Matanya dibuka mengejut. Jam pada dinding terus dilihat dengan matanya yang agak sepet dek kerana baru sahaja bangun dari tidur. Pukul 8 pagi. Matanya sudah membulat besar akibat terkejut. Sudah lambat! Selalunya dia akan bersiap pukul 5 pagi kerana kafe sepatutnya dibuka dalam jam 10 pagi. Sudahlah kancilnya masih berada di kafe kerana dia dihantar ke rumah semalam.
Orkid berlari ke bilik mandi selepas mencapai tualanya. 8 minit sahaja masa yang dia ambil untuk mandi. Kebiasaannya Orkid mengambil masa 15 minit untuk mandi membersihkan badan.
Usai mandi, dia terus menapak ke bilik dan bergegas bersiap. Tudung sarung dicapai dan dikenakan. Malas dia hendak menggunakan tudung bawal hari ini. Leceh kang!
Tiba-tiba kedengaran bunyi deruman kereta dari luar rumahnya. Kening Orkid bertaut. "Bila masa mak ada kereta ni?" gumamnya kecil. Totebag diletakkan pada bahunya dan perlahan-lahan kakinya dibawa turun ke rumah. Kereta berjenama Toyota Vios berwarna hitam itu menangkap perhatiannya. Haidar keluar dari kereta dan menunjukkan wajahnya.
"Hm. Kenapa awak dekat sini? Er. Macam mana awak tahu saya tinggal dekat mana?" soal Orkid dengan pandangannya ditundukkan untuk mengelakkan memandang mata milik Haidar yang berwarna coklat biasa.
Haidar tersenyum dan ketawa kecil. "Saya tahu awak lambat sebab selalunya awak akan buka kafe sebelum masa sepatutnya. Saya tahu rumah awak sebab saya hantar awak semalam. Lupa ke?" jelas Haidar lalu mengaturkan kepala hudnya. Tangannya diletakkan ke dalam poket seluar sambil memandang ke arah Orkid.
"Haah la. Bengongnya aku ni. Hm." gumam Orkid sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haidar mengoyak senyum melihat reaksi Orkid. Comel.
"Masuk. Saya tumpangkan." arah Haidar. Orkid mengangguk faham dan terus membuka pintu kereta milik Haidar. Orkid terus masuk ke dalam kereta.
-
"Awak masuk ke?" tanya Orkid kepada Haidar. Haidar mengangguk. Orkid mengangguk erti faham dan berjalan ke pintu kafe. Mujur tidak lambat hari ini.
Haidar menapak masuk ke dalam kafe dan terus duduk di meja yang disediakan. "Macam biasa." ujarnya kepada Orkid yang baru sahaja meletakkan totebag di atas kaunter pembayaran. Orkid mengangguk. Pekerja yang lain masih belum sampai.
Seperti biasa, cawan kertas diambil dan dia mengisikan 2 skop(?) aiskrim vanila ke dalamnya. Sudu plastik berwarna merah jambu diletakkan ke cawan tersebut bagi memudahkan pelanggan menikmatinya. Kaki Orkid berjalan menuju ke meja Haidar dan dia meletakkan cawan tersebut keatasnya.
Haidar mengucapkan terima kasih dan Orkid mengangguk namun dia masih belum berganjak dari situ dan masih teragak-agak.
"Hm. Boleh saya tanya?" soal Orkid takut-takut dengan nada yang direndahkan kepada Haidar. Haidar mengangguk tanda membenarkan. "Hm. Awak suka sangat eh aiskrim vanila?" tanya Orkid lagi. Haidar memalingkan mukanya ke arah Orkid dan tersenyum. Orkid sudah gementar. Belum pernah jejaka ini mengoyakkan senyum di hadapannya.
"Saya suka sangat dengan aiskrim vanila."
"Sama. Tapi apa sebab awak suka aiskrim tu? Saya suka sebab rasa dia tak manis sangat." jelas Orkid dengan yakin. Haidar mengangguk.
"Saya suka sebab...takda sebab."
"Kenapa?"
Haidar tersenyum. "Tak semua benda kita suka atau gemari perlukan sebab yang munasabah kan. Kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu sebab dia. Macam saya. Saya suka awak. Tapi, saya takda sebab yang munasabah. " ujar Haidar tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Orkid terpana. "Haidar ni cakap apa? Dia tengah luahkan perasaan dia dekat aku ke? Err." gumam Orkid sendiri dan dia terus berlalu dari situ untuk melayan pelanggan yang lain.
"Kejap."
Arahan Haidar mematikan langkah Orkid. "Nama penuh awak apa ya?" Orkid menunduk malu. "Orkid Delisha." ujarnya lalu berlalu dari situ. Haidar hanya senyum senget melihat reaksi Orkid.
-Nanti yang ketiga last ya. Lepastu kita akan terus ke short story yang seterusnya
Share this novel