VS22

Drama Completed 85759

Awal pagi Eva galas tote berwarna merahnya dah terpacak di parkir kereta milik Xscape Chalet.

Tujuan?

Untuk menunggu Zizie sampai dan mengambilnya pulang ke Bandar.

Selepas bergaduh dengan Daim malam tadi, Eva nekad mencari Bahar untuk meminta kebenaran pulang hari ni.

Alasan, kerana dia mempunyai masalah dengan kontrak yang diikat dengan sebuah syarikat.

Nasib Bahar tak tanya lebih-lebih, mentelah lah Eva menyatakan yang dia akan pulang semula ke Tembeling River pada petangnya.

Masalah harus diselesaikan hari ni juga.
Mata Eva sempat melilau sekeliling petak parkir, Toyota Hilux milik Daim dah tiada?

Urggh! Awal lagi kau dah balik ye Daim?

Ada kerja konon!

Padahal kau balik sebab nak jumpa Farina kan?

Kelentong macam aku ni bodoh sangat!

Cukup aku dibodoh teruk oleh kau Daim!

Kali ni aku akan bukakan siapa kau sebenarnya.

Aku tak mahu teruskan perkahwinan olok-olok macam ni, aku tak mahu hati aku terus dilukai.

10 minit menunggu, Zizie tiba dengan kereta Toyota Viosnya.

Setelah Eva memboloskan diri, Nyah itu terus menekan minyak meninggalkan Xscape Chalet.

“You apahal balik awal Eva?”

“Ada hal sikit”
Eva duduk disebelah Zizie, muka ditunduk melihat telefon sambil tangan meleret-leret di skrin.

Nombor Farina yang disimpan semalam, dicari.

“You ada apa-apa nak story ke?”
Meluat Zizie dengan sikap Eva, tak hormat langsung dia kat sebelah,.
Tanya soalan macam tanya dengan tunggul.
Dah la pagi-pagi buta arahkan Zizie untuk ambik dia di Tembeling River .

Ingat aku ni hamba abdi kau ke Eva?

Tanpa menjawab soalan Zizie, Eva membawa telefon bimbitnya ke telinga.

Hanya beberapa saat panggilannya dijawab.

“Farina...”

Diam.

“Kenapa? Kau tak cam ke suara aku?”
Eva juih bibir.

“Apa kau nak Eva?”

Eva sembur tawa sekilas, ibu jari dan jari terlunjuk dimainkan.
“Aku yang perlu tahu, apa kau nak dengan Daim?”

Terdengar suara Farina mengeluh dihujung talian.
“Kalau kau telefon untuk ajak gaduh, maaf. Aku banyak kerja, takde masa nak layan kau.”

“Ooo.. kau takde masa layan aku, tapi kau ada masa layan suami aku.”

“Eva! Aisshh...”
Sekali lagi keluhan dilepaskan oleh Farina.
“Kau nak apa sebenarnya ni?”

Sekali lagi Eva senyum.
“Aku nak jumpa kau”

“Okay. Bila? Kat mana?”

“Pukul 2.30 di sense Cafe.”

Tiada jawapan dari Farina.

“Kenapa diam? Kau takut terserempak dengan Daim kat sana pukul 3 nanti?”
Teringat Eva akan mesej Farina pada Daim malam tadi.

“Nampaknya kau dah tahu sesuatu Eva, bagus lah.”

Bagus lah?!
Eva gigit bibir, jemari dikepal menjadi penumbuk.
Bibir bergerak ingin membalas ayat Farina, namun mulut terkunci erat.

“Pukul 2.30 kita jumpa, aku ambik kau dan bawa kau ke Sense Cafe.”

Kini dahi Eva pulak berkerut seribu.

“Kalau kau tak setuju, kita jangan berjumpa terus.”

“Aku setuju!”
Laju Eva menjawab.

Dia taknak digelar penakut!
Dalam hal ni Eva langsung tak salah. Farina yang mengganggu hubungannya dengan Daim, kenapa pula Eva yang perlu takut.

“Orait, nanti kau text aku tempat, aku ambik kau.”

Err.
Belum sempat Eva menjawab, Farina dihujung sana mematikan talian.

Kurang asam kau Farina!
Bibir Eva mengeluh panjang sebelum badanya disandar perlahan.

Zizie menoleh sekilas sebelum meneruskan pemanduan.
“You ada apa-apa nak story ke Eva?”
Sekali lagi soalan dintanya.

Eva geleng kepala, takde mood nak bercerita.
Mata dipejam erat, dia ingin tidur sebentar sebelum otaknya kembali memproses kejadian yang bakal akan terjadi hari ni.

Zizie juih bibir melihat aksi endah tak endah Eva.

Sejak mendapat panggilan dari Eva malam tadi, hatinya bertarung untuk mengetahui hal sebenar yang menyebabkan Eva ingin pulang secara tergesa-gesa, namun wanita itu terus berdiam diri.

Its okay, i have a lot time, untuk tahu semua yang berlaku pada kau Eva.
And i have a lot idea untuk kena kan kau balik Eva!

Watch you!.

*****

Sampai dibandar, Eva tinggal di rumah Zizie.

Dia tak mahu pulang ke rumah mamanya, takut diketahui oleh wanita itu.

Jika bukti dah didapati dari Farina, baru Eva akan berbincang semula dengan mama dan papa untuk berpisah dengan Daim.

Ye!
Hari ni penentu segalanya.
Daim bukan sepenuhnya milik Eva!

Menunggu jarum jam bergerak ke 2.30 petang, makin membuat hati Eva tak keruan.

Awal-awal dia dah mesej Farina supaya mengambilnya dirumah Zizie.

Farina hanya menjawab sepatah.
‘Okay’

Hurgh! Perempuan biadap. Dah lah kacau rumah tangga aku, lepas tu nak sombong pulak dengan aku.

Nanti lah kau Farina!

Tepat 2.30, hon kereta dibunyikan.

Eva yang memakai jeans biru berserta t-shirt loose berwarna putih ditambah cap 7 line yang diletak ke atas kepala, keluar dari pagar rumah pengurus peribadinya

Sebuah kereta Citroen C3 berwarna merah melintang sudah dihadapan.
Eva tahu itu kereta Farina.

Pintu sebelah penumpang dibuka.
Farina yang berkaca mata gelap dipandang sebentar sebelum punggung dilabuhkan.

Sesaat selepas Eva menutup pintu, kaki farina kembali menekan pedal minyak sebelum keretanya meluncur laju membelah jalan raya.

Tiada ayat pun yang keluar, masing-masing mendiamkan diri.


20 minit kemudian, Citroen C3 milik Farina, tiba diseberang jalan berhadapan Sense Cafe.
“Kita tunggu disini.”

Eva menilik sekilas kepada Farina, sebelum kembali memandang pintu masuk Sense Cafe.
“Untuk apa tunggu kat sini? Kita buat perhitungan antara kau, aku dan Daim.”

Perhitungan apa nya?
Farina geleng kepala.
“Aku taknak kau masuk, aku taknak kau ganggu perjumpaan Daim dengan Akilah.”

Sekali lagi Eva menoleh, tangan disilang kedada.
" jadi kau kenal lah Akilah?"

Farina mengangguk laju.
Mata membulat saat ternampak Akilah dan Daim berdua masuk kedalam Sense Cafe.
"Itu Akilah."

Laju wajah Eva kembali menoleh kearah Sense Cafe.
Tubuh Daim sedang berjalan bersama seorang wanita yang dia agak berumur awal 20 dipandang. Bibir digigit kuat. Serta-merta, tangannya menarik 'lock' untuk membuka pintu.

Sepantas kilat juga Farina menarik lengan Eva.
"Eva, tolong jangan buat hal!"

Wajah Farina dipandang tajam, mata Eva dah merah. Dada turun naik menahan marah.
"Buat hal apa nya? Daim laki aku Farina. Takkan aku nak biarkan dia ada hubungan dengan perempuan lain!"

Sekali lagi kedua lengan Eva disimpul kedada.
"Atau kau sebenarnya yang sengaja nak jatuh kan rumah tangga aku sebab kau tak dapat Daim?"

Farina menarik nafas panjang, sebelum menghembus laju.
"Aku ni pelik kat kau Eva! kau kata kau buddy Daim sejak kecik, tapi kau tak tahu apa-apa kan pasal dia?"

"Kau nak cakap apa sebenarnya Farina?"
Rengusan kasar terlepas dari bibir Eva. Geram!

"Kau lupa Akilah tu siapa?"

Dahi Eva berkerut.

"Eva... Akilah tu adik arwah Danish tau tak."

Danish?
Makin rapat kening Eva bercantum.
Mmm.. kalau betul Akilah tu adik Danish, Apahal nak jumpa Daim?

Sekali lagi Farina mengambil lengan Eva dan digosok perlahan, rindu dengan rakan rapatnya 10 tahun dulu.
"Kau, aku, Daim dan Danish banyak salah sangka, sampai kita bergaduh hampir 10 tahun lamanya Eva."

Eva terus diam. Mata Farina dititip mencari jawapan.

"Kadang-kadang aku pun nak marahkan Daim, sampai saat ni, dia masih lagi nak rahsiakan semua yang berlaku dan biarkan kau salah-sangka. Yang kau pulak, terlalu terburu-buru nak buat keputusan. Kalau macam ni selalu, sampai bila korang nak bahagia Eva? Cuba fikir matured sikit.."

Telinga Eva menangkap keluhan di hujung ayat Farina.
kenapa pulak aku yang disalahkan?
"Kau nak cakap apa sebenarnya ni Farina? Aku nak keluar, nak face to face dengan Daim dan Akilah."

"Eva... Daim takde apa-apa hubungan dengan Akilah, dia jumpa Akilah sebab nak selesaikan salah faham 10 tahun dulu."

"Farina! kau cakap straight boleh tak? salah faham apanya!?"
Suara Eva dah naik seoftah tinggi.

Kali ni tangan Farina menyentuh bahu rakannya.
"Hari ni aku cerita semua kat kau apa yang aku tahu tentang kejadian 10 tahun lalu Eva, lepas kau dengar cerita ni, terpulang samaada kau nak percaya atau tidak."

Cerita je lah Farina!
Buang masa aku tunggu lama-lama
Sekali lagi Eva melepas keluh.

"Daim cintakan kau sejak dulu lagi Eva."

Mulut Eva membulat.

"Dan sebab terlalu cinta kan kau, dia dan Danish bergaduh berebutkan kau."

Betul ke apa kau cakap ni Farina?.

"Mungkin kau tahu kematian Danish disebabkan accident, mulanya aku pun tahu macam tu. Tapi Daim menyalahkan dirinya atas kematian Danish. Dia ada masa Danish Accident. Dan apa yang Daim cerita kat aku, Danish cuba nak bunuh diri dan akhirnya dia terbunuh sebab terlalu mabuk."

Mulut Eva terus membentuk 'O'.
Ayat Farina dititip satu persatu.

"Sejak sekolah, Danish sukakan kau. Tapi dia malu nak bagi tahu kau, jadi dia mintak tolong Daim sebagai orang tengah untuk satu kan korang. Daim tak bantah sebab Danish best friend dia walaupun sebelum tu lagi Daim dah memang suka kan kau."

Kerongkong Farina menelan liur sebelum menyambut ayatnya.

"Danish banyak tulis surat pada kau, dan mintak Daim pass kat kau. Setiap surat Danish, Daim ambik. tapi dia tak bagi kau. Dia simpan, tanpa pengetahuan kau. Mula-mula Danish tak syak apa-apa, sampai suatu hari dia terbuka beg Daim, dan nampak surat-surat yang dia tulis untuk kau masih seal belum dibaca. Sejak tu di orang bergaduh lebih-lebih lagi bila Daim mengaku yang dia buat macam tu sebab dia taknak bagi Danish rampas kau dari dia."

Liur Eva ditelan pahit, dahi makin berlapis berkerut.

"Masa malam Danish accident, hari yang sama birthday dengan Daim. Danish mengamuk sakan, mungkin tahap kesabaran dia dah hilang. Dia ajak Daim keluar dan mereka berdua bergaduh, tapi kau tahu lah. Danish bukan lawan Daim. So Danish tak puas hati, tu pasal dia minum sampai mabuk. Daim pujuk dia untuk berhenti, tapi Danish tak ikut. Masa mabuk tu Danish berdiri kat tengah jalan raya dan tak sempat elak bila lori pikap datang dan melanggar dia. Masa tu aku tak tahu cerita sebenar, kau ingatkan 10 tahun lepas kita sempat melawat Danish kat ICU sehari sebelum dia meninggal?"

Eva terus mendengar, kepala tak diangguk atau digeleng. Kenangan demi kenangan 10 tahun lalu menjelma.

"Sejak hari tu, Daim selalu rasa bersalah dan menganggap kematian Danish berpunca dari dia. Daim cerita hal sebenar pada aku masa kami berdua mengunjungi Akilah kat rumah. Tak silap aku masa tu umur Akilah lebih kurang 10 tahun, masih kecik. Tak sangka pulak masa kami berdua bercakap, Akilah boleh faham dan sampai sekarang dia berdendam dengan Daim."

Farina menyandarkan badannya ke kerusi.
"Daim cuba pujuk Akilah, berapa kali dia try mintak maaf. Tapi kau faham lah, Akilah masih kecik masa Danish tinggalkan dia. Dah lah mama dan papa dia awal-awal lagi dah meninggal. Lepas kematian Danish, Akilah dijaga oleh rumah anak yatim. Rumah dia pun aku dengar kena jual. Tak tahu siapa yang uruskan penjualan rumah tu. Dan sebab tu Akilah terus menyimpan dendam pada Daim. Hidup dia terseksa sejak abangnya meninggal."

"Tapi kenapa Daim tak pernah cerita dengan aku?"

Sekali lagi Farina menarik nafas panjang, akhirnya Eva bersuara. Dia pasti Eva percaya akan dirinya.
"Daim cakap dia malu dengan kau Eva, sebab pentingkan diri. Dia dah bunuh kawan baiknya sendiri."

"Tu bukan salah Daim, Farina."
Laju Eva memangkah kata-kata Farina.

"Ye, aku pun cakap macam tu kat Daim, tapi kita tak tahu apa sebenarnya yang dia rasa Eva. Walaupun Danish dah takde, tapi adik dia masih berdendam."

Eva mengangguk kepala.
Dia cuba letakan diri sebagai Daim.
Mungkin Eva akan lakukan perkara yang sama seperti Daim.
"Kau kata Daim cintakan aku, tapi kenapa selepas kematian Danish dia couple ngan kau?"

Farina melebar senyum, rambut yang menutup sedikit mukanya di alih kebelakang telinga.
"Kita orang berlakon je la Eva, lagipun kau lupa ke? Masa malam Danish accident, kau luahkan yang kau suka kat Daim."

Eva kerut dahi, wajah disendeng memandang Farina.

Sekali lagi Farina tergelak melihat aksi kawan rapat yang pernah terpisah lama denganya suatu ketika dulu.
"Kau lupa, time kau bagi hadiah birthday kat Diam, kau cakap yang kau suka kan dia?"

Eva gigit bibir, babak sepuluh tahun lepas kembali menjelma diingatan, tapi macam mana Farina tahu. Sah! Daim bagi tahu.
(Boleh baca balik bab 2, kat situ ada scene Eva luah perasaan pada Daim ^-^)

"Eva.. kalau kau nak tahu, Daim tu suka kan kau sejak dulu lagi. Sepanjang aku kenal dia, tak pernah aku nampak dia serius dengan perempuan lain."

Ada! Dengan Bellla!
Hurg! masih teruk cemburu Eva ni!

"Kenapa Daim nak seksa jiwa dia?"
Suara Eva kendur, mata melirik kepada Sense Cafe diseberang jalan. Daim dan Akilah masih belum keluar.

"Daim seksa diri dia dengan menjauhi kau, tapi dia tak sedar kau pun terluka kan Eva?"

Perlahan Eva mengangguk, kepala ditunduk.

"Aku yang tengok korang berdua ni pun, terseksa tau."

Kali ni Eva dongak wajah. Mata Farina dipandang rindu.

"Sebab kes ni, kita bermasam muka hampir 10 tahun Eva, kau ingat aku tak terseksa rindu kan kawan baik aku?"
Lengan Eva dicapai dan dielus perlahan.

"Aku mati-mati ingat kau couple dengan Daim, mana tak baran."
Eva menjeling manja, bibir dijuih keluar.

"Kau jangan salah kan aku, salah kan Daim. Dia yang pujuk aku suruh berlakon."
Muncung Farina ditala ke wajah rakannya.

Makin lebar senyum Eva bila memandang muncung Farina.

"Tapi aku tengok kau ni over sangat lah cemburu. Cuba cover sikit. Takut sangat laki tu kena ambik dek orang."

Wajah Eva disendeng lagi, raut Farina ditatap dengan ekor mata.
"Mesti lah aku cemburu. Dah Daim suami aku, takkan aku nak biarkan dia dengan perempuan lain."

"Eh ley... masa Daim tu bukan suami kau pun, kau dah kuat cemburu kan? Sampai kita bergaduh teruk."

Kali ni Eva pula merampas jemari kawanya sebelum disimpul kedalam gengaman.
"Aku mintak maaf Farina, aku tahu aku salah. Aku tuduh kau macam-macam"

Farina mengangguk, senyuman terukir.
"Aku tak salah kan. Aku tahu kau tak tahu apa-apa, sebab tu marah."

Eva mengigit bibirnya.
"Ye! ni semua salah Daim, kalau dia bagi tahu awal-awal. takde lah kita bergaduh bertahun-tahun macam ni. Siap Daim ni, aku jumpa dia aku tumbuk-tumbuk muka dia!"
Penumbuk kanan Eva dilumat atak tapak tangan kiri. Mulut terkumat kamit menahan marah!

"Amboi, ada hati nak tumbuk laki kesayangan?"

Laju kepala Eva digelengkan, bibir makin lebar mengukir senyum sehingga kedua matanya hampir sepet.

Farina memusing wajah saat matanya menangkap Akilah yang keluar dari Sense Cafe.

Eva juga memandang.

Sebentar kemudian Daim turut keluar dan mengejar Akilah, namun gadis itu terus masuk kedalam teksi yang berhenti di pondok menunggu pelanggan.

Eva ingin keluar, dia perlu dapatkan Daim.

Namun sekali lagi Farina menghalang.
"Aku rasa, Daim masih tak dapat pujuk Akilah. Kalau kau pergi kat dia aku takut dia terkejut sebab dia agak kau tak tahu cerita sebenar. Better kita biarkam keadaan Daim macam tu, kalau pujuk dia saat ni pun , aku tak rasa dia dengar."

Kepala Eva diangguk perlahan. Sungguh dia sendiri masih tak kenal Daim, walaupun sudah lama dengan lelaki itu.

Tingkah Daim terus dipandang.

Dari jauh jelas kelihatan dada Daim terangkat tinggi menarik nafas, sebelum dihembus pendek.
Rambut yang berjuntai didahi, disebak ke atas. Masih tak puas, rambut itu ditarik-tarik kuat sehingga rahang lelaki itu bergerak-gerak menahan rasa.

Eva ingin dekat, dia ingin peluk Daim.
Dia ingin memberi kekuatan kepadanya suaminya.
Tapi Eva yakin ini bukan masa yang sesuai.
Tenang ye Im... Aku sendiri akan datang kat kau untuk sama-sama mengharung kedukaan 10 tahun ini.

Seusai perjumpaan dengan Farina, Eva kembali menemui Zizie.
Dia mengarahkan Zizie untuk menghantarnya kembali ke Tembeling River.

Pengambaran filemnya harus dihabiskan dengan cepat.
Eva ingin pulang. Eva ingin peluk suaminya.
Eva ingin bersama Daim selamannya.

****

Daim masih berdiri menghadap ladang jagung bersebelahan Cafe miliknya. Sudah berkali-kali campuran Nirkotin didalam vape, disedut namun sedikit pun masih tak puaskan dirinya.

Pertemuan dengan Akilah semalam, masih menemui jalan buntu.
Tiga hari sebelum tu, Daim mendapat panggilan dari Farina, yang menyatakan beliau sudah menjumpai Akilah dan memberi nombor telefon wanita itu kepada Daim.
Farina juga menguruskan pertemuan Daim dan Akilah di Sense Cafe.

Namun hati Akilah masih keras, semakin Daim memujuk, semakin Akilah membekukan wajah.
Sehingga wanita itu bersumpah tidak akan memaafkan Daim sehingga akhir hayat.

Sekali lagi asap vape dihembus kearah ladang seekar dihadapan.

Selagi, Akilah tidak memaafkan dia atas kematian Danish, Selagi tu lah Daim masih malu berhadapan dengan Eva.

Rasa bersalah memarahi wanita itu 2 hari yang lalu, sedangkan semuanya berpunca dari dia. Daim ingin bercerita, dia ingin keluarkan segala salah sangka yang melanda hubungan dia dan Eva.
Namun bila difikirkan akan kesalahannya pada Danish. Segala usaha dipendam erat.

"Kau kat sini Daim? Berani kau tinggalkan anak buah kau shooting kat hutan?"

Segera tubuh Daim dipaling.
Zack menghampiri lantas berdiri bersebelahan lelaki itu.

Daim kembali memandang ke depan.
"Kau nak apa datang cafe aku?"

"Aku nak jumpa kau, tak boleh ke?"
Kedua tangan Zack dimasukan kedalam poket seluar, mata turut memandang ke depan.

"Mana kau tahu aku kat sini."

Zack gelak sekilas.
"Aku sentiasa alert kemana sahaja musuh aku berada."

Daim turut tawa kasar.
"Dan sebab tu juga kau kejar aku sampai dalam bilik dengan Eva?"

"Jadi kau dah tahu la aku yang panggil wartawan serbu bilik hotel kau malam tu?"
Kali ni senyum Zack makin lebar.

Dendamnya pada Daim makin membara.
Zack fikir bila dia dapat malu kan Daim, maka lelaki itu akan membubarkan kelab lakonan lagak ngerinya. Sekaligusnya tidak lagi menganggu kelabnya.

Mana tahu selepas Daim berkahwin dengan Eva, nama lelaki itu makin disebut di dunia seni.
Sehinggakan kontrak di dengan Encik Khusairy dicantas laju oleh lelaki itu.

"Kau boleh kenakan aku Zack, tapi aku taknak kau sentuh Eva."

"Ha ha ha! sayang juga kat bini kau tu kan Daim?"

Daim diam, malas mahu berbicara lagi lagi dengan Zack.
Lelaki itu bangga dengan kejahatan yang dilakukannya.
Dasar Iblis!

"Ini kau tinggal bini kau lama-lama, kau tak takut ke apa-apa terjadi kat dia ke?"

Pantas sekali lagi muka Daim dipaling, mata tajamnya menatap wajah Zack.
"Kau jangan buat macam-macam Zack!"

Tersembul tawa Zack yang mejengkelkan telinga mendengar.
"Relex bro.. aku duga sikit pun kau dah sentap ke?"

Kolar baju Zack ditarik kedepan.
"Zack! Kalau kau dendam dengan aku, kau tunjuk cara jantan. Jangan nak agah dengan letak perempuan kat tengah-tengah."

Hujung bibir kiri Zack makin tinggi diangkat.
"Aku memang akan main dengan kau secara anak jantan bro. Tapi jangan kau ingat Eva pun takde musuh. Kalau bukan aku yang bertindak mungkin orang lain yang buat dulu."
Lengan kekar Daim yang dah berurat ditepis kuat dari terus menarik kolar bajunya.

Senyuman Zack makin melebar.

Dada Daim turun naik mencari oksigen.
Raut jelik Zack ditatap kasar.

"Aku rasa dari kau berasap kat sini, better kau pergi ambik Eva, kurung dia ketat-ketat. Aku takut kau menangis tak berlagu nanti."

Shit!
Buku lima Daim dah dinaik tinggi.

Namun Zack makin menyemburkan tawa seraya dengan angkuhnya berjalan menuju ke kereta.
Sesaat selepas kereta dihidupkan, enjin terus menderu pergi meninggalkan Daim yang masih tegap berdiri.

Jantung Daim berlari tak sekata.
Pantas telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar.
Nombor Eva didail.

Sekali.

Dua kali

Kali ketiga.

Masih sama, panggilan tidak dapat disambungkan.

Think positive Daim!
Mungkin Eva berada didalam hutan tengah melakukan pengambaran.

Arrgghh!
Rambut Daim diserabutkan berkali-kali.
Dia tak boleh berdiam diri.
Daim harus pergi ke Tembeling River.
Dia harus berjumpa dengan Eva.
Dia harus mengetahui sendiri keadaan wanita itu.

Eva.. tunggu aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience