“Safaa, tengok ni, kenapa dengan semua gambar ni?” Fatin menunjukkan gambar yang diambilnya sebaik sahaja Safaa habis mandi.
“mungkin ada masalah ni, baik kau periksa” Fatin memberi cadangannya. Niatnya hanya mahu membantu, mungkin ada kerosakan pada telefon itu. Fatin terus melangkah keluar daripada bilik itu dan meninggalkan Safaa sendirian. Safaa membelek telefon bimbit yang baru dibelinya itu, kemudian dia mencuba mengambil gambar dirinya melalui kamera hadapan.
“cantik, tidak ada masalah pun” Safaa membebel sendiri. Gambarnya jelas dan terang. Dia terus mengupload gambar itu di laman sosial.
Safaa melihat jam didinding menunjukkan pukul enam petang, dia terus membentang tikar sejadahnya untuk solat, telekung juga telah siap dipakai. Tiba-tiba sahaja Safaa perasan akan mesej bertalu-talu diterima melalui pesanan ringkas di telefon bimbitnya. Dia terus mencapai telefonnya dan membalas segala pujian kawan-kawannya itu.
Rasa tidak sabar untuk mengupload lebih banyak lagi gambar-gambarnya termasuklah gambar dia sedang memakai telekung waktu itu. Safaa amat teruja dengan komen yang diterima sehinggakan dia berlengah untuk menunaikan solat. Penggikut di laman sosial itu juga semakin lama semakin meningkat.
“Safaa jom makan, aku dah siapkan makan malam ni” Fatin mengetuk pintu biliknya berulang kali, tetapi tiada jawapan. Fatin terus meninggalkan Safaa sendirian didalam bilik, mungkin dia sudah kenyang barangkali. Sangka Fatin.
Jam sudah menunjukkan tepat pukul dua belas tengah malam, Safaa masih lagi belum tidur. Dia amat leka dengan telefon bimbit barunya itu. Safaa tidak putus menerima komen daripada rakan-rakan di laman sosial itu yang membuatkan Safaa senyum dan ketawa sendirian.
“Lapar pulak” Safaa memegang perutnya yang berkeroncong. Daripada pulang kerja sehingga sekarang dia masih belum makan lagi. Terasa menyesal apabila dia menolak pelawaan Fatin yang mengajak dia makan tadi.
Share this novel