BAB 1

Humor Completed 26855

Dipandangnya persekitaran tempat baru itu. Ada sedikit rasa debar di hatinya. Muhammad Khalish Ashraf berdiri dihadapan sekolah barunya, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara yang terletak di negeri Pulau Pinang.

“Khalish, petang ni mama suruh Pak Amat ambil Khalish. Kalau Khalish nak protes dengan mummy sekalipun, jangan nak buat perangai dengan Pak Amat. Mummy tetap dengan keputusan mummy, kita akan tinggal disini sampai Khalish habis sekolah”

Khalish memandang pada ibunya yang sudah berada di dalam kereta, dia mengangguk sekali menjawab pertanyaan ibunya yang tak kedengaran macam soalanpun, lebih kepada arahan.Kemudiannya Khalish berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa mempedulikan ibunya lagi.Dia mencari pejabat guru. Puan Katrina hanya mampu melepaskan keluhan berat.

…..

Lagi beberapa bulan lagi je SPM. Lepas tu apa hala tujupun aku tak tahu. Aku minat nak ambil bidang perakaunan, tak minat duh sains. Tapi sekarang aku ambil dua-dua, Sains-perakaunan. Satunya-satunya kelas yang setiap pelajarnya mengambil sepuluh subjek… Dah pandai sangat ambil risiko, pandai je la kau tanggung Qisha. Alhamdullilah, aku ni pandai juga orangnya. Paling lowpun aku boleh skor, 8A+ 1B 1C.. C tu Biologi, tak minat ler aku dengan Biologi dan B tu adalah Fizik.Yang lain aku bolehlah usahakan..

“Qisha, kau melangut apa kat tepi korido tu” teriak Sofia, dia menampar belakang kepala Qisha.

“Kau ni, suka sangat cari pasal dengan aku. Tak puas hati, nak fight ka?”

Sofia tersengih, saja nak tayang gigi putihnya itu. Lupakah dia, tahun lepas dia ada cabut gigi satu kat depan tu, ada berani pula nak tersengih lagu orang cukup gigi.

“Jangan kacau aku la. Aku nak bermuhasabah diri ni. Biologi, macammanalah nak dapat A” Qisha menolak Sofia ke tepi.

“Kau belajar je dari budak baru” cadang Sofia.

“Budak baru? SPM dah nak dekatpun masih ada budak baru?”

“Baru masuk dua minggu lepas. Nama dia Khalish Ashraf, aku ingat nama dia sebab nama dia hampir sama dengan nama kau. Qalisha Aleeya, Khalish Ashraf”

“Kebetulan je” sambut Qisha cepat-cepat sebelum Sofia mulalah nak buat kisah cinta antara dia dan Khalish.

“Anyway, dia memang pandai. Dia ambil sepuluh subjek, sama macam kita tapi dia tak ambil perakaunan, dia ambil tasawwur dan dia skor semua A+. Tak semua A+ tapi yang penting semua A”

“Hebat” hanya satu perkata itu yang mampu Qisha ungkapkan. Sungguh dia terpegun.

“Dan apa yang lebih penting, dia memang hensem gila!!!!!”

“Descripe him” Qisha sudah buat gaya macam detektif, kononnya nak menyiasat.

“Dia tak de la putih sangat tapi muka dia pucat. Rambut dia tak hitam tapi brown like dirty blond hair and extra blue eyes”

“Ya ke? Ke dia pakai contact je”

“Entah la, tapi beberapa orang cikgu tegur dia kalau dia pakai contact tapi tak de apa-apa tindakan disiplin dan mata dia still warna tu.Lagipun mak dia orang Irish, ayah dia pula kacukan Melayu dan Scottish. Dia ada adik perempuan, nama adik dia Surri tapi adik dia meninggal dunia tujuh tahun lepas”

“Ye ke? Innaillawainnailahirojiun… Sebab apa?”

“Kemalangan jalan raya, diapun terlibat dalam kemalangan tu tapi terselamat”

“Emm, Sofia, mana kau tahu semua ni? Kau ada sembang dengan dia ke?” tanya Qisha was-was, dia memang sudah sedia maklum bahawa kawannya itu internet bergerak tapi kebenaran cerita itu tetap harus dipastikan terlebih dahulu.

“Tak adalah, aku google je kat internet. Mak dia aktivis terkenal, dia banyak tolong pengidap-pengidap HIV kat seluruh tempat. Lagipun, dah dua minggu dia duduk kat sini. Takkanlah kau langsung tak tahu” tanya Sofia tak percaya. Qisya pula ambil turn tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience