Tuan Syed Iqwal membalas soalan Nurjihan hanya dengan senyuman. Nampaknya gadis polos ini mengingati dirinya. Dia terharu.
"Awak ingat rupa saya?". Soal Tuan Syed Iqwal.
"Ye". Nurjihan mengaku.
"Good. Saya tak salah pilih". Kata Tuan Syed Iqwal.
Nurjihan berasa tidak nyaman. Aura lelaki ini sangat memukau.
"kenapa pilih saya?. Kenapa Tuan Syed yakin dengan saya?." Nurjihan ragu-ragu.
Tuan Syed Iqwal tersenyum lalu memalingkan kerusi rodanya ke arah dinding kaca melihat untuk permandangan luar.
"Awak yang yakinkan saya. Twice."
Aina terkedu. Tak faham apa yang di maksudkan itu.
"Bila masa saya yakinkan Tuan Syed? Kita baru bercakap sekali". Balas Nurjihan.
"Nope, i said twice just now. Mungkin awak memang tak ingat pertemuan kita kali kedua itu. Di tangga semasa awak memakai maskot beruang".
"Your words is 'Be strong, kesakitan itu akan hilang'. Your slogan mengingatkan kepada kata-kata papa saya semasa dia hidup. Saya membesar dengan kata-kata semangat itu. Same as him said." Tambah Tuan Syed Iqwal lagi.
Nurjihan terpempam. Terus mindanya berlari mengimbas memori lalu.
Tangga? lelaki yang menangis bersandar di bahunya? Wajah yang terlindung di sebalik topi. Adakah....
"Itu Tuan Syed ke?".
Tuan Syed Iqwal kembali memusingkan kerusi rodanya dan tersenyum sambil mengganguk mengiakan pertanyaan Nurjihan itu.
"Tapi waktu tu Tuan Syed...."
"Kenapa? awak hairan macam mana saya boleh ada di atas kerusi roda ni?".
Nurjihan mengganguk.
"Awak pasti sedar yang saya lama tak datang cafe kan?".
Nurjihan mengganguk lagi.
"Saya terlibat dalam kemalangan. Dokter sahkan saya lumpuh kedua-dua belah kaki."
Nurjihan terdiam. Dia masih tidak berasa selesa dengan Tuan Syed Iqwal. Maka di simpan dahulu soalan kepochi bagaimana? kerana apa? dan sebagainya apabila dia sudah selesa nanti sebagai menghormati perasaan majikannya itu apabila melihat riak wajah Tuan Syed Iqwal yang berubah sedikit sebentar tadi.
"So, i hope yang awak akan komited dengan kerja ni walaupun ini adalah kerja part time awak but take it seriously." Pesan Tuan Syed Iqwal.
"Saya, janji akan buat yang terbaik Tuan Syed." Nurjihan berjanji.
"Jihan, come here". Tuan Syed Iqwal memangil Nurjihan untuk berada di hadapannya.
Nurjihan hanya akur dan kini dia betul-betul berada di hadapan Tuan Syed Iqwal.
Spontan itu Tuan Syed Iqwal menarik kedua-dua tangan Nurjihan untuk duduk berlutut di hadapannya itu.
Nurjihan kaget. Pertama kali lelaki memegang tangannya. Terasa aliran darah yang mengalir laju bila menatap pandangan Tuan Syed Iqwal.
Wajah Nurjihan menahan ketar bila tangan Tuan Syed Iqwal membelai pipinya. Tahan Jihan....tahan.
"Awak dan saya dari dunia yang berbeza. Sekarang ni awak dah termasuk dalam dunia saya, jadi awak kena biasakan."
Zap! biasakan? akan biasakah Nurjihan nanti?
Tuan Syed Iqwal begitu asyik menilik wajah gadis polos yang cantik di hadapannya itu. Di harap dengan hadirnya gadis ini dalam kehidupannya bakal mengusir rasa kebinasaan dalam hidupnya.
Tuk..tuk..tuk..
Pintu bilik yang besar itu di ketuk oleh Benjamin. Sikit pun tidak mengalihkan perhatian matanya untuk terus melekat pada wajah Nurjihan.
"Ada apa Ben?". Tanya Tuan Syed Iqwal.
Nurjihan yang sudah kemerahan wajahnya hanya kaku dalam pegangan Tuan Syed Iqwal.
"Maaf mengganggu Tuan Syed. Tiba masa untuk saya bawak Cik Nurjihan mencari kelengkapannya sebelum dia mulakan tugas Tuan Syed."
Tangannya perlahan-lahan di turunkan dari memegang wajah Nurjihan.
"Okay sure." Tuan Syed Iqwal berundur dan mula meninggalkan bilik itu.
Fuh ! Jantung Nurjihan tidak berhenti berdegup. Tidak sihatkah jantungnya hari ni? Adoimak !
Pintu di tempat duduk belakang di buka. Nurjihan hanya memandang tanpa masuk dan menimbulkan kehairanan pada Benjamin.
"Cik Nurjihan... sila masuk". Anak matanya Benjamin memainkan peranan untuk mengarahkan Nurjihan bertindak masuk.
Pintu itu di tutup semula oleh Nurjihan.
"Nope ! saya tak nak duduk di belakang. Saya nak duduk depan". Kata Nurjihan.
"Err.. tapi Cik Nurjihan..." Kata-kata Benjamin mati bila Nurjihan terus bergerak masuk dan duduk di kerusi hadapan.
Haih...cik muda seorang ini !
Kini mereka berada di Pavilion Kuala Lumpur. Tercengang Nurjihan bila memandang suasana di dalam mall itu. Gila besar ! Ni tempat orang-orang kaya. Seumur hidupnya dia tak pernah jejak kaki ke mana-mana mall walaupun berkali-kali di ajak oleh Hawa dan Pia.
"Ben, kita nak buat apa dekat sini? nak shopping barang siapa?"
Benjamin memusingkan kepalanya sedikit merespond pertanyaan Nurjihan itu.
"Kita nak beli barang-barang keperluan untuk Cik Nurjihan sebelum memulakan kerja di office dan sebagainya." Kata Benjamin yang berjalan di hadapan Nurjihan.
Selain di temani Benjamin, Nurjihan juga di temani oleh seorang pembantu rumah iaitu Syifa. Dia dan Benjamin adalah sepupu.
"Cik Nurjihan jangan risau ye saya akan tolong Cik Nurjihan dalam pemilihan baju dan sebagainya". Kata Syifa bila melihatkan wajah gusar Nurjihan itu.
Nurjihan hanya menggangguk segan.
Pergh, baru je sign agreement terus bawak pergi beli barang? aku belum balik bagitahu mak aku lagi woi!
Mereka mula menapak masuk ke dalam sebuah kedai pakaian berjenama. Di lihat Benjamin hanya tunggu di luar kedai. Kenapa dia tak masuk? Nurjihan melihat sekeliling kedai... ouh, patutlah, kedai pakaian dalam wanita !
"Kak Syifa. Banyaknya beli ni. Semua untuk saya ke?". Tanya Nurjihan.
Syifa hanya menggangguk sambil tersenyum. Gila eh, ni baru yang dalam ! yang luar belum lagi.
Setelah itu mereka masuk pula ke dalam kedai pakaian yang bertema korporat.
Naik letih Nurjihan masuk dan keluar dari bilik persalinan bila begitu banyak baju yang di suruh Nurjihan untuk cuba memakai oleh Benjamin dan Syifa. Dua orang ni boleh tahan cerewat eh !
Sesampainya di rumah agam Tuan Syed Iqwal iaitu Villa Rose, Nurjihan terus ke arah bonet kereta untuk menggangkat beg-beg yang terpancing semasa di Pavilion tadi.
Bonet kereta terus di tahan oleh tangan Benjamin dari di buka oleh Nurjihan.
"Eh, kenapa tak buka?". Tanya Nurjihan pelik.
"Nope. Ni bukan kerja Cik Nurjihan. Tapi kerja saya. Biar saya yang angkat semua beg-beg ni". Kata Benjamin.
"Boleh tak lepas ni jangan panggilan saya Cik Nurjihan. Panggil je Jihan.." Pesan Nurjihan kepada Benjamin bila telinganya naik rimas di panggil panggilan formal seperti itu.
Benjamin mengganguk sekali.
Kemudian menggeleng.
"Tak boleh Cik Nurjihan. Ini adalah arahan dari Tuan Syed untuk semua yang ada di dalam rumah ni menganggap Cik Nurjihan sebagai orang terhormat di dalam villa Rose ni".
Nurjihan mencebikkan mulutnya. Kemudian dia masuk ke dalam Villa Rose. Melihatkan itu, Benjamin tersenyum lucu.
"Kak Syifa, nak Jihan tolong?". Tanya Nurjihan bila melihat Syifa sibuk mengeluarkan barangan basah untuk memasak.
"Eh, jangan Cik Nurjihan. Nanti saya kena marah". Larang Syifa kepada Nurjihan.
"Alaaaa nak tolong jugak". Pinta Nurjihan.
Syifa mengalah melihat rayuan Nurjihan.
"Pandai siang bawang ke?." Tanya Syifa tersenyum.
"Come on, Jihan kot". Lagak Nurjihan.
Sedang dalam mereka mahu memasak, Benjamin datang ke dapur.
"Cik Nurjihan, Tuan Syed arahkan saya untuk menghantar Cik Nurjihan pulang".
Nurjihan dan Syifa berpandangan sesama sendiri.
"Awalnya nak balik?". Tanya Nurjihan.
"Tuan Syed yang arahkan supaya Cik Nurjihan balik berehat". Jawab Benjamin.
Nurjihan hanya menggangguk dan mengikut langkah Benjamin.
Dalam perjalanan pulang, Nurjihan teringatkan Tuan Syed Iqwal.
"Ben, saya nak tanya sikit boleh?".
Benjamin hanya memerhatikan pada cermin pandang belakang. Angguk tidak, geleng pun tidak. Haish..
"Macam mana Tuan Syed boleh lumpuh?". Nurjihan mula mengorek info.
"Tuan Syed terlibat dalam kemalangan setelah keretanya terbabas masuk ke dalam gaung 2 bulan yang lepas." Jawab Benjamin.
Terkejut Nurjihan.
"Macam mana boleh jatuh gaung?".
"Tuan Syed memandu dengan bahaya selepas bergaduh dengan bekas kekasihnya Cik Bellinda."
Bekas kekasih?
Flashback dua bulan yang lalu....
JAKARTA, 7 January 2019
Pintu bilik hotel Luxaria bernombor 302 di buka oleh pengurus hotel di situ. Maka di depan mata Tuan Syed Iqwal kini terlihat kekasihnya Bellinda sedang tidur nyenyak dalam dakapan lelaki lain.
Bunyi tepukan tangan bergema di bilik 302 itu. Terjaga kedua pasangan kekasih yang di buai asmara itu terkejut melihat Tuan Syed Iqwal di hadapan mereka.
"Iq...kok bisa kamu di sini?". Kata Bellinda yang dengan cemas mencapai bathrobe berwarna kelabu yang berada di lantai itu. Dia cemas kerana kepuraannya selama ni sudah terbongkar.
Tuan Syed Iqwal menarik senyuman sinis. "Ini yang kau cakap kau cintakan aku? sayang aku?. What the shit is this?!!". Tinggi suara Tuan Syed Iqwal memarahi Bellinda.
Kelihatan lelaki yang bersama Bellinda itu terkocoh-kocoh mengutip pakaiannya dan berlari keluar dari bilik itu. Dia tidak pedulikan Bellinda dan Tuan Syed Iqwal yang dalam keadaan tegang itu.
"Hey, Adit !" Laung Bellinda kepada kekasihnya Aditya yang pergi meninggalkannya di situ.
Bellinda dengan pantas menggapai tangan Tuan Syed Iqwal.
"Iq...kamu jangan salah faham Iq..aku ngak ada apa-apa kok sama dia. Dia tu bukan siapa-siapa". Balas Bellinda.
Tuan Syed Iqwal menepis tangan Bellinda.
"Bukan siapa-siapa? habis tu yang kau tidur sekatil dengan dia tu bukan siapa-siapa la? So kau nak cakap yang lelaki tu cuma kau punya F*** toy?".
Bellinda kegelisahan.
"Aku tak patut percayakan daddy untuk terima kau. Kau ni sampah! Menyesal aku sayang kau!!".
Tengking Syed Iqwal kepada Bellinda dan terus berlalu dari situ.
Bellinda terus mengejar Tuan Syed Iqwal hingga ke parking lot vvip di hotel itu. Kaki Tuan Syed Iqwal di peluk Bellinda.
"Iqwal...jangan ninggalin aku please. Aku tuh sayang sama kamu. Aku khilaf Iq..." Rayu Bellinda.
"Lepaskan kaki aku, aku jijik dengan perempuan hipokrit macam kau". Kata Tuan Syed Iqwal.
Sejurus selepas itu Tuan Syed Iqwal memandu dengan laju dan sangat berbahaya. Fikiran warasnya hilang berterbangan dan hanya amarah yang menguasai. Di sebabkan itu dia hilang kawalan sehingga merempuh tembok penghadang jalan akibat mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan.
3 hari selepas itu, Tuan Syed Iqwal terjaga dari komanya. Sudah dapat dia rasa di mana keberadaannya sekarang ini. Di hospital !
Datang seorang dokter perempuan masuk ke bilik rawatan itu.
"Selamat sore Pak Syed Iqwal. Bagaimana kondisi bapak sekarang? masih ada rasa sakit di mana-mana?". Tanya dokter itu.
Tuan Syed Iqwal menggeleng. Dia mahu ke tandas. Selimut pada kaki di alihkan dan ingin bergerak turun dari katil. Kenapa? kenapa kakinya tidak dapat bergerak turun dari katil?
"Dokter, kenapa kaki saya tak rasa ni dokter?".
Dokter perempuan itu hanya diam. Di kumpulkan semangat untuk bercakap dengan pesakit di hadapannya itu.
"Pak Syed Iqwal..saya mohon agar bapak kuat ya. Implikasi kemalangan lalu mengakibatkan kerosakan pada saraf tulang belakang. Gangguan fungsi tubuh bisa terjadi pada kedua-dua belah kaki bapak." Ujar Dokter yang bernama Gina itu.
Tuan Syed Iqwal terkejut mendengarkan segalanya yang di ulas oleh Dokter itu. Dia melihat ke arah Benjamin.
"Ben, kau tak prank aku kan?". Tuan Syed Iqwal mencari kepastian.
Benjamin juga terkedu. Pandangannya di arahkan pada Dokter Gina.
"Dokter, dokter pasti ke?. Ada jalan untuk pulihkan Tuan Saya?." Benjamin juga kegelisahan.
"Maaf Pak Ben, pihak kami juga ngak bisa menganilisi kelumpuhan ini sementara atau permanent. Cuma yang bisa saya katakan..Teruskan berdoa dan jangan lupa pengobatan dan manjalani fisioterapi". Jawab dokter Gina.
"Maafkan saya Tuan Syed, kalau la saya yang memandu waktu itu pasti tak akan jadi macam ni". Benjamin rasa bersalah kerana dia bercuti pada hari tersebut.
"Keluar Ben, aku nak masa sendiri". Arah Tuan Syed Iqwal.
Benjamin memandang sayu ke arah Tuan Syed Iqwal. Nasib malang apa yang menimpa Tuannya itu. Doanya agar lelaki itu terus cekal.
Flashback end.
"Cik Nurjihan?". Panggil Benjamin.
"Ha?". Nurjihan kembali ke dunia nyata setelah fikirannya menyelami kehidupan pahit Tuan Syed Iqwal semasa Benjamin bercerita.
"Ada nak singgah mana-mana sebelum kita sampai depan flat Cik Nurjihan?". Tanya Benjamin.
"Ouh. tak ada Ben. Boleh saya tanya lagi?". Nurjihan masih mahu mengenali Tuan Syed Iqwal.
"Silakan". Kata Benjamin.
"Tuan Syed Iqwal memang serius ke orangnya?".
Benjamin tersenyum sedikit mendengarkan itu.
"After kemalangan itu. Tuan Syed banyak berubah. Dia tak mudah mesra macam dulu. Sejak itu saya tak pernah nampak dia ketawa. Hanya senyuman yang menyembunyikan seribu satu kesakitan dia".
Nurjihan jatuh kasihan mendengarkan kata-kata Benjamin.
"Awak ni rapat ye dengan Tuan Syed?". Tanya Nurjihan.
"Saya adalah ketua pengawal peribadi di Villa Rose. Jadi memang saya kena ambil tahu dan menjaga segala hal peribadi tentang Tuan Syed". Jelas Benjamin membuatkan Nurjihan mengganguk faham.
"Sekarang ini tugas saya di kurangkan dengan adanya Cik Nurjihan yang menguruskan hal-hal berkaitan Tuan Syed. Saya hanya akan meneruskan dengan tugasan yang lain".
Benjamin mengerling ke cermin pandang belakang melihat Nurjihan yang terangguk-angguk dari tadi sepanjang penjelasannya.
"Tugasan yang lain?". Tanya Nurjihan.
"Ye, saya adalah Personal Assistant kepada Cik Nurjihan semasa di pejabat dan merangkap pengawal peribadi Cik Nurjihan dan Tuan Syed sekaligus."
Benjamin menarik brek tangan dan menoleh ke arah Nurjihan.
"Kita dah sampai Cik Nurjihan".
Nurjihan melihat sekelilingnya. Ye dah sampai di hadapan flat itu. Tidak puas rasanya mendengarkan cerita tentang Tuan Syed Iqwal.
"Terima kasih hantar saya Ben. Jumpa esok". Ujar Nurjihan tersenyum dan terus keluar dari kereta.
Sadisnya hidup Tuan Syed Iqwal. Nurjihan jatuh kasihan. Ada manusia yang bernasib malang berbeza dengan keadaan masing-masing.
Share this novel