Afiq Raihan bagai terpaku seketika melihat Anis Raihanna. Pandangannya hanya tetap pada gadis itu. Dia terpesona dengan kecantikannya. Anis Raihanna yang sedar dirinya tidak terlepas daripada pandangan Afiq Raihan berasa hairan.
Mana tidaknya,baru tadi mereka bertikam lidah tetapi sekarang Afiq Raihan pula tidak henti memandangnya. 'Dah kenapa mamat ni?' getus hatinya. Dia mengambil satu langkah ke belakang. Tidak lama kemudian,baru dia tersedar yang dia hanya mengenakan bathrobenya ditubuhnya tanpa memakai tudung!
Dia segera masuk ke dalam bilik air kembali. Mukanya memerah. Afiq Raihan yang baru tersedar cepat cepat cuba melupakan apa yang dia nampak tadi. "Astaghfirullahalazim,encik. Sanggup encik menipu kami." ucap lelaki itu tiba tiba. Afiq Raihan yang mendengar mengeleng kepala.
"Encik salah faham ni,saya sendiri tak tahu macam mana sepupu saya ada dalam ni. Lagipun dia dah bertunang encik." terang Afiq Raihan. Dia cuba membetulkan keadaan.
"Maafkan kami tapi encik berdua dengan bukan mahram encik. Keadaan encik yang mengaibkan boleh menimbulkan fitnah." nasihat lelaki berkopiah itu. Ditepuk beberapa kali bahu Afiq Raihan. Afiq Raihan meraup muka. Apa dia nak buat sekarang ni.
"Jadi apa yang saya boleh buat encik. Saya betul betul tak buat apa apa pada sepupu saya" ujar Afiq Raihan lagi. Dia cuba meminta nasihat daripada lelaki itu.Dia benar benar tidak bersalah dalam hal ini. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Peristiwa perlanggaran dia dengan seorang gadis tadi berlayar diminda. Baru dia teringat kunci biliknya terjatuh dan yang menyerahkan semula kunci tersebut ialah gadis itu!
"Encik,kami percaya pada encik. Tapi encik perlu menikah dengan sepupu encik bagi mengelakkan fitnah ni tersebar. Malah perkara ini boleh menjatuhkan maruah kedua dua pihak. Begini sahaja lah encik. Kami dah bersetuju untuk memberikan peluang bagi encik menyiasat dengan lebih lanjut perkara ini. Terpulanglah pada encik untuk menerima atau tidak nasihat kami." ujar lelaki itu selepas berbincang dengan beberapa lelaki yang turut menyaksikan peristiwa tadi.
Nasihat tersebut menyebabkan Afiq Raihan terkedu. Perasaannya bercampur baur. Di sudut hatinya,dia yakin bahawa gadis tadi pasti ada kena mengena dengan hal ini. Dia juga merasakan bahawa kunci bilik hotelnya telah tertukar saat dia terjatuh tadi.
Pelbagai persoalan lagi yang bermain di benak fikiran. Fikirannya bercelaru. Dia perlu menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam. Dia bercadang untuk mengambil kunci biliknya yang baru dikaunter hotel. Takkan dia perlu berkongsi bilik dengan Anis Raihanna pula.
Dia segera memakai baju kemejanya semula. Perutnya yang dari tadi berkeroncong terpaksa diabaikan. Beg pakaian dan fail kerjanya ditinggalkan dahulu. Dia memeriksa dirinya di cermin sekilas. Baru saja,dia mahu meninggalkan bilik hotel tersebut dia teringat pada Anis Raihanna.
"Aduh,nak cakap apa ni?" omelnya sendirian. Dia berada dihadapan pintu bilik air Anis Raihanna. Kalau ikutkan hati, tidak mahu dia berlama didalam bilik itu bersama Anis Raihanna. Tak pasal nanti kena tangkap basah terus. Mohon dijauhkanlah! Mujurlah pegawai lelaki itu tadi memberi peluang untuknya membetulkan keadaan.
Sekali lagi dia cuba untuk mengetuk pintu bilik air itu,ketukan di pintu bilik membatalkan niatnya. Afiq Raihan cuak. 'Macam mana kalau lelaki tadi datang balik? Lepastu terus nikah kat sini? Haa sudah.' rungutnya didalam hati.
Dia melangkah berat ke pintu bilik tersebut.Keluhan berat dilepaskan sesekali. Peluh dingin merenik didahinya. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Dengan perasaan berdebar debar,dia memulas tombol pintu itu.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan yang berada disebalik pintu itu. Dia menyangka lelaki tadi namun sangkaannya meleset sama sekali. Hal ini kerana lelaki dihadapannya ini ialah Haiqal Iskandar!
???
"Kau dah buat apa yang aku suruh tu?" soal seorang lelaki melalui panggilan telefon sebaik saja disambungkan. Kelihatan seorang perempuan sedang berbual ditelefon di sebuah tempat yang agak jauh dari orang lalu lalang.
"Sudah,boss. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar." jawab perempuan itu lagi. Dia tersenyum sinis. Matanya diliarkan ke sekeliling sesekali risau jika ada yang mencuri dengar perbualannya.
Tidak lama kemudian,tawa lelaki tadi kedengaran dari corong telefon. "Bagus,pastikan rancangan ini tidak diketahui oleh sesiapa. Aku nak kau teruskan lagi rancangan kita yang seterusnya. Upah kau sudah aku bank in." kata lelaki itu lagi. "Baik boss" jawab perempuan itu. Dia menamatkan panggilan.
Telefon yang digunakan tadi dipijak lalu dibuang didalam tong sampah yang disediakan. Hal ini bagi mengelakkan panggilan telefon tersebut dapat dijejaki. Topeng muka yang dipakai oleh perempuan itu ditanggalkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang sama. Dia berpakaian serba hitam. Dia meninggalkan tempat itu dengan segera.
???
"Oh,ni bukan bilik Anis Raihanna eh? Maaf ganggu kau" ujar Haiqal Iskandar. Dia hairan melihat Afiq Raihan yang muncul. Takkan Anis Raihanna yang salah hantar nombor bilik kot. Namun dia cuba berfikir positif. Tidak mungkin gadis itu akan menduakan dirinya. Ya tidak mungkin!
Afiq Raihan pula menghela nafas berat. Mungkin Haiqal Iskandar menyangka yang dia tersalah bilik.Namun begitu,dia merasakan bahawa Haiqal Iskandar berhak untuk tahu hal sebenar. Ini semua bagi mengelakkan salah faham atas kejadian yang berlaku kepada Afiq Raihan dan Anis Raihanna.
"Haiqal,boleh kita berbincang kejap. Ada benda yang aku nak cakap." kata Afiq Raihan. Nadanya yang terdesak menyebabkan Haiqal Iskandar tertanya tanya.
"Boleh,kita bincang dekat restoran hotel .Aku nak jumpa Anis sebenarnya." terang Haiqal Iskandar. Afiq Raihan hanya mengangguk sebagai balasan.
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke restoran hotel tersebut.
Sebaik saja tiba,mereka berdua memesan makanan dan minuman. Sementara menunggu pesanan makanan mereka,mereka berbual.
"Jadi,apa yang kau nak bincang sebenarnya?" soal Haiqal Iskandar. Dia memulakan perbualan antara mereka. Tangannya disilangkan ke dada. Keningnya turut diangkat sedikit.
Afiq Raihan menarik nafas sebelum dihembuskan kembali bagi memperoleh kekuatan. Dia membetulkan kedudukannya. Dia nampak tenang namun rasa gemuruh didalam hatinya hanya Allah yang tahu. Pandangan dihalakan kepada Haiqal Iskandar.
"Sebelum aku nak bagitau kau ni,aku harap kau tak terus buat kesimpulan sendiri dan tolong dengar penjelasan aku sampai habis boleh?" soal Afiq Raihan. Dia berharap yang lelaki itu tetap tenang dalam mendengar ceritanya.
"Baik,kalau itu yang kau nak.Teruskan." jawab Haiqal Iskandar. Debaran dihatinya semakin kencang. Tangannya mula berpeluh. Apa yang terjadi sebenarnya? Dia tertanya tanya. Riak mukanya tetap tenang.
Akhirnya,Afiq Raihan menjelaskan peristiwa yang berlaku ke atas dirinya dan Anis Raihanna. Sesekali Haiqal Iskandar mempamerkan riak muka terkejut. Namun dia akan tenang semula. Hal ini melegakan keresahan yang dilanda Afiq Raihan. Dia menghela nafas lega selepas selesai berterus terang.
"Jadi sekarang ni kau tengah siasat perkara ni la?" tanya Haiqal Iskandar selepas mendengar penjelasan daripada Afiq Raihan. Baru dia faham mengapa Afiq Raihan yang muncul dimuka pintu bilik Anis Raihanna. Dia juga berasa lega kerana Afiq Raihan tidak menyorokkan perkara itu daripada pengetahuannya.
Baru saja Afiq Raihan mahu menjawab soalan Haiqal Iskandar, makanan yang dipesan oleh mereka telah sampai. Perutnya yang berbunyi itu perlu diisi dengan segera. Dia menjamah makanan tersebut dengan penuh selera sebelum menjawab soalan tadi.
"Haah sebelum kau sampai tadi aku cadang nak mintak kunci hotel baru dekat kaunter hotel. Sorry aku makan dulu ya. Lapar sangat" luah Afiq Raihan. Dia tersengih macam kerang busuk. Dari tadi dia menahan lapar. Baru sekarang dia sempat makan. Makanan yang dibungkus tadi nampaknya perlu disedekah kepada tong sampah sahaja lah.
Haiqal Iskandar tertawa kecil. Dia berasa simpati atas nasib yang ditimpa oleh Afiq Raihan. Siapakah yang tergamak melakukan perkara tersebut kepada Afiq Raihan dan tunangnya? Sungguh tak berperikemanusiaan. Dia berhasrat untuk menolong Afiq Raihan menyiasat perkara tersebut.
" Takpe kau makan lah sepuas puasnya. Aku belanja." ujar Haiqal Iskandar. Dia menghadiahkan senyuman kepada Afiq Raihan.Dia akan cuba sedaya upayanya bagi menolong sepupu tunangnya itu.
"Terima kasih Haiqal sebab percayakan aku. Aku takut kau akan bermusuh dengan aku lepas aku jelaskan semuanya. Rupanya tak. Maafkan aku sebab bersangka buruk pada kau. Hehe" balas Afiq Raihan. Dia sangat bersyukur yang Haiqal Iskandar memahami keadaannya.
"Takde hal lah wei,lagipun panggil aku Is jer. Lepas ni aku kan jadi suami sepupu kau. Boleh kita lepak lagi" ucap Haiqal Iskandar. Dia memaniskan mukanya. Tak sabar dia mahu bergelar suami kepada Anis Raihanna.
Afiq Raihan yang mendengar hanya mengangguk kepala. Dia sangat bernasib baik kerana tidak perlu bernikah dengan Anis Raihanna. Dia juga tumpang gembira atas majlis perkahwinan Haiqal Iskandar dan Anis Raihanna yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Deringan telefon Afiq Raihan menghentikan perbualan mereka. Afiq Raihan meminta izin untuk menjawab panggilan telefon tersebut. Haiqal Iskandar hanya mengangguk tanda membenarkan.
Terpapar nama Encik Zhafran yang sedang memanggil. Terkerut dahi Afiq Raihan apabila tersedar papanya menelefon dirinya. "Aik,tadi Mak Ngah call Anis. Sekarang papa pulak?" omelnya sendirian.
Dia menekan butang terima. Akhirnya,panggilan tersebut bersambung. Panggilan tersebut mengambil masa beberapa jam sebelum tamat. Terpamer keresahan yang melanda Afiq Raihan.
Haiqal Iskandar yang perasan dengan perubahan riak muka lelaki itu berasa hairan. Entah mengapa,dia merasakan panggilan telefon tadi merupakan puncanya. Dia makin tertanya tanya.
Afiq Raihan pula menghela nafas berat. Apakah nasib yang menimpa dirinya kali ini? Selepas satu masalah datang satu masalah yang lain mendatang. Permintaan Encik Zhafran sungguh melampau! Dalang disebalik peristiwa tadi mula bertindak dengan lebih jauh. Tidak disangka keadaan akan menjadi lebih huru hara.
???
Anis Raihanna menjengulkan kepalanya ke luar bilik air. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling bagi mencari kelibat Afiq Raihan. Selepas memastikan lelaki itu tiada didalam bilik,Anis Raihanna melangkah keluar bilik air.
Sepanjang dia berada didalam bilik air,dia curi dengar perbualan Afiq Raihan bersama beberapa lelaki yang mendakwa mereka daripada Jabatan Agama Islam itu. Dia menghela nafas lega apabila dia tak perlu bernikah dengan Afiq Raihan. Maklumlah,dia perlu berkahwin pada minggu hadapan. Takkan nak kahwin dua kali kot. Hahaha
Dia menukar pakaian dengan segera. Manalah tahu kalau Afiq Raihan pulang tiba tiba. Dia juga berasa hairan bagaimana lelaki itu boleh berada didalam biliknya. Malah bagaimana pegawai agama tadi tu boleh datang pun dia tak tau.
Kalau nak kata Afiq Raihan mahu memerangkap dirinya tapi lelaki itu sendiri juga tak tahu bagaimana dia boleh berada didalam bilik Anis Raihanna. Lelaki itu juga mendakwa bahawa bilik tersebut merupakan biliknya. Jadi mungkinkah Afiq Raihan yang diperangkap? Tapi mengapa dia perlu terlibat sekali.
Pelbagai persoalan lagi timbul difikiran.
"Aduh,biarlah. Lagipun bukan aku kena nikah dengan mamat poyo tu. Buat semak kepala je pikir." omelnya sendirian. Dia membuka bungkusan makanannya tadi.
Suis televisyen dibuka lalu dia mula menjamu selera sambil menonton rancangan yang disiarkan. Sedang dia asyik menonton televisyen,deringan telefon menganggunya.
"Aduh,kacau daun betullah!" kata Anis Raihanna dengan makanan yang penuh didalam mulutnya. Dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil. "Hello" ucapnya.
"Anis..apa anis dah buat? Anis tak sayang ibu abah ke? Tak sayang Is ke? Kenapa buat sampai macam ni anak ibu? Ibu abah tak pernah ajar anak ibu buat macam ni" luah Puan Aimi. Sesekali wanita itu teresak esak kerana menangis. Anis Raihanna baru menyedari pemanggil tersebut ialah ibunya.
Dia mengerutkan dahi. Tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh ibunya. Apa yang dia buat sampai ibunya menangis sebegitu. "Ibu..Anis buat apa? Jangan menangis ibu. Tarik nafas hembus. Cuba ibu bertenang. Kemudian cerita apa yang jadi sebenarnya." pujuk Anis Raihanna. Dia cuba mengorek cerita daripada ibunya. Televisyen telah ditutup malah dia juga telah berhenti menjamu selera. Perhatiannya ditumpukan sepenuhnya kepada Puan Aimi.
???
"Afiq,cuba kau cerita kat aku apa yang jadi. Aku tengok kau serabut jer lepas cakap dalam telefon tadi. Ada apa apa yang aku boleh tolong ke?" ujar Haiqal Iskandar. Dia cuba mencucuk jarum. Manalah tahu, Afiq Raihan akan meluahkan segalanya.
Afiq Raihan berbelah bahagi. Tidak pasti dia bahawa perkara itu boleh dikongsi kepada Haiqal Iskandar. Bagi dirinya perkara itu merupakan satu musibah. Otaknya ligat memikirkan alasan yang boleh diberikan.
"Masalah keluarga" ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Afiq Raihan. Dia tak tipu perkara itu memang boleh dikatakan masalah keluarga. Kalau menipu pun tipu sunat takpe kan?
Haiqal Iskandar hanya mengangguk tanda faham. Walaupun dia tahu bahawa Afiq Raihan cuba menyembunyikan sesuatu. Tetapi dia tak kisah mungkin lelaki itu tidak bersedia untuk berkongsi dengan dirinya. Dia hanya berharap masalah lelaki itu dapat diselesaikan dengan segera.
"Oh sebelum tu,macam mana kau boleh ada kat sini? Maksud aku,kau buat apa kat sini?" Afiq Raihan cuba menukar topik. Dia risau jika dia terlepas cakap kepada lelaki itu.
"Oh,sebenarnya aku datang sini sebab nak jumpa Anis. Aku ada perkara yang perlu dijelaskan kepada dia." balas Haiqal Iskandar bersahaja. Dia menyandarkan dirinya dibangku yang sediakan. Afiq Raihan sekadar menjadi pendengar.
"Aku sebenarnya ditukarkan tempat kerja ke Langkawi selama tiga bulan selepas majlis perkahwinan kami berlangsung. Tapi itulah aku takut Anis Raihanna tak setuju. Lagipun dia kan baru je kerja dengan kau. Oleh sebab tu juga aku datang sini nak jumpa dia untuk beritahu perkara ni" sambung Haiqal Iskandar lagi. Dia mengeluh perlahan. Riak mukanya kini jelas menunjukkan dia risau. Senyuman tawar diberikan kepada Afiq Raihan.
Afiq Raihan terkedu dengan penjelasan Haiqal Iskandar tadi. Reaksi lelaki itu jelas menunjukkan bahawa dia mencintai Anis Raihanna sepenuh hatinya. Malah lelaki itu juga takut akan kehilangan cinta hatinya iaitu Anis Raihanna.
Afiq Raihan dihurung rasa serba salah yang tidak terhingga. Masakan tidak,lelaki itu sudi berkongsi masalahnya kepada Afiq Raihan walaupun baru berkenalan. Haiqal Iskandar turut menawarkan bantuan kepada dirinya bagi menyiasat peristiwa yang menimpa dirinya. Namun masalah yang disorokkan daripada lelaki itu mungkin akan mengecewakan dirinya sendiri.
Namun begitu,lambat laun lelaki itu pasti akan tahu juga. Oleh itu,Afiq Raihan nekad untuk berkongsi masalahnya kepada Haiqal Iskandar. Dia juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi perkara yang bakal terjadi antara dirinya dan Haiqal Iskandar.
"Is,ada sesuatu lagi yang aku perlu beritahu kau. Perkara ni berkaitan dengan apa yang aku bualkan dalam telefon tadi. Tapi perkara ni melibatkan kau,Anis Raihanna dan diri aku sendiri. Aku harap kau bersabar." nasihat Afiq Raihan sebelum meneruskan bicaranya.
Haiqal Iskandar hanya terdiam seribu bahasa. Dia menunggu Afiq Raihan menyambung bicaranya semula dengan perasaan ingin tahu yang membuak buak. Tangannya mula berpeluh.
Afiq Raihan menarik nafasnya sebelum dihembuskan kembali. Muka Haiqal Iskandar ditatap. Dia menyambung semula bicaranya tadi.
"Sebenarnya, aku kena menikah dengan Anis Raihanna."
Share this novel