BAB 14

Humor Completed 6445

Seminggu berlalu

Nurul Ain tersenyum memandang buku-buku novel yang tersusun elok di atas

rak yang disediakan oleh pihak Popular Bookstores. Selepas seminggu dia

hilang diri akibat cinta ditolak, hari ini dia mencari semula dirinya di

kedai buku Popular di Star Parade, Alor Setar.

Buku Kerana Satu Janji karya Ameera Ameer dicapai. Di dalam Fac

hangat orang bercerita pasal novel ni. Pasti ceritanya berjaya memikat

hati ramai orang! Dia berjalan lagi lalu dia mencapai buku Cooper-K

karya RodieR. Dah lama dia cari buku ni! Haih, berkurun lamanya dia

mencari, hari ni baru berjumpa. Dia berpusing-pusing lagi di rak yang

penuh bersusun novel itu. Dia berhenti seketika di rak buku yang penuh

buku keluaran Kaki Novel. Buku Guy Next Door karya Rose Harissa di tarik

lalu dia ukir senyum. Banyak review positif pasal buku ini yang

membuatkan dia teruja untuk memilikinya.

Nurul Ain kemudiannya ke rak buku yang penuh dengan buku terbitan

Karyaseni dan Penulisan2u. Di saat tangannya mahu mencapai novel’ Benci

Amat, Sayang Sangat’ karya Ezza Mysara tiba-tiba ada tangan lain

mencapai buku yang sama dengannya lalu dengan pantas dia menarik

tangannya, “Eh, sorry!”

Si pemilik tangan turut meminta maaf! “Eh, sorry jugak! Awak ambiklah

dulu buku tu.”

Nurul Ain pantas menggeleng, “Eh, awak ambiklah dulu!”

“Zarith Adni!”

Spontan, mereka berdua berpaling pada si pemanggil. Nurul Ain terasa

jantungnya bagai berhenti berdegup.

“A...” Baru Adni nak buka mulut, tangan Zeek terus menarik lengan Adni.

“I’ve been looking for you, dear!” Perkataan dear itu ditekan sedikit.

Sempat matanya mengerling Nurul Ain. Wajah putih bersih itu nampak resah

dan sudah pasti itu kerana dia.

“Al...” Sekali lagi Zeek mematikan kata-kata Adni.

“Umi has been looking for us, sayangku. Jomlah.”

Adni tercengang. Along ni demam ke nak bersayangku bagai? And sejak bila

umi keluar sekali dengan dia orang ni? Along ni dah kenapa?

Nurul Ain cepat-cepat alih pandangan ke arah rak buku. Novel ‘Benci

Amat, Sayang Sangat’ itu dicapai, “Saya ambik dululah, ya?”

Adni yang masih keliru dengan perlakuan alongnya hanya mengangguk,

“Sorry again.”

Nurul Ain senyum tawar, “It’s okay! Saya yang patut minta maaf,” sebab

ada hati pada kekasih awak.

Adni geleng kepala, “It’s okay!”

Nurul Ain senyum dan dia terus berlalu. Kenapa? Dalam banyak-banyak

tempat dalam Star Parade ni, mereka harus bertemu di Popular Bookstores?

Terbantut terus hasratnya nak ambik novel lain.

Zeek pula terus menarik Adni dari rak buku novel ke kaunter pembayaran.

Usai membayar, mereka berdua berpapasan keluar dari kedai buku itu.

“Along, sayangku? Seriously?”

Zeek buat muka.

Adni ketawa! “Sayangku is one of the rare things that ever come out from

your mouth!”

“Cut it out, ngah!”

“Along kenal ke perempuan tadi?”

Zeek buat muka tak faham, “Perempuan mana?”

“The one yang berebut buku dengan angah.”

Zeek geleng, “Entah! Tak pernah nampak pun.” Kakinya melangkah laju

meninggalkan Adni yang terpinga-pinga.

Nurul Ain yang memerhati dari dalam gedung Pacific pegang dadanya. Dia

ingat dia dah okey. Dia ingat akan okey tapi semuanya hancur bila dia

nampak Zeek dengan si perempuan tadi. Semoga awak bahagia, Muhammad Afif

Zikry!

“Liza, mak risau tengok Nurul Ain tu,” tok wan bersuara sebaik sahaja

ibu Nurul Ain melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Awat mak?”

“Hari tu, dia balik qheyau-qheyau. Sampai demam-demam. Dalam lena pun

dia qheyau. Ni dia balik dari pekan, berkurung dalam bilik. Tak

keluaq-keluaq. Mak risau.”

Ibu Nurul Ain hela nafas, “Liza pun risau, mak. Dah lama Liza tak nampak

dia sedih sampai macam ni sekali.”

Tok wan mengangguk, “Ain tu dah ada kawan ka?”

“Tak tahulah mak. Serasa Liza, tak dak lagi! Awat mak tanya?”

Tok wan menggeleng lalu dia tersenyum tawar, “Dulu, waktu Liza pi kursus

tu Ain banyak menung tapi dia tak sudah-sudah dok sengih. Nampak

gembira, nampak bahagia. Berlainan sungguh dengan dia hari ni. Liza tak

cuba tanya dia?”

“Tak, mak. Liza nak tanya tapi takut dia lagi teruk. Biaq dululah.”

Tok wan mengangguk. Sesekali matanya mengerling pada bilik Nurul Ain

yang pintunya bertutup rapat.

Di dalam bilik itu. Nurul Ain duduk di kerusi, mengadap komputer riba

yang terpasang. Entah bila, air matanya mulai gugur. Jari-jemarinya

berlari-lari di atas papan kekunci, mencipta ayat. Tak tahu kenapa,

semakin laju jemarinya mencipta ayat, semakin laju air matanya mengalir

hingga dia tiba-tiba berhenti lalu wajahnya ditekup dengan tangan,

melindungi tangis yang semakin deras. Kenapa mesti ada rasa sakit di

hati? Kenapa mesti ada dia di hati? Kenapa dia dipertemukan dengan Zeek?

Dia tak kuat! Dia tak kuat....

Nurul Ain hela nafas. Dia pandang sekeliling bilik yang telah dia huni

sejak lima tahun lepas. Kosong. Sudah sampai masanya dia berlalu. Dia

tidak mahu terus hidup dengan bayangan Zeek. Dia mahu bebas. Cukuplah!

Dia sudah penat.

“Ain, dah siap?” Pintu biik yang separuh terbuka itu, dibuka luas oleh ibu.

“Dah, ibu!” Nurul Ain berdiri. Baju kemeja kotak-kotak yang tersarung di

tubuhnya dibetulkan.

“Ibu rasa berat nak lepas Ain pergi,” ujar ibu lalu mendekati Nurul Ain.

Nurul Ain senyum lalu dia pegang pipi ibu, “Ala, tak lama! Kontrak Ain

dengan hotel tu setahun aje. Nanti ada cuti Ain baliklah sini.”

Ibu mengangguk, “Ibu doakan anak ibu.”

“Ain akan rindukan ibu...”

“Ibu pun akan rindukan Ain,” ibu menarik Ain ke pelukannya. Sukar dia

nak lepaskan Ain tapi demi masa depan anaknya, dia harus redha.

“Tok wan, Ain tak mau rindu ka?” Suara lirih di muka pintu bilik buat

Nurul Ain tersenyum. Pelukannya dengan ibu dileraikan lalu dia mendekati

tok wan yang mengesat air matanya dengan lengan baju kurung Kedahnya,

“Tok wan, apa dokqheyau ni? Tak segak langsung!”

“Ainlah! Nak tinggai tok wan kat Aloq Setaq ni. Tok wan qheyaulah,

nak berdrama! Kotlah Ain tukaq fikiran,” ujar tok wan, berseloroh. Dia

tak tipu. Dia sedih bila cucu kesayangannya ini memilih untuk

meninggalkan dia demi mencari rezeki.

“Lepaih ni sapa nak urut tok wan macam Ain dok buat?”

Nurul Ain senyum, “Ala, Ain urut bukannya rasa sangat pun.”

“Tok wan nanti mesti rindukan, Ain.”

Nurul Ain menganggukkan kepalanya lalu dia memeluk tok wan, “Ain pun!”

Dini pandang Nurul Ain yang sedang duduk di kerusi menunggu dengan wajah

penuh serba-salah. Dia harus cakap sekarang tapi dia tak tahu nak mula

dari mana.

Nurul Ain hela nafas, “Hang nak cakap apa, Dini?”

“Mana ada aku...”

“Muka hang tu pun aku dah tau. Spill!” Tanpa memandang Dini, Nurul Ain

bersuara.

“Ada orang pesan kat aku supaya bagi benda ni kat hang,” beg kain yang

dibawa sejak tadi, Dini hulurkan pada Nurul Ain.

“Apa benda ni?” Nurul Ain mengerutkan dahinya.

“Kawan aku bagi.”

“Kawan yang mana?”

Dini ketap bibir, “Kawan kat Secret Recipe yang kau tak sempat nak jumpa

hari tu!”

Nurul Ain tersentak. Mindanya terus lari ke peristiwa minggu lepas.

Kawan Dini?

"Ain, aku nak kenalkan hang dengan seseorang."

Nurul Ain kerut dahi, "Siapa? Hang ni! Suka tarik-tarik aku macam ni.

Tadi kata nak teman aku pi beli baju kemeja, ni aku yang macam teman

hang ni!"

"Ala, sat ja! Jomlah. Segan gila kalau pi sorang."

Nurul Ain mengeluh, "Okey! Tapi aku tak boleh lama, sat lagi aku nak pi

ambik ibu."

Dini mengangguk lalu dia menarik Nurul Ain ke Secret Recipe yang ada di

dalam bangunan City Plaza. Nurul Ain kerutkan dahi. Sesak yang amat City

Plaza hari ni!

"Dini!" Satu suara memanggil Dini membuatkan Nurul Ain berpaling pada

arah suara itu. Dia nak cakap pada Dini pasal lelaki yang memanggil Dini

tetapi lidahnya kelu melihat kawan kepada si lelaki tadi. Riaknya

bersahaja tetapi wajah yang selalu tersenyum dulu, kelihatan kosong tak

bereaksi bila matanya bertemu dengan mata Nurul Ain.

Nurul Ain telan liur. Dari riak si lelaki dia tahu, dia tak suka. Dari

riak si lelaki dia tahu, dia tak selesa.

"Ain..." Baru Dini nak buka mulut, Nurul Ain menarik tangan Dini keluar

dari kedai itu. Dini yang tercengang bila ditarik keluar, kerutkan dahi,

"Hang pasaipa tarik aku keluaq ni? Kawan aku kat dalam tulah."

"Aku kena balik! Aku teringat yang Tok Wan ada mesej aku tadi. Dia nak

pi buat IC baru," tipu Ain, jangan tak tipu!

Wajah Dini berubah terus, "Lah! Pulak dah!"

"Sorry! Aku balik dulu, noh Dini? Sorry noh!"

Dini memasamkan mukanya sebelum mengangguk, "Belanja aku cendoi kedai

Pak Abu."

Nurul Ain tersenyum, "Beres! Aku pi dulu noh. Sorry!"

Dini mengangguk dan Nurul Ain terus berlalu. Sempat dia mengerling si

lelaki yang masih setia memerhatikan dia. Apa pandang-pandang? Cucuk

mata, kasi buta baru tahu! Huh!

“Ain?” Dini menggawangkan tangannya di depan muka Nurul Ain.

“Eh, ha! Sorry! Okey, kenapa dengan kawan hang?”

“Alif kata...”

“Alif?” Nurul Ain kerut dahi.

“Kawan aku!”

“Oh, okey. Awat dengan dia? Pasaipa dia bagi benda alah ni dekat aku?”

Nurul Ain pandang beg kain sederhana besar itu.

“Alif kata, apa saja yang Zeek buat. Apa saja yang Zeek pernah cakap

dekat hang, semua tu tipu.”

Nurul Ain tersentak! Zeek?! “Apa kaitan dengan Zeek pulak ni?”

“Alif, kawan baik Zeek. Dia kenal Zeek luar dalam. Alif kata, kalau hang

tengok apa yang ada dalam beg tu, hang akan faham maksud dia.”

Nurul Ain memandang beg kain di tangannya. Baru dia nak buka beg itu,

Dini menepuk tangannya, “Bas hang dah sampai!”

Nurul Ain pandang Dini lalu dia berdiri. Sudahnya isi beg kain itu

langsung tidak dia tengok. Dia berpelukan dan berpamitan dengan Dini

sebelum dia tinggalkan ruang menunggu Shahab Perdana itu.

Sebaik saja dia duduk di tempat duduknya di dalam bas, beg kain tadi

dibuka lalu isinya ditarik keluar. Kertas minyak yang menjadi kertas

pembalut kepada barang itu, dia buka berhati-hati. Bila isinya sudah

terpampang di depan mata, tangan kirinya menekup mulut! Gambar miliknya!

Gambar miliknya yang pernah dilukis Zeek! Gambar dia sedang memegang

roti yang berintikan sambal bilis. Mata terasa panas, dadanya terasa

sebu! Dan saat dia terbaca coretan yang ada dihujung kiri, bahagian

bawah gambar itu, air matanya menitis tanpa sempat dia tahan.

‘Jika aku bukan jalanmu,

Kuberhenti mengharapkanmu.

Jika aku memang tercipta untukmu,

Ku kan memilikumu.

Jodoh kita pasti bertemu, Ain.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience