5

Romance Completed 95763

“Bunga mana yang abang curi?” Keningnya dijungkitkan sedikit.

Kini giliran Ikram Benjamin pula yang mengerutkan dahi. Matanya memandang ke arah bunga tersebut.

“Suka hati aje cakap abang mencuri ya! Haa, kan dah kena!” Hidung Anggun Dahlia menjadi sasarannya. Sehingga naik merah dibuatya.

“Sakitlah! Habis tu, kalau abang tak mencuri abang dapat dekat mana bunga tu?” Dia mencebik. Dalam diam, dia mengambil bunga yang berada ditangan Ikram Benjamin.

“Abang tak mencuri okey! Abang petik dekat pokok sana tu. Tapi sebelum petik abang dah minta izin dulu dekat pokok bunga tu. Abang tengok pokok tu diam aje. Selalunya, diam tandanya setuju, kan? Jadi, abang pun petiklah. Sayang jangan risau ya. Abang tak mencuri.” Dia menarik sengih tidak bersalah.

“Eiii! Haa, kan dah kena! Itu namanya mencuri! Mana boleh petik bunga dekat taman awam.” Giliran Anggun Dahlia pula yang mencubit geram pipi ikram Benjamin.

“Hahaha. Mana ada dia letak signboard dekat sana. Maksudnya tak salah kalau abang petik setangkai dua.” Dia mengusap pipinya. Bibirnya menarik sengih. Bukan senang Anggun Dahlia mahu memegang apa yang ada ditubuhnya. Inikan pula mencubit pipinya. Rasanya pipi itu akan ditampal dengan plastik agar mandinya nanti tidak basah terkena air. Haruman pewangi ditangan Anggun Dahlia juga masih melekat dipipinya. Tiba-tiba pipinya dirasakan panas. Ah, malunya. Angau!

“Setangkai dua abang cakap? Ini bukan setakat setangkai dua! Tiga tangkai pakej dengan daun-daun pula tu!” Bunga didalam pegangannya itu dibawa ke hidung. Sekejap saja bunga itu dijauhkan semula dari hidungnya. Tak wangi!

“Hahaha. Itu menunjukkkan abang ada usaha untuk memikat sayang setiap hari. Sayang bertuah tahu sebab dapat suami macam abang. Bukan setakat kacak dan berharta. Malah, romantik pula. Cuba bayangkan para suami yang ada diluar tu, mana mungkin dia buat macam ni pada isteri-isteri diorang.” Dia menarik sengih sambil memainkan keningnya.

Sedang elok dia berbual dengan Anggun Dahlia, telinganya menangkap bunyi alunan piano. Ikram Benjamin menoleh mencari arah bunyi tersebut. Saat itu pandangan matanya terarah pada satu kumpulan kecil yang sedang berkumpul ditepi anak sungai yang membiru itu.

Dia bangun dan menarik lembut tangan anggun dahlia. Mereka berdua menapak ke arah kumpulan tersebut. Ada seorang pemuda sedang bermain piano. Dia memerhati pemuda itu sehingga alunan piano tiba ke penghujungnya.

Ikram Benjamin mendekati pemuda itu dan membisikkan sesuatu. Pemuda itu kelihatannya mengangguk sambil tersenyum ke arah Anggun Dahlia. Dia bangun dari bangku duduknya. Bangku itu kemudiannya diambil alih oleh Ikram Benjamin.

Dia memandang ke arah Anggun Dahlia sambil mengukir senyuman. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan. Tangannya diletakkan pada setiap kunci piano yang bewarna putih. Jari kelingkingnya menekan kunci E. Alunan piano mula berbunyi. Dia mula bernyanyi mengikut tempo piano yang dilagukan.

Anggun Dahlia terpaku dengan adegan itu. Dia memaksa kakinya melangkah ke arah piano yang sedang dimainkan oleh Ikram Benjamin. Para penonton yang menyaksikan persembahan itu mula menepuk tangan. Tidak kurang juga ada yang merakamkan detik itu. Anggun Dahlia berdiri disebelah piano. Matanya dari tadi hanya memandang lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience