3

Romance Series 10716

"Apa, belum siap?" Fea terduduk disofa ruangan pejabat Rey. Wajahnya tidak senang.

"Papa please..., Fea taknak ke kuliah dengan Taylor. Kali ni, biar Fea naik bas je pergi kuliah. Fea ok.." rengeknya sambil menghentak kaki berulang kali pada lantai. Dia betul-betul mahu Rey faham perasaannya kali ini.

"Baiklah, esok papa gantikan pemandu yang lain" tungkas Rey sambil matanya masih leka pada skrin laptop di hadapannya.

"Papa!!!" Jerit Fea geram.

"Fea.. papa sibuk ni" suara Rey tegas dan penuh dengan intimidasi.

"Fea tak maksudkan pemandu lain. Yang Fea maksudkan, Fea taknak dihantar ke kuliah. Fea boleh pergi sendiri, naik bas ke, teksi ke.. Fea malu bila orang pandang Fea. Fea taknak orang fikir yang bukan-bukan pasal Fea." luah Fea terus terang. Raut wajahnya berubah muram.

"Papa tak benarkan" jawab Rey dengan tonasi suara yang perlahan namun kedengaran tegas di pendengaran Fea.

"Kalau macam tu, Fea taknak kuliah" Fea bangun dan berlalu pergi. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat dan dikunci sebelum melemparkan tubuhnya di atas katil bersaiz king. Dia menekup wajahnya dengan bantal lalu menjerit sekuat hati.

**

Seawal pagi lagi, Fea sudah keluar dari mansion. Matahari belum menunjukkan diri lagi, tapi Fea sudah siap menunggu di perhentian bas.

Beberapa minit menunggu, akhirnya bas pertama tiba. Tanpa memandang sekeliling, dia melangkah pantas masuk ke dalam bas.

Dia duduk di kerusi sambil menarik nafas lega. Tapi semua itu hanya untuk seketika. Bas sekali lagi melakukan break emergency apabila ada sebuah kereta melintang di tengah jalan.

Bamm! Bamm! Bamm!
Ketukkan keras pada pintu bas, membuat pemandu bas itu terpaksa membuka pintu dan membiarkan lelaki itu masuk.

Alangkah terkejutnya Fea saat melihat susuk tubuh lelaki yang sangat dikenalinya, Taylor berdiri tepat dihadapannya.

"Fea, sila ikut saya" arah Taylor tegas.

Fea mengetap gigi menahan geram. Fea berdiri sebelum satu teguran datang dari arah hadapan.

"Mulai esok, kamu tak payah ambik bas lagi. Semalam kami ada terima aduan seperti ini. Tak sangka pula awak orangnya."
Darah Fea menyirap ke seluruh tubuhnya. Pagi-pagi lagi, moodnya sudah swing.

Fea menjeling tajam ke arah Taylor sebelum melangkah turun dari bas.

Fea berlari masuk ke dalam kereta sebelum membanting pintu kereta dengan keras.

Taylor terlihat tenang. Dia tahu, anak majikannya ini tentu akan protes dengan apa yang telah dia lakukan. Tapi apakan daya, dia hanya menurut perintah.

Kereta meluncur perlahan dan berhenti pada satu tempat. Taylor turun sebelum membuka pintu di bahagian Fea.

"Kita belum sampai di dewan kuliah, buat apa kita nak turun disini?" bidas Fea cuba berlagak tenang.

Hujung bibir Taylor terangkat.

"Masih awal. Lagi pula, Fea belum bersarapan" ujarnya sekadar mengingatkan.

"Ishh!" Fea memberontak namun turun juga dari kereta.

Kedua mereka duduk di satu meja yang agak terasing dari yang lain. Ini kali pertama dia duduk dan makan semeja dengan pembantu Rey.

"Fea nak makan apa?" soal Taylor cuba berlagak tenang. Wajah Fea ditatapnya teduh.

"Tak lapar" bidas Fea seraya bersandar pada kerusi.

Pelayan sudah setia menanti untuk mengambil pesanan.

Akhirnya, Taylor memesan apa sahaja makanan untuk dia dan Fea.

Oleh kerana pengunjung belum ramai, pesanan yang dipesan tiba dengan cepat.

Hidangan yang masih panas diletakkan dihadapan Fea, begitu juga dengan Taylor.

Fea menjeling hidangan yang dipesan Taylor buatnya.

Dalam piring yang bersaiz agak besar, ada roti bakar bersama sosej, bacon, omelette, salad dan kacang merah. Digandingkan bersama coffee latte. Aroma kopi sahaja sudah menyelerakan bagi Fea.

Sementara Taylor hanya memesan roti bakar bersama dua biji telur separuh masak.

"Awak nak saya mati kekenyangan ke apa ni?" gerutu Fea kesal. Hidangan didalam pinggannya begitu banyak sedangkan Taylor hanya memesan menu ringkas untuknya.

Taylor tersenyum. Sangat tampan.

Tanpa menjawab pertanyaan Fea, Taylor memotong roti bakar didalam piring dihadapannya sebelum menyuapnya ke dalam mulut.

"Nanti" tahan Fea pantas membuatkan gerakkan Taylor terhenti.

Taylor meletakkan garpu dan pisau semula ke dalam pinggan.

Tanpa semena-mena, Fea mengambil pinggan berisi roti bakar milik Taylor, lalu menukar hidangannya dengan lelaki itu. Tindakkannya betul-betul membuat Taylor tercengang.

"Awak ingat saya ni beruang ke, hah!?" gerutu Fea geram sebelum menjamah roti bakar itu perlahan.

Taylor menahan tawa dengan kata-kata Fea.

Kedua mereka mula menjamah makanan tanpa ada sebarang perbualan diantara keduanya.

Selesai makan,
"Boleh saya tahu, kenapa Fea suka sangat nak naik bas sedangkan pengangkutan di mansion masih banyak?"
"Dan kenapa Fea beria mahu saya turunkan Fea diluar universiti? Bukankah jauh untuk masuk ke dewan kuliah?"

Fea menghirup latte yang masih panas perlahan-lahan sambil matanya menatap lekat ke wajah Taylor.

"Soalan ni betul-betul dari awak sendiri atau papa yang suruh awak tanyakan?" sindir Fea dengan lagak tenang.

"Dari saya sendiri" suaranya jujur sambil tersenyum.

Fea mencebir bibir sebelum meletakkan cawan latte-nya.

"Pertama, saya suka hidup seperti orang kebanyakkan. Jalan kaki, naik bas, tunggang skuter ke kuliah, makan di gerai. Yang kedua, saya tak suka orang pandang saya berharta sedangkan itu semua bukan harta saya, semua tu milik papa. Dan yang ketiga, saya tak mahu orang tahu latar belakang sebenar keluarga saya." terang Fea panjang lebar.

Taylor mengerucut bibirnya. Dia tidak menyangka, wajah Fea yang kelihatan sombong itu sebaliknya memiliki sisi yang berbeza.

"Saya dah lambat" Fea bangun menghala ke kaunter bayaran.

"Fea, biar saya belanja" tahan Taylor pantas.

Fea kelihatan terpinga seketika sebelum membalas,
"Thanks" Dia melangkah keluar dan masuk ke dalam kereta. Kali ini, dia duduk di kerusi disebelah pemandu.

"Fea, kenapa duduk disini? Nanti apa pula orang cakap" Taylor berasa sungkan dengan perlakuan Fea.

"Kenapa? Awak takut orang label awak ni teman lelaki saya ke? Datang berhantar, balik dijemput, macam tu?" Taylor terdiam.

"Kalau awak nak saya naik kereta ni ke kuliah, izinkan saya duduk di sini, bukan di belakang. Awak bukan driver atau pembantu saya." sela Fea nekad dengan kata-katanya.

Taylor sekali lagi terdiam.
"Esok, tak perlu awak bawa kereta ni lagi. Cukup sekadar awak bawa kereta sendiri untuk hantar saya ke kuliah. Saya taknak orang pandang dan fikir yang bukan-bukan." arah Fea lagi.

"Tapi, nanti apa pula kata Tuan Rey" Taylor rasa serba salah.

"Tentang tu, awak tak perlu risau. Biar saya sendiri yang cakap dengan papa." ujar Fea cuba menyakinkan Taylor.

Wajah lelaki itu nampak sedikit tenang.

"Dan satu lagi.." Fea menoleh kesisi memandang Taylor. Pupil matanya dikecilkan sambil memandang tepat kewajah tampan Taylor.

"Awak boleh tak duduk diam-diam dalam kereta? Tak perlu nak berdiri dekat luar kereta, tunggu saya, pamer wajah tampan awak tu pada satu kampus" akhirnya apa yang terbuku dalam hatinya, diluahkan saat itu juga.

Taylor tersenyum saat kata-kata pujian itu keluar dari bibir anak majikannya. Tampan. Taylor tersengih.

"Kenapa, Fea takut satu kampus fikir saya ni teman lelaki Fea ke?" Taylor memulangkan paku buah keras kepada Fea.

Taylor sudah mula berani bersuara, menyakat anak majikannya.

"What!? No!" Fea membantah keras kata-kata Taylor seraya memutar bola matanya.

'Boleh tahan' fikir Fea.

Bersambung...

Hehehe.. Tak kenal maka tak cinta, iya kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience