Chapter 1

Fanfiction - KPOP Completed 2792

Haneul duduk di tepi tingkap bilik nya sambil termenung . "Apa la nasib malang aku terpaksa kahwin dengan lelaki yang aku tak cintai ni".

"Oi pempuan ! siap cepat ikut aku". Taehyung tiba-tiba menerjah ke dalam bilik Haneul.

"Y-yahh terkejut saya! jangan la main terjah je! ketuk la pintu tuuu". Haneul memandang tajam pada Taehyung.

"Asal?takut kau tak pakai baju pastu aku main terjah gitu?sorry la,kau bukan taste aku .Dah siap cepat!". Taehyung masih lagi kaku berdiri di depan pintu bilik Haneul.

"Malas ah.Nak pergi mana". Haneul tidak pedulikan Taehyung.

"Kau nak aku tolong gantikan pakaian kau ke". Baru selangkah Taehyung menjejak kaki masuk ke dalam bilik Haneul.

"Arraso! arraso! saya siap! awak tu pergi keluar!". Haneul menolak Taehyung keluar dari biliknya.
S K
I P
"Omma..banyaknya omma masak!! kita ada tetamu ke?". Tanya Kim Daehyun iaitu satu-satunya adik lelaki Taehyung.

"Haah, omma suruh hyung kamu dengan isteri dia datang makan dekat sini,dah seminggu dia kahwin tapi batang hidung pun tak nampak".Puan Kim semangat mengatur pelbagai makanan di atas meja makan.Walaupun ada lebih daripada 10 orang pembantu di rumah itu ,kalau bab masak untuk anak-anak Puan Kim lebih suka masak sendiri dari menyuruh pembantunya.

"Ohh patut la banyak semacam je makanan". Daehyun terangguk-angguk .
S K
I P
"Oi lembab! kau cepat sikit boleh tak? Siap kalah model lagi .Rupa paras takde lawa mana pun". Taehyung menjeling Haneul yang terkial-kial menyarungkan heels di kaki nya.

"Ele macam la dia kacak sangat".Bisik Haneul perlahan namun cukup jelas untuk Taehyung dengar.

"Kau tu yang buta tak nampak kekacakan aku". Taehyung berkata dengan megah.

"So awak pun kira buta la sebab tak nampak kecantikan saya!". Haneul terus jalan melaga bahu Taehyung dan masuk ke dalam perut kereta sport milik Taehyung.

"Ey nasib bini je aku sabar lagi.Kalau perempuan-perempuan dekat club tu layan aku macam ni dah lama kene lempang dengan aku". Taehyung membuntuti Haneul dari belakang.

Beberapa jam kemudian...

"Eh?ni bukan rumah omma ke?". Haneul memerhati sekitar kawasan.

"Ye rumah omma la,omma jemput kita datang makan malam dekat rumah dia petang tadi".

"Asal awak tak cakap awal-awal..kalau tak boleh singgah dekat kedai beli apa-apa tadi".Haneul memandang Taehyung dengan kesal.

"Rumah aku dah cukup lengkap semua benda dah.Tak perlu nak beli apa-apa.Dah gi keluar sana.Nak muntah aku bau minyak wangi kau ni!!". Taehyung menutup hidungnya menggunakan tangan nya.

"Heyy Encik Taehyung! minyak wangi ni saya beli dekat paris dengan harga beratus dollar tau! hidung awak tu yang bermasalah ! pergi check doktor sana,kut-kut taik hidung tersumbat!". Lepas bantai Taehyung dengan kata-kata begitu Haneul terus keluar dari perut kereta dan berlari anak.Dia tahu silap hari bulan memang dia makan kasut kulit si Taehyung tu la.

"Asal la aku dapat bini mulut kalah tenuk lagi kalau cakap ni!". Taehyung menghembus kuat nafas.

"Chogiyo?omma?". Alang-alang pintu berbuka luas Haneul terus masuk tanpa mengetuk dulu.

"Eo nuna!!". Daehyun terus berlari ke arah Haneul .

"Annyeong Daehyun-ssi". Haneul hanya tersenyum sambil memegang kepala adik Taehyung yang berumur 12 tahun itu.

"Omo kamu dah sampai nak,masuk sini". Puan Kim menarik perlahan tangan menantu nya.

"Annyeonghaseyo omma". Haneul memeluk ibu mertuanya.

"Ommmaa!". Taehyung terus menolak Haneul di sebelah Puan Kim dan memeluk erat Puan Kim.

"Aishhh!! macam budak-budak perangai". Bisik Haneul dalam hati sambil menjeling Kim Taehyung.

"Jemput duduk,omma masak banyak untuk kamu berdua". Puan Kim melabuh punggung di hadapan Haneul manakala Taehyung duduk di sebelah Haneul.

"Wahhh sedapnyaa!!!". Haneul menelan air liur lihat pelbagai masakan di atas meja makan.

"Tunggu apa lagi, makan la.Kamu berdua mesti lapar kan". Puan Kim mengambil senduk nasi lalu menyendukkan nasi untuk Haneul .

"Gwenchana omma, sini Haneul buatkan". Haneul mengambil perlahan senduk itu dari tangan Puan Kim.Puan Kim hanya tersenyum manis memandang Haneul.Dia tahu yang anaknya selalu berkelakuan kasar pada Haneul ,tetapi dia percaya yang satu hari nanti anak nya akan buka hati untuk Haneul.

Haneul menyendukkan nasi ke dalam pinggan Taehyung tinggi ala-ala gunung everest.

"Wey gile! kau nak bunuh aku ke suruh makan banyak macam ni?mau meletop perut aku nanti bongok". Bisik Taehyung sangat perlahan di telinga Haneul di sebelah nya.

"Yeobo mesti lapar kann.Maaf la harini sayang tak sempat nak masak sebab sayang busy sangat dengan hal pejabat". Haneul tersenyum sinis memandang Taehyung.

"Wahh jagiya~ sayangnya awak dekat saya". Taehyung mencengkam kuat badan Haneul rapat dengan nya lalu mengucup pipi Haneul.

Puan Kim di hadapan mereka hanya tergelak kecil melihat kelakuan anak dan menantu nya ."Buat la apa korang suka,asalkan korang bahagia". Bisik Puan Kim sambil tersenyum.

"Aww yeobo ~ sweet la yeobo ni". Haneul tersenyum lalu mencubit lengan Taehyung.Sekali tengok macam perlahan,tetapi Taehyung sahaja yang merasakan bertapa peritnya sakit tu .

"Aduhhh tak guna punya isteri dia cubit aku laaa". Taehyung hanya mampu mengaduh sakit dalam hati nya sahaja.

"Aigoo kamu berdua ni .Nanti-nanti sambung nak bersweet pun,makan la dulu ". Puan Kim tergelak kecil lihat mereka berdua.

"Appa mana omma?". Tanya Taehyung setelah beberapa lama usaha menghabiskan makanan dalam pinggan nya.

"Appa kamu mana balik lagi time ni.Macam tak tahu je kamu.Dia pukul 1 pagi nanti baru nak nampak muka,sibuk betul di syarikat tu ha".Puan Kim melepaskan keluhan kecil.

"Mesti appa letih sangat-sangat kan omma". Taehyung seperti rasa bersalah,namun dia masih tidak bersedia untuk ambil alih tempat appa nya.

"Gwenchana,appa kamu dah biasa. Dia mana kenal erti berehat.Ada saja kerja dia nak buat". Sambung Puan Kim lagi.

"Bagus la tu omma, Haneul suka sikap appa yang rajin tu daripada duduk terbongkang dekat rumah tak buat apa,makan tidur je baik buat kerja kan". Walaupun simple ayt tu tetapi cukup deeeppp untuk menikam telinga Taehyung di sebelah nya.

"Perempuan ni silap hari bulan kang makan jugak senduk depan aku ni". Taehyung pura-pura tergelak kecil dengan kata-kata Haneul sebentar tadi.

Setelah beberapa lama berbual dengan Puan Kim,kini Taehyung dan Haenul meminta diri untuk pulang ke rumah mereka.

"Omma,Tae balik dulu ye,jaga diri omma baik-baik.Jangan terlalu buat kerja sangat". Pesan Taehyung sambil memeluk omma nya.

"Ye kamu pun".

"Haneul balik dulu ye omma". Kini giliran Haneul mencium pipi Puan Kim .

"Nae arraso".

Taehyung dan Haneul pun masuk ke dalam perut kereta.

"Yahh kau dah berani ea berkelakuan buruk dekat aku depan omma". Taehyung membuka bicara setelah beberapa lama mereka membisu dalam kereta.

"Ehh awak tu haa yang melebih cium pipi saya bagai!". Bidas Haneul pula.

"Ehh tak boleh ke?kau bini aku,lantak aku la nak buat apa pun dekat kau". Taehyung menjeling Haneul di sebelah nya.

"Tak boleh la! awak yang buat peraturan boleh nak belakon macam pasangan suami isteri lain depan family tapi jangan melebih! sekarang awak yang melebih!". Marah Haneul.

"Ala bukan aku cium bibir kau pun!". Taehyung tetap tidak mahu mengalah dengan Haneul.

"DONT EVER TAKE MY FIRST KISS". Haneul memberi amaran.

Setelah beberapa lama kemudian akhirnya mereka tiba di perkarangan rumah agam milik Haneul dan Taehyung.Rumah yang dihadiahkan oleh keluarga Kim dan keluarga Shin kepada mereka dengan harapan mereka boleh memperbesarkan lagi ahli keluarga dalam rumah tu.

Masuk je ke dalam rumah Haneul berdiri di tengah ruang tamu menunggu Taehyung.

Taehyung melangkah masuk dengan slamber badak tanpa menghiraukan Haneul. "Awak! tunggu kejap saya nak cakap sikit". Panggil Haneul apabila Taehyung tidak mempedulikannya.

"Mende". Taehyung memberhentikan langkah tanpa menoleh memandang Haneul.

"Memandangkan awak buat peraturan untuk awak, saya pun nak buat 3 peraturan".

Dengar sahaja tentang peraturan Taehyung terus memusingkan badan nya menghadap Haneul di belakang nya.

"Peraturan pertama , Jangan sesekali sentuh saya tanpa izin saya , peraturan kedua , jangan sesekali terjah ke dalam bilik saya kalau awak tak ketuk dulu , peraturan ketiga , Jangan sesekali jatuh hati dekat saya,sebab saya benci awak". Haneul berkata dengan nada tegas .

"Ok, kalau macam tu aku pun nak tukar peraturan nombor 2 aku tu kepada 'Jangan sesekali jatuh hati dekat aku jugak' ". Taehyung terus berjalan menuju ke dalam lif dan menekan butang nombor 3 ,di mana tingkat bilik nya terletak.

"Kau ingat aku nak ikut sangat peraturan kau pempuan? ". Taehyung tersenyum sinis.

“Arghh sumpah boleh gila aku lama-lama dapat suami macam ni”. Haneul menghentak kaki nya.

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience