sambungan..
"Aizim keluar sekarang!" Aku menjerit kuat. Ketakutan mula menguasai diriku.
Melihat Aizim yang seperti sudah tidak waras cuba menerkam ke arah aku.
Laila yang sedang berada di atas katil sudah meraung kuat.
"Aizim!" Aku menjerit lagi.
Lelaki itu kelihatan mabuk dan kusut masai. Ya Allah, macam mana ni?!
"Sini! Biar aku 'rasa' kau dulu. Aku dah terlepas peluang waktu kita kawin dulu and now.. I won't let you go!" Aizim memberontak.
Badan gagah lelaki itu mula menerkam lagi. Aku takut. Sangat takut.
Abang..
Aku doa sangat abang datang. Tolong selamatkan Aisyah..
"Argh! Taknak! Aizim!" Aku meraung. Air mata mula menitis laju.
"Melawan lagi! Melawan! Baru aku rasa nikmatnya" Aizim ketawa kuat.
Kekuatan lelaki tidak mampu untuk aku kalahkan. Aku penat, penat menangis, penat melawan.
"Aizim, please.. lai-laila ada kat sini" aku menoleh ke arah laila yang sedang merengek kuat. Agak kabur mata aku kerana air mata yang masih melimpah.
"Akak!" Suara beberapa orang lelaki memanggil dari luar. Bertalu-talu ketukan di pintu bilikku.
Ha! "Tolong! Ajim tolong akak!" Aku menjerit sekuat hati.
"Diam bodoh!" BUK! Kepala aku diketuk kuat dengan satu objek keras.
Serentak itu, pintu bilik aku terbuka luas.
Ajim.. aku senyum. Kepala aku mulai rasa berdenyut. Aku sentuh dahi sendiri, terasa cairan mengalir.
Aku hanya mendengar jeritan kuat Aizim. Entah apa yang berlaku aku tak peduli. Yang penting, aku dan laila selamat..
Share this novel