Chapter 66

Romance Completed 35261

Sebulan kemudian…

“Uwekkk! Uwekkk!”

“Sayang, okay tak? Nak pergi hospital tak?”

“Abang tak payah nak berlakon macam ambil kisah pasal Sofi lah. Tepi!” balas Sofia Amelia dalam nada keras.

Hampir sehari Sofia Amelia ulang alik dari tandas. Kalau boleh nak juga berada terus di dalam bilik air. Asyik muntah sahaja kerjanya. Memandangkan kandungan Sofia Amelia mencecah bulan ketiga, tekaknya terasa loya dan mudah untuk memuntahkan segala isi perutnya.

“Sofi, mama ada buatkan kuih ondeh-ondeh. Kuih ini kegemaran Sofi kan. Mari makan nak.” pelawa Fatimah. Fatimah terus tinggal di rumah Iskandar Faiz setelah mendapat tahu menantunya hamil. Ismail juga setiap minggu akan balik ke KL untuk melawati Fatimah dan juga anak menantunya.

“Sofi tak nak mama. Kalau Sofi makan, nanti kena muntah lagi. Tekak pun dah rasa pedih.” mengadu Sofia Amelia. Tiada lagi wajah ceria. Sejak kebelakangan ini, muka Sofia Amelia hanya pucat.

“Sayang, atleast makan sikit. Rasa sikit. Okay?” pujuk Iskandar Faiz lembut. Walaupun dia tahu, Sofia Amelia tidak akan melayan dirinya dengan baik. Sudah sebulan, hubungan Iskandar Faiz dan Sofia Amelia agak renggang. Setiap kali Iskandar Faiz berusaha untuk memujuk Sofia Amelia. Tetapi, Sofia Amelia langsung tidak makan pujuk Iskandar Faiz. Asyik memarahkan Iskandar Faiz.

“Sofi cakap tak nak, tak nak lah abang! Tak faham ke?” tinggi suara Sofia Amelia.

“Abang suruh sayang makan sikit je kan. Kesian umi. Susah-susah umi buat untuk sayangkan. Apa salahnya rasa sikit?” soal Iskandar Faiz bengang.

“Along, tak apa. Jangan paksa Sofi.” mencelah Fatimah. Hati ibu itu berasa risau sekiranya anaknya marah, nanti keadaannya akan menjadi lebih teruk.

“Umi, along…”

“Dah along. Dengar cakap umi, along.” ujar Fatimah perlahan.

Iskandar Faiz hanya mengangguk lalu mengorak langkah untuk keluar dari biliknya. Hatinya tergores apabila mendapat layanan isteri yang selalu menunjukkan rasa marah.

“Sofi, mama tahu awak penat. Awak rehat dulu ye.” kata Fatimah dan keluar dari bilik menantu itu.

“Apa dah jadi dengan kau Sofi? Kenapa selalu marahkan Is? Kesian Is. Abang, sayang minta maaf. Bagi sayang masa.” akhirnya gugur juga mutiara jernih dari mata Sofia Amelia.

“Kenapa sayang? Apa salah abang? Salah ke abang marahkan sayang apabila sayang nak gugurkan kandungan? Abang sayang sangat anak kita. Tapi itu bukan bermaksud abang tak sayangkan sayang. Sayang abang pada sayang tak pernah kurang walaupun sedikit. Abang harap sayang akan berubah. Abang rindukan sayang yang dulu.” merintih Iskandar Faiz dalam hati.

Fatimah memerhatikan anak sulungnya yang sedang duduk di balkoni. Fatimah tahu Iskandar Faiz makan hati dengan layanan Sofia Amelia. Kakinya berjalan untuk mendapatkan Iskandar Faiz yang tengah sedih itu.

“Along…”

“Umi, kenapa? Bila umi sampai? Sofi buat apa?” tanya Iskandar Faiz.

“Umi suruh Sofi untuk tidur. Rehatkan diri. Kesian dia, dari pagi dia muntah. Mestilah dia kehilangan tenaga. Biasalah wanita mengandung. Muntah-muntah, pening itu adalah biasa. Lagi satu, emosi wanita mengandung tidak stabil. Kadang-kadang happy, kadang-kadang moody. Jadi, umi harap along sabar melayan Sofi. Kamu jangan tunjuk rasa marah dekat Sofi. Kamu sebagai lelaki kena pandai mengawal emosi.” nasihat Fatimah.

“Along faham umi. Tapi, along takut kalau along tak mampu nak kawal emosi. Umi pun tengok kan macam mana Sofi layan along. Kenapa umi? Kenapa dia berubah?” luah Iskandar Faiz.

“Umi faham perasaan along. Bagi Sofi masa. Sofi masih lagi tidak bersedia untuk menerima dia sedang mengandung. Lama-lama Sofi akan kembali normal. Yang penting kamu kena sabar.”

“Along akan terus sabar umi. Along akan cuba untuk bersabar. Along faham. Along pun tengok dengan mata sendiri betapa penat Sofi. Kalau boleh biarlah along yang tanggung semua alahan Sofi. Along pun tak sanggup untuk lihat Sofi dalam keadaan macam ini." sedih suara Iskandar Faiz.

“Abang!”

Terkejut Iskandar Faiz dan Fatimah. Matanya membulat melihat kehadiran Sofia Amelia di situ. Ingatkan sudah tidur.

“Sayang, buat apa kat sini? Tak tidur?” Iskandar Faiz menyoal isterinya. Air mata yang menitis perlahan di pipinya dikesat menggunakan bajunya.

“I am sorry abang. Sayang tahu sayang telah sakitkan hati abang. Terlalu melukakan hati abang.” ujar Sofia Amelia tersedu-sedan. Tangan suaminya diraih dan dicium.

“Sayang abang tak pernah marahkan sayang. Sejujurnya, hati abang terasa sangat sakit apabila sayang selalu marahkan abang. Sudah sebulan sayang jauhkan diri dari abang. Abang rindukan sayang. Can I get back my old Sofia Amelia?”

“Sayang tahu, setiap hari lepas sayang marahkan abang, sayang menangis. Tapi sumpah demi Allah, sekali pun sayang tak pernah bencikan abang.” badan suaminya dipeluk erat.

“Anak dan menantu umi, tolong sedar juga umi ada di sini.” bersuara Fatimah. Dia pula terasa segan melihat suami isteri yang sedang berpelukan itu.

“Eh, mama…” merona muka Sofia Amelia. Dia terlupa ibu mentuanya ada di situ.

“Mama tak akan kacau. Korang habiskan masa bersama-sama. Mama masuk bilik dulu.”

“Baik umi.” jawab Iskandar Faiz.


*********************

“Kau masih ingat lagi perjanjian kita?”

“Ingat lagi mak.” jawab Wahidah Tiara.

“Malam nanti Sara akan datang ke sini. Kita bincang tentang plan kita. Faham?” Datin Mariam memberitahu kepada Wahidah Tiara. Sehingga sekarang Datin Mariam tidak menerima Wahidah Tiara sebagai menantunya.

“Faham mama.”

“Bagus. Sekarang aku nak teh ais. Pergi buatkan untuk aku.” arah Datin Mariam.

“Ingatkan aku nak rehatkan diri. Sakitnya kaki aku. Tapi dia nak air pulak.” gumam Wahidah Tiara dalam hati.

“Kenapa tercegat kat situ lagi? Pergi buat air! Jangan ingat kau ni mem besar kat rumah ni. Walaupun anak aku tak bagi kau buat kerja, jangan harap aku akan layan kau macam Hafiz, faham?” jerkah Datin Mariam.

“Saya akan buat sekarang mak.”

“Bila dia akan terima aku sebagai menantu? Aku tak kuat Ya Allah. Bagilah aku kekuatan.”

Here is the new update my dear readers :) Jangan lupa untuk comment and rate ;) Enjoy reading semua :) Love you all <3 ! Follow my ig untuk teaser dan watak-watak :) ig -> miz.kikki_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience