Bab 1

Mystery & Detective Completed 1539

Hani merenung ke luar tingkap kereta. Nyaman sekali dia rasakan. Perasaan yang tak akan dapat ditemui jika berada di bandar. Di bandar sesak sekali dia rasakan. Bangunan tinggi dikeliling. Pergi ke mana saja mesti akan jumpa bangunan. Payah benar nak jumpa perasaan seperti ketika di kampung.

Ibu dan ayah mengajak Hani pulang ke kampung berjumpa atok. Dah lama dia tak pulang.Seingat Hani kali terakhir dia pulang menjenguk atoknya ketika dia berusia 15 tahun. Itupun cuma 2 hari. Tak boleh berlama-lama. Banyak kelas tambahan perlu dihadiri. Sekarang usianya sudah 20 tahun. Bermakna sudah 5 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke teratak atuknya. Ibu dan ayah adalah pulang ke kampung tapi Hani tidak pulang sekali. Sibuk benar dia dengan hal sekolah. Habis SPM Hani terus bekerja sementara menunggu tawaran sambung belajar. Hinggalah sekarang cuti semester baru dia dapat pulang.

Rindu..

Kereta diparkir di laman rumah atuk yang luas. Ada pangkin dibawah pokok mempelam. Lebat-lebat buahnya. Tak sabar Hani nak memetik. Rumah atuk sama seperti dulu. Tetap kemas. Rumah lama tapi cantik. Unik.

“Hani..”panggil ibu. Hani ralit melihat sekitar. Atuk sedang tersenyum melihat Hani. Hani tersenyum tetapi sekejap cuma. Ada sesuatu dibelakang atuk. Bayang hitam. Hani mengelipkan matanya namun bayang tersebut sudah hilang. Mencanak bulu roma Hani.

Usai menyusun barang didalam bilik,Hani menolong ibunya menyediakan makan tengahari. Masak lemak pucuk ubi, ikan kembung goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman.

“Dah, kita makan kat pangkin luar sana ya. Sedap berangin.”ajak atuk dari atas rumah.

“Yelah, ayah. Sedap juga makan kat sana. Nanti Dah dengan Hani siapkan ye, yah” ujar ibu. Hani hanya memandang. Kejadian tadi masih berlegar di fikirannya.

'Ah, mata aku silap agaknya..'

Mereka berempat berselera makan tengahari di atas pangkin. Ditemani bunyi burung berterbangan. Diseberang jalan sana ada hutan. Dalam 500 meter kedepan baru ada rumah orang. Disebelah rumah atuk pula rumah Nek Siah. Bidan kampung.

Sedang ralit Hani memandang sekitar kampung sambil tangannya menyuap nasi, dia terpana sekali lagi. Ada lelaki dibawah pokok rendang berdekatan hutan depan rumah atuk. Lelaki itu melihatnya sambil tersenyum. Hani kaku melihat lelaki itu. Sekejapan, lelaki itu hilang..

Btw, nii cuma cerpen pendek sahaja..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience