(sensatta)

Other Series 152486

"Thanks for your generous contribution to Rose Nere Mr. Bao." Sebuah beg bimbit dibawa keluar dari bawah meja berkaca hitam di depannya.

Javier membukanya, sejumlah wang euro dan beberapa jongkong emas tulen terpampar indah di penglihatan.

"Now.. This is all yours." beg tersebut ditolakkan cermat ke arah Bao Xieng. Xieng memandang Javier seketika, was was sebelum perlahan-lahan mengambil beg tersebut dan menutupnya.

"I hope you wouldn't tell anyone about me especially Sheng. I count on you." dia bertutur gusar.

Xieng, salah seorang orang bawahan Sheng yang diarahkan untuk mengawal Aleena, membelot.

Dia berjumpa secara tidak sengaja dengan orang-orang Javier yang sedang berbual mengenai misi itu dalam bahasa inggris.

Pada awalnya Xieng masih setia, niatnya mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai musuh dan mengintip mereka ke tempat persembunyian.

Tapi lain pula yang berlaku apabila dia tertangkap disebabkan kecuaiannya semasa mencuba curi dengar perbualan pengawal-pengawal di kawasan luar sebuah perkarangan rumah itu.

Dia dipukul dan ditangkap. Xieng dibawa bertemu Javier untuk disoal siasat. Tahap kesetiaannya pada mulanya amat kuat, tapi apabila disogok dengan wang ringgit,emas dan diugut untuk diseksa..

Akhirnya dia memutuskan untuk memberi kerjasama, dengan syarat dia akan dilepaskan sebaik saja mereka menjumpai Aleena atau Dom. Juga dia mahu disertakan sejumlah wang yang banyak.

Wang emas amat mudah bagi Javier, sebutkan saja nilainya, akan dia bagi. Oleh itu, Xieng mendedahkan kedudukan rumah persinggahan Dom dan Aleena.

Dan Javier pula, serta-merta menghantar orang-orang terbaiknya untuk menangkap mereka hidup-hidup. Samada Dom mahupun Aleena.

Javier tak membenarkan Xieng berlalu sebelum mereka betul-betul menjumpai Aleena. Apabila salah seorang anak buahnya menyampaikan laporan bahawa Aleena dijumpai di sana barulah Xieng dilepaskan bersama ganjarannya.

Xieng tak menunggu lama, dapat saja ganjarannya.. dia terus menempah tiket ke luar negara. Menyembunyikan diri.

Jika dia masih tinggal di Malaysia dan tertangkap oleh Sheng mahupun Dom, sudah tentu riwayatnya akan tamat begitu saja. Dia tak akan benarkan ianya terjadi.

Sebaik saja Xieng dapat melepaskan diri,Javier berehat sambil menghisap rokoknya. Termenung memandang siling. Asap dihembuskan perlahan dari dalam kerongkong peparunya keluar.

'I got her.. then I'll get Dom.. after that I'll become Martin's trusted. Kill him.. And finally... I'll replace him.. the end.'

Javier, lelaki bercita-cita tinggi yang selalu mengharapkan yang terbaik. Tapi entah mengapa, dia tak pernah melebihi Dom sebelum ini.

Segalanya lelaki itu selangkah ke hadapan. Fuck.

Tapi kini, dia yakin dia mampu mengalahkan Dom. Lihat saja apabila anak buahnya membawa pulang Aleena kepadanya.

Dia pasti Dom dengan rela hati akan menyerah diri. Ataupun..

Lelaki itu akan memburunya pula. Javier sudah bersiap-sedia menghadapi Dom, akan dia kalahkan lelaki itu selepas ini walaupun rasa gusar masih ada.

'It's my pleasure to fight against you Dom.'

Puntung rokok ditenyeh di meja kacanya sebelum seseorang mengetuk pintu biliknya dari luar, menghentikan lamunannya.

"Entra." (Masuk) Javier menjawab.

Seorang anak buahnya masuk menghadap. Dia berdiri tegak di tegah-tengah bilik.

"Abbiamo ricevuto il rapporto, plan failed. Dom wasn't there and Aleena escaped" (Kami menerima laporan,) tuturnya serius.

Tanpa dijangka, gelas kaca arak dibaling Javier betul-betul di sebelahnya kuat, berderai di dinding. Lelaki tadi hanya cuba menenangkan diri dan berlagak biasa.

Dia tahu tuannya itu panas baran, ditambah lagi dengan rancangannya yang gagal. Pasti amarah Javier membuak-buak.

"Find them! Make sure you bring Dom here, or that woman!! Now!!" Javier naik angin, rambut perangnya yang terpacak diramas kusut. Jatuh dari kedudukan kemas tadi.

Anak buahnya hanya menurut dan berlalu pergi cepat, tak mahu berlama-lamaan berhadapan dengan Javier.

Lelaki itu mental, segala barangan di atas meja diselerakkannya. Dia menjerit bagaikan orang hilang akal.

"Fuck! Fuck! Fuck that bitches!! Agrh!!"

~~~~~~~~~~

Dahinya dirasakan suam semacam, pandangannya berpinar. Dia takut..

Takut jika mereka akan menangkapnya. Dia perlukan seseorang, Dom..

"Aw..Awak.. Awak.." rintihnya perlahan sambil tangan cuba mengapai sesuatu.

Apabila dirasakan dia memegang tangan Dom, dia terus-terusan menangis sambil cuba merapatkan diri dengan lelaki itu.

"Mere..ka.. nak bu..bunuh saya.." teresak-esak dia menangis tanpa membuka mata. Tubuh di sebelahnya dipeluk erat, tak mahu dilepaskan.

"Saya.. ta..takut.. Awak ja..ngan tinggalkan sa..ya.." leher Dom dipeluk kemas. Wajahnya disembamkan ke leher Dom, takut.

Aleena menangis di situ ketakutan, melihatkan tubuh yang memeluknya itu teresak-esak.. tangan kirinya naik memeluk pinggang Aleena manakala tangan kanannya mengusap rambut lebat itu lembut, menenangkannya.

Agak lama mereka begitu sebelum Aleena mula mengangkat kepala, dia rasakan ada sesuatu yang pelik tentang Dom malam itu.

"Awak.." panggilnya meleret. Wajah polos itu mendongak sedikit memandang si suami.

"Yes Aleena..are you okay?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience