Bab 14

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 14

Ketika itu aku tidur petang, ketika bangun tidur jam 6.30 ternyata semua orang rumah sedang pergi meninggalkan aku sendirian di rumah kerana membawa adik mendapatkan rawatan. Sebenarnya ada anak perempuan pak cu tetapi dia tidur di sofa ruang tamu yang ada televisyen. Aku lalu mandi, setelah itu aku belajar di dalam bilik.

Pintu bilik aku biarkan terbuka, ketika sedang membaca, tiba-tiba aku mendengar ada yang memanggil namaku. Aku kira mama yang sudah pulang, aku keluar dan mencari mama dan adik. Aku memanggil namanya berulang-ulang tetapi tidak ada yang menjawab, aku pun mulai rasa tak sedap hati... Aku lalu kembali belajar, namun tiba-tiba ada yang melalui di depan pintu bilikku seperti bayangan putih namun sekilas, Terus aku terkejut dan kejung di situ! Bulu romaku berdiri semuanya.

Aku lalu mengambil al-Quran kerana ketakutan setengah mati. Aku membaca segala macam ayat yang aku tahu. Jantungku terus berdegup kencang dan aku pun lari keluar dari bilik kerana masih takut dengan kejadian yang tadi. Aku duduk di luar rumah sambil menunggu mama dan pak cu balik. Aku lihat sepupuku tadi masih tidur nyenyak di sofa. Tidak lama kemudian mereka pulang dan aku bercerita kejadian yang tadi.

"Mama kata duduk dalam rumah kan. Kenapalah kakak keluar juga ni?"

"Kakak takut ma. Macam mana dengan rawatan adik?"

"Dah jangan takut. Mama dan pak cu sedang berusaha. memang ada yang berkenankan adik kamu. Tapi kami belum tahu apa yang mengikut adik."

"Habis tu macam mana?"

"Esok mama dan pak cu akan ke sana lagi untuk berubat. Kamu duduk dalam rumah dan jangan keluar. Biar ap pun yang terjadi." Pesan mama agak tegas di situ.

Aku pun berusaha melupakan semuanya agar tidak takut lagi. Malam mulai larut dan aku pun tidur, namun aku terbangun jam 2 pagi kerana ada yang mengetuk pintu bilikku tiga kali.

"Kenapa mama?" aku pikir itu mama yang mengetuk. Tapi tidak ada jawapan sama sekali, ketika paginya aku bertanya pada mama ku tentang hal itu.

"Mama malam tadi kenapa ketuk pintu?"

"Taklah. Mama tidak ketuk pintu bilik kamu sayang,”

Aku rasa lain macam. Terus bulu romaku menegak.

"Mama ada sesuatu nak beritahu kamu. Ustaz yang merawat adik ada menelefon pak cu malam tadi."

"Ada apa ni mama?"

"Mama dah telefon dan maklumkan pada papa pun tentang hal ii dan petang ini juga papa akan kembali pulang. Jika kamu ada mendengar danmelihat sesuatu tentang adik semasa kita tinggal di sana, kamu beritahu saja. Sebab kata ustaz tu, ada kuntilanak yang mahukan adik kamu."

"Apa mama? Kuntilanak? jadi betullah?" kata ku sambil mulutku ternganga.

"Apa yang kamu tahu ni?"

"Kakak pernah mendengar bibik beritahu bahawa ada kuntilanak orang belanda di belakang rumah. Dahulu tanah yang rumah kita duduki adalah hutan pohon jati dan sekarang menjadi perumahan, namun kata orang itu bahwa kuntilanak itu tidak mengganggu. Malah dia menjaga penduduk dari genderuwo yang sering berkeliaran di situ."

"Astaghfirullah. Kenapa tak beritahu lebih awal."

"Maaf ma. Kakak ingat itu kisah dongeng..."

"Tak apalah. Ustaz tu pun sudah menyakinkan pakcu untuk memulihkan adik. Insha Allah adik akan selamat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience