ditekan untuk menuju ke destinasi.

Lidya melepaskan keluhan berat sambil meletakkan tangan di dada.

“Kenapa aku masih bertahan dengan Lady Boss yang beku ni? Patutlah kerap tukar secretary... Aku kena bertahan tidak kira apa pun. Mana nak dapat kerja dengan gaji lumayan lagi lepas ni. Jadi, hati kena sado! Semangat Lidya!” kali ini dia mengangkat menumbuk ke atas pula.

Kamilia tiba di tempat temujanji sudah diaturkan. Dia sering datang awal kerana dia mahu melihat setiap lelaki yang akan blind date dengannya terlebih dahulu. Gaya berjalan, mimik muka, pakaian, dan segalanya melalui first impression. Oleh itu dia sering mahukan sebuah meja yang agak jauh dari pintu utama.

Dia membuka sampul surat surat itu untuk melihat isi kandungannya. Matanya sedikit membesar apabila melihat gambar profile lelaki itu tersebut. Berkelip-berkelip matanya sebelum tersengih sinis.

PUAN Jasmin menutup pintu kereta dengan panas hati. Dia melangkah ke hadapan sambil menggenggam tangan geram. Adrian tidak dapat dihubungi sejak petang tadi! Anak lelakinya itu juga menutup telefon dan tidak melihat pesanan text dari setiausahanya mengenai temujanji pada malam ini. Puan Jasmin melihat dari jauh seorang wanita sedang menunggu di satu sudut restoran itu. Dari jauh juga pandangan mereka bertaut.

Kamilia menegakkan badan apabila seorang wanita yang sedang mara ke arahnya. Dia mengamati wanita itu, wajah yang agak dikenali. Mereka tidak pernah bertemu tetapi sebagai ahli perniagaan mereka akan mengenali individu yang berada dalam dunia korporat.

“Hi, Madam Kamilia?” tegur wanita itu apabila tiba di hadapan meja Kamilia.

“Hi... Puan Jasmin.” sahut Kamilia agak kaku.

Puan Jasmin terus mengambil tempat di hadapan wanita itu. Dia turut duduk menyilang kaki sambil tersenyum. Senyuman yang penuh karismatik. Tanpa sedar gaya mereka serupa! Elegan dan berkeyakinan.

Kamilia mengangkat kening sebelah lalu membalas senyuman itu.

“I guess...Your son is not interested in attending this appointment.”

“I'm sorry... But I'll make it easy for us.” balas Puan Kamilia sambil mengambil gelas air kosong yang sudah tersedia, lalu dia meneguk minuman itu sambil memandang tepat ke arah Kamilia. Segaris senyuman turut dilemparkan.

Kamilia mengetuk lima jarinya seperti sebuah irama piano di atas meja. Itu adalah habitnya apabila kepalanya sarat berfikir. Tidak menyangka dia akan hadir temujanji buta dengan ibu si jejaka tidak guna.

“Saya tidak menyangka akan berjumpa dengan Puan Jasmin di depan mata. Anda adalah idola saya...” ujar Kamilia sekadar untuk mengambil hati.

Puan Jasmin tersenyum. “Anda pula adalah wanita muda yang saya kagumi. Penuh dengan cita-cita dan inspirasi...” Puan Jasmin bijak mengimbangi pujian.

“Nampaknya kita seperti mempunyai matlamat yang sama...” Kamilia tersengih sambil mengubah paha kiri ke atas paha kanan.

“Boleh saya tahu... Kenapa dia tak datang? Adakah dia sudah ada teman wanita?” soalnya kemudian. Sekadar menduga.

Puan Jasmin meletakkan gelas air kosong di atas meja. Dia tersenyum sedikit.

“Tiada...Cuma, dia agak tidak suka dengan hubungan yang diaturkan. Tapi, jangan risau tentang itu...” Puan Jasmin memberi jaminan sambil mengangkat kening sebelah.

Kamilia ketawa kecil. Ini menarik... Sangat menarik. Desis hati Kamilia. Dia terbayang wajah lelaki muda yang pernah ditemui dua bulan lepas. Lelaki yang hampir membuatkan kasutnya yang berharga road tax kereta dipatahkan. Boleh pula selepas itu dia blah dengan teman wanita Cinderellanya.

“Saya adalah seorang wanita yang pernah berkahwin...Dan anak puan masih bujang dan muda...”

“Kenapa dengan wanita berstatus janda? Kita telah membuktikan kita boleh menggoncang dunia korporat dengan kebolehan kita. Tiada siapa boleh pandang rendah terhadap kita.” kata Puan Jasmin bersahaja.

Kamilia mengangguk perlahan sambil tersengih memandang wanita yang memiliki empayar perhotelan yang terbesar di Malaysia ini. Wanita yang berjaya menepis waris lelaki dalam keluarganya untuk duduk di kerusi pengerusi mengantikan arwah bapanya.

“Interesting...”

“Excuse me?” soal Puan Jasmin yang kurang jelas dengan ayat yang baru keluar dari bibir Kamilia.

“Puan Jasmin...Nampaknya, pertemuan kita ini seperti sebuah takdir.”

Puan Jasmin turut tersengih. “Pasti... Gabungan kita bakal menggegarkan dunia...”

“Tiada lelaki yang boleh memijak kita...” sambung Kamilia.

“Exactly!” Puan Jasmin terus menghulurkan tangan kepada Kamilia. Dia seperti melihat cemin di hadapannya. Kamilia adalah wanita yang berhati batu sama sepertinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience