BAB 30

Romance Completed 13562

Tengku Emran dan Aqisha masing-masing membisu. Aqisha kini hanya membuntuti langkah Tengku Emran. Lelaki itu sesekali menoleh ke belakang, untuk memastikan Aqisha mengikut langkahnya.
Setiap kali lelaki itu menoleh, Aqisha menundukkan wajah. Enggan menatap wajah lelaki itu.

Setelah memastikan gadis itu masih mengikutinya, dia mempercepatkan langkah maka gadis itu juga mengikutinya. Lambat dia berjalan, lambat juga la Aqisha melangkah. Betul-betul macam robot minah ni. Getus hati Tengku Emran.
Tiba-tiba, Tengku Emran terpandang sosok tubuh yang amat dikenalinya sedang duduk berehat di atas kerusi kayu di hujung jalan. Tengku Emran berhenti melangkah, mengejut.
Bupppp! Aqisha melanggar badan Tengku Emran yang berada di hadapannya. Kepalanya dielus.

"Aduhhh.. Kenapa awak brek mengejut nii?? Awak sedar tak yang saya..."

Belum sempat dia menghabiskan kata, Tengku Emran menekap jari telunjuknya di bibir Aqisha. Aqisha yang tergamam dengan tindakan Tengku Emran cuba bersuara tetapi lantas dipotong Tengku Emran.

"lelaki yang sedang duduk tu.. Bukankah dia pakwe awak? And di juga yang cuba buat benda tak elok dengan awak?"

Jari telunjuk nya dialihkan dari bibir Aqisha lantas menunjuk ke arah lelaki tersebut. Aqisha yang kurang jelas akan wajah lelaki itu mengecilkan matanya, mengamati wajah lelaki tersebut.
Setelah diamati, tangannya tiba-tiba mengigil. Ya, itu Hakim.
Dia enggan bertemu dengan lelaki itu lagi.

"Im.. Ki..ki..ta ba..baa..lik jom.."

Aqisha bersuara gagap. Kejadian pada malam tempoh hari kembali berlegar di ingatan. Mengenangkan perkara itu, badannya mengigil kuat. Airmatanya sudah bergenang di kelopak mata, hanya menunggu untuk mengalir ke pipi. Wajah ditundukkan memandang jalan, tangannya meraih hujung baju Tengku Emran dan menarik-narik lembut, tanda dia merayu ingin pulang.

Wajah Aqisha yang menunduk dipandang sayu oleh Tengku Emran. Dia faham perasaan Aqisha. Baru sahaja mereka mahu melangkah meninggalkan taman itu, satu suara garau menyapa dari belakang.

"Assalammualaikum. Hai Riana and.."

Tengku Emran dan Aqisha menoleh serentak. Dengan kadar segera Aqisha menyembunyikan diri di belakang Tengku Emran. Hujung baju Tengku Emran digenggam erat.

"Tengku Emran. Panggil Emran aje."

Jawap Tengku Emran apabila Hakim memandangnya seolah bertanya namanya.

"I see. I'm Hakim. Nice to see you both here."

Mereka berdua bersalaman seperti tiada apa yang berlaku.
Sesekali Hakim cuba bertentang mata dengan Aqisha yang curi-curi memandangnya dari belakang Tengku Emran. Tetapi gadis itu asyik mengelak dari memandangnya.

"Bro, boleh aku cakap dengan Riana seorang, kejap?"

Pinta Hakim kepada Tengku Emran. Tengku Emran menoleh ke belakang, memandang Aqisha. Aqisha yang faham maksud pandangan Tengku Emran laju menggeleng kepala tanda dia tidak setuju berbicara dengan Hakim. Tengku Emran memandang wajah Hakim semula.

"Sorry bro. Apa-apa yang kau nak cakap dengan dia, bagitahu di hadapan kami berdua. Cause this girl is now, mine."

Tengku Emran meraih tangan Aqisha dan mengenggamnya erat. Gadis itu ditarik lembut dan dibawa ke sisinya, dipaksa menghadap Hakim. Aqisha terkejut dengan tindakan Tengku Emran tetapi hanya membiarkan sahaja tapak tangannya bersatu dengan tapak tangan Tengku Emran. Mungkin Tengku Emran melakukan ini demi kebaikan aku. Cetus hati Aqisha. Walaupun kini dia sudah berhadapan dengan Hakim, Aqisha hanya membuang pandang ke tepi, masih tidak mahu menatap wajah Hakim.

Hakim mengeluh. Hatinya sedikit terluka apabila Tengku Emran erat memegang tangan Aqisha. Dia menggumpulkan kekuatan lalu lantas bersuara.

"Riana.. I tahu you marah, kecewa, benci, sakit hati dengan kelakuan i pada malam tu.. I know i dah buat kesalahan yang besar. I gagal melawan hasutan syaitan. You are way too beautiful that night sehinggakan i sendiri tak sedar i hampir ragut kehormatan you. I tahu.. you sukar maafkan i tetapi i akan tetap memohon maaf atas silap i..."

Hakim memandang tepat ke wajah Aqisha. Namun gadis itu masih enggan menatap wajahnya. Hakim bersuara lagi.

"I sayangkan you, Riana.. Mula-mula i jumpa you, i terpaut dengan you. Tapi pada masa tu, i tak sedar betapa dalam i sayangkan you sebab i asyik ingatkan diri i yang you bukan taste i. Sehinggalah pada malam tu, i sangat- sangat tertarik dengan diri you. Tanpa sedar, I ingin memiliki you, ingin menjaga you hingga akhir hidup i. I ingin you mendampingi hidup i.. I sedar hidup i dah tak lama dan selagi I masih bernyawa, i nak you temankan i sehingga saat terakhir i.. Tetapi i dah buat satu kesilapan besar dalam hidup i, Riana.."

Hakim menahan sebak di dada. Wajahnya menunduk. Sedaya upaya menahan air mata lelakinya. Tengku Emran yang sebenarnya tergamam dengan pengakuan Hakim hanya memilih untuk membatukan diri. Membiarkan mereka berdua berbicara tanpa sedar kewujudan nya disitu.
Aqisha yang terkejut dengan pengakuan Hakim memalingkan wajahnya tepat ke wajah Hakim seraya bersuara.

"Apa you merepek ni hah?! You ingat benda hidup mati ni boleh buat main? Allah yang tentukan segalanya. Bukan you!"

Suaranya ditinggikan. Dia tidak peduli dengan mata-mata manusia lain yang berada di sekeliling.
Hakim menarik nafas, mencari kekuatan untuk bersuara. Wajahnya diangkat, memandang tepat ke anak mata Aqisha.

"I bukan nak lawan kuasa Allah, Riana. I manusia biasa, macam you jugak. I sakit.... kanser limfoma tahap 4. Doktor cakap i boleh hidup tak sampai sebulan. Untuk pengetahuan you, sepanjang i tahu i kanser, i takpernah rasa bahagia.. Hari-hari i berlalu dengan ditemani rasa takut yang teramat sangat. Setiap malam kalau i tidur, i takut i takkan bangun lagi.. Sehinggalah saat-saat i jumpa you. Hari kelam i berubah... Bila i tidur, i termimpikan you. Mimpi kita berdua saling melengkapi. Keesokan harinya, i bangun dengan semangat baru. Untuk berjuang teruskan hidup supaya i boleh jumpa you hari-hari.. I cuba mengenali you.. Teringin melihat senyuman you sebelum i pergi buat selamanya.. Dan bila i berhasil dapatkan perhatian you, i pula terhasut dengan rayuan syaitan dan akhirnya i kehilangan you.. Malam itu kesilapan terbesar i, Riana. I menyesal sangat... I..i.. Minta maaf Riana.. I khilaf.. I rela nyawa i diambil sekarang daripada i harus menanggung rasa sakit melawan penyakit i serta diri you yang menghindar dari berjumpa i, macam tadi.."

Airmata Aqisha mulai bergenang kembali. Dia tidak pasti samaada airmata itu tanda bersimpati dengan keadaan Hakim ataupun marah mengingat kembali perbuatan Hakim. Wajah Hakim ditatap. Wajah itu kelihatan pucat, lesu, dan tidak bermaya. Wajahnya tidak seperti waktu dia bertemu dengan lelaki itu sebelum ini. Terbit rasa sayu dihatinya. Tangannya mulai menggigil lagi.
Tengku Emran dapat merasakan tangan Aqisha mulai menggigil perlahan, lantas dia mengeratkan lagi genggaman tangannya untuk memberikan kekuatan.

"I..i..maafkan you.."

Ucap Aqisha satu persatu. Sedikit senyuman diberikan kepada Hakim walaupun dia sendiri merasakan senyuman itu agak tawar. Wajah Hakim bertukar riak, tidak percaya bahawa gadis dihadapannya itu sudi memaafkannya.. Dia bertanya sekali lagi untuk memastikan.

"seriously Riana??? You dah maafkan i???"

"Yes. I maafkan you.."

Ulang Aqisha, memastikan bahawa Hakim tidak tersalah dengar.

"Ya Allah.. Terima kasih Riana. Terima kasih banyak-banyak.. Sepanjang you menghindar dari i, i asyik salahkan diri i dan beranggapan you takkan maafkan i sampai bila-bila. I redha kehilangan you dan tak akan dapat kemaafan dari you.. Terima kasih Riana.."

Hakim mengukir senyum. Senyuman turut dibalas Aqisha. Tiada gunanya berdendam. Lelaki di hadapannya tulus sekali meminta maaf. Lagipun dia sudah menyesal. Apa salahnya aku memberikan peluang kedua untuknya. Bisik hati Riana.

"Dah dah. You jangan bersedih lagi.. Put smile on your face. You look more handsome that way.."

Tanpa sengaja Aqisha terpuji. Hakim mengukir senyum mendengar kata-kata Aqisha.

"Put the sweetest smile on your beloved face too, Riana.. Emran beruntung memiliki you.. I hope you both bahagia sampai bila-bila.. Jodoh dan ajal di tangan Allah. I redha dengan ketentuannya.. Seeing you smile, make me happy too.."

Hakim mengalihkan pandangan ke arah Tengku Emran lalu bersuara.

"Jaga dia baik-baik bro.. Sekali you lepaskan dia, maybe i will take her away and call her as mine.."

Tengku Emran hanya tersenyum mendengar usikan Hakim.

"No worries bro. Aku akan jaga dia lebih dari nyawa aku sendiri.."

Satu cubitan singgah di pinggang Tengku Emran. Tengku Emran mengaduh sakit.

"Jaga saya macam nyawa sendiri konon.. Nak jaga diri sendiri pun susah apatah lagi nak jaga Panda yang comel macam saya.."

Aqisha mengibas rambut dan mengedip-ngedip matanya berkali-kali, membuat aksi comel.

"huhh... Panda comel la sangat.. Macam gajah adalah.."

Tengku Emran kemudia tertawa berdekah, diikuti Hakim. Aqisha menjeling geram ke arah Tengku Emran dan Hakim. Jejaka-jejaka ini ketawa macam dah lama kenal.

"Mulut...... Jahat!"

Aqisha berpeluk tubuh. Wajah dipalingkan ke tepi. Enggan memandang kedua-dua jejaka disamping serta di hadapannya.

"Dia merajuk dah bro.. Hahh pujuklaa.."

Hakim menepuk bahu Tengku Emran seraya tersenyum geli hati.

"hahh biarkan dia.. Nak merajuk, merajuk laa. Perasan comel.."

Tengku Emran menambah sebal di hati Aqisha. Sekali lagi cubitan singgah di pinggang Tengku Emran.

"aduh sakitlah sayang. Jangan lah main cubit-cubit. Malu depan orang.. Tunggula bila kita berdua bersendirian, nak hempuk saya pun boleh.."

Meletus lagi ketawa Hakim dan Tengku Emran. Makin galak Tengku Emran mengusiknya.

"ishhhhh! Poyoo! Saya tak hendak dengan awak!"

Jawap Aqisha.

"Hati-hati dengan bicara you.. Allah tarik kata-kata Riana, dan korang dua berjodoh, hah, hadap la you wajah Emran tiap hari tanpa kenal siang dan malam.."

Hakim memandang Tengku Emran seraya menghantar isyarat mata yang hanya lelaki yang faham.

"Malas nak layan korang dua."

Aqisha terus berjalan ke hadapan meninggalkan mereka Hakim dan Tengku Emran.

"Sabar bro.. Dengan perempuan mesti banyak bersabar.."

Hakim menepuk-nepuk bahu Tengku Emran setelah Aqisha berlalu pergi.

"Insyaallah, aku diberikan kesabaran.."

Jawap Tengku Emran. Baru sahaja Tengku Emran hendak meminta diri, Hakim menahannya.

"Bro, aku lupa nak cakap tadi. Kau tolong bagitahu Riana, kereta dia dah siap. Petang ni kalau kau free , kau boleh teman dia ambik dekat bengkel kawan aku. Aiman Workshop. Aku dah bayar charge kereta dia.. Kau cakap je dengan dia. Boleh?"

"No problem, bro.."

Hakim dan Tengku Emran kemudian bersalaman kemudian masing-masing berjalan menuju ke arah yang bertentangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience