Series
5510
KTIK! KTIK!
Penutup pen hitam itu dari 10 minit yang lalu lagi dimainkan olehnya. Bosan agaknya dari tadi lagi termenung memandangkan kelasnya saat ini tiada guru dan semua hanya bising dan buat hal masing-masing.
"Haihh..." keluhan entah ke berapa kali keluar dari bibir cantik Bella itu. Sekejap kerusi di sebelahnya dilirik. Maklum Ifah tidak hadir ke kelas hari ini kerana demam panas.
Ayu? Ayu berbeza kelas dengan mereka. Ayu di kelas 1 sama dengan Luthfi. Maklum la budak pandai kan. Dia pula sekelas dengan Ifah, Hazim dan-
Pap!
Bella mula membalik biji mata tertekan sungguh mukanya. Aniq la siapa lagi Hahahaha.
Perlahan dia pusing ke belakang. Pemuda itu hanya dibelakangnya saja.
"Apa?"
"Bosan la. Kau tak bosan ke?"
"Tak." jawap Bella tanpa senyum kembali pusing ke depan. Yela senyumnya untuk orang tertentu saja. Kalau setakat Aniq ni... haih!
Aniq mencebik. "Boring."
Aniq mula menggerutu bising dengan kelas yang bising. "Bising la bodoh! Dah macam dalam zoo."
Ewah dia, selalunya dia yang bising tak sedar. Kelas mula diam 5 saat tapi bising semula tak endahkan Aniq.
satu...
dua...
tiga...
"La!"
Bella mendengus sekali lagi. Apa mende la mamat ni nak. "Nak apa?"
Aniq tersengih. Satu lagi sesedap nenek moyang dia je nak pendekkan nama Bella dipanggil La saja. Kenapa tak buang L tu panggil A saja.
"Rehat sama nak kejap lagi." ujar Aniq.
"Taknak aku! Tak hingin nak rehat sekali dengan kau." tukas Bella dingin. Apa ke gila tiba-tiba ajak dia macam dia tu member Aniq
"Alaa nak la... nak la okey? Cakap okey? Kalau tak aku dukung kau dari sini sampai kantin. Nak?" ugut Aniq.
Melongo Bella dibuatnya. What the... jantan ni main paksa pulak.
"Pergi saja lah sorang. Apa masalah kau ni tiba-tiba ajak aku. Asal tak ajak aku kawin saja?" geram pula dia dipaksa begitu.
"Lah, aku memang nak kahwin dengan kau tapi tunggu la dulu. Kau jangan la tunggu aku, risau la takut aku jumpa yang lagi cantik, lagi merah dari rambut kau lepastu-"
"Ha dah-dah. Tak nak aku dekat kau." tukas Bella geram pula Aniq yang lebih-lebih dan tidak boleh bergurau.
"Pulak... tadi kata nak kawin." kata Aniq perlahan namun cukup didengar olehnya. Menunduk sambil muncung mulut, merajuk la kononnya.
Bella hanya balas dengan jelingan terbalik lapan puluh darjah celcius. Tak hingin!
Tak lama muncul Hazim dari pintu belakang melabuh punggung disebelah Aniq. Ditepuk bahu kawannya itu. Aniq angkat kening tanda 'asal?'
"Mana cik abe Muaz kita? Lama tak nampak batang hidung? Apa cerita?" tanya Hazim.
"Entah aku. Aku bukan duk sebumbung dengan dia." jawap Aniq malas. Rambut Bella yang diikat satu itu dimain-main dengan jari telunjuknya. Gadis itu pula nyenyak tidur itu yang tak marah.
"Haih, memang la tapi kau jiran dia. Itu yang aku tanya." ujar Hazim sambil geleng kepala melihat kawannya itu ralit bermain rambut Bella, siap dandan lagi.
Aniq buat muka pasrah. "Aku tinggal asrama sekarang ni. Apa ke bangan* nyanyuk kau ni." ditonyohnya kepala kawan tu. Tersengih Hazim.
"Ya tak ya juga kan. Sorry lah lupes."
Aniq geleng perlahan. Melihat Bella menggeliat seperti mahu bangun, cepat dia turunkan tangan dan tekup mukanya ke meja. Pura-pura tidur.
Bella terkial-kial membetul rambutnya yang didandan itu. "Bila masa pula jadi macam ni rambut aku?"
Dilihat Aniq bergetar badan duk gelak sendiri, tahu la dia angkara siapa. Dengan perasaan sebal Bella membetul kembali rambutnya.
Dia pelik, kebelakangan ini kerap Aniq membuatnya kesal. Diusik begitu oleh lelaki yang dia tak rapat memang agak merimaskan. Kadang mau saja dia sembam muka pemuda itu kedalam jamban, mana tak geramnya... dia pergi ke timur, Aniq ikut... dia pergi ke barat, diikut juga. Lapar perhatian agaknya. Bella mendengus perlahan.
Sedar tak sedar, sebulan sudah berlalu Bella menetap di Asrama Putri, sekolah sederhana tersebut terletak di hujung kota membuatnya agak terkucil jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah berasrama tinggi yang lain. Misalnya L.Tyson High School yang terletak beberapa meter saja dari sekolah mereka. Sekolah tersebut hanya berpenghuni dengan pelajar-pelajar dari anak golongan elit dan kelas orang berada. Senang cerita hanya orang tertentu bisa masuk.
Bella membuang pandang ke luar tingkap memandangkan dia berada elok tepi tingkap kaca itu. Aniq di belakang menuruti ke arah sama gadis itu pandang. L.Tyson High School?
Oh hampir terlupa. Sekolah mereka ini sekarang juga di bawah pengaruh kuasa sekolah elit itu sebenarnya. Hal itu hanya diketahui sesetengah pelajar sahaja.
****
Bella berjalan seorang diri menuju ke dewan makan. Sunyi pula hari ini dengan ketiadaan Ifah si mulut becok itu. Selalunya gadis sedikit gempal itu yang sedikit sebanyak mewarnai harinya yang selamana ini kosong. Walaupun pada mulanya dia rimas dengan sikap Ifah yang terlebih peramah namun dia nampak ketulusan Ifah dan Ayu dalam bersahabat. Jika dibandingkan dengan teman sekolah lamanya...
"La! Jom sekali."
Terkejut Bella apabila lengannya dirangkul tiba-tiba dari belakang. Ayu tersengih. Bella membalas senyumnya. Terlupa yang dia masih ada seorang lagi yang rapat dengannya sepanjang dia bersekolah disini.
"Jom."
"Kau ni serupa macam mamat sorang tu. Suka hati saja ringkaskan nama aku." tukas Bella selamba.
Ayu hanya tersengih seperti kera busuk. Tapi Ayu versi comel! Dia tak ambil hati.
"Muka pun lebih kurang sama..." tambah Bella lagi perlahan namun kurang jelas didengari Ayu.
"Apa awak cakap?"
"Tak ada lah. Jom lah, habis pula kang tak pasal makan rumput." ujar Bella mempercepat langkah sambil tangan berpegangan dengan Ayu. Dah serupa dua bestiey!
Mereka mula beratur di barisan panjang. Ramai juga orang tika ini. Mana tak ramainya, ini bukan musim puasa. Dah sah-sah la lapar semuanya!
Ditambah pula mereka ada kelas petang. Malam belum pasti kerana Sir yang akan mengajar kelas mereka malam ini ada emergency katanya. Kalau ada masuk, kalau tiada mujur. Boleh lepak dalam bilik then tidur!
Bella dan Ayu berdiri ditengah orang ramai sambil memegang pinggan dan segelas air. Melingas mata mencari meja kosong. Namun sepertinya hari ini padat dengan manusia. Tiada tempat kosong.
"Apasal ramai pula orang harini?" dengus Bella perlahan.
Ayu hanya balas dengan senyum. Senyum saja si Ayu ni tahu. Haih...
Melihat sekumpulan pelajar seperti selesai makan dan hendak beredar dari meja. Cepat gadis itu terkam. Ha naik lenguh kaki berdiri lama.
Setelah elok duduk berhadapan. Bella dan Ayu sama-sama tertawa kecil. Terdesak tempat duduk pula mereka.
Sambil makan dengan sopan tapi selera itu. Mereka berbual-bual kosong tak mahu terlalu janggal. Kerana selalunya diantara mereka, Ifah la yang paling pecok mulutnya tak berhenti bercerita. Ini tinggal Ayu si pemalu dan Bella si pendiam memang hanya bunyi sudu dan garfu berlaga sajalah. Jadi mereka berbual-bual ringan saja.
"Asal mamat pengacau tu suka kenakan aku ha? Pelik betul macam tak ada orang lain dia nak kacau." luah Bella. Huh sebal pula rasa bila ingatkan apa yang Aniq dah buat padanya.
"Dia memang macam tu. Sesetengah perempuan saja dia berani kacau. Awak sabar saja lah ya." ujar Ayu. Dia pun kasian kadang dengan dua temannya yang selalu serabut dengan kenakalan Aniq.
"Aku la salah seorang perempuan malang tu." keluh Bella perlahan.
Sudah banyak kali Aniq kenakan dia. Tapi ada satu yang paling dia benci dan tak boleh dilupakan. Ya dia dipermalukan...
Ingatan kembali ingat berapa hari sebelumnya...
Bella berjalan seorang diri kedalam tandas. Tanpa disedarinya ada seekor makhluk diluar ternampaknya.
Aniq simpan senyum nakalnya. Bermacam idea jahat nak kenakan gadis itu muncul.
Pemuda itu pandang kiri kanan memastikan tiada orang. Kebetulan pula tiada yang ke tandas ketika ini. Agaknya hanya Bella seorang saja dalam tu. Makin galak niat jahatnya.
Aniq berjalan selamba badak masuk tandas perempuan dimana lelaki dilarang masuk. Sebaldi air ditadah separuh. Tanpa menunggu lama baldi di bawa dan diangkat ke atas memandangkan tandas terbuka diatas, sebelum itu senyum kemenangan sudah terukir diwajah kacak tapi dakjalnya. Adoi anak dara orang tu.
satu dua dan...
"Aaaaa mama!"
Bergema tandas sederhana itu dengan jeritan Bella. Serentak dengan itu keluar gadis tinggi lampai itu dengan basah kuyupnya.
"Kauu..." terjegil mata Bella lihat Aniq yang terbahak ketawakannya. Api kemarahan sudah meningkat, tunggu masa saja nak meletup. Bertambah sakit hati apabila lelaki itu menjelir lidah seakan mengejeknya.
Dia yang payah marah orang selama ini. Entah kenapa menjadi sedih tiba-tiba. Dah kenapa pulak matanya terasa panas! Tunggu dua saat saja untuk menitik air jernih itu. Aniq jelas terpempam.
Terdiam pemuda berbadan tegap itu apabila melihat Bella melepas tangis dihadapannya.
"Kau... kau memang sengaja kan. Kau paham tak aku dah penat kena buli! Dari dulu lagi, orang selalu buli ejek aku. Kata aku berlagak. Padahal aku tak kacau hidup orang pun. Apasal orang nak kacau hidup aku!" bersama esak tangis Bella meluahkan tanpa sedar separuh perasaannya yang sudah lama dipendam.
Lama dia melepas tangis bagai seorang anak kecil. Aniq dilihat terkaku dan dengar saja apa yang gadis itu katakan. Entah pandangan apa itu, rasa bersalah? Ah sukar dimengerti.
Perlahan-lahan Bella mengesat air mata. Esaknya juga sudah reda. Ha sudah apa yang dia dah buat. Menangis depan pembulinya? Oh no pasti pemuda itu tertawakan dia. Perlahan dia angkat muka dan...
Klik!
"Ha dah dah jangan nangis adik ya. Nanti abang belikan lolipop perisa strawberi. Weh cute gila kau!" pecah sekali lagi gelak sakan Aniq sambil melihat gambar Bella sedang menangis sebentar tadi.
Bella melopong, mulutnya yang ternganga cepat ditutup. Gigi diketap geram. Kalau diikutkan amarah ni mau dia sembam muka Aniq dalam jamban. Pembuli no1 tak berperikemanusiaan!
"Baik kau delete gambar tu, sebelum aku naik angin." ugut Bella bergetar suaranya. Tak pernah dia semarah ini dengan orang lelaki. Selalunya dia bergaduh pun dengan perempuan yang selalu cari pasal dengannya saja.
"Werkk! Siapa takut! Setakat perempuan rambut blonde macam kau ni. Aku jentik saja dah terbang." Aniq menambah minyak dalam api. Suka dia lihat kemarahan orang perempuan. Pendek-pendek, muka memerah, cutee woo!
Bella mengetap gigi geram. Tangan mengepal kemas. Aniq pula menyimpan telefon kedalam kocek seluar. Tersengih bersedia untuk lari keluar dari tandas.
"Kejar laaa... alaa lembap rupanya minah ni! Hahaha!"
"Tak guna kau! Aniq!"
Maka berkejaran lah 15 minit manusia berdua itu di halaman luas belakang tandas. Kadang-kadang Bella tersepak paip yang besar, mujur tak tersembam ke tanah saja tapi dia tetap bangkit mempertahankan maruah dirinya yang sudah dimainkan lelaki itu. Aish! Pertahankan maruah naa!
Pap!
Bella tersentak dari lamunannya. Dia sudah kembali di realiti. Eh aku kat mana ni? Perpustakaan? Bila masa aku sampai sini?
Diangkat muka. Jelas muka risau Luthfi tepat didepannya. Mungkin sesama termenung panjang tadi, dia dan Ayu sudah berjalan ke perpustakaan.
"Bella, awak okay tak ni?" soal Luthfi prihatin melihat gadis didepannya diam saja.
"Hm, mana Ayu?"
Luthfi senyum sebersalah. Belakang leher yang tak gatal digaru. Dah kenapa awak tanya saya pula cik adik oi... awak yang duk dengan dia dari tadi.
"Bilik air kot." balas Luthfi sekadar melayan mamai gadis itu yang seperti baru bangun tidur.
Bella angguk lalu sambung menunduk menekur buku ditangan. Entah buku apa yang dipegang. Terbalik? Eh!
Cepat Bella pusing buku itu. Rambut yang terjuntai menutupi mata diselit ke belakang telinga.
Kelakuan kalut dan tak tentu arah gadis itu membuat abang Luthfi kita ini terhibur. Terlahir tawanya. Lahai syahdu nya ketawa pun.
Bella terpinga-pinga. Sambil berdehem beberapa kali. Malu juga dia jika depan Luthfi.
"Boleh saya duduk?" pinta Luthfi garau namun sopan.
"Hm." Bella hanya angguk sekali. Acah cool pula minah ni. Mentang-mentang depan abang paling popular dalam sekolah.
Adik-adik junior di meja berdekatan turut tersenyum-senyum teruja apabila Luthfi membalas ramah senyuman mereka. Mana tak terkenalnya.
"Muhammad Luthfi Bin Jahari. Jejaka paling terkenal lagi kacak!"
Bella sudah menjeling biji mata menyampah. Luthfi tepuk dahinya. Malu pula dengan kelakuan sahabatnya itu yang memanggil nama panggil. Tak pasal habis satu pustaka tu melirik ke arah mereka sambil membisik-bisik. Jelas tak suka dengan kehadiran pelajar lelaki yang terkenal dengan kenakalannya itu. Tapi Aniq peduli apa!
Entah dari mana munculnya. Aniq selamba tai badak duduk diatas meja antara Bella dan Luthfi. Bahu Luthfi ditepuk beberapa kali.
"Sahabatku, mengapalah taste selalu buruk. Jika mahukan peneman hidup, pilih la yang lebih berrr high class! Tak seperti Salsabella Rose ini! Sikap introvert nya tahap tunggul!" ewah-ewah dengan suara garaunya, dengan mimiknya yang sengaja di macho kan. Aniq... aniq... ada saja nak kenakan anak orang. Sinis matanya melirik Bella.
Bella menarik nafas panjang. Sabar sajalah. Tunduk saja menutup mukanya dengan buku. Aduhh merasa sungguh terhina dengan kata-kata itu. Dia ketap gigi, bibir pinknya digigit bawah. Selama dia boleh sabar, dia sabar dengan mulut lelaki bernama Aniq itu.
"Sshhh!" Pengawas yang bertugas di kaunter memberi isyarat menyuruh diam. Lupa ke mereka dalam perpustakaan.
"Mengarut kau ni! Pergi lah main dengan Hazim sana! Kejap lagi aku sampai padang, jaga kau." Luthfi membisik keras. Dihalaunya kawan itu seperti halau anak ayam yang datang buat kacau. Memang pun.
Aniq mencebik mulut. Tak puas hati. Langsung tak gerun dengan ancaman itu. Yang menjadi tujuannya adalah... dia angkat kening. Hairan, kenapa gadis itu menunduk saja tak marah? Selalunya dia panas-panas cepat saja Bella melenting. Merata dia mencari gadis itu di setiap pelusuk sekolah. Rupanya disini dengan temannya.
Apa salahnya? Dia hanya ingin lihat wajah putih Bella yang kemerahan akibat marah. Jelingan maut gadis itu menjadi mimpi indah pula baginya. Erk! Apa dia mengarut ni?
Melihat Bella masih menunduk dan Luthfi sudah memberi amaran tegas kedua kepadanya. Terpaksa lah dia mengalah kali ini. Aniq turun dari meja dan berlalu pergi tanpa sepatah pun.
Luthfi melepas keluh panjang. Apa la yang kawannya itu fikir. Nak kutuk orang pun, berlapis la sikit. Jangan la malukan depan orang ramai. Bella didepan dipandang kejap. Dia pula malu dengan Bella.
Bella yang senyum tipis padanya. Gadis itu bangun lalu susun kembali buku di rak asalnya.
"Okay lah, aku nak balik dorm." pamitnya sebelum berlalu pergi.
Luthfi membalas dengan anggukan. Dia tahu gadis itu penat berhadapan dengan pengganggu seperti Aniq seharian.
Sempat Bella ambil kamus setebal 5 inci itu. Nak buat apa? Nak balas lah!
Share this novel