H22 ( Matured contents)

Crime Series 45700

Dafika memandang kipas yang berpusing didinding biliknya.

Pertemuan sebentar dengan Raykal tadi, kembali mengamit rasa dendamnya.

Lelaki itu tak habis-habis mahu menganggunya!

Ya Allah.. Kau selamatkan lah suami aku dari tipu daya manusia.


Selepas berborak dengan Hajah Salhah tadi, Dafika terus meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya.

Fikiran berserabut, namun demi kebahagiaanya. Dafika sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa menentang Raykal.


Badan diiring ke kiri, keluhan dilepas sebentar, mata masih liat untuk menutup. Sekeliling bilik dipandang.

Walau hampir sebulan Dafika bergelar isteri, namun biliknya masih tak berubah. Masih seperti dulu. Cuma sekarang ni dia tidur seorang bila Karsyad sudah diasingkan.

Itu permintaan anak lelakinya sendiri. Dafika hanya menurut.


Dan sepatutnya bilik ini menjadi tempat dia dan Ezhar bersama, namun hanya semalaman sahaja mereka tidur sekatil, sebelum Ezhar kembali ke biliknya dan tidur bersama Karsyad.

"Wan tak tahu apa masalah Fika dan Ezhar sehingga korang taknak tidur sebilik. Jika Ezhar ada buat salah, bagitahu Wan, mungkin Wan boleh tolong."


Masih tergiang suara Hajah Salhah bertanya tadi.

"Takde lah Wan, Kami okay je. Takde masalah apa-apa."

Ye... Dafika dan Ezhar tak pernah bergaduh besar. Dan semua ni bukan salah Ezhar. Dafika sendiri yang menolak. Tapi takkan dia nak cerita kat Wan.

"Atau.. Dafika takut Ezhar bawa penyakit berjangkit?

Duga Hajah Salhah lagi.

"Eh takde lah Wan, Fika tahu Ezhar bersih."

Dafika pasti seratus peratus bahawa Ezhar terhindar dari semua penyakit berjangkit. Dia sendiri yang selalu melawat Ezhar dipenjara. Dan pihak penjara tiap-tiap tahun mengesahkan Ezhar bersih dadah dan segala penyakit lain.


7 Tahun Ezhar dipenjara, hanya Dafika sahaja yang tahu keadaan lelaki itu.

Cuma ketika tempoh penahanan Ezhar ditambah menjadi 2 tahun lagi, benar-benar mengejutkan Dafika. Dan sehingga sekarang dia sendiri masih tak tahu siapa yang mengenakan lelaki itu.


Dafika bangun dari katilnya, sukar benar matanya ingin tertutup. Mungkin terlalu banyak masalah yang difikirnya saat ini.


Perlahan kaki melangkah keluar dari bilik. Dia ingin kebilik anaknya. Dafika ingin melihat Karsyad tidur. Rasa rindu pulak untuk tidur bersama anak lelakinya itu.

Sreekkk....

Pintu bilik dibuka perlahan. Ruang agak kelam. Namun kesan dari pancaram cahaya dari ruang tamu menyebabkan mata Dafika dapat melihat anaknya yang merekot terbaring sambil dipeluk kejap oleh Ezhar.


Bibir mengorak senyum, terlupa akan perihal Ezhar yang suka memeluk apa sahaja dihadapanya. Agaknya kalau letak kayu balak pun. Sah mamat ni akan peluk kan?

Cute!


Kaki Dafika melangkah masuk, dan perlahan menghampiri anak lelakinya. Punggung dilabuh dibirai katil.Nasib katil ni saiz 'King'
Kalau tak memang tak cukuplah untuk dua orang lelaki ni.

Jemari Dafika menyentuh rambut yang menutupi sisi dahi anaknya, dan menguak kebelakang.

Dah besar kan anak mama..
Bisik Dafika lembut.

Badan anak lelakinya ingin dilurut namun kerana lengan besar Ezhar yang melilit pinggang Karsyad, membuatkan tindakan Dafika terhenti.

Dari raup wajah Karsyad, dia perasan yang anak kecilnya lena dalam dakapan Ezhar.

"Fika."


Hampir terkedu reaksi Dafika ketika namanya diseru Ezhar.


Lelaki itu mengangkat sedikit kepalanya sebelum memandang tepat kearah Dafika.

"Sorry, saya takde maksud nak ganggu awak. Saya cuma nak tengok Arsyad, Awak tidurlah.."

Dafika bangun dari duduknya dan terus keluar dari bilik.

Ketika pintu ditutup kemas, nafas yang tersangkut tadi ditarik keras oleh Dafika.

Hampir gugur jantungnya ketika mendengar suara kasar Ezhar sedikit serak.

Langkah diatur perlahan menuju ke dapur. Dafika perlu mencari air. Tekak terasa kering bila liur tak habis-habis ditelan hingga keabdomen.


Ketika cawan yang diisi air tadi sudah kosong, Dafika hirup. Dia meletakan kembali diatas meja makan. Tubuh masih berdiri di tengah ruang dapur.

Entah kenapa hatinya tiba-tiba rindu. Rindu pada.....

"Fika..."


Ye. Rindu pada Ezhar Iqbal, suaminya sendiri. Dafika mengangkat wajah ketika telinga menangkap suara serak dan garau milik Ezhar.

Lelaki itu masuk ke dapur dan menarik kerusi dihadapan isteri sebelum melabuhkan punggung.

"Saya ganggu awak tidur ke?"

Soal Dafika ketika melihat suaminya menepek sebelah pipi diatas meja.

Macam budak-budak!

"Hrmm.."


Ezhar menjawab jujur, namun kerana terlalu jujurlah menyebabkan Dafika tarik muncung. Nampak sangat lelaki tu nak salahkan dia.

Tak boleh ke mamat ni bersifat romantik sikit? Hai laa...

"Awak nak kopi, saya buat kan?"

Pelawa Dafika walau hatinya ingin merajuk. Merajuk pun bukan ada yang pujuk.


Ezhar mengangkat wajahnya lantas kepala digeleng perlahan.
"Bagi aku air masak je."


Dafika menurut, segelas air diambil dari penapis mesin sebelum diletakan dihadapan Ezhar.

Lelaki itu mengambil sambil meneguk perlahan hingga gelas kembali kosong.


Haus sangat?

"Nak lagi?"

Soal Dafika lembut, Dan Ezhar hanya menggelengkan kepala.

Dafika menarik kerusi dihadapan lelaki itu, dia ingin berkata sesuatu.

"Har.. boleh saya cakap satu perkara dengan awak?"


Ezhar mengangguk lagi, mulut yang menguap ditutup dengan tapak tangan.


Melihat reaksi Ezhar, membukam pertanyaan Dafika. Sebenarnya dia ingin menasihati Ezhar supaya menjauhi Raykal.

Tapi kesian pulak melihat keadaan lelaki itu. Takkan perkara macam ni pun nak dibincangkan, sedangkan Ezhar sudah beberapa kali menguap.

"Takde apa lah.. awak masuk lah tidur."

Akhirnya Dafika bersuara. Dia bangun dari kerusi dan ingin berlalu keluar dari ruang dapur ini.

"Fika.."


Langkah Dafika terhenti ketika namanya dipanggil lembut oleh Ezhar.

Lelaki itu turut bangun dan menghampiri isterinya.

"Tadi aku terdengar perbualan kau dengan Wan, aku tahu kau masih takut untuk bersama aku sebab kau sangka aku ada penyakit kan.?"

"Eh! tak lah Har.. Saya tahu awak bersih. Lagipun sebelum kita berkahwin pun, kita berdua dah lakukan ujian HIV. Keputusannya negatif kan."

Cepat-cepat Dafika menjawab pertanyaan suaminya. Dia tahu Ezhar tersalah sangka. Dia pun tak perasaan yang lelaki itu memasang telinga ketika dia berborak dengan Hajah Salhah di ruang tamu tadi.

"Esok kita pergi makmal kat bandar, aku akan buat ujian darah untuk tentu kan pada kau yang aku bersih dari segala penyakit berjangkit."

"Har"

Dafika memotong lagi ayat suaminya,langkah menghampiri Ezhar, kedua lengan kekar lelaki itu digengam sebelum dia mendongak memandang Ezhar.

"Saya tahu awak bersih, saya pun tahu awak tak pernah ambik barang terlarang selama ni. Kenapa kita tak rapat, itu salah saya. Bukan awak."

Terang Dafika lembut. Pandangan matanya terus meniti wajah Ezhar yang tinggi daripadanya.

"Maafkan aku Fika, aku yang salah buat..."

Ezhar tidak meneruskan kata-katanya ketika Dafika menerkup mulutnya dengan tangan kecil wanita itu.

Mata yang mengangtuk tadi kembali segar.

"Awak tak salah Har. Awak tak pernah buat salah pada saya."


Pandangan Dafika turut Ezhar titip. Wajah bertudung itu sering membuat jantungnya luruh sejak mereka berkahwin. Jika diberi perluang memang dia ingin terkam Dafika. Ah! Hati, sabar lah!

"Kau tidur lah. Aku nak merokok sekejap"

Bibir Ezhar dibasahkan, dia tak boleh lama memandang Dafika. Mahu tegak seluruh uratnya nanti.
Harap tembakau Dunhill dapat legakan kesusutan jiwanya saat ini.


Perlahan jemari Dafika yang merantai lengannya cuba dikeluarkan. Makin lama bersentuhan, makin tegang dirasakan pada seluruh organ.

"Har.. boleh awak jawab jujur dengan saya?"

Soal Dafika kembali, dia perasan Ezhar cuba menarik lengannya. Namun makin kuat Dafika mengengam. Hangatnya sentuhan kulit kasar lelaki itu, benar-benar ingin membawa dirinya untuk lebih mendekati Ezhar.


Ezhar tak menjawab, pandangannya dilirik pada lengannnya yang terus kukuh di jemari Dafika. Ini kalau terpeluk bini sendiri kat dapur, salah ke?

"Har... kenapa awak tidur dibilik Arsyad? Saya tak pernah halau awak dari dalam bilik?"


Soalan cepu emas apa yang Dafika tanya ditengah malam macam ni?

Ezhar senyum.
"Kau ingat aku ni pondan ke Fika? Aku lelaki yang ada nafsu. Kau rasa boleh ke aku baring je sebelah kau tanpa sedikit pun nak sentuh kau? Kau pun tahu kan, aku pernah buat kau sampai mengandungka Arsyad. Aku takkan ulangi untuk memaksa kau. Kau bukan perempuan yang hanya boleh dibawa main. Kau isteri aku Fika. Aku hormat kau sebagai syurga aku."


Tidak berkelip Dafika memandang anak mata suaminya. Segala kata-kata lelaki itu masuk lembut ke gegendang telinganya.

Ingin tubuh suaminya didakap erat. Sungguh Dafika benar-benar jatuh cinta pada Ezhar.

"Dah la.. aku nak merokok, kau pergi lah masuk tidur."

Sekali lagi Ezhar mengarah, tak sanggup bila terus direnung mata bulat isterinya.

Kalau jantung ni ada kat luar, dah tentu Dafika akan nampak bertapa kuatnya ia berdenyut.

"Har... tidur dengan saya malam ni."


Glup!
Ezhar membesarkan mata. Tak salah dengar kah dia?


Tanpa menunggu jawapan, Dafika menarik lengan Ezhar dan membawa lelaki itu masuk kedalam biliknya.

Ezhar menurut walaupun perut dah rasa senak.


Sewaktu kedua tubuh sudah berada didalam, Dafika menutup daun pintu dengan perlahan.

"Fika... a.. aku dah cakap tadi, Aku bukan pondan. Aku ada nafsu. Aku tak boleh setakat tidur sebelah kau je."


Dafika meloret senyum, suara gagap Ezhar sangat romantik di telinganya. Tak sangka tubuh kental itu rupanya amat pemalu.

Kata-kata Ezhar tidak dijawab, Dafika membuka tudungnya dan digantung ke paku dinding. Rambut yang menutup wajahnya ditolak kebelakang supaya rapi.


Reaksi Dafika, Ezhar tonton menyebabkan halkumnya berlumba-lumba memutar untuk menelan liur.


Sekali lagi lengan Ezhar, Dafika raih sebelum membawa lelaki itu ke birai katil. Malam ni dia ingin menjadi milik Ezhar Iqbal. Dafika sudah bersedia.

"Har.... maafkan saya sebab menolak awak, saya bersalah kerana membiarkan nafsu awak tergantung macam ni."


Err... Dafika Awanis, rasanya ini bukan masa sesuai nak bincang pasal nafsu. Liur Ezhar makin rakus ditelan, renungan isterinya terus menikam anak mata. Ezhar tak mampu untuk bertahan.

"Saya izinkan awak sentuh saya. Dan sepatutnya tubuh saya adalah milik awak Ezhar."

Dafika terus tunduk, dia malu dengan kata-katanya sendiri. Tapi jika dia tak mula kan dulu, Dafika sedar Ezhar takkan mendekatinya.

"Fika... a.. aku bukan memaksa kau."

Serba salah Ezhar rasakan saat ini. Teringat malam pertama mereka sewaktu Dafika menolak ajakannya. Dia tak mahu perkara ni terjadi separuh jalan.
Terseksa batin ooii!


Dafika kembali mengangkat wajahnya. Mata menitip pandangan Ezhar, perlahan bibirnya dirapatkan pada pipi lelaki itu sebelum menciumnya sekali.


Ezhar terus kaku dengan reaksi isterinya. Ketika mata mereka kembali bertemu. Ezhar perasan Dafika mengigit kuat tepi bibirnya.
Tahulah dia yang isterinya ingin kan lebih lagi malam ni.


Okaylah.. green light dah dapat, Kali ni Ezhar pulak mengambil alih babak seterusnya.


Perlahan jemarinya diangkat dan mengelus sisi pipi Dafika. Makin kuat wanita itu mengigit hujung bibirnya.


Jemari Ezhar terhenti ketika sampai di tepi bibir Dafika. Kepalanya ditundukan dan dengan perlahan bibirnya menjamah ulas bibir Dafika.

Hanya sesaat, Ezhar kembali mengangkat wajah. Bola mata Dafika dipandang untuk meminta kebenaran. Wanita itu hanya diam menandakan dia setuju untuk diri terus disantap suami.


Sekali lagi Ezhar merapatkan bibirnya pada permukaan bibir Dafika sebelum menghenyak ulas itu lembut dan sekata.

Kedua mereka memejam mata merasai nikmat yang disimpan selama ini.


Lama kemudian tindakan Ezhar makin kasar, bibir Dafika dibuka dengan lidahnya sebelum merodok masuk dan menghisap segala ruang yang ada di mulut wanita itu.

Ketika ini urat saraf Ezhar mula meregang kuat.

Dafika pula terus memberi ruang si suami untuk menakluk seluruh tubuhnya. Sedang dia sendiri haus dengan belaian Ezhar.


Ketika puas liur mereka bersatu, Ezhar menarik wajahnya. Bola mata menari-nari diseluruh wajah Dafika.

"Izinkan aku.."


Dafika faham dengan ayat Ezhar walaupun hanya sekerat. Kepala diangguk perlahan memberi keizinan.


Tidak menunggu lagi, tubuh kecil Dafika, Ezhar baringkan sebelum dia memanjat diatasnya. Rambut yang menutupi wajah si isteri, Ezhar sua kebelakang, hingga leher jinjang wanita itu kelihatan.


Perlahan wajahnya dibenam ke leher Dafika yang terlanjang untuk meneruskan aksi.


Desahan lembut dari si isteri membuatkan Ezhar makin teransang untuk meneruskan acara di tengah malam itu.


Nafsu yang ditahan selama ini akan diluahkan tanpa mahu disekat lagi.

Masing-masing terus hanyut hingga tubuh yang meregang, akhirnya kembali kendur dengan desahan panjang.


Tak puas sekali, Ezhar meminta lagi Dafika melayani nafsunya.

Wanita itu hanya menurut, mentelah lah dia pun inginkan lebih lagi dari si suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience