BAB 9

Horror & Thriller Completed 2300

Hati-hati, Hamiza. Dia mungkin ada di mana-mana. Kau terus masuk rumah dan kunci dari dalam. Aku dan kawan aku akan sampai 10 minit dari sekarang. Aku dah inform ke ibu pejabat. Kau take care, Hamiza.

Dia melepaskan keluhan sekali. Riak keresahan jelas pada wajah putih mulus itu. Dia membuka tingkap sedikit dan menjengukkan kepala keluar sebelum memandang melalui cermin pandang belakang. Dengan lafaz Bismillah, dia menapak keluar dari perut kereta.

Bagasinya dibiarkan terlebih dahulu. Dia akan datang kemudian bersama Zaquan untuk mengambilnya. Apabila yakin tiada sesiapa, dia terus berdesup meninggalkan kereta menuju ke lif yang kebetulan terbuka luas. Dia pantas menekan angka tujuh.

Sebaik sahaja pintu luf terbuka di tingkat tujuh, dia pantas bergerak ke pintu rumahnya. Dia mengetuk beberapa kali dan melaungkan nama suaminya. Dadanya berdegup kencang.

Dia kembali berasa tidak aman. Seperti ada mata yang memandang memerhatikan pergerakannya. Seperti maut sedang menunggunya, cuma menanti masa sahaja. Dia sudah mahu menangis apabila suaminya lambat membuka daun pintu.

Let’s play a love game

Play a love game

Do you want love?

Or you want fame?

Are you in the game?

Doing the love game

Hamiza terkejut apabila mendengar lagu itu dari dalam rumahnya. Nampaknya suaminya ada di rumah dan mungkin tertidur. Dia terus mengetuk pintu dengan lebih kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience