BAB 8

Romance Completed 497

“ Datang mana??”

“ Tempat awak lepak tadi tu lah.”

“ Awak stalk saya??”

“ Nope! Tapi awak lepak kat kawasan saya.”

Azalea tunduk sekejap. Lupa pulak tentang itu. Ayat pertama yang keluar dari mulut lelaki itu ketika pertama kali mereka berjumpa, ‘This is my territory.’

“ Fine. Saya tak datang lagi.”

“ No. You can come. Tomorrow. Day after tomorrow. Everyday. Saya bagi kelonggaran untuk awak pecah masuk kawasan saya.”

Entah kenapa hati Azalea jadi lapang bila mendengar kata-kata dari lelaki yang masih tidak diketahui nama itu. Tambah-tambah lagi dengan senyuman dibibir lelaki itu yang tidak pernah hilang bila berbicara dengannya. Kalau sebelum ni, dia masih bersyak wasangka, sekarang semua perasaan itu sudah hilang. Tiba-tiba dia rasa gembira bila ada orang yang sanggup menjadi ‘bayang-bayang’ demi untuk menjaga keselamatannya. Sungguh, Azalea tidak pernah mendapat layanan sebaik ini. Keluarga sendiri juga tidak pernah menjaganya malah menyakitinya hari-hari. Lelaki kat depan dia ni, orang luar yang langsung tidak mempunyai pertalian dengannya, tapi berjaya membuatkan Azalea berasa terlindung.

“ Saya Syairi.” Syairi memperkenalkan diri.

Azalea teragak-agak untuk membalas senyuman Syairi. Wajah lelaki itu dipandang lama. Siapa lelaki ni? Kenapa dia baik sangat?

“ It’s okay if you don’t want to tell me your...”

“ Azalea.” perlahan Azalea bersuara.

“ Sorry?” Syairi tidak mampu mendengar dengan jelas.

“ E.Ri.Ka.” Azalea sebut satu-satu supaya lebih jelas.

Syairi mengangguk seraya tersenyum lebih lebar. “ E.Ri.Ka.” dia mengulang nama tersebut berkali-kali. “ Masuklah, E.Ri.Ka.”

Azalea terus berpaling untuk masuk ke dalam rumah.

Syairi menghantar pemergian Azalea dengan pandangan penuh tanda tanya. Sebaik sahaja Azalea sudah masuk ke dalam rumah, matanya meliar memandang sekeliling rumah banglo mewah tersebut.

Azalea.

Azalea yang memakai sweater lusuh yang dah koyak di bahagian siku kanan. Jeans lusuh yang juga sudah koyak sedikit di bahagian lutut. Dan sneakers banyak bekas tampalan dan jahitan.

Azalea itu yang tinggal dalam rumah mewah ni?

Unbelievable.

She’s really something.

Syairi & Azalea

“ Awak.”

Azalea tersentak bila lelaki yang mengenakan baju-T merah dan seluar bermuda hitam sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Macam mana boleh jumpa lelaki ni kat sini? Taman permainan ni pun territory dia ke??

“ Buat apa sorang-sorang kat sini?” Syairi tersenyum memandang Azalea yang seperti biasa, hanya menggunakan baju-T dan jeans lusuhnya. Sweater cyan blue itu juga tersarung ditubuh walaupun hari tengah panas terik.

Azalea hanya mengangkat bahu, tidak tahu nak menjawab soalan Syairi. Kalau jumpa dia kat mana-mana pun, dia tetap akan berseorangan. Tak pernah berteman.

“ Dah makan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience