BAB 13

Humor Completed 26062

TAK cukup dengan itu,Harith dah tak sembunyi-sembunyi lagi keluar dengan Intan.Malah pernah membawa Intan ke rumah. Puan Yasmin apa lagi terlebih seronok lah dia.Melayan Intan lebih dari segalanya.Iris pun tak pernah dapat layanan begitu.Yang ada hanya kata hinaan dan cacian yang dilemparkan padanya.

Iris pernah terdengar Puan Yasmin bercakap di telefon dengan seseorang tentang rancangan perkahwinan Harith dan Intan.Sampai hati Harith sanggup menduakan Iris dalam terangan pulak tu.Sikit pun mereka tidak pedulikan perasaan Iris.Sekelip mata cinta dan kasih sayang Harith beralih arah.Dulu Iris lah segalanya.Sanggup mempertahankan Iris dari Puan Yasmin.Kini Iris tak ubah seperti kain buruk.Sudah lusuh di campak begitu sahaja.

Jiwa Iris merana,kecewa.Hati mana yang tak sakit bila suami yang dicintai selama ini sudah berubah hati.Malah segalanya turut berubah.Tiada lagi panggilan sayang..abang.Yang ada sekarang hanya kau,aku!Pedih dan perit sekali.Luka di hati Iris semakin perit dari hari demi hari.Setiap hari Iris hanya bertemankan airmata melihat sikap Harith terhadapnya.Di mana janji Harith untuk sehidup semati dengannya?

Iris tak tahu nak fikir macam mana dah.Dia tiada tempat untuk mengadu nasib.Semua dipendam seorang diri.Dia tak mahu membebankan keluarganya di kampung dengan masalahnya sekarang.Iris berasa malu pada keluarganya dengan sikap suami yang mudah sangat beralih arah.Suami yang selama ini menyayangi dan melindungi Iris berubah sekelip mata.Bukan sedikit tetapi 360 darjah perubahannya.

Dapat Iris rasakan tempat Iris akan diganti dengan Intan tak lama lagi.Bila-bila masa saja Iris akan di usir keluar dari banglo milik Puan Yasmin.Sedia atau tidak,Iris kena hadap juga semua ini.

Bertambah remuk hati Iris bila tidak sengaja terdengar perbualan antara ibu mertuanya dan Intan.Tiada langsung perasaan belas kasihan sesama wanita.Yang ada hanya sikap pentingkan kemahuan diri.Sadis sekali!

"Ma..Intan tak nak lah jadi isteri nombor dua Harith.Intan nak jadi satu-satunya isteri Harith."rengek Intan dengan muka masam.

"Sabarlah sayang...Mama tengah usaha kan lah.Harith pasti dengar cakap mama."kata Puan Yasmin dengan yakin sekali.Dia pasti anaknya akan menceraikan perempuan yang paling dia benci selama ini.

"Bila Harith nak cerai perempuan tu.Intan dah tak sabar nak jadi menantu mama.Lepas ni Intan akan selalu temankan mama.."kata Intan dengan lagak manja sambil melentokkan kepala ke atas bahu Puan Yasmin.

"Intan,jangan risau.Mama yakin tak lama lagi Harith ceraikan dia.Mama pun tak sabar nak jadikan Intan menantu kesayangan mama.Sakit mata mama tau selama ini terpaksa menghadap muka pompuan tu!"cebik Puan Yasmin.Dalam hati dia dah tak sabar menunggu Harith melafazkan cerai pada Iris.

"Lepas ni Intan boleh la temankan mama pergi spa,shopping,jalan-jalan makan angin.Bestnya... jadi menantu mama..."kata Intan sambil ketawa gembira memeluk erat Puan Yasmin.Bertalu-talu Puan Yasmin mencium pipi Intan.Nampak sangat kemesraan antara mereka sudah lama terjalin.

Selama Iris jadi menantu tak pernah Iris dapat duduk sebelah ibu mertuanya.Apa ntah lagi nak berpeluk cium.Bersalam pun di hujung jari saja.Tak sempat nak cium tangan,Puan Yasmin dah tarik balik huluran tangannya.Bertambah kepedihan dan kepiluan di hati.Makin bernanah luka yang Iris tanggung.Memang ini yang Puan Yasmin rancangkan,Iris saja yang tak sedar.

Kuat kan aku Ya Allah!Itu saja yang mampu keluar dari mulut Iris.Tiada daya lagi dia nak menghalang apa yang bakal terjadi terhadapnya.Kepada yang Maha Esa,Iris berserah.Pasrah dengan segalanya.

Dari bangun pagi tadi,Iris sudah rasa tak sedap badan.Tetapi digagahkan juga diri untuk pergi kerja.Harith jangankan nak bertanya khabar Iris,nak pandang muka Iris pun macam nak tak nak saja.Tidur pun di bilik asing.Harith akan masuk untuk pakai baju dan terus keluar balik dari bilik.

Tiada lagi ucapan selamat pagi.Tiada lagi ciuman di dahi setiap kali Iris nak pergi kerja.Iris nak salam dan cium tangan pun Harith tak endahkan lagi.Siap tepis lagi jari jemari Iris.Iris terkesima dan hanya mampu beristighfar dalam hati.Sampai begitu sekali Harith bencikan dia.

Hari ini,Iris mengambil cuti separuh hari kerana tidak sihat.Lepas ke klinik terus dia balik ke rumah.Sampai di garaj dia ternampak kereta Harith ada di situ.Di sebelahnya kereta merah cili Mini Cooper milik Intan turut berada di situ.Tertanya juga di dalam hati kenapa Harith balik awal.Pada hal sebelum Iris keluar pagi tadi,Harith sudah keluar ke pejabat terlebih dahulu darinya.Siap berpakaian pejabat kemas dan segak lagi.

Perlahan Iris menapak naik ke atas.Keadaan dalam rumah pun sunyi sepi sahaja.Bibik pun tidak kelihatan.Satu persatu anak tangga,Iris pijak dengan perasaan berdebar dan cuak sama sekali.Di bawah tadi,dia tidak nampak kelibat Harith mahu pun Intan pada hal kereta mereka berdua ada.Hati Iris makin berasa tidak enak.Pelbagai perasaan muncul di fikiran.Jantung pun tak berenti mengempam darah.

Sampai di hadapan pintu bilik, lagi berdebar kuat jantung dan hati Iris.Iris pejamkan mata sebentar.Takut nak menghadap benda yang dia tengah fikirkan sekarang.Mengiggil tangan kanannya nak mencapai tombol pintu bilik.Di kuatkan hati untuk membuka juga pintu yang tidak berkunci.Perlahan Iris menolak daun pintu.Matanya melihat ke lantai yang bertaburan baju dari depan pintu sampai ke katil.Baju dalam serta seluar kecik berwarna merah menyala turut terdampar di lantai bilik.Siapa punya lagi kalau bukan dua makhluk yang sedang asyik beradu asmara di atas katil!

Iris pekup mulut dengan tangan sendiri.Rasa nak terjojol biji mata melihat Harith dan Intan sedang melakukan hubungan terlarang.Tanpa ikatan perkahwinan!Di depan mata Iris!

"Abanggg!!!"jerit Iris dengan kuat menyebabkan Harith dan Intan segera berpaling ke arah pintu yang terbuka luas.

Iris berdiri di situ dalam keadaan nafas yang laju.Marah,kecewa,sedih,geram semua bersatu!

Keadaan Harith dan Intan yang sangat menjijikkan mata memandang.Keduanya tanpa seurat benang pun di tubuh badan.Intan siap tarik muka Harith dan cium di bibir Harith depan mata Iris!Sengaja dia nak sakitkan hati Iris!Harith sedikit tergamam melihat Iris di depan pintu.Segera dia turun dari katil.

Jijik dan malu Iris nak tengok keduanya.Malu Iris nak sebut dalam keadaan mereka yang mengaibkan.Intan tanpa perasaan malu turut turun dari katil dan mengambil tuala milik Iris dan melilit ke tubuhnya.

"Sampai hati abang..!"antara dengar dan tidak.Airmata turun selaju yang mungkin.

Tanpa rasa bersalah,Harith merengus kasar dan mencapai tuala di ampaian.

"Kau dah nampak kan!Mulai hari ini,aku ceraikan kau Iris Malaeka binti Malik dengan talak satu!"kata Harith kuat buatkan Iris terus meraung.

Intan tersenyum gembira.Kemenangan memihak padanya.Harith kini hak mutlaknya seorang!Hebat cadangan mama.Tak sia-sia dia goda Harith sampai ke atas katil.Terus dia memeluk Harith dengan erat sekali.Tiada langsung perasaan malu seorang perempuan.
Iris berasa betul-betul kecewa dan sedih yang tak dapat dibendung lagi.Dia berlari ke arah tangga dengan linangan airmata yang laju membasahi pipi.Kabur matanya dek airmata yang keluar tanpa henti hingga tidak nampak dengan jelas anak tangga.Iris tergelincir dari anak tangga atas dan tergolek jatuh hingga ke lantai bawah.

"Allah."itu saja yang keluar dari bibir Iris.Terasa celah kelangkangnya panas.Tubuhnya juga berasa sakit dari bawah perut hingga ke kaki.Terus Iris pengsan tidak sedarkan diri.

Harith yang berdiri di tingkat atas hanya mampu melihat darah yang mengalir keluar banyak dari celah paha Iris.Terdiam dia seketika melihat tubuh Iris yang terbaring layu di lantai.Semuanya sudah terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience