BAB 7

Mystery & Detective Completed 4732

Aku mula tersedar dan merasakkan bahawa ada sesuatu jarum mencucuki pada tanganku. Apabila aku ingin bangun, ada sebuah tangan menahanku.

"Sabar dik, adik masih tak stabil lagi ni kena rehat secukupnya." Ujar susuk tubuh seseorang tersebut. Aku seperti mengenali suara itu. Kakak?

"Kakak, kakak ke ni?" Ujarku lalu meronta-ronta untuk mencari kakakku.

"Ya dik, kakak kat sini." Ujarnya lalu menyentuh tanganku. Aku segera mememuk kakakku dan menangis sepuas-puasnya padanya.

"Kakak, adik dah buta. Adik tak dapat nak tengok apa-apa lagi." Ujarku sambil menangis.

"Ya dik, akak faham. Lagipun semua family risaukan adik. Disebabkan kami risaukan adik yang langsung tak balik rumah. Kami terus buat laporan dekat polis. Selepas seminggu je, polis terus dapat kesan adik sebab penculik tu dah mengaku yang dia culik adik. Penculik tu sendiri send location dekat polis dan dia sedia untuk serah diri. Tapi malangnya bila mereka dah berjaya jejak adik kat sana, mereka terus jumpa mayat penculik tu yang dah kena tikam dengan pisau dengan adik sekali yang dah lama pengsan kat sana. Sebab tu diorang terus hantar adik dekat hospital ni.
Boleh akak tahu siapa yang tikam penculik tu? Tak mungkin adikkan sebab adik kan buta tak mungkin adik boleh nampak semua tu?" Ujar kakakku.

Aku mula terdiam dan tidak tahu mahu menjawab apa pada kakakku.

"Adik nak tahu tak siapa penculik tu?" Soalnya.

Hatiku mula berdegup kencang. Mengapa soalan ini seperti membunuh jiwaku?

"Yang tu sebenarnya suami adik sendiri yang culik adik. Takkan adik langsung tak perasan apa-apa?" Ujar kakakku. Aku mula terdiam tidak terkutik. Sedikit demi sedikit sel di dalam badanku mula membunuhku. Hati aku bagai disiat-siat oleh pisau yang tajam. Ya tuhanku, apa yang aku dah buat ni? Adakah benar apa yang dikatakan oleh kakakku?

"Kakak mesti tipukan?.. suami adik kan dah lama mati takkanlah dia pula nak culik adik. Akak mesti nak prank adik kan?" Ujarku berbasa-basi.

"Adik. Sumpah akak tak tipu. Pada mulanya pun akak tak percaya tapi bila akak tengok je gambar yang polis bagi kat akak tadi, terus akak terkejut satu dunia." Kata kakakku lalu memberikan gambar tersebut kepadaku.

Aku mula menilik gambar tersebut. Tanganku mula terketar-ketar. Ya memang benar itu adalah suamiku. Patutlah semua tentang aku dia tahu segala-galanya. Rupanya penculik itu adalah suamiku sendiri. Mengapa aku mesti bunuhnya di saat dia ingin menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami? Ya memang benar semalam adalah ulang tahun perkahwinan kami. Mengapa aku bodoh sangat bertindak sedemikian tanpa memikirkan siapa gerangannya?!!! Bodoh mata ini!!! Bodoh kerana tidak dapat melihat apa-apa!! Kalau aku tahu siapa orang itu, sudah pasti aku sudah memeluknya seeratnya.

"Kak..ma..mana suami adik sekarang ni?" Ujarku dengan terketar-ketar.

"Maaf dik, sebenarnya suami adik dah dikebumikan waktu adik masih pengsan lagi. Maafkan akak." Ujarnya. Aku muls menangis seperti orang histeria pada tubuh kakakku. Kakakku cuba sedaya upaya untuk menenangkan aku. Mengapa peristiwa ini terjadi kali kedua?!! Mengapa aku harus harunginya buat kali kedua?!!

****

Selepas 2 tahun kemudian, aku mengajak anakku iaitu Raymond untuk berjalan-jalan di luar rumah. Raymond merupakan hasil dari aku dan arwah suami aku pada hari kejadian 2 tahun lepas dimana aku menuduh suamiku merogolku tanpa kerelaanku. Setelah tiba di taman permainan, kami segera melepak di sana dan membiarkan anakku untuk bermain di sana. Sementara itu aku hanya melayan telefonku sahaja. Aku sudah membuat penbedahan mata sejak tahun yang lepas dan aku bersyukur kerana aku mampu untuk melihat semula.

Setelah beberapa minit, aku berasa hairan kerana tidak mendengar suara dari anakku.

"Raymond, Raymond.." Aku mula menjerit memanggil anakku. Aku segera berjalan di sekeliling untuk mencari anakku.

"Mommy, mommy, Ray kat sini!!" Ujar kedengaran suara anakku dari arah lain. Aku segera menuju ke arah punca suara tersebut. Akhirnya aku berasa puas hati apabila berjaya menemui anakku. Bukan Raymond sahaja di situ, malah ada seseorang yang tidak dikenali muncul bersamanya. Aku mula hampir rebah apabila melihat gerangan susuk tubuh tersebut dengan pandangan nyata.

"Mommy, uncle ni cakap yang dia ni papa Raymond, betulke?" Soalnya Raymond.

"Ra..Rayden?" Ujarku perlahan.

"Ya sayang, ni abang. Abang datang sebab kembali pada sayang dan anak kita semula. Maafkan abang ya sayang." Ujarnya.

"Tapi abang kan dah..dah..mati. Mana mungkin abang boleh hidup ba..balik.?" Ujarku dengan terketar-ketar.

"Sayang, kan abang dah cakap yang nyawa sayang tu, nyawa abang juga. Kalau sayang masih hidup, itu bermaknanya abang juga masih hidup. Abang adalah seorang syaitan yang akan sering mendampingi sayang. Sayang dah lupa ke kata-kata abang dulu tu? Nyawa sayang, adalah nyawa abang." Ujarnya sambil menyimpulkan senyuman yang sukar untuk ditafsirkan. Mana mungkin orang yang sudah mati boleh hidup kembali. Aku mula merebahkan diri akibat pandanganku mula kelam.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience