Bab 6

Mystery & Detective Completed 1539

“Soleh..”

Terpancul nama itu keluar dari mulut Hani. Ya, matanya tak salah. Memang dia nampak Soleh tadi. Tapi sekelip mata Soleh hilang. Hani bangun ingin mencari lelaki itu. Tapi Puan Faridah terlebih dahulu memanggil anaknya.

“Hani, meh la sini. Ni sandwich favourite Hani ada ibu buatkan.”ajak Puan Faridah.

Hani berlalu ke arah ibu dan atuknya. Namun sempat dia mengerling sekilas ke arah tempat Soleh muncul tadi. Hatinya hampa sedikit.

Hani duduk di sebelah ibunya. Atuk Husein sedang menjamu nasi berlauk. Masakan anaknya itu saling tak tumpah seperti masakan arwah isterinya. Hilang sedikit rindu di hati. Mereka bertiga meluangkan masa di sana hampir 3 jam. Seronok tapi Hani belum habis berfikir tentang Soleh.

Malam itu mereka bertiga duduk di tengah ruang tamu. Atuk Husein sedang melihat berita di tv. Puan Faridah pula melipat baju. Manakala Hani hanya merenung kosong ke arah tv. Risau juga Puan Faridah. Sudah seminggu sejak Hani sedar tapi keadaannya masih sama. Ada tapi seperti tiada. Banyak termenung, bersendiri. Bercakap pun hanya sepatah bila ditanya. Makan pula hanya sekali sehari. Itupun sedikit sahaja. Puan Faridah perasan anaknya itu semakin kurus. Tak seperti anaknya yang dulu. Yang ceria, suka bercerita.

“Hani, ingat tak ustaz Sani yang rawatkan Hani haritu?”

“Ingat. Kenapa?”jawab Hani acuh tak acuh.

“Ibu ingat hujung minggu ni nak ajak dia datang ke sini. Nak jamu dia sikit. Iyalah masa doa rawat Hani dulu dia tak ambil upah langsung. Jadinya ibu ingat nak ajaklah dia makan kat sini. Hani masak ya? Dah lama Hani tak masak nasi beriani. Ibu teringin nak makan.”umpan Puan Faridah. Mana tahu anaknya itu akan setuju.

“Tengoklah nanti macam mana”

“Hani, atuk setuju dengan cadangan ibu kamu. Elok juga tu. Atuk pun dah lama tak makan nasi beriani. Asyik nasi putih aje. Lagipun atuk tak pernah rasa masakan kamu. Mesti sedap.”atuk Husein pula memulakan pancingannya.

“Betul tu. Lagipun hujung minggu ni ayah nak datang.”

“Okay”sepatah cuma yang dijawab. Tak apalah. Sekurangnya dia bersetuju.

Hani mula memasak. Puan Faridah cuma tolong memotong bahan-bahan sahaja. Dia tahu anaknya itu pandai memasak. Lagi-lagi nasi beriani. Tak sabar pula nak rasa. Puan Faridah menjemput ustaz Sani untuk makan tengahari. Selepas zohor. Sekarang baru pukul 10 pagi. Banyak lagi masa yang ada. Malam tadi Puan Faridah sempat membuat agar-agar santan sebagai pencuci mulut. Letak dalam peti ais dulu. Makan sejuk-sejuk baru nikmat.

“Sedapnya bau. Lapar pula ayah rasa bila bau masakan Hani.”Tuan Kamal menegur. Sampai ke ruang tamu bau aroma masakan Hani.

Hani hanya tersenyum dengan teguran ayahnya. Dia sambung memasak. Nasi beriani sedap dimakan bersama ayam goreng berempah dan kuah dalca. Pasti membangkit selera. Tuan Kamal keluar ke belakang rumah. Menolong bapa mertuanya memetik buah rambutan dan buah manggis. Ingin dijamu kepada ustaz Sani. Pelik pula Hani rasakan. Beria benar keluarganya ingin menjamu ustaz Sani.

Hani siap memasak setengah jam sebelum zohor. Tak lama kemudian ustaz Sani sampai. Sangka Hani cuma ustaz Sani datang seorang rupanya bersama ibu dan bapanya. Hani hanya bersalam lalu terus ke dapur. Ingin membersihkan diri. Melekit badannya akibat lama di dapur. Biarlah keluarganya sahaja yang melayan tetamu.

“Jemput masuk semua.”Puan Faridah menjemput tetamunya masuk ke rumah. Mereka duduk di ruang tamu berbual kosong. Berkenalan dengan ibu dan bapa ustaz Sani. Dalam ralit mereka berborak, azan zohor berkumandang.

“Dah azan tu. Alang-alang jomlah kita berjemaah. Lepas tu boleh makan.”Tuan Kamal bersuara. Mereka segera mengambil wuduk. Solat zohor hari itu di imamkan oleh ustaz Sani. Hani juga turut serta dalam solat jemaah tersebut. Hani terpegun dengan kelunakan suara ustaz Sani membaca alunan surah-surah Al-Quran. Tak pernah dia dengar suara selunak itu.

“Assalamualaikum warahmatullah..”ustaz Sani menghabiskan solat dengan memberi salam ke kanan dan ke kiri. Dia berdoa panjang. Entah apa yang didoakannya. Hani hanya mengaminkan sahaja. Selesai solat, Hani dan Puan Faridah menghidangkan nasi beriani yang di masak Hani tadi. Puan Jamilah, ibu ustaz Sani juga turut sama menghidangkan jamuan.

“Wanginya bau. Mesti sedap. Siapa yang masak ni?”Puan Jamilah menegur. Wangi betul bau masakan itu.

“Anak dara saya ni haa. Hani yang masakkan.”Puan Faridah menjawab persoalan Puan Jamilah.

“Wahh pandai Hani masak. Nanti bolehlah ajarkan mak cik. Tak pernah mak cik masak nasi beriani. Selalu beli aje.”

“InsyaAllah makcik.”Hani senyum. Sejuk mata Puan Jamilah memandang Hani.

Puan Faridah membawa agar-agar santan dan buah-buahan ke ruang tamu. Dia duduk di sebelah suaminya. Hani pula di sebelah ibunya. Setentang dengan ustaz Sani.

“Saya ni sebenarnya ada perkara nak sampaikan. Alang-alang dijemput makan kat sini, bolehlah saya terus lepaskan je hajat saya ni. Sekali harung orang kata.”Tuan Fadhil memecah suasana. Mereka hanya berpandangan sesama sendiri. Apa agaknya perkara yang Tuan Fadhil nak sampaikan.

“Perkara apa tu, bang? Macam besar je lagaknya.”Tuan Kamal menyoal Tuan Fadhil.

“Macam ni.. Saya berterus terang ajelah ya.”Tuan Fadhil memandang anaknya. Ustaz Sani mengangguk. “Anak teruna saya ni semalam lepas Kamal telefon dia, dia beritahu satu perkara. Terkejut juga saya dengan maknya. Tapi kami terima ajelah, dah dia berkenan. Kami orang tua terima aje asalkan dia bahagia. Macam ni.. Saya dan isteri berhajat nak bermenantukan anak Kamal dan Faridah,si Hani ni untuk Sani.”Tuan Fadhil berterus-terang.

Tuan Kamal dan Puan Faridah serta atuk Husein sedikit terkejut. Apatah lagi tuan yang dipinang, Hani. Terkejut bukan kepalang dia.

“Allahuakbar.. Tak sangka saya yang ustaz Sani sukakan Hani. Kalau orang dah suka, kami terima aje. Tapi kami kena juga tanya tuan punya badan.”Tuan Kamal bersuara mewakili keluarganya.

Dia memandang Hani. Anak daranya itu hanya menunduk. Gembira benar Tuan Kamal dan Puan Faridah bila ustaz Sani meminang anaknya. Berkenan benar mereka dengan ustaz muda itu.

“Hani, macam mana?”Puan Faridah menyoal anaknya. Berharap anaknya setuju. Atuk Husein hanya senyap. Dia hanya ikut sahaja apa keputusannya. Lagipula dia juga berkenan dengan ustaz itu.

“Beri Hani masa untuk fikir. Perkara ni bukan main-main. Lagipun saya tak kenal siapa ustaz. Ustaz pun tak kenal saya. Kita cuma pernah bertemu sekali semasa rawatan itu. Saya tak boleh nak bagi kata putus sekarang. Saya perlukan masa.”

Sungguh. Hani benar-benar terkejut. Wajah Soleh mula terbayang di wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience