Bab 1

Romance Series 80702

HUJAN lebat pada malam itu dan kilat sambung menyambung.

"Cepat ! kita kena pergi sebelum budak-budak jahat tu jumpa kita."

Penat ! penat sudah dia dan ibunya menjadi pelarian sepanjang hidup mereka ini. Hutang Along yang di buat oleh arwah bapa tirinya ibarat menjadi tali yang mengikat lembut pada pokok bererti ia mengikat kebebasan zaman remajanya dengan hanya mencari duit demi membayar hutang-piutang si kuat main judi itu dahulu. Bila dah tiada bukan ketenangan yang dia tinggalkan, tapi kesusahan !

Setelah beratus meter berlari..mereka bersembunyi di balik meja yang ada di kedai makan itu. Mujurlah hujan tersangat lebat dan semua budak-budak along itu tidak meneruskan pemburuan mereka.

Nurjihan bersandar lega bila melihat silauan lampu kereta yang bergerak meninggalkan kawasan persembunyian mereka itu.

"Sampai bila kita nak lari ni Mak? Penat dah macam ni. Lifeless". Nurjihan bertanya kepada ibunya yang di sebelah.

Mak Eton yang sedang memerah baju yang di pakainya basah lencun dek air hujan hanya tergelak sinis.

"Sampai ada Putera Raja nak kahwin dengan kau".

"Huh? mimpi tu jangan tinggi sangat Mak Eton. Gayat !!! Berangan aje lah". Nurjihan hanya memerli kembali ibunya.

Hubungan ibu dan anak ini sekali di lihat ibarat anak dan ibu tiri. Namun, hanya mereka sahaja yang tau keakraban ibu dan anak cara mereka tersendiri.

"Mana nak tidur malam ni?". Mak Eton bertanya kerisauan.

Nurjihan hanya memandang air hujan yang jatuh menyiram bumi dengan pandangan yang kosong.

Nurjihan mengeluh.

"Macam biasa lah".

Mak Eton menongkat dagu. Di tiru juga gaya anaknya dengan melihat hujan yang lebat itu.

"Bagus budak-budak tu. Kau kawan elok-elok dengan diorang. Jangan gaduh, banyak sangat dah duk tolong kita."
Kata Mak Eton terbayangkan sahabat baik Nurjihan iaitu Pia dan Hawa.

Itu yang orang cakap Friends for life. Ye ke orang cakap.. atau aku yang cakap? biarlah..kisah !

"Hari-hari kitaorang gaduh mak. Macam mana?".
Nurjihan mengerling Mak Eton sekilas yang berada di tepinya.

"Kau tu belajar tinggi tapi tak guna kalau kau tak faham apa maksud aku". Mak Eton memerli kembali.

"Hek eh, iyolahh mak".

Nurjihan malas berbalah. Fikiranya hanya pada motorsikal yang ada di rumah. Macam mana dia nak ke kelas esok kalau motorsikalnya itu tersadai di rumah sana. Mahu tak mahu kena naik grab jelah. Tidak mahu menyusahkan Pia. Sudah la jadual kelas mereka berlainan waktu.

Kisah hidup Nurjihan berada di tengah-tengah. Sadis dengan cara kehidupan namun bahagia di samping adanya sahabat baik dan ibu yang menjadikannya penting dalam hidup mereka. Berkat dia boleh sambut belajar pun dari duit peninggalan arwah ayah kandungnya yang tersimpan cukup-cukup hanya untuk kejayaannya. Untuk meneruskan kehidupan, dia dan Mak Eton harus bekerja demi menyara hidup mereka dan membayar hutang Zabidi arwah bapa tirinya yang meminjam wang dari pusat peminjaman haram tidak berlesen Along.

Sesampainya mereka di rumah Pia.

"Pia, aku minta maaf la sebab kacau kau nak kena tumpang kat rumah kau sekejap". Nurjihan rasa bersalah setiap kali dia harus menumpang di rumah Pia bersama Mak Eton.

Pia berdecit dan keningnya di kerutkan tanda tidak puas hati. Kedua tangannya di angkat dan menari-nari di udara (bahasa Isyarat). Kenapa kena guna bahasa Isyarat? Ye..sebab Pia ni special..dia bisu tetapi dia tak pekak. Mudah untuk orang berkomunikasi dengannya.

*Bahasa Isyarat Pia : Kau ni bukan orang lain pun. Kita kawan dah lama kan? Kau nak mintak-minta maaf bagai pula. Selagi aku ada aku akan tolong kau. Lagi sekali kau cakap macam tu aku sepak kau !

Gaya kaki Pia sudah di hayun ingin menyepak punggung Nurjihan namun pantas Nurjihan menahan kaki Pia. Terkekek Nurjihan ketawa.
Sudah memang mereka bergurau kasar seperti itu.

"Ye, ye sorry..Thanks". Nurjihan menggenggam tangan Pia kemas.

*Bahasa Isyarat Pia : Sama-sama.

Mudah untuk Nurjihan faham gerak tangan bahasa Isyarat Pia itu. Sememangnya dia telah terlatih untuk memahami kerana mereka itu sudah berkawan sejak dari kecil.

"Apa yang korang sembangkan ni budak-budak?. Tak ada kelas ke esok?". Sapaan Mak Eton menggamit perhatian mereka berdua.

"Ada la mak." Balas Nurjihan.

"Dah tu pergi la tido. Kau ni Jihan kacau Pia tu nak rehat dah la baru balik kerja dia tu". Mak Eton meleteri Nurjihan.

*Bahasa Isyarat Pia:
Tak apa Mak Eton. Esok Pia cuma ada kelas tengah hari je. Itu pun satu kelas. Mak Eton tu tidur la awal. Nanti berkedut pulak muka tu kalau tak jaga tidur.

Berdekah ketawa Nurjihan melihat apa yang Pia sampaikan melalui bahasa dia.

Muka Mak Eton blur. Matanya di kecilkan tanda dia tidak faham dengan bahasa isyarat dari Pia itu.

"Apa korang gelak-gelak? korang kutuk aku ke ha?". Tanya Mak Eton dengan wajah yang masih tidak tenang.

"Tak ada apa lah mak. Mak pergi la tidur dulu. Orang tidur dengan Pia malam ni. Goodnight mak".

Nurjihan menutup pintu bilik. Di biarkan ibunya berehat dari penat berlari hingga mahu tercabut kaki katanya Mak Eton tadi.

*bunyi loceng kedai
PINTU kedai serbaneka SevenEleven itu di buka. Dari jauh di kaunter Nurjihan boleh melihat riak muka Hawa yang tersenyum sambil kening di jongketkan.

Topi kaledar di letakkan di atas meja kerusi, panjang di tarik dan dilabuhkan punggungnya untuk berehat di situ.

"Fuh... lega baru boleh kena air cond. Panas betul eh?".
Nurjihan mengibas-ngibas kolar t-shirtnya akibat kepanasan.

"Kau dari mana ni?". Tanya Hawa sambil menghulurkan sekotak air susi dutch lady coklat kepada Nurjihan.

Huluran air dari Hawa di terima "Thanks. Aku baru balik dari kelas ni".

"Kelas apa? Kita ada kelas ke weh?". Hawa bertanya terkejut.

"Bukan kita, tapi aku." Balas Nurjihan.

Hawa menepuk dahinya. Bagaimana dia lupa. Mereka sudah bermula semester baru. Nurjihan dan Hawa satu kos dan sama kelas iaitu Kejuruteraan (awam) Namun hanya ada satu kelas elektif mereka yang tidak sama. Maka tidak hairan la Hawa asyik tersilap bertanya.

"Ouh aku lupa lagi. Sorry..sorry. Kau apa cerita semalam? Episode berapa pulak kau punya kisah di kejar along ni?". Hawa memicit-micit bahu Nurjihan bergurau senda.

Nurjihan menjeling.

"Tah la sampai tak kira dah berapa episode. Letih".

Seketika ada pelanggan masuk ke dalam kedai.

"Weh, kau lepak dulu eh." Hawa meminta diri untuk bertugas semula di kaunter pembayaran.

Nurjihan kembali menghadap cermin dan terlihat ada tampalan kertas pada badan tiang lampu jalan. Itu adalah poster iklan. Nurjihan bangun dan keluar dari kedai bergerak ke arah tiang tadi.

Bila dia masuk semula..Hawa merampas poster itu dari tangan Nurjihan.

"Maskot?". Hawa bertanya pelik bila membaca iklan jawatan kosong di poster iklan itu.

"Serius ar?". Tanya Hawa lagi.

Terangkat kedua bahu Nurjihan. "Why not?".

"Giler pakai maskot ni panas kot. Kau sanggup ke tengah hari rembang nak edar flyers kat orang ramai...perghh !!" Hawa kerisauan dia memicit-micit kepalanya.

"Soal sanggup atau tak..aku rasa why not aku ambik je apa sahaja peluang yang ada depan mata aku selagi aku boleh jana income untuk bayar semua hutang-hutang ayah tiri aku. Aku tak nak mak aku susah teruk then hidup kami asyik pindah je.". Jelas Nurjihan pada Hawa.

"Aku tahu tu. Tapi kau ada kerja lain lagi, one more thing..kau tu student tau. Masa untuk kau belajar tak ke terjejas nanti?". Hawa bertanya lagi.

"Ye aku tahu. Kerja maskot ni part time juga. Hari biasa aku kerja cafe.. hari cuti aku keja la maskot. Inshallah boleh." Nurjihan menyakinkan Hawa.

"Ikut kau la Jihan. Kalau nak pakai duit cakap kat aku". Hawa sangat prihatin dengan nasib Nurjihan.

"Ye, thanks..kau jangan risau". Sebelah bahu Hawa di tepuk.

p/s : hai readers yang comel..boleh follow ig fifi iaitu hudhafifi untuk tengok update teaser setiap bab dan watak-watak dalam novel DZ ni :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience