Rate

BAB 2

Romance Series 4292

Adian sambung belajar terpaksa. Cuba lari dari hentakan memori bersama abang kesayangannya. Berlari jauh dari kawasan membesar bersama abang. Adian kini melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di UITM, Puncak Alam.

Ashraff? Teman tapi mesra. Tidak seorang pun tahu mereka teman yang sangat rapat. Masing2 diam di dalam kelas. Seolah tiada apa perlu dibincangkan.

Adian turun tangga rumah pangsa. Pakaian sempoi. T-shirt lengan panjang, bertudung sarung hitam. Seluar track suit sahaja. Selipar jamban sahaja mengalas kaki Adian. Adian turun tangga laju. Dapatkan kereta kesayangannya, En. Iswa.

En. Iswa, kereta aeroback 1.3 kelabu. masih cantik. Berkilat. Dijaga rapi. Pemberian mama ayah. Kereta pertama. Usia 10 tahun tapi masih segak di jalan raya. Kereta sederhana. Tiada apa diubah. Seperti baru keluar kedai.

Adian buka alarm kereta kesayanganya. Alarm En. Iswa masih sempurna fungsinya. Adian buka pintu dan melangkah masuk. Ops! Ketuk selipar dulu sebelum masuk. Pantang Adian kalau orang masuk kereta tak ketuk selipar. Adian jaga betul kebersihan En. Iswa. Adian mula cucuk kekunci ke dalam tempatnya. Enjin dimulakan. Adian panaskan enjin sambil tangan laju buka nombor telefon Ashraff. Panggilan dibuat.

"Hello, Ash. Ash dah siap belum? Dian on the way ni"

"Dah ada depan pagar rumah dah Dian. Tunggu Dian sampai je ni. Dian dah sampai mana?"

"Kejap, 10min sampai"

Dian matikan talian. Gear 1. Terus pecut. Adian memang suka bawa kereta laju. Rumah sewa Ashraff pun tak jauh mana dari rumah sewa Adian. Jauh tak jauh pun, jalan kaki berpeluh juga.

Adian di fasa 3 manakala Ashraff pula di fasa 2. Ashraff hanya ada motor. Adian tak suka naik motor dengan lelaki. Jaga diri. Duduk atas motor sekali, mesti terlanggar 'macam-macam'. Baik naik kereta Adian. Sanggup Adian bawak kereta jemput Ashraff. Nampak aneh? Perempuan jemput lelaki? Tapi tak dikisahkan pun dek Adian.

Setibanya Adian di depan rumah teres sewa Ashraff. Lihat Ashraff dah siap segak. Ashraff orang kelantan. Faham-faham sahaja orang kelantan putih macam mana? Muka jambu. Bibir merah. Mata sepet-sepet sikit.

Ashraff buka pintu penumpang, Ashraff ada lesen kereta tapi kadang-kadang Adian lebih selesa pandu sendiri. Fuhhhh! Minyak wangi Ashraff....

"Sedapnya bau minyak wangi Ash"

"Kuat ke bau dia?"

"Boleh lah. Kita nak ke mana ni?"

"Nak jumpa dengan sepupu Ash kat Puncak Perdana. Mak Ash suruh sampaikan botol budu ni kat dia"

Alamak! Bawa jumpa saudara mara Ashraff. Lelaki ni kalau dah berani bawa jumpa ahli keluarga, mesti ada sesuatu. Ahh! Kau Adian, berangan 24 jam. Simpan sikit perasaan tuh. Kena friendzone baru kau tahu perasaan tu. Malu rasa nak benam dalam tanah je.

Adian terus menuju ke Puncak Perdana. Ashraff melihat Adian yang simple. Entahlah. Ashraff rasa selesa bila dengan Adian. Adian nampak macam orang berada. Ada sahaja duitnya. Mana tidak, Ashraff lihat Adian ligat berniaga online. Macam-macam Adian meniaga. Tudung lah, alat solek lah, service laptop pun Adian pandai. Sekali dia format laptop orang, Adian dah dapat Rm50. Pandai berniaga. Mesti ibu Ashraff suka Adian. Orang kelantan memang suka kalau perempuan pandai berniaga.

"Dah nak dekat Puncak Perdana ni, nak ke arah mana?"

"Klinik Kita. Belakang UITM Puncak Perdana."

"Ha Ok."

Adian dah macam driver pulak. Ikut sahaja arahan. Teman Tapi Mesra kan. Kena la jaga elok-elok.

Adian matikan enjin kereta. Klinik dah ada depan mata. Nampak Ashraff text sesuatu melalui aplikasi Whatsapp. Tidak lama kemudian seorang gadis yang cukup comel. Kecil orangnya. Putih. Mata bulat. Hidung kecil sahaja. Persis Nora Danish. Kalau dibandingkan Adian yang tinggi dan besar. Kulit sawa matang. Mata kecil. Jauh bezanya.

Ashraff keluar dari kereta. Menuju ke arah sepupu dia. Adian dalam kereta melihat sahaja mereka berbual entah apa. Kalau Adian pasang telinga pun, belum tentu lagi Adian boleh faham apa yang diborakkan dek Ashraff dan sepupunya. Anak orang Negeri Sembilan mana nak faham bahasa timur.

Sekali sekala nampak sepupu Ashraff curi pandang ke dalam kereta dan lemparkan senyuman comel. Uishh, Kalaulah Adian lelaki, mau kejar sepupu Ashraff ni.

Ashraff kembali ke dalam kereta. Sepupu Ashraff pun masuk semula ke dalam klinik.

"Ash, sepupu Ash tu kerja sini ke?"

"A.ah. Kerja pembantu kat klinik ni. Duduk kat kaunter tu."

"Siapa nama dia?"

"Irma. Oh lupa, Irma kirim salam"

"Waalaikumussalam"

Adian diam. Terus pandu pulang. Eh,singgah makan dulu lah. Perut dah lapar sangat dah ni.

Adian mula terfikir, keluarga Ashraff semuanya rupa baik-baik. Setakat minah selekeh macam Adian ni, keluarga Ashraff suka ke?

Eh Adian?? Perasannya kau. Ashraff ada cakap dia suka kau ke? Baru kawan rapat sikit dah berangan ke puncak KLCC.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience