Bab 5

Action Series 6760

"kau yakin ke nak bawa Farraz ke italy" Ben seakan tidak percaya.

    "Yaa ara yakin nak bawa dia, Ara nk jaga dia di sana nanti dan akan tampung semua perbelanjaan pelajaran Farraz dekat sana nanti." jawab Arazilla tenang.

     "macam mana kalau dia taknak ikut?? Kubur abang dia dekat sini tahu?? Dia pasti akan rindu abang nya?? Kali ini leya pula bersuara.

     "Inshaallah aku akan balik sekurang nya 3 bulan sekali, lepas kerja aku settle we back to normal again. Tapi aku masih akan menetap terus dekat sana." Arazilla memberi jawapan mudah.

     Ummi bukan tak mahu bagi xii tapi budak tu bukan ahli keluarga kitaa sayang, kita kerna hantar budak tu dekat rumah anak yatim, mungkin ibu bapanya tengah cari dia." Lembut sahaja bicara umminya.

    Sedari awal lagi, Arazilla mengagak umminya pasti tidak pernah menyukai akan Farraz.

    "Tahu takpe kan along kan?? Biar je lah budak tu duduk rumah anak yatim, apa salah nya kan?? Syavannah seperti mengapi apikan ummi dan along nya.

    "angah, along, ummi, kalau tak boleh nak terima dia dalam keluarga kita, sekurang kurang nya tolong lah dia kalau hati kitaa masih ada sifat kemanusiaan." lembut bicara Arazilla.

     "Dan angah tak berhak masuk campur urusan Ara. Ara dah besar boleh fikir mana baik mana buruk. So tolong jangan pertikaikan apa yang Ara buat.Dia tetap anak Ara walau apa pun terjadi."

     Semua di situ hanya diam tidak berkutik selepas sahaja mendengar ceramah free Arazilla.

     Ben dan leya juga diam. Kalau itu keputusan kawan baiknya, biarlah asalkan dia bahagia dengan kehidupan nya kelak.

    Syazannah melangkah pergi dari situ. Kaki nya dihentak kuat tanda protes.

Bumm.....

     Pintu bilik dihentak kuat. Terjongket bahu mereka semua di ruang tamu. Terkejut agaknya. Betul-betul merajuk gamaknya. Ummi dan along menggelengkan kepala.

     "Hmm. Kalau begitu keputusan xii, ummi benar kan." dalam kalangan keluarga dan kawannya, hanya ummi sahaja memanggil nama nya xii.

     "Jaga dia, didik dia jadi insan berguna. Jangan lupa juga ajar dia tentang islam. Jangan sesekali kamu naikkan tangan Kamu, dia hanya anak angkat kamu, dan kamu bukan ibu kandungnya. "Tatang dia bagai minyak yang penuh". sebagaimana ummi tatang kamu waktu kecil. Ingat pesan ummi."

     Setegas tegas Tengku Iman auliya , dia tidak pernah sesekali menaikkan tangan ketiga-tiga anaknya. Mencubit lagi nya lah.

    "Baik ummi terima kasih sebab izinkan xii pergi italy and stay sana." Arazilla tersenyum manis. Tudung biru lembut dipakai  menambahkan lagi keayuan dirinya yang cantik.

     "Aunty iman, kami berdua pulang dulu ya. Ada urusan perlu diselesaikan." Pamit Ben dan leya. Tengku Iman mengangguk.

******

Malam itu.

     Farraz termenung jauh tidak berkelip matanya memandang lauk di atas meja makan.

Hoii.....

     Syavannah menyergah. Apa lagi terkejut beruk lah si budak Farraz tu. Semua yang berada di meja makan itu memandang dengan riak kosong. Zero.

     "Angah apa ni?? Hormat sikit orang nak makan. Suka hati je nk main sergah macam tu... Buat nya ada yang tercekik siapa yang susah." Arazilla menegur berserta perlian.

     "Arhh suka hati aku lah. Lagipun dia bukan layak nak ada dalam golongan kita. Budak tu layak duduk dekat bawah jambatan sana." suara nya dinaikkan seoktaf.

     Arazilla terpempan dengan kata kata kakak kedua nya. Pipi putih Farraz sudah dibanjiri air mata.

     "Angah jangan sebab kita ada gelaran Tengku, kitaa boleh tindas orang yang kurang mampu. Jangan sebab kita ni berharta, kita boleh mendabik dada. Dan jangan sesekali kita terapkan dalam hati dengan sifat sombong dan riak. Sebab semua tu hanya sementara." ummi dan along nya hanya mendengar rintihan Arazilla.

     "Kalau Allah nak tarik kekayaan dunia ni sekejap je. Ingat kebahagiaan kekayaan, Semua ini hanya pinjaman semata-mata." tambahnya lagi. Hatinya bagai dikoyak koyak dengan mendengar bicara Tengku Syavannah Ellzerrea Esya sebentar tadi.

     Arazilla senyum kelat. Mutiara jernih yang keluar dari tubir mata dikesat. Begitu juga Farraz. Tersedu sedan dia menangis di hadapan Arazilla.

     Arazilla memimpin tangan Farraz supaya mengikutinya. Dia mengambil kunci kereta dan membawa farraz keluar dari rumah.

------------------

FLASHBACK

SPLASHHHHHH....

    "FARRAZ"

Arazilla menjerit kuat. Dan selepas itu dia juga terjun ke dalam sungai yang mengalir deras.

     Nasib membelahi nya. Dia sempat menyelamatkan Farraz, jika terlambat mungkin kanak - kanak itu sudah pergi meninggalkan nya.

     Bunyi air berkocak. Dia mengangkat farraz perlahan ke tepi sungai. Dadanya berombak laju apabila melihat Farraz tidak sedar kan diri.

     Arazilla menekan dada kanak - kanak itu supaya air yang memasuki ruang rongga badan keluar. Namun usaha nya gagal.

     "Sayang jangan tinggal kan ibu.tolong lah sayang bangun." Suara nya merintih. Seakan seakan merayu.

     Sekali lagi dia menekan dada Farraz "bangun sayang bangun lah ibu tahu kamu kuat... Bangun lah." guamannya perlahan.

     Leyaa baru sampai di situ apabila mendengar suara orang bercakap.

     "Weh kenapa dengan budak nii?? Baju korang dua kenapa basah kuyup?? Budak tu nak bunuh diri ke?? Ada getaran dia suara leya.

      "Dia lemas, aku selamatkan dia tali sekarang ni dia tak bangun. Macam mana nak buat weh tolong lah aku. Aku sayang anak aku."

      "Buat CPR sekarang kalau kau taknak hilang dia" perkataan itu di ucap perlahan.

     Arazilla segera membuat CPR ke atas Farraz. Dan.......

      Uhuk.. Uhukk..

      Farraz terbatuk kecil. Arazilla menepuk perlahan pipi lembut kanak itu Supaya sedar.

      "I- ibuu."Arazilla terus memeluk erat seakan tidak mahu melepaskan. Farraz pengsan. Mungkin kerana kepenatan.

       Arazilla segera mencempung untuk dibawa ke hospital berdekatan. "Ibu janji akan jaga kamu smpai akhir hayat ibu"

END FLASHBACK

     "Ibu, kenapa ibu tak tinggal je Araz masa araz lemas hari tu" boleh nampak riaknya bertukar mendung.

     "Kenapa ibu ambil saya tinggal dengan ibu?? Kenapa ibu tak biarkan saya duduk bawah jambatan tu." terpacul soalan yang membuat nya sedih.

     "Kenapa Araz cakap macam tu, Araz dah tak sayang ibu??

     "Araz sayang ibu tapi keluarga ibu tak suka kan Araz."

Hiks hiks

Farraz menangis.

     "Araz nak tahu something tak," tanya Arazilla.

Dia menuduk dan terus mengangguk sebagai jawapan. Farraz mengelap air mata nya. Haha sumpah tak gentle.

Dia tergelak sedikit.

     "Kalau Araz nak tahu, kamu berdua cukup membuat kan ibu gembira. Ibu sayang kan kamu berdua macam anak ibu sendiri. Dan ibu dah janji pada diri ibu untuk jaga kamu sebagaimana yang abang Fawwaz mahukan."

Dia mendongak memandang ku. Senyum manis.

Malam semua ,yuni nak Tanya cerita yuni tak best ke ?? ok tak ?? Komen bgtau yuni kalau ada yang kurang .. Goo semua ... happy reading .. and doakan yuni cepat sembuh yea!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience