Bab 97

Romance Completed 78329

Sampai di hospital, Luqman segera menuju ke Unit Perubatan Forensik. Sampai saja di situ, dia terpandangkan Gia, Maya dan Taufiq serta beberapa orang anggota polis turut berada di situ.

“Gia!”

Gia menoleh memandang gerangan yang memanggil namanya. Luqman! Nak je dia bangun dan lari dari situ tapi tak ada gunanya. Dia perlu tunggu di situ untuk menuntut mayat mummy dan Danial. Abang Eric pula dalam perjalanan datang ke sini. Proses pengecaman mayat pun dah dibuat tadi dengan anggota polis tadi memandangkan kes ni under kes polis.

“Gia…kau ok?” Pertanyaan dari Luqman langsung tak diambil pusing. Malas nak cakap dengan air matanya yang dari tadi masih lagi tak berhenti. Tak ada kuasa nak layan Luqman sekarang ni.

“Gia…”

“Awak nak apa datang sini? Sekarang ni bukan masa untuk saya bergaduh dengan awak! Kalau awak datang sini semata-mata nak bergaduh dengan saya, pergi baliklah!”

“Gia…aku datang sini nak berbaik dengan kau.”

“Nak berbaik? Sebab apa? Sebab awak simpati dengan nasib saya sekarang ni? Ataupun awak dah tahu benda yang sebenar? Dahlah Luqman! Saya tak perlukan awak pun sekarang ni. Saya boleh hidup sendiri!” Hati Gia dah keras. Langsung tak berlembut dengan Luqman.

“Gia…apa pun kau isteri aku. Apa yang jadi dekat kau semuanya aku kena ambik tahu.” Tengok air mata yang mengalir di pipi Gia nak saja dia menyeka air mata itu pergi tapi tangannya terasa berat.

Gia menoleh ke arah Luqman dengan senyuman sinis.
“Sejak bila awak terbuka hati nak mengaku saya ni isteri awak Luqman? Dahlah Luqman! Hentikan lakonan awak sekarang ni! Saya dah penat nak hadap perangai pura-pura awak lagi!”

“Gia, kau ingat apa yang aku buat sekarang ni pura-pura
ke?”

“Yes!”

“Luq…jangan pressure Gia. Rileks dulu. Nanti bila dah selesai semua ni, kau bincanglah dengan Gia elok-elok.” Taufiq dapat rasa keadaan makin tegang sekarang ni dengan Luqman yang tak habis cuba memujuk Gia sedangkan Gia pulak beriak dingin.

Luqman hanya akur. Ada betul jugak cakap Taufiq. Dalam waktu sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk cakap pasal hubungan mereka.

“Saya nak pergi tuntut mayat dulu dekat kaunter. Taufiq…temankan saya.” Gia melangkah pergi tanpa mengendahkan Luqman di situ.

“Bro…”

“Pergi je. Itu yang dia mintak.” Dia nak marah pun tak ada guna sebab dia tahu punca Gia jadi macam ni pun sebab dari dirinya sendiri.

Sampai saja di kaunter, Gia minta untuk tuntut mayat. Borang pengendalian mayat dan buku daftar kematian atau dikenali sebagai Forensic Medicine Information System (FMIS) diserahkan kepada Gia dengan sebatang pen. Nama waris, nombor kad pengenalan, alamat, hubungan dengan si mati dan tarikh masa penyerahan diisi lengkap untuk mummy dan Danial.

“Gia…kenapa awak tak ajak Luqman yang temankan awak ke sini? Dia kan suami awak? Afdalnya dia yang datang teman awak sekarang ni.”

“Awak tahukan saya dengan dia macam mana? Dari saya sakit hati hadap dia, lebih baik saya ajak awak.” Selepas mengisi borang dan buku daftar kematian tersebut, dia menyerahkan kembali kepada petugas kaunter tersebut.

Gia diminta untuk tunggu seketika. Gia cuma
mengangguk akur. Seorang petugas kembali dengan beberapa dokumen di tangannya. Dokumen perakuan pegawai perubatan mengenai sebab-sebab kematian (Post-Mortem) dan borang daftar kematian atau permit mengubur diserahkan kepada Gia dan juga barangan peribadi milik mummy dan Danial diberikan kepadanya. Taufiq menolong dengan memegang barang peribadi milik Madam Valona dan Danial.

Gia mengucapkan terima kasih sebelum beredar dari situ. Air mata yang mengalir di pipi diseka perlahan. Lepas ini tak ada lagi mummy yang akan memarahinya dan juga akan care pasal dirinya macam dulu lagi. Ya Allah…rindunya aku pada mummy.

Telefon bimbit Gia berbunyi. Dia mengeluarkan telefon dari poket seluar. Panggilan dari Vitalika. Dia menjawab panggilan tersebut.

“Ya Vi?”

“Akak…macam mana? Dah selesai uruskan mummy dengan Danial?” Kedengaran sedu-sedan suara Vitalika di talian.

“Dah…tunggu nak dibawa ke church nanti. Semua dokumen mummy dengan Danial akak dah uruskan.”

“Akak…Vi mintak maaf sebab tak dapat balik sana. Tiket tak ada. Tiga hari lepas tu baru ada balik tiket ke Cebu.”

“Tak apa…akak faham. Vi doakan untuk kesejahteraan mummy dan Danial pun dah cukup. Jangan nangis ok? Akak tahu Vi kuat.” Makin kuat tangisan Vitalika di dalam telefon. Dengar Vitalika menangis pun dia nak naik menangis sekali.

“Vi…jangan menangis macam ni. Vi buat akak nak menangis lagi tahu tak? Vi doa banyak-banyak supaya mummy dengan Danial tenang dekat sana ya?”

“Ok akak…Vi akan selalu doa untuk mummy dengan Danial.”

“Good girl. Oklah, akak kena pergi dulu. Nanti apa-apa akak akan call Vi balik ya?”

“Alright…”

JENAZAH mummy dan Danial dibawa keluar dari church dan dimasukkan ke dalam van khas untuk menuju ke tanah perkuburan Kristian. Gia masuk ke dalam van tersebut dan ditemani oleh Luqman. Gia hanya membiarkan Luqman mengikutinya. Buat masa sekarang dia dah tak larat nak cakap apa-apa.

Luqman memandang risau keadaan Gia yang masih lagi tak habis menangisnya. Ujian yang dikenakan ke atas isterinya cukuplah berat. Waktu kecil kehilangan tatay, dah berapa bulan yang lepas kehilangan daddy dan sekarang ni kehilangan mummy pulak.

Ya Allah…kau kuatkanlah hati isteri aku. Aku tak sanggup tengok dia menanggung kesedihan macam ni. Kau anugerahkanlah ganjaran besar untuknya kerana masih mampu kuatkan diri dan bersabar ketika Engkau menurunkan ujian kepada isteriku.

Satu van lagi dinaiki Taufiq dan Eric. Van mula bergerak menuju ke tanah perkuburan Kristian yang berdekatan.
Melihat Gia yang masih lagi tak berhenti menangis, dia menarik Gia masuk ke dalam pelukannya lalu belakang badan Gia diusap lembut. Cuba meredakan tangisan Gia tapi sebaliknya makin kuat tangisan Gia. Luqman hanya membiarkan. Biarkan Gia lepaskan semua kesedihannya.
Kalau aku jadi Gia, mungkin aku takkan jadi sekuat dia.
Pada aku, Gia memang seorang perempuan yang kuat.

Kehilangan orang yang tersayang dalam hidup kita bukanlah benda yang mudah dan dapat diterima macam tu saja tapi lama-lama kebenarannya kita tetap jugak kena terima. Peritnya lebih sakit dari segalanya kerana orang yang dah pergi takkan kembali lagi.

Mereka tiba di tanah perkuburan Kristian. Gia dan Luqman melangkah keluar dari van dan keranda Madam Valona dan Danial dibawa keluar oleh pengurus jenazah di situ. Jenazah Madam Valona dan Danial dibawa ke kubur yang sudah siap digali.

Ahli keluarga terdekat mula mengerumuni kawasan perkuburan. Father sudahpun ada di situ. Semuanya mula diam bila father mula membacakan sesuatu sebelum jenazah Madam Valona dan Danial ditanam.

Gia, Luqman dan Taufiq berdiri di luar kawasan perkuburan memandangkan itu upacara keagamaan untuk agama Kristian. Hanya keluarga terdekat dan beberapa anggota polis yang datang sahaja duduk di dalam kawasan perkuburan.

Selesai saja upacara itu, barulah Gia, Luqman dan Taufiq melangkah masuk. Jenazah mula dikebumikan. Wartawan pula mula merakam detik-detik tersebut.

Rest in peace mummy…Gia dan Vi akan rindukan mummy.
Walaupun mummy selalu marah-marah Gia dan buat itu ini tapi Gia tak pernah bencikan mummy sebab apa pun mummy tetap mummy yang melahirkan Gia. Macam tu jugak dengan Vi. Kami berdua tak pernah bencikan mummy.

Selesai urusan pengebumian, mereka mula beredar pergi. Gia mula dikerumuni wartawan yang ingin menemu ramah Gia. Tapi disekat oleh pihak polis. Gia memegang tangan Lt. Darwin tanda tak apa. Dia ok untuk ditemu ramah. Lt. Darwin hanya mengangguk tapi tetap mengawasi Gia.

Setiap pertanyaan dari wartawan dijawab penuh hemat oleh Gia. Walaupun dalam keadaan sedih, Gia mampu untuk mengukirkan senyuman kecil. Cuba mengawal rasa sedih dari menguasai jiwanya. Sepanjang Gia ditemu ramah, Luqman menggenggam tangan Gia untuk menghulurkan semangat. Kemudiannya, dia minta diri untuk beredar pulang. Dia menuju ke kereta Maya.

“Luq…get in.”

“It’s okay Maya. I think she need her time without me.”

“Are you sure?”

“Yes.”

“Ok then.” Maya masuk ke dalam kereta dan memandu pergi dari situ. Luqman menumpang kereta polis yang dibawa oleh Lt. Darwin. Taufiq turut naik sekali.

“Fiq…kau duduk dekat rumah lama lagi ke?”

“Hmmm…kenapa?”

“Aku nak stay dengan kau.”

“Kenapa kau tak stay dengan Gia? Dalam waktu macam ni, dia perlukan kau.”

Luqman cuma tersenyum pahit. “Aku tahu dia tak perlukan aku. Dia marahkan aku Fiq. Aku tak nak buat dia marahkan aku lagi.”

“Haih kau ni Luq. Dia marah pun tak bermakna dia tak perlukan kau di sisi dia. Apalah kau ni…”

“Aku kenal dia macam mana Fiq. Kalau dia marah…muka orang tu pun dia tak nak tengok. Aku stay dengan kau
jelah.”

Taufiq membenarkan. Kalau aku pujuk suruh dia duduk dengan Gia pun dia tak nak jugak. Apa aku boleh buat kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience