Tania berasa berang dengan gambar gambar yang dilihatnya.. dia meniliti gambar yang Irsyad pos di Instagram miliknya..
‘Tak guna..kau tunggu Rayqal..takpa.. kau buat aku..kau kena balik..’ Tania bercakap seorang diri..
Tania menelefon seseorang kenalannya..
“Aku nak.. kau intip perempuan ni.. hafal gerak geri dia..jangan buat apa apa selagi aku tak bagi arahan”
“Baik bos..whatsapp i gambar perempuan tu”
“Kejap lagi aku bagi kat kau..payment separuh aku dh transfer..lagi separuh bila dah settle job kau”
“Alrightt..”
Tania gelak..bergema satu rumah.. sungguh inilah permulaan yang dia sudah lama idamkan.. dia harus hapuskan perempuan kampung tu..
‘Dasar perampas! Perempuan kampung tak guna kau tunggu nasib kau nanti..’
Tania sejak keluar dari Hospital.. dia sering keluar entah kemana..tanpa tujuan..dia sudah bingung..dia seperti hilang arah.. segala macam pelusuk kelab malam sudah diterokai.. dia tetap tidak bertemu kebahagiaan..
dia pasti hanya Irsyad yang mampu membahagiakannya..
Tania memesan lagi satu cawan arak.. setelah sampai pesanannya.. dia meneguk dengan rakus.. tegukannya terganggu oleh kerana seorang lelaki..
“Kau nak apa..kan aku dah cakap jangan kacau aku..”
“Aku nak kau Tania..” Pinta lelaki disebelahnya
“Enough Que..i tak suka u & kita takboleh bersama..”
“U je tak suka i..i suka u..i boleh jaga u..dari u tergila gilakan Irsyad yang langsung tak pandang u..baik u dengan i”
“Siapa kata tak pandang i??! Dia cuma jual mahal je..dulu dia tergilakan i..now dia sengaja bagi i rasa apa dia rasa that’s all..biasalah it’s hard to get what we want until we fight for it right?”
“Fight? What do you mean? Dia dah ada isteri Tania u patut sedar tu..”
“No!!! I takkan sedar..sampai bila bila pun i takkan sedar Que! Do u understand me??! Isteri ke siapa pun yang menghalang i akan mampus!”
“Don’t be silly Tania.. just let him be happy with his wife.. “
“I won’t let that happen Que!”
“What ever but if u need me.. u know where to find me” Que meninggalkan Tania..sungguh dia kecewa sudah berapa kali Tania menolaknya..sedangkan mereka telah berkawan lama.. dan sedikit pun Tania tidak membuka hatinya untuk Que.. dia masih menanti Tania.. dia pasti Tania akan berubah suatu hari nanti..
Hari ini di pejabat Irsyad sungguh gembira kerana dia dan isterinya kini sudah menjadi suami isteri seperti orang lain.. sudah lengkap tanggungjawabnya.. dia hanya berharap akan benihnya akan menjadi di dalam perut Ellya.. tetapi dia tidak mahu terlampau berharap kerana mereka masih muda..tidak perlu terburu buru..
“Hi Encik Irsyad.. harini Cik ada meeting pada pukul 2 after lunch..dan meeting pada pukul 4 terpaksa ditunda kerana client minta untuk ditunda next weeks” Terang Puteri, PA kepada Irsyad.. segala yang dihamburkan kepada Irsyad hanya seperti angin lalu baginya.. fokusnya hilang.. dia semakin teringatkan isterinya..
“Cik? Cik?”
Puteri mengibas ngibas tangannya di depan Irsyad..
“Haa ye? Apa tadi..ulang balik..”
“Teringat Isteri lah tu..” Puteri menyindir..
“Eh mana ada..awak tu yang salah tengok..”
puteri kembali menyambung agenda nya pada hari ini.. dan kali ini Irsyad menelan satu per satu ayatnya.. dan dia kembali fokus..
Setelah selesai beberapa dokumen kerjanya.. di sengaja turun ke tingkat di mana terletaknya jabatan isterinya..
Dia terlihat sesuatu yang tidak enak dilihat.. Arif sedang membetulkan tudung Ellya.. tanpa Ellya sedari suaminya sudah lama memerhatikan mereka..
Puas beberapa kali dia menolak agar Arif untuk berhenti berbuat sedemikian namun Arif berdegil..
Irsyad mengepal tangannya tanda geram dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.. dia pantas memasuki lif tanpa menghiraukan Ellya sudah terlebih dahulu mengejarnya..
Ellya tahu dia harus menjelaskan perkara ini lebih cepat..jika tidak..pasti akan menjadi salah faham nak merosakkan rumah tangga nya..
Irsyad termenung di dalam biliknya.. Ellya terus memasuki bilik itu tanpa sebarang ketukan..
Irsyad langsung tidak menoleh siapa yang memasuki biliknya..
“Saya boleh terangkan..apa yang awak nampak itu semua salah faham..Arif cuma nak betulkan tudung saya je..banyak kali saya tolak tapi dia nak jugak..awak boleh tanya dia sendiri..” Sedu sedan Ellya menangis di depan Irsyad namun hampa..Irsyad masih berdiam diri..
“Habis kalau dia nak sentuh kau sesuka hati..senang senang mcm tu jelah kau bagi?”
“Apa awak cakap ni?! Dia tu kawan awak tahu tak..tak baik awak cakap macam tu..dia langsung takda niat..dia hormat saya sebagai isteri awak..”
“Aku lebih kenal Arif daripada kau..kau takpayah nak backup dia..dah aku taknak tengok muka kau!! Keluar!”
Jerit Irsyad..dia tahu makin lama Ellya berada di biliknya..makin maraklah api kemarahannya.. dia haru menenangkan diri..
Ellya masih berdegil..dia langsung tidak bergerak malah dia teruskan tangisannya di depan Irsyad..
Dia sungguh lemah suaminya tidak mempercayainya..
“Takpa kau taknak keluar..biar aku yang keluar”
Irsyad terus menggapai telefonnya di atas meja dan keluar dari bilik itu.. dibiarkan Ellya keseorangan di biliknya.. dia tidak mahu mencederakan isterinya itu..
Arif yang terserempak Irsyad sewaktu ingin ke lif.. dia menegur
“Weh aku mintak maaf..aku memang takda niat lain pun kat isteri kau.. aku tahu kau marah..tapi tak baik kau buat bini kau macam tu dia tak salah..aku yg berkeras nak betulkan tudung dia tadi..”
Irsyad tidak menjawab..dia meneruskan kakinya ke lif dan dia keluar.. dia harus terima.. dia tidak sanggup kehilangan Ellya.. sungguh sakit melihat orang yang kita sayang bersama orang lain..
Share this novel