LIF :Bab 3

Fantasy Completed 31786

"Argh...!!" jeritan Eva Aurora memecahkan kesunyian di malam yang hening. Dirinya terus jatuh terjelepok. Kedua tangannya terus menekup kedua belah telinganya ketakutan.

Pintu biliknya dikuak, terjenggul Dayana yang wajahnya yang masih mamai dan panik. Dayana terus menekan suis lampu apabila melihat bilik itu gelap untuk mencari penghuni bilik tersebut. Terbeliak mata Dayana melihat keadaan Eva Aurora yang dalam ketakutan sambil memeluk lututnya sendiri.

"Ya Allah! Eva, kenapa ni!?" dengan pantas Dayana mendapatkan sahabat baiknya itu. Terlihat tangan Eva Aurora terketar-ketar menunjukkan laptopnya. Dayana turut melihat arah yang ditunjukkan berasa hairan.

"Kenapa ni?" soal Dayana lagi sambil mengusap belakang tubuh Eva Aurora. Wajahnya dikerutkan memandang laptop Eva Aurora yang di rasanya tiada yang pelik di situ. Eva Aurora masih lagi terketar-ketar badannya kerana masih dalam ketakutan.

"Eva, cuba kau cerita pada aku apa yang berlaku? Kau tunjuk-tunjuk macam ni mana aku nak faham." pujuk Dayana dengan suara yang tenang dan lembut.

"Irvan." berkerut wajah Dayana mendengar sepatah nama itu.

"Kenapa dengan Irvan?"

"Dia...." Dayana dengan sabar menunggu kata-kata yang akan keluar dari mulut Eva Aurora.

"Dia...marah..aku..." tergagap-gagap Eva Aurora cuba menerangkan apa yang telah berlaku kepada dirinya. Makin berkerut wajah Dayana.

"Hah!?"

"Dia marah aku, Yana! Dia marah aku!" pekik Eva Aurora panik sambil mengoncangkan tubuh Dayana.

"Ok, ok. Rileks ok. Chill." Dayana menenangkan sahabatnya itu.

"Listen! Dengar sini!" kedua telapak tangan Dayana dilekapkan ke wajah Eva Aurora. Dayana merenung tajam ke dalam mata Eva Aurora yang sudah berkaca itu.

"Cuba kau terangkan pada aku perlahan-lahan. Kau cakap macam ni macam mana aku nak faham. Kau tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan diri dulu. Baru kau cerita pada aku apa yang dah berlaku." Eva Aurora menurut kata Dayana. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskan. Kelakuannya itu dilakukan sebanyak tiga kali sehingga dirinya betul-betul tenang. Eva Aurora memejamkan matanya untuk seketika lalu memandang Dayana semula.

"Tadi masa aku tengah menaip tiba-tiba aku dengar ada suara lelaki." Eva Aurora mula membuka cerita. Dayana mengangguk tidak mencelah apa yang akan diceritakan oleh sahabatnya itu. Dia ingin mendengar keseluruhan cerita baru dia berkata-kata.

"Aku...aku tak tahu tu suara siapa. Aku ingat kau cuba prank aku dengan takut-takutkan aku. Tapi ... bila aku tanya siapa, dia kata aku adalah orang yang kau cipta." Eva Aurora menjedakan ceritanya dengan menarik nafasnya semula dalam-dalam.

"Aku...aku takut. Dia marah aku. Dia...dia nak jadi hero bukan antagonis." terang Eva Aurora masih dalam ketakutan.

"Wait, wait. Siapa dia yang kau maksudkan tu?" soal Dayana dengan wajah berkerut seribu.

"Irvan!"

"Hah!?" makin pelik Dayana mendengar cerita Eva Aurora itu. Terkebil-kebil matanya.

"Mana kau tahu tu Irvan? Lagipun Irvan kan watak imaginasi kau je. Macam mana dia boleh marah kau? Tak mungkinlah." Dayana tidak mempercayai cerita Eva itu.

"Aku tahu tu dia. Siapa lagi watak antagonis yang aku buat kalau bukan dia. Lagipun dia siap tulis kat laptop aku, mengaku diri dia sebagai Irvan." beria-ria Eva Aurora mengatakan Irvan yang menganggunya.

Melihat wajah Dayana yang tidak mempercayai ceritanya terus dia berkata sambil jari telunjuknya ditalakan ke arah laptopnya yang berada di atas meja belajarnya, "Kau tak percaya, kau tengok sendiri dalam laptop aku tu. Dia ada tulis dia tak nak jadi antagonis. Dia nak jadi hero."

Eva Aurora terus bingkas bangun dari duduknya lalu menarik tangan Dayana ke arah meja belajarnya. Kelam-kabut Dayana bangun dari duduk simpuhnya apabila tangannya ditarik dengan kasar.

"Kau tengok sendiri. Tu bukan aku yang tulis. Dia yang tulis sendiri tau." tunjuk Eva Aurora kepada Dayana. Dayana membaca bait-bait ayat yang tertulis di dalam paparan laptop milik Eva Aurora.

"Tiara datang menyerang Irvan di dalam pejabatnya. Memarahi Irvan kerana Tiara tahu siapa dalang yang telah memukul Zayn...." dengan perlahan Dayana membaca. Tiada pun ayat yang diperkatakan oleh Eva Aurora. Dayana merenung Eva Aurora dengan pandangan kosong.

"Mana ada tulisan yang kau kata tu. Ayat last kau ni pasal Tiara pergi serang Irvan. Tu je."

"Hah!"

"Tak mungkin. Aku yakin tadi Irvan tulis macam tu. Kat sini hah..." Eva Aurora tidak percaya lalu terus menatap skrin laptopnya dan mencari-cari tulisan yang dikatakannya tadi. Tiada. Eva Aurora tergamam. Memang dia sangat pasti tadi ayat tersebut memang tertulis dengan sendirinya tadi tetapi sekarang sudah tiada. Eva Aurora menelan liurnya. Dayana sudah bercekak pinggang.

"Aku yakin tadi ada. Aku memang nampak dengan mata kepala aku ni. Aku tak tipu." Dayana hanya mengangkat kening sambil mengelengkan kepala.

"Halusinasi kau je tu. Tulah kau waktu tidur entah ke mana, waktu makan lagilah. Semua tunggang-langgang kau buat. Orang waktu macam ni tidur. Rehatkan diri dan minda. Kau pula tak. Malam ke siang semua sama je. Bila badan tak cukup rehat tu yang jadi macam ni. Benda tak ada kau jadi ada. Tu semua khayalan kau je." bebel Dayana geram. Eva Aurora terpinga-pinga. Tidak semena dia menggaru kepalanya yang tiba-tiba rasa gatal.

"Tak wei...aku..."

"Dah, dah. Kau tu penat sebenarnya. Otak kau tu perlukan rehat yang secukupnya. Aku nak kau tidur sekarang. Entah apa lagilah kau terbayang kalau tak tidur. Silap-silap kau cakap Irvan muncul pula depan mata kau tu. Dah! pergi tidur sana." arah Dayana dengan tegas sambil menolak tubuh Eva Aurora ke katilnya. Eva Aurora hanya menurut namun dirinya sangat yakin apa yang dilaluinya sebentar tadi adalah benar dan bukan halusinasinya.

* * *

"Cik Tiara, Cik tak boleh masuk." halang Lisa, setiausaha Irvan setelah Tiara menerjah masuk walaupun sudah diberitahu bahawa Irvan tidak mahu diganggu. Irvan yang sedang berbincang sesuatu dengan Naail terkedu melihat Tiara merempuh masuk ke dalam bilik pejabatnya. Lisa yang terpandang wajah tegang Irvan terus menunduk rasa bersalah.

"Maaf, Tuan Irvan. Saya dah cuba halang..." Irvan mendengus lalu mengarahkan Lisa untuk keluar. Lisa menunduk hormat sebelum berlalu dari bilik itu. Melihat wajah Tiara yang tegang dan marah, Irvan seperti dapat mengagak apa yang akan dibahaskan oleh wanita itu.

"Naail, You keluar dulu." arah Irvan tegas kepada pembantunya.

"Baiklah, Tuan." ucap Naail sambil menundukkan kepala lalu terus berlalu dari bilik itu. Tinggallah Irvan dan Tiara sahaja yang berada di dalam bilik tersebut.

"Yes, Tiara. What can I help you?" soal Irvan.

"Hei! Irvan. Macam I tak tahu apa yang you dah buat pada Zayn." serang Tiara dengan nada geram. Irvan terus menyilangkan kedua tangannya di dada sambil tubuhnya menyandar di kerusi empuknya. Keningnya di angkat sebelah tanda dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh Tiara.

"What do you means? I tak faham." Irvan berpura-pura. Tiara tersenyum sumbing. Geram melihat jejaka di hadapannya itu. Dia turut menyilangkan tangannya ke dada dengan memberikan wajah yang sinis.

"I tahulah You yang suruh konco-konco You untuk pukul Zayn, kan?" tebak Tiara dengan yakin.

"Kalau bukan You siapa lagikan. Hanya You yang sakit hati dengan Zayn sebab I pilih dia daripada You." Irvan tersenyum mendengar semua tekaan Tiara itu.

"You ada bukti I ke yang buat? Kalau tak ada bukti You jangan nak serkap jarang macam ni."

"I memang tak ada bukti tapi I tahu You orangnya yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Zayn." bentak Tiara geram.

"Apa istimewa sangat jantan tu daripada aku, hah!? Aku ni kawan kau dari kecil. Family kita kenal antara satu sama lain. Datang ceruk mana entah jantan tu terus You jatuh hati pada dia. Pada I ni langsung You tak pandang. Padahal I buat segalanya untuk You." Irvan sudah meninggikan suaranya. Geram melihat Tiara asyik membela lelaki itu di hadapannya.

"Sebab dia baik. Dia berikan I kasih sayang yang tak pernah I rasa. Bukan macam You. Itulah cinta sebenar yang I cari. Dia jujur dengan diri dia. Cinta dia ikhlas walaupun dia tak dapat berikan I kemewahan. Apa guna dengan kemewahan tapi jiwa I kosong." tukas Tiara dengan lantang. Mereka berdua saling berlawan renungan. Suasana di dalam bilik tersebut amat tegang.

"You yakin dengan cinta dia?" soal Irvan keras.

"Yes!" balas Tiara dengan yakin.

"You yakin tanpa kemewahan You boleh hidup dengan bahagia? Hanya dengan cinta?" soal Irvan lagi.

"Yes!"

"Ok fine! You buktikan pada I dulu yang You boleh hidup dengan cinta yang You cakapkan tu tanpa kemewahan." cabar Irvan.

"Ok! I akan buktikan pada You." Tiara menyahut cabaran Irvan terus keluar dari bilik pejabat itu dengan langkah yang yakin tanpa memaling semula ke belakang.

"Argh!" tepik Irvan setelah pemergian Tiara. Naail terus masuk setelah melihat Tiara keluar meninggalkan pejabat majikannya itu. Dia memandang majikannya yang sedang bergolak api kemarahan. Irvan menghentak tangannya di atas meja melepaskan amarahnya.

"Cis! Tak guna!" bentak Irvan geram. Naail tidak berani menegur. Hanya membiarkan sahaja majikannya melepaskan amarahnya.

"Tak apa, Tiara. Kau berlagak dengan aku sekarang, kan. Kau tengoklah satu hari nanti kau akan melutut depan aku." gumamnya seorang diri. Di dalam kepalanya sudah merencanakan sesuatu sambil tersenyum sumbing. Peranti telefonnya dicapai lalu di dail nombor yang dikehendakinya. Hanya beberapa detik terdengar panggilannya di jawab seseorang.

"Hello, Dato. Saya nak minta tolong Dato sesuatu dan apa yang saya minta ini untuk kebaikan anak Dato juga, Tiara."

* * *

Eva Aurora berlari-lari anak di suatu tempat yang asing baginya. Terpusing-pusing dirinya mencari arah keluar dari tempat itu. Dirinya makin panik apabila tidak menjumpai jalan keluar. Dia mengenggam pangkal rambutnya. Sedang dia mencari arah keluar, Eva Aurora terpandang satu kelibat manusia dari jauh.

"Hello!" panggil Eva Aurora berharap ada yang dapat membantunya untuk keluar dari tempat ini. Tidak semena asap tebal mula menyelubungi kawasan itu. Susuk tubuh yang di lihatnya tadi makin menjauhkan dirinya daripada Eva Aurora. Eva Aurora mengejar kelibat itu.

"Haaa...Hello! Boleh tolong I tak?" panggil Eva Aurora lagi. Namun susuk itu tidak menghiraukan panggilan Eva. Dia terus berjalan menjauhkan dirinya daripada Eva Aurora.

"Hei! Wait a minute." Eva Aurora mengejar kelibat itu.

"Tunggulah. Tolonglah I. I kat mana sekarang ni? Please..." rayu Eva Aurora dengan mata sudah berkaca. Takut dengan tempat yang begitu asing ini.

Melihat orang yang dipanggil tidak menghiraukannya, Eva Aurora melajukan lariannya mengejar kelibat itu. Sehinggalah kelibat itu berhenti dengan tiba-tiba tanpa Eva Aurora menyedarinya. Tindakan yang drastik itu menyebabkan Eva Aurora tidak sempat memberhentikan langkahnya menyebabkan dia berlanggar dan menyembamkan wajahnya di belakang tubuh itu. Terasa belakang tubuh itu seperti milik seorang lelaki yang sasa kerana bidang belakangnya luas dan terasa keras.

"Aduh." Eva Aurora mengaduh kesakitan akibat perlanggaran itu. Hidungnya yang mancung di gosok perlahan.

"Ni badan ke kayu balak." gumam Eva Aurora masih mengosok-gosok pangkal hidungnya. Sedang Eva Aurora mengosok pangkal hidungnya, orang itu berpaling menghadap Eva Aurora.

"Sakit?" soalnya pendek. Mendengar suara itu membuatkan Eva Aurora tergamam.

'Suara tu' bisik hati Eva Aurora. Ya, dia mengenali suara itu walaupun baru sekali dia mendengar suara itu.

"Baru sikit dah rasa sakit tapi apa yang kau buat pada aku tak rasa sakit pula. Sakitnya berada jauh dalam ni. Sakit sangat. Kau tahu tak!?" teking suara itu di hujung ayatnya sambil menekan-nekan dadanya dengan jari telunjuknya. Eva Aurora terus berundur ke belakang sehingga terjatuh terjelepuk. Kedua tangannya ditekupkan kedua belah telinganya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Kenapa? takut!? Tahu pun takut. Aku ingat orang macam kau tak pernah takut. Hah! E.A Comet." herdik lelaki itu lagi.

"Kau nak apa hah!? Jangan ganggu aku!" pekik Eva Aurora ketakutan.

"Don't worry aku takkan apa-apakan kau sebab kau adalah kunci kehidupan aku." sambil tersenyum sinis suara itu berkata. Eva Aurora cuba memberanikan diri memandang wajah lelaki di hadapannya. Namun hanya senyuman sinis sahaja yang Eva Aurora dapat dilihatnya. Wajah yang lain hanya samar-samar sahaja.

"Kau masih ingat permintaan aku?" soal lelaki itu keras. Eva Aurora tidak menjawab. Dirinya kaku. Melihat tiada respon daripada Eva Aurora menyebabkan darah lelaki itu mendidih.

"Kau kena bagi kebahagian kepada ending aku. Ingat jangan bunuh watak aku seperti mana yang kau buat untuk watak antagonis kau yang lain. Lebih bagus ubah watak aku menjadi hero. Itu yang aku nakkan. Faham!" bergegar bahu Eva Aurora apabila diherdik begitu.

"Kalau kau tak buat apa yang aku suruh..." tangan kekar lelaki itu terus mencengkam leher Eva Aurora menyebabkan Eva Aurora terbangun dari duduknya sehingga kakinya tergantung tidak jejak tanah. Eva Aurora terasa susah untuk bernafas kerana cengkaman kuat itu.

"Argggg.." dengan tangan Eva Aurora memukul-mukul lengan sasa itu agar melepaskan dirinya.

"Kalau tidak kau akan dapat habuannya. Aku takkan lepaskan kau. Kalau ending aku bukan macam yang aku nak, aku akan pastikan ending hidup kau juga begitu." ugut suara itu sambil menguatkan lagi cengkamannya.

Hi guys.. Selamat hari raya semua. Sorry lama sangat xupdte sbb bz nak raya. So terimalah nukilan tidak seberapa saya ini. Tq guys yg sllu support saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience