BAB 1~TAWARAN BESAR

Romance Completed 290471

"AKU seorang gadis yang di kurung, di penjara hati seorang iblis yang menakluki seluruh hidupku dan hanya pada dia kunci kebebasanku. Haruskah aku menyerah?."-KYRA.

***

SUDAH genap 4 tahun aku, berkerja sebagai isteri dan kekasih upahan bagi lelaki bujang di luar sana. Tetapi tetap sahaja tidak cukup untuk menembus kembali rumah pusaka ayah yang telah di jual oleh bapak tiriku sebanyak 5 juta. Sekarang baru terkumpul 3,5 juta, dimana lagi aku mencari sisanya sebanyak 1,5 Juta. Hasratku ingin bersara dan berehat dari perkerjaan itu, namun nampaknya aku harus berkerja lebih keras lagi.

Well, semenjak ayahku meninggal dunia, aku betul-betul hidup dalam sengsara walaupun aku di lahirkan dari keluarga kaya raya. Dulu bahagia, kini bahagiaku entah kemana. Ibarat debu yang bertebangan di merata tempat. Ada ibu tapi seperti tiada. Kehadiran bapak tiri dan adik tiriku dalam keluargaku mengubah segala-galanya.

*****

DI ruangan yang kurang pencahayaan, terlihat seorang gadis duduk menghadap jendela, sambil memeluk bingkai gambar keluarganya yang amat ia rindui, di temani Yaya yang setia menemaninya.

"Beb, kau dah kenapa nangis ni?." Soal Yaya khawatir.

"Mana ada aku nangis, happy ni. Hanya saja, air mata tak guna ni, tiba-tiba keluar pulak." Ketawanya dengan mengelap air mata yang keluar membasahi pipinya.

"Tolonglah sehari ni je, jangan pura-pura kuatlah."

"Jangan risaulah. Aku ok."

"Kalau kau ok, cerita dekat aku, apa yang telah terjadi?. Adakah adik tiri kau tu, kacau kau lagi?." Tanya Yaya bertubi-tubi.

"Kau ni macam tahu-tahu je. Tekaan kau tepat sekali. Entah,  kenapa adik tiri aku ni tamak sangat, sedangkan dia dah ambil alih company bapa aku. Apa yang kurang?. Kau nak tahu, semalam dia ada call aku, dia cakap yang mama minta kereta yang aku pakai sekarang ni. Kau pun tahukan kereta tu pemberian ayah aku. Tu je yang aku ada, takkanlah dia nak ambik jugakkan. Cakap jelah yang dia nak, jual-jual nama mama pulak. Ew." Jelas Kyra.

"Eee, aku pulak yang geram, rasa macam nak tarik je rambut dia. Tak pernah bersyukur langsung dengan apa yang ada sekarang. Aku sarankan kau jangan sesekali bagi kereta kau tu, walaupun mak kau yang minta, sebab tu hak kau bukan hak mereka. Kalau aku ni psycho dah lama, aku hiris-hiris daging mereka, siksa mereka sampai taubat. Baru tahu." Marah Yaya.

"Hei, kenapa pulak kau yang marah ni. Sabarlah."

"Siapa yang tak marah, kalau kawan yang aku sayang, terus disakiti macam ni."

"Sayang kau. Kaulah kawan aku dunia akhirat."

"Sayang kau jugak, dah jangan sedih-sedih. Tak cantiklah" Kata Yaya, dengan mengambil buku yang ada di depannya. "Ni buku bank kau ke?." Soal Yaya, lalu melihat isi dalam buku itu.

"Ya."

"3,5 juta. Ni bukan duit untuk tebus balik rumah pusaka ayah kau tukan?."

"Yup, aku hanya memerlukan 1,5 juta lagi. So sekarang aku perlu berkerja keras sedikit masa je lagi, agar cita-cita aku tercapai."

"Kau tak nak pinjam duit aku dulu ke?."

"Tak perlulah, kau dah banyak bantu aku. So sekarang aku nak berdikari, biar aku yang tembus rumah pusaka tu dari hasil usaha aku sendiri. Lagipun aku dapat tawaran lumayan besar tau."

"Berapa?."

"1 juta ." Jawap Kyra.

"What 1 juta !?, mesti kayakan klien kau tu. So dia nak jadikan kau apa?. Kekasih, or isteri?."

"Klien ni berbeda sikit. Selalunya mereka sendiri yang jumpa aku. Tapi ni mak dia."

"Apa !, mak dia?, apa yang dia nak?."

"Ok, mak dia cakap yang anak dia tu gay. Nama kekasih anak dia tu, tak silap akulah Han. Mereka saling jatuh cinta, sejak mereka belajar sama-sama di luar negara lagi. Aku tak sampai hatilah nak pisahkan mereka. Mereka berhak bahagia dengan cara mereka sendiri. Tapi mak dia mohon agar pisahkan mereka dan menawarkan lebih dari 1 juta kalau aku berjaya pisahkan mereka. Kau rasa?."

"Siapa nama anak dia?."

"Putra Dylan, ni adalah misi yang paling susah pernah aku dapat."

"Apa Putra Dylan !?, pemuda kaya raya dan terkacak kat Malaysia ni. Aku pernah dengar orang-orang menyebut dia, Tuan Devil sebab perangai dia lain daripada lain, tegas gitu. Aku betul-betul tak sangka yang dia tu gay orangnya. Banyak tau gadis-gadis yang sukakan dia. Kalaulah mereka tahu perkara yang sebenar, bahwa idola mereka tu gay. Wow mesti kecewa teruk punya. Tak silap-silap keluar dalam berita dan menjadi topik hangat."

"Kau janganlah pecahkan rahsia pulak. Tapi bila aku tengok balik gambar dia ni, memang kacak. Not bad and si Han tu pun visual kot, kacak jugak. Tapi kenapalah mereka memilih untuk menjadi gay macam ni."

"Mak dia ada bagitahu tak, kenapa Tuan Dylan tu gay?." Soal Yaya ingin tahu.

"Tuan Dylan tu, kecewa sebab pernah di tinggal kahwin oleh tunang dia. Mungkin alasan dia memilih mencintai lelaki, kerana mereka saling faham satu sama lain kot. Entahlah." Jelas Kyra membelek-belek gambar Han dan Dylan.

"Jadi kau setuju ke?."

"Setujulah, besar kot tawaran yang dia bagi tu. Tapi character aku kalini adalah penyondol. Kau rasa aku ni cun tak jadi penyondol iaitu penghancur hubungan mereka gitu."

"Not bad, cun. Tapi kau kena kuat tau. Character yang kau bawa sekarang ni banyak di benci oleh orang. So hati-hati. Kalau kau perlukan bantuan aku, just tell me. Ok."

"Terima kasih atas nasihatnya, tapi jangan risaulah aku akan menjadi penyondol yang berdisplin. Mulai dari esok, aku akan menjadi assistant Putra Dylan yang mak dia kirimkan." Katanya lalu tersenyum.

*****

SEMENTARA di sebuah villa mewah, terlihat dua orang pemuda saling berpelukan mencurahkan kasih sayang mereka, menikmati malam yang indah bersama.

"Are you ok Dylan?. Kenapa nampak sedih je ni." Soal Han, kekasihnya.

"Takda pape. I hanya memikirkan sesuatu. Han jangan risaulah." Jawab sang kekasih, dengan mengusap lembut ubun-ubunnya.

"Pikirkan apa?. Cakaplah mana tahu I boleh tolong. Kalau tak, I pergi ni." Ugut Han, dengan berpura-pura ingin pergi. Namun, Dylan dengan pantas memeluknya, agar Han tidak pergi darinya malam ini.

"Janganlah, merajuk sayang. Baiklah, i bagitahu." Pujuk Dylan.

"Tahu takut. Jadi apa dia?."

"Ok. You know, mama dah tahu yang i ni gay, dan menyuruh i untuk putus dengan you. Jadi i bantahlah, sebab i sayangkan you. Salahkah i mencintai seseorang, dan bahagia. Dengan cara i sendiri. Salah ke?."

"I pun sayangkan you. Jangan tingalkan i ye."

Dylan pun menatap Han dengan penuh rasa cinta, lalu di kucup lembut dahi kekasihnya. "I takkan tinggalkan you walaupun badai menyerang sekalipun, kerena i sangat mencintai you sungguh-sungguh. Dah tidur, jangan di fikirkanlah."

"Baiklah."

Dylan dan Han pun tidur sambil berpelukkan. Bak dua sejoli. Itulah di namakan cinta itu buta. Walaupun, mereka tahu itu salah. Akan tetapi, hati tidak bisa di bohongi. Bahwa mereka saling jatuh cinta, sehingga berani mengambil resikonya.

*****

KEESOKKAN PAGINYA, terlihat Kyra bersiap-siap untuk memulakan misinya iaitu memusnahkan hubungan terlarang antara Dylan dan Han. Meskipun sedikit takut, tapi dia yakin bahwa ini akan berjalan dengan lancar sesuai dengan rancangannya.

"Beb you look so beautiful, cantiknya. Sejak bila kau perangkan rambut kau ni?. Semalam aku tengok masih hitamkan." Puji Yaya lalu duduk di atas katil Kyra.

"Kau baru tahu yang kawan kau ni cantik, dah lama kot. Ni rambut palsulah, sesuai tak?."

"Sesuai sangat, cantik gitu. Aku suka."

"Yekan, aku pun rasa rambut ni cantik. Sesuai dengan muka aku yang cantik ni. Oh, sebelum aku lupa." Lalu memusingkan badannya, menghadap kawan baiknya itu. "Beb, harini aku nak pinjam kereta kau boleh?. Malaslah nak bawa kereta mahal aku tu." Pinta Kyra.

"Pakailah, aku ada banyak lagi kereta. Ni, kau pakai nama apa?. Nama betul ke, or nama tipu-tipu?."

"Of courselah nama tipu-tipu, nah ni identiti yang di buat oleh boss." Menyerahkan fail biru ke tangan Yaya.

Lalu Yaya pun membacanya. "Nama Zanna Kirania. Umur 25 tahun. Kau pakai umur betul ke?."

"Sudah tentu."

"Ok, status single dan pernah berkerja sebagai assistant kepada Datuk Hamzah selama 3 tahun. Jap Datuk Hamzah?... Datuk Hamzah mana pulak ni?." Soal Yaya lagi.

"Entah, aku pun tak tanya."

"So, good luck. Semoga berjaya kawanku, jika itu melelahkan, maka berehatlah."

"Baiklah, sayang kau."

"Sayang kau jugak. Dah sekarang dah dekat pukul 8 ni, nanti lambat pulak. Ni kunci."

"Thank you beb." Lalu melangkah pergi, dengan membawa banyak barang di tangannya. Yaya hanya tersenyum gembira melihat kawannya kembali bersemangat semula. Berharap, agar perkerjaan kawan baiknya itu, berjalan dengan lancar. Aamin.

Share this novel

John Tuna
2024-07-14 09:09:50 

8kucc8hok8

DHIA AMIRA.
2022-10-06 13:04:04 

mcm kwan sis,..dia pilih jln tu punca yg sma


NovelPlus Premium

The best ads free experience