dua belas

Romance Series 207093

Shira bangun dari tidur apabila deringan jam loceng di meja sebelah katilnya berbunyi lantang.

Tanpa membuka mata, tangan digagau ke tepi dan loceng jam ditutup. Dia malas nak bangun awal hari ni sebab dia bukannya boleh solat pun.. so..

Maleh la nak bangun awai..

Mata Shira yang berpisat ditenyeh-tenyeh mamai, suara seseorang samar-samar di pendengarannya.

"Woi gile! Bangunlah!" Suara Hafiz kedengaran lantang. Tubuh di dalam selimut digoncang kuat.

"Kau ni kak cakap nak pergi dengan laki kau beli barang tunang dengan nikah, bangunlah!" Sekali lagi tubuh si kakak digoncangkan.

Entah apa yang merasuk kakak sulungnya itu hari ini, sampaikan pukul 8 tak bangun lagi.

"Lantak kau la kak.. lambat, jangan cakap tak kejut pulak? Dah pukul 8 lebih dah ni.." Hafiz menggeleng kepala sambil membebel dan melangkah keluar.

Shira dengar kata-kata Hafiz tapi badannya di rasakan berat semacam.

'Aduh... dah pukul 8 ke? Haish.. ' mata kembali terpejam.

'Kau nak bagi impression buruk dekat En Schizo ke Shira? Bangun wey!!'

Suara hatinya memujuk.

'Tapi aku tak larat la.. sekejap je lagi..' mata masih tak dibuka. Statik.

'Nanti dia ingat kau ni anak dara tak guna. Bangun tido pon lambat.. macam mana nak jadi isteri dia? Nak jaga dia pulak?'

'Aduh... problem ek nak jadi bini orang ni?.. hurmmm'

'Tahu pon susah.. kau nak kat dia sangat kan? Then bangunlah!!'

"Ye lah..Ye lah.. aku bangun.." Aku bercakap sendirian sebelum bangun dari katil.

Kepala yang agak berat aku gelengkan sedikit hilangkan rasa tak sedap tu. Kaki aku langkah ke bilik air dan mandi.

Lepas selesai mandi tu baru la rasa segar sikit badan. Jam dah pukul 9..

En. Khalish ambil aku pukul 10, sempat lagi ni. Outfit yang agak bergaya aku kenakan pada badan then macam biasalah terpusing-pusing aku sambil pegang kain sendiri depan cermin.

'Cantik cantik.. macam ni barulah sepadan dengan En. Khalish hensem..' aku tersengih sendiri. Gincu bright red di bibir aku buat 'duck face', selfie le..

Panggilan Shura, adikku mematikan lamunan. Mesti En. Schizo ni.. tak sabarnya!!

Sebelum bla, aku tinggalkan ciuman bibirku di tepi cermin solek. Puyooo.. seksi jugak..

Aku ketawa gedik seorang diri sebelum tas tangan croc di ambil dan berlari anak turun ke bawah.

Hari ni mama dengan papa tak ada, so aku pergi terus jela.

Kereta Honda Accord En Khalish betul-betul dekat depan rumah. Sandal yang agak tinggi aku sarungkan pada kaki dan melangkah ke arahnya.

"En Khalish!! Ops.. sorry En.Assalamualaikum.." Aku tersenyum malu padanya sambil menutup mulut sedikit atas keterlanjuran tadi. Salam aku berikan lembut.

Shira TERover excited la tadi..hihihi

"Waalaikumsalam." balasnya sepatah semasa kereta sudah membelah jalan.

"Mana?" En. Khalish tanya aku. Aku tak faham so aku pandang dia dengan senyuman manis n angkat kening.

"Pergi mana?" En. Khalish tanya lagi tanpa pandang aku. Satu suku kata je dia tambah. Haih la cik abang.

Hmm.. Okay okay Shira faham..

"Kita pergi butik dekat dengan KL Central tu. Nanti saya tunjukkan En. Khalish bila kita dah sampai sana." aku jawab penuh hemah sambil tatap dia.

Suasana sekeliling langsung tak menarik perhatian aku, yang aku tahu dia..

Dia amat menarik pada pandangan mataku. Tubuh ideal, rambut yang lebat dan jatuh menceceh bulu mata dan mata dia yang penuh kesunyian dan kekosongan.

'Shira akan penuhi kehidupan kelabu En. Khalish dengan warna pink nanti... Shira janji.' omel hatinya sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~

Sesampai saja di hadapan butik, Shira dan Khalish keluar serentak. Baru saja Shira mengalih badan, Khalish sudah berjalan melintasi jalan ke hadapan.

"Eh.. En Khalish ku.. sanggup kau tinggalkan adindamu ini di belakang.. haish." aku tak kisah sangat, lepas line dah clear.. baru aku lintas jalan.

Aku lihat En Khalish tunggu aku di pintu depan butik, 'Eleh.. tahu pun tunggu aku..'

"Eh.. En Khalish kenapa tak masuk lagi?" Aku cuba beramah dengan dia. Perli.

Padam muka!

Aku masuk tanpa pedulikan dia. Dari ekor mata aku lihat En Khalish membontoti aku dari belakang, sedikit dekat.

Mungkin dia tak biasa dengan suasana sekeliling, ada beberapa buah pasangan dan ahli keluarga ditambah lagi dengan pekerja-pekerja butik yang semuanya perempuan.

Aku pun lepas tu pergi ke arah Liz, dia rakan lamaku masa di sekolah menengah dan bekerja di situ. Jadi lebih mudah bila aku nak berurusan dengan dia.

"Liz!" aku sapa dia ramah sebelum kami sama-sama berpelukan.

"Shira! Lamanya tak jumpa kau.. Kau sihat?" dia tegur aku pula.

"Alhamdulillah.. baik je. Ni aku datang nak tempah baju dekat sini untuk majlis tunang aku and aku nak cari baju nikah jugak." dengan terujanya aku bercerita sakan pada Liz.

"We...awalnya kawin.. Tak bagitahu aku pun. Dengan sapa?" Liz bertanya padaku sebelum menoleh ke belakang melihat En Schizo Shira. Tak berkelip.

Lepas tu senyuman dia tu lain macam.. hai minah ni, aku punya pun nak test..

Haish.. tak boleh jadi ni.

"Nak bagitahu la ni. Ni buah hati aku.. Kenalkan En-.. Abang Khalish.. Abang.. ni kawan lama Shira, Liza." aku kenalkan ramah pada Liza. Tak kekok langsung.

Pandangan dingin En Schizo padaku buatkan aku tak dapat nak kenalpasti apa yang dia fikirkan.

Yelakan.. muka takda ekspresi, how can I know what he's thinking right?

"Oh.. selamat berkenalan abang Khalish." Lembut ayu gemalai je suara minah ni dengan senyuman manisnya.

Excuse me... ABANG tengkorak hang!

"Ewah ewah ewah.. hey Liz.. aku je boleh panggil dia abang.. kau faham?" ayat aku nampak macam bergurau tapi aku maksudkannya kay..

don't don't don't ever mess with Shira.

"Hahaha.. sorry la Shira. Mari aku tunjukkan koleksi yang ada." Liza ketawa dengan kata-kataku sebelum mempelawa kami duduk di sebuah meja.

"Ini design yang terkini dan terbaru. Lepas tu kau tengok la warna pilihan apa kau berkenan dulu. Nanti aku datang balik selang 10minit. Okay?" Liza bertutur lagi.

Aku hanya mengangguk tanpa memandangnya. Mata dah rambang la sis! Tak boleh kalih.

Sehelai-sehelai aku selak, mata aku bersinar tatap semua jenis design yang ada.

"Eh Abang.. oo bang.." Shira memang tak malu betul. Bia la kan, nak jadi laki aku dah pon.

Hohoho! Persetujuan sendiri.

"Hmm"

"Yang ni cantik tak untuk tunang nanti?" aku excited. Aku belek lagi sebelah.

"Tapi kan bang.. ni pon cantik jugak. Yang ni pun.." ada beberapa pakaian yang menarik minat aku.

"Tapi yang ni macam alim sangat la pulak.. ni pulak cam seksi.. tak boleh tak boleh.." aku teruskan pencarian, menilik semua pilihan yang ada.

"Yang ni okay tak? Tak melebih sangat kan.. Shira suka yang ni.. tapi yang ni pon Shira suka.." aku mengeluh memikirkan mana yang aku nak pilih.

Dalam tak sedar sebenarnya aku berbual sendirian. En Khalish langsung tak bagi perhatian pada aku. Dia ralit tengok telefon di tangan.

"Dengar tak ni?!" aku tinggikan suara sikit. Dia tersentak dan pandang aku polos.

"Pardon?" tanyanya sepatah.

Fuh.. chill Shira. Jangan tunjukkan monster dalam badan kau tu.. lari En Schizo nanti, tak merasa jadi bini dia..

"Yang mana cantik.. yang ni atau yang ni..?" Aku stabilkam balik suara sambil tunjuk pilihan aku.

"Emm...." aku menunggu..

Diam.

"Yang mana ni bang?" Aku dah memuncung. Apa ni? Orang tanya dia, dia diam pulak.

"Mana-mana jela." akhirnya dia mengalah. Telefon ditatap kembali.

Aku mengeluh agak kasar, aku jeling dia sekilas. Ni macam aku je syok sendiri...

Hurm..

Takpe takpe.. tunggu la kawin nanti. Siap kau aku kerjakan!.. aku basuh-basuh otak tu!!

Aku belek pulak buku koleksi untuk pernikahan kami pulak. Aku tak tanya En Khalish dah.

Dia pun langsung tak menunjukkan minat dalam memilih pakaian kami malahan macam tak berminat nak kawin pun ada.

Eyyy!! Geram aku.

Akhirnya aku pilih warna soft blue and black. Cantik!

Lagipun aku tahu warna favourite Mr Schizo warna biru.. so aku sengaja ambil warna tu.

Tak tahu la dia gembira atau tak tapi aku harap ya.

Lepas selesai semuanya aku dan dia pun pulang lepas makan tengahari. Macam biasa aku jela yang banyak bertanya dan bersembang untuk mulakan conversation.

Tapi En Schzio ni macam tak ada effort pulak nak kenal-kenal. Kalau macam ni la lepas kawin nanti, boleh cerai aku..

Tak nak tak nak.

Yang paling menyakitkan hati aku, banyak aku tanya dia hanya menjawab ala kadar je atau macam nak tak nak.

Mata pulak asyik menghadap telefon je.. chat dengan siapa? Awek ke?

"Siapa tu? abang chat dari tadi lagi.." aku tanya dia selamba. Taknak la tunjuk jealous en.. cover cover..

"Kawan." diam.

Bagus betul jawapan dia... lengkap dan padat sangat walaupun satu perkataan je. Aku terdiam. Tak kan nak tanya perempuan ke lelaki kan?

Nampak sangat la pulak..haish..

Kepala aku anggukkan saja. Tak adil betul!
Teringat perbualannya di WhatsApp semalam sebelum mahu bertemu hari ini,

Berpuluh message dihantar, yang mana yang dia rasa penting je dia balas. Yang lain-lain macam buat tak nampak je..

Kalau tak pun bluetick. Bagus sangat!!

Then memandangkan awal lagi kan, so aku pun ajak la En.Khalish jalan-jalan kejap. Dia cuma cakap "Taknak." then dia terus masuk dalam kereta.

Speechless aku.. rasa macam aish.. faham kan..

Ke dengan aku je dia macam tu? Aku over sangat ke sampai dia rasa meluat? Dia memang tak suka langsung kat aku ke?

Macam-macam perkara bermain dalam fikiran aku. And mostly... not mostly.. overall lebih tepat.

Overall semua negatif.

Bibir aku ketap perlahan. Ni baru permulaan Shira.. kau boleh buat.

Aku cuba abaikan perkara yang berlaku dan cuba berbual ramah dengannya seperti biasa balik waktu perjalanan pulang kami.

Aku gembira sangat keluar dengan En Schizo ni walaupun perangai dia ni kadang-kadang menyakitkan hati aku.

Tapi.. aku tak tahu la kalau dia rasa yang sama... Hati aku kuat mengatakan tak.

Tapi aku harap ya.. walaupun sedikit. At least la kan..

Dan hari tu tamat macam tu je.. aku still berbalas message dengan dia. Actually, bukan berbalas.. aku chat dia.

Kalau dia balas.. alhamdulillah la.. kalau tak, tak mengapalah.. aku tak kisah sangat.

Sikit la.

Sekarang aku cuma menghitung masa je untuk menjadi tunangan dia dan seorang isteri dalam masa terdekat.

Ya Allah.. permudahkanlah urusanku..

Aku akan tawan hati beku dia tu. Pasti. Wish Shira the best!

Share this novel

Zailena Marshid
2021-07-12 18:31:52 

hai author, boleh tak saya nak baca SCHIZO sebab saa kena baca dulu novel tu sebelom saya baca SCHIZO II ni, baru saya tahu cerita dr mula, boleh share utk saya.. pleaseeeee.....tq

Aina Aini
2020-10-31 00:12:46 

next chpter...tertggu2 ape jd.hope x sempt la c jht tu

Aina Aini
2020-10-30 20:12:01 

bila nk updte..tetggu2 ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience