CHAPTER 36

Action Series 136596

Mata helangnya melirik sekilas ke arah wajah yang sejak dari tadi tidak lekang dari senyuman. Hampir 30 puluh minit perjalanan mereka, wajah isterinya itu sesekali tersenyum sendirian. Tiada sepatah kata di keluarkan dari bibir pink itu.

"Kau dah kenapa? Dari tadi lagi aku tengok tersenyum-senyum. Remember with my touch, huh?" Soalan akhir sekali itu sangat sarkastik di pendengaran Thea.

Thea mula menjeling tajam.

"Ish.. Sejak bila awak jadi miang keladi ni? Selalu yang saya tengok beku semacam je." Soal Thea tidak puas hati.

Memang itu yang dirasakannya saat ini. Suaminya mula bertukar menjadi miang. Tidak kira di mana, nampak sahaja peluang, ada sahaja yang dia lakukan. Baru seminggu lebih jadi isteri Emeer Hayyes tidak termasuk semasa dia berjumpa tanpa sengaja dengan lelaki itu. Jangan sentuh soalan dengupan jantungnya. Sentiasa laju berdengup.

Emeer tersenyum sinis.

"Miang keladi kau bagi dekat aku eh. But miang keladi ni yang buat kau merengek dengan aku pa--" Belum sempat Emeer menghabiskan ayatnya, Thea terlebih dahulu menekup mulutnya dengan kedua belah tangan.

Perbuatan Thea yang spontan itu sedikit menganggu pemanduan Emeer. Nasib baik dia sempat mengawal stereng kereta dari memasuki lorong sebelah.

"Kau nak mati ke?? Kalau aku terlanggar kereta tu tadi, dah arwah dah." Marah Emeer.

Thea ketap bibir. Bukan dia sengaja.

"Habis awak tu yang cakap mengarut." Balas Thea perlahan tapi masih juga nada tidak puas hati.

"Suka hati aku mulut aku. Lagipun kau tutup mulut aku tu kenapa? Nobody is here. Kau dengan aku je dalam kereta ni." Bebel Emeer keras sambil tangan memulas stereng kereta memasuki kawasan perumahan elit. 

Matanya melirik sekilas ke arah cermin sisi keretanya. Kereta Range Rover hitam yang dipandu oleh James turut mengekorinya dari belakang.

"Awak yang su--" 

"Hah. Menjawab. Menjawab. Elok sangat ke perangai tu? Don't talk to me like that, Thea Hazel." Kali ini nada suaranya seakan memberi amaran kepada Thea. Dia tidak suka orang menjawab setiap patah kata yang dikeluarkan olehnya.

"Sorry.."

Kereta yang di pandu Emeer masuk ke perkarangan rumah banglo dua tingkat itu. Handbreak di tarik namun enjin kereta masih tidak dimatikan. Kereta BMW hitam di sebelah keretanya mula menarik perhatian Emeer.

Dia memandang sekilas ke arah Thea yang diam itu. Dia tahu isterinya tidak perasaan akan kereta di sebelah mereka itu.

"Kau masuk dulu. Kejap lagi aku masuk." 

Thea mengangguk kecil lalu tali pinggang dilepaskan. Dia terus melangkah keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya, mencari kelibat ibu yang dirinduinya. Dalam kepalanya hanya satu. Ingin memeluk Ibunya seerat mungkin.

Nasib baik dia berjaya memujuk Emeer untuk balik ke rumah orang tuanya. Dan suami singanya dengan senang hati bersetuju.

Sementara di halaman rumah Doktor Hafiez, kelihatan Emeer masih lagi berada di dalam kereta. Telefon bimbit yang masih berada di dashboard kereta di ambilnya. Bluethooth di aktifkan sebaik sahaja deringan telefon itu berbunyi.

"That's was him, boss. I already check the plate's number you just send it to me." Suara Shawn di talian jelas kedengaran.

Emeer mendengus.

"Quello che lui vuole? Scoprilo (What he want? Find it out)." Emeer terus mematikan talian itu.

Dia amat kenal dengan nombor plate kereta TH itu. Dalam Malaysia, hanya seseorang sahaja yang menggunakan nombor plate seperti itu. Kaum kerabat yang pernah menjadi bualan rakyat di sini suatu ketika dulu.

Emeer keluar dari keretanya. Pandangan matanya terus menghala ke arah luar pagar rumah di mana kereta Range Rover hitam berada. Jari telunjuk dan jari tengah di hala ke matanya kemudian isyarat itu di hala ke arah James yang berada di situ. 

Cermin kereta yang terbuka itu memudahkannya untuk melihat wajah anak buahnya. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah sambil cuba untuk menenangkan dirinya terlebih dahulu.

"Assalamualaikum.."

Suasana ruang tamu yang sunyi itu dilihat dengan dahi berkerut. Mana pula semua orang pergi. Kelibat Thea juga tidak kelihatan di situ. Bunyi suara orang berbual sayup-sayup kedengaran di ruang sebelah kirinnya.

Kaki panjangnya mengatur langkah mengikut bunyi suara itu.

"Papa cakap apa ni? Thea tak faham."

Suara itu jelas kedengaran di telinga Emeer. Dia menyandar tubuhnya di bingkai pintu sliding sambil berpeluk tubuh. Sebelah keningnya di naikkan. Empat susuk tubuh yang berada di situ di pandangnya lama sebelum matanya jatuh pada raut wajah Thea.

"Ehem." Emeer berdehem. Sekaligus menyedarkan semua orang yang berada di situ akan kehadirannya.

"What's going on, here? Kenapa nampak semua orang tegang je? There is anything that I should know? My wife?" soal Emeer . Selamba sahaja dia menarik pinggang Thea rapat kepadanya.

"Aw--awak.." Thea mula terasa tidak selesa apabila melihat perubahan pada wajah suaminya.

"Papa dan Ibu sihat? Maaf Emeer ada kerja sikit dekat luar tadi."

Dia melepaskan pautan di pinggang Thea lalu mendekati kedua mertuanya. Senyuman nipis terukir di bibirnya untuk seketika.

"Alhamdulillah.. Kami sihat. Tak apa, Thea dah bagitahu tadi. Ni papa kenalkan anak saudara papa, Teng---"

"Tengku Damien Isyraf." Potong Emeer laju. Bibirnya mula tersungging sinis.

Semua yang berada di situ terlopong sebaik sahaja mendengar nama yang keluar dari bibir Emeer itu. Hanya Doktor Hafiez sahaja beriak biasa. Mana mungkin dia terkejut dengan menantunya itu.

"Well.. Long time no see huh, Luthfan Emeer or should I call you Emeer Hayyes." Masing-masing mula menunjukkan riak yang berbeza.

Thea yang berada di tengah-tengah itu memandang mereka berdua dengan penuh hairan. Lengan Emeer dipautnya kemas. Dia mendongak ke atas. Dia mula risau melihat wajah suaminya yang mula tegang itu.

"Awak.. Jom kita naik atas. Please calm down." Bisik Thea sambil mengusap lembut lengan suaminya.

Tengku Damien yang melihat kelakuan Thea itu mula terasa panas. Tangannya dikepal kuat.

Emeer yang melihat reaksi Tengku Damien itu mula tersenyum sinis. Dengan selamba dia mengucup dahi Thea.

"Masuk dalam. I will follow you after this. I need to talk to him first. Go." Thea menggelengkan kepala.

Dia risau sekiranya ada yang berdarah nanti. Bukan dia tidak tahu suaminya macam mana.

Emeer berdecit. Degil.

"Ibu, Papa.. Boleh tak bawa isteri Emeer masuk ke dalam sekejap? I need to talk with Tengku Damien."

Doktor Hafiez dan Puan Thalia mengganguk. Tangan anak perempuan meraka di tarik masuk ke dalam rumah.

Tengku Damien mencebik. Depan orang boleh pula cakap dengan penuh kelembutan. Belakang bukan main setan lagi.

"So, what do you want? Apa tujuan kau datang sini?" tanya Emeer.

Dia berdiri tegak mengadap kolam ikan yang berada di hujung sudut ruang itu. Kedua belah tangan di masukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Salah ke aku nak jumpa keluarga aku?" soalan dibalas dengan soalan.

Ketawa kecil kedengaran di bibir Emeer.

"Jumpa? After 27 years? Baru nak cari keluarga? Are you kidding me, Tengku Damien? Jangan nak bodohkan aku." Kali ini suara Emeer mula kedengaran tegas. Dia memandang tajam ke arah lelaki yang dulu pernah menjadi classmate nya.

"That's non your business. This is my family issue. So I warn you. Back off."

"Thea Hazel Binti Tengku Hafiez is my wife. So this is my issue. You touch them, jangan salahkan aku dengan apa yang terjadi nanti. Anyway, tolong sampaikan salam aku pada Tengku Hakimi. Say hello to your Grand Pa." Bahu Tengku Damien ditepuk beberapa kali sebelum dia meninggalkan lelaki itu dalam keadaan bengang.

Senyuman puas terukir di bibirnya. Mana mungkin satu hal pun akan terlepas daripadanya. Dari awal Thea Hazel muncul dalam hidupnya, dia sudah tahu latar belakang keluarga perempuannya.
Tiada satu yang akan terlepas.

Tengku Damien mendengus kasar.

Telefon di dalam kocek seluarnya di ambil lalu nama yang di dalam senarai pemanggil itu di tekannya. Tidak menunggu lama talian di sebelah sana di angkat.

"Aku nak apa yang aku minta pagi tadi, semuanya ada atas meja aku malam nanti. We need change our plan. Jumpa aku dekat tempat biasa dalam 30 minit dari sekarang."

Talian terus di matikan. Dia masuk ke dalam rumah, mencari kelibat tuan rumah. Wajah yang tegang tadi cuba di maniskan. Hari pertama perjumpaan dia dan paksunya tidak seperti yang di harapkan. Itu semua gara-gara kehadiran Emeer Hayyes.

Tak guna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience